Aku tahu produk SK II memang dah lama femes meletop-letop. Dek kerana kualiti produk, dan juga dari segi harganya yg tak boleh nak mahal lagi *taip dgn perasaan tacing sbb tak mampu nak beli SK II*.
Aku tak tahu la mana datang pe'el suka produk2 kulit ni semua. Padahal aku ni dulu bedak nyonya pon punya la malas nak tepek kat muka. Apatah lagi nak ber'compact' powder bagai.. Lipbalm2 ke lipgloss ke laaaaagi aku tak sentuh. Yg minat benda2 cmni dulu adalah adik perempuan aku. Tapi sekarang ni dah terbalik. Aku pulak yg asal sikit nak usha product, asal sikit nak usha product.. Sampai asek kena bahan je dgn adik perempuan aku tu.
Tadi petang mood nak menggodek aku datang tiba-tiba. Apalagi, dengan lajunya tangan aku bukak tutup bukak tutup laci almari ibu aku. Bukan curi-curi la, ibu ada je lam bilik tu.. Hehe
Sekali aku jumpa banyak pulak stok SK II dalam almari die. Aku sedar diri aku ni siapa, takat nak berangan pakai SK II tu boleh la kan.. Tapi, aku tetap test2 jugak ibu aku kot2 die bagi can nak amik satu untuk try kan.. Ayat punya ayat, ibu aku pon kasi la green light untuk satu pack facial mask. Macam dalam gamba bawah ni:
Mask ni dalam bentuk topeng, bukan yg wash off tu..
Waaahhhhh.... Aku punya excited dapat try SK II toksah cakap la kan, terus terkinja-kinja macam beruk dapat bunga! Kahhh!!!
Pastu dah bukak pack tu, tetiba aku rasa cecair dalam tu mcm lain macam sket. Die mcm berlendir and bau die tak brape nak sedap. Time tu aku terpandang plak MFG date die... Sekali tahun 2009 daaaa.. Ni dah nak masuk 2012. Dah nak 3 tahun dah bnda alah tu. Konfem dah expired! Wuuuuuuu.. Hampa tak terkata!
Ibu aku punya gelak terbahak-bahak memang buat aku rasa terpukul je, tahu? Tapi kemaruk sangat nak merasa guna SK II punya pasal, aku tampal jugak lah mask tu kat muka tapi hanya untuk beberapa saat. Hahaha Pathetic!
Untuk mengubati hati yang lara, aku pon bukak luggage dan capai face shop punya seaweed mask. Tepek laju-laju tanda protes.
Gamba from google je. Entah tahun bila la seaweed pack aku ni nak habis. Banyak kot!
Begitu lah cerita pengalaman aku mencuba SK II facial mask yg dah expired. Engkorang hado??
Wuuuwuwu.. Takpe lah, blom rezeki leteww nak pakai SK II.
Tapi bila fikir balik betapa gelojohnya dan betapa jakunnya aku sebentar tadi, memang macam sakai jugak sebenarnya. Hahaha
Moral of the story is, jangan jadi jakun macam saya. Sekian.
8 comments:
kelas kau maria
bahahahah
hahhaha nasib la perasan. kalau x, euwwww! hahahha
erk... hihi . gasakkkk.... :P
pakai laa mask telur tu. kacau telur ngn madu. kalau ade lebih goreng jekk haha
mask telur? tak nak la mcm geli plak bau hanyir die..hahaha
sweet taw mak awak ni..kite rase macam nak cubit2 je klo kite kat tempat awak..kah3
bahahaha.. sengal la ko. :))
Post a Comment