Monday, February 23, 2015

My Current Skin Care Routine

So I'm in the mood of blogging 2 3 hari ni. Sementara aku tgh berangin nak blogging ni baik aku manfaatkan. Sebelum termati sume urat2 sarap keinginan aku nak menaip mcm ni kan.. Kekeke

Aku rasa mcm kerap jugak aku cerita pasal produk muka kat belog ni. Aku ni cosmetic and skin care product junkie sket. Bnda lain aku tak nafsu sgt, tapi kalau produk2 ni aku mmg suka sgt terpengaruh. Macam lately ni kegemaran aku is pakai face mask. Dah selamat aku borong 24 keping sheet masks berkat terpengaruh ngan besfren aku. Nanti senang2 aku cerita pasal sheet mask ya.

Kalau nak cakap pasal my skin type, kulit aku dulu2 acne prone. Masa zaman skolah la. Bukan nak cakap nijam aku free from pimple ya, tapi aku nak klasifikasikan keadaan kulit aku. Kira zaman skola dulu paling worst la masalah pimple ni. Aku rasa sampai la first year study kat Jakarta dulu kulit aku still dikategorikan sbg acne prone. 

Tapi masa kat matriks sbnanye kulit aku mcm dah bertenang sket. Aku rasa lah. Nak compare ngan waktu skola mcm better la waktu matriks tu. Tapi masa study kat Jakarta dlu ada jugak few times break out dasyat jugak. Hish takmo ingat. Haha

Sekarang ni pimple datang bermusim kat muka aku. Pengaruh hormon probably. Tapi sekarang kulit aku combination, lepas tu eczema prone. T-zone after few hours lps cuci muka without any product akan berminyak sket while dekat cheeks aku kering yg tahap bila ko pegang bole rs kasar. Area pipi la yg mcm eczema prone tu. Alhamdulillah skarang da oke sket. Ada satu masa tu die merah n gatal ya robbi kadang2 tdo pon terjaga sbb gatal. Dah la flacky sbb kering. Kalau garu mmg bole luka kot. Sob sob. Aku harap condition skang akan membaik lagi lah n hopefully die x jadi mcm tu lagi.

Yes. Kalau nak cite pasal kulit ni mmg panjang. Sebab genetik masalah kulit and allergy ni ada dalam keluarga aku. Tak boleh nak elak dah.

So mari kita berkongsi penjagaan muka. Hihi

1. PENCUCI MUKA
Untuk masa sekarang ni, aku guna cleanser Simple ni. Sblom ni aku guna Face Shop punya cleanser, tapi nampaknya keadaan kulit aku dah x sesuai guna yg tu. Aku mcm sebat je waktu beli Simple ni. Pasal die tulis sensitive skin expert kan, so apa kata kita try. Tengok expert tak die merawat kulit aku yg sensitip ni.

Alhamdulillah la sesuai. Kena la ngan kulit aku. Cumanya tang mosturising tu aku rasa tak de efek sangat la. Mungkin kulit aku yg extremely dry ke tak tau la plak. But as long as xde iritation yg makin teruk n takde pimple naik banyak tiba2, kulit rs bersih, aku dah puas hati dah.

2. TONER

Aku pakai toner Alken je. Satu, sbb die murah. Dua, sbb die berasaskan tea tree. Aku beli toner Alken ni kat mana ntah, 5 hengget je rasanya. Tapi takde saiz besau la. 100 ml je. Tapi siryes oke weh toner ni. Tak kering pun kulit walaupun die tea tree. Lagi satu, die takde alkohol. Aku sbnanye nak elak yg alkohol sbb pedih kot kalau terkena area pipi aku. Masa memula aku pakai toner ni time pipi aku tgh meradang la. Tapi sejauh mana kebenaran yg toner ni xde alkohol aku pon xdpt pastikan. Hahaha

3. MOSTURIZER

Untuk mosturizer aku masih lagi stick to Face Shop product. Aku guna Chia Seed Water 100. Texture die mcm gel sket. Sbb kulit aku combination, and part yg kering tu kategori extremely dry dgn dry patches here and there, so promoter tu suggest aku guna this one. Harga is RM 80 something. Kalau tak silap lah. Mungkin member price lagi murah kot. Membership aku Indonesia punya so promoter tu kata tak bole guna kat Mesia. Seingat aku member price bole discount dalam 10% mcm tu.

So far product Face Shop yg aku pakai mmg oke je. Yg chia seed ni pasal aku tak pakai tiap hari so aku x bole nak komen sgt. Dgn kondisi kulit aku ni patutnya aku pakai tiap hari tapi nampaknya kemalasan aku mengatasi segalanya. Haha Tapi pakai sheet mask aku rajin sket. Sbb aku suka. Sheet mask pon helps to soothe and hydrate skin kan? Kira orait la tuu. :)

4. TEA TREE OIL

Sebelum ni aku pakai tea tree Body Shop punya. Lepas tu bila habis, mmg ingat nak beli lagi. Skali aku masuk Watson ke Guardian time tu ternampak Alken py tea tree ni. 10 hengget je utk 10 ml pure tea tree oil. Apa lagi, terus sambar. Oke jugak Alken py tea tree ni. Cuma aku x bole guna lama2 sangat sbb nti kering kulit aku. Aku akan apply kat area yg naik pimple dlm 2-3 days je. Lps tu bila die dah mcm xjadi naik tu aku stop. So aku guna tea tree ni kalau ada tanda2 awal nak naik pimple je lah. 

Mcm body shop py tea tree aku pakai takde la kering mcm bila aku pakai Alken ni. Aku pon tak sure apasal sedangkan sama je kan dua2 pon tea tree cuma Body Shop mahal, Alken ni murah. Dari segi keefektifan die membantutkan jerawat, sama2 efektif. Kak Nora bagi 4 bintang.

Oke tu je lah yg rutin aku pakai pon. Ni tak campur yg tak rutin mcm facial pack, sleeping mask, compressed powder, bb cream, and other cosmetics yg aku guna kalau keluar. Kalau cite semua mau sampai doblas muka surat kang. Hihi

Korang kalau sudi share la skin care routine jugak ya ;)

Till next entry, thank you for reading.

Muah cikeddd

4 comments:

Wonder Woman said...

Kite baru je beli pencuci muka Aiken sebab yg Safi sedia ada ni nak habis. Taktaulah pasaipa beli aiken.. Sbb murah kot wakaka malas nak splurge lebih2 kat pencuci muka :D

Si DauN CeRi said...

@ika rahim bcoz i know who you are :

Kte rs dlu kte pnah guna Alken py cleanser, tapi kte x igt oke ke tak sbb da lama.. Tapi Alken mmg not bad jugak sbnaunye.. Yg paling penting affordable, reasonable, membuatkan kte capable nak beli die. Hahaha


Azie Azra said...

good luck tqa..azie tengok kulit tqa dah elok dh. dh ler makin putih, hehehe

Si DauN CeRi said...

@azie; maceh azie.. <3

tu pun di sebalik bb cream dan bedak. di bawah sinaran lampu kalimantang byk juga imperfection nya.. sobs