Dum dum dummmm!!! Bukan bunyi mercun, tapi dum dum dum, trafik blogku jatuh merudum. Buahahaha..
Seminggu tak update, biasalah kan. Alangkan kalau berupdate pon dah mmg tak tinggi mana, inikan pula diikut-ikutkan tebiat malas yg menebal. Eh, tapi ada pulak aku kesah?? Ngaaaaaahahaha
Aku ni dah keracunan gas ketawa ke apa asek nak terbahak-bahak aje. Kalau kena tempeleng baru oke sket agaknya.
Hai uolllzzz..aku dah habis cuti dah nak seminggu dah ni. Masuk je kelas, dikejutkan dgn berita esaimen PBL kes-kes forensik yg due date nya selang 2 hari setelah setiap kali perjumpaan PBL. Aishh.. Aku pon redah aje la mana yg boleh diredah. Setakat ni alhamdulillah 2 sesi PBL telah pun selamat diredah dgn jayanya walaupun aku tak pasti apa yg aku dah buat tu betul ke tak. Yg penting aku dah buat.
Esok aku ada sesi Paripurna. Paripurna tu istilah dari Universitas Indonesia (UI), bukan u aku. Kitorang sebut sesi pleno. Berdebar pulak rasanya sebab kengkawan cakap pleno esok presentator doc yg pilih. Aku nak laghiiiiiiiiiii!!! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Oke cukup tu.
Petang semalam kan, tengah kitorang satu rumah sibuk-sibuk pening kepala nak setelkan esaimen. Tiba-tiba hujan turun. Aku pon rasa bes la kan sebab sejuk je. Sekali tiba-tiba Nadiah menjerit-jerit. Aku rilek je la, ingatkan takde pape. Alih-alih aku tengok depan mata aku ada air mengalir dengan segala tok nenek habuk kayu elok je masuk lam bilik aku. Gilaaaa!!!!
Tergamam kejap aku ngan Nani. Air dah nak sampai kat kaki kitorang, baru tersedar dari lamunan. Terus cabut dulu plug-plug pastu selamatkan laptop memasing selaju mungkin. Esaimen tu nak hantar esoknya (hari ni) kot!!!
Padahal kitorang ni duduk kat tingkat dua, bawah elok je tak banjir langsung. Semua gara-gara lubang air kat balkoni atas tu tersumbat sebab kebetulan semalam tuan rumah panggil tukang suh betulkan atap balkoni tu. Sebelum ni tak tersumbat pon. Disebabkan banyak sgt habuk-habuk ngan sampah-sampah bekas tukang tu bekerja, tak pasal-pasal rumah kitorang banjir.
Air banyak sangat sampai tumpah ke dapur kat bawah ikut tangga. Gilaa!!!
Termenung aku memikirkan bila pulak esaimen aku nak setel kalau camni. Nasib baik kebetulan bibik aku pon baru je datang kerja waktu tu. Gotong-royong la kitorang satu rumah dengan bibik, dengan tukang rumah tu semalam. Akhirnya kering jugak lantai.. Pheww~
Sebelum ni aku fikir, kalau banjir pon takpe sebab aku duduk tingkat dua. Tengok, Allah duga dgn cara yg aku tak terfikir pon boleh jadi. Huhu *muhasabah diri kejap*
Esaimen minggu ni dah hantar, banjir pon dah setel, lepas ni nak hadap exam pulak hari Isnin. Nak join? :D
Kay lah. Till then, bai korang. Jangan tacing-tacing!
^_^
6 comments:
sesi pleno tu ape? clinical teaching dengan dr?
pleno tu sesi dgn pakar.. sama je rasanya mcm kat mana2 u yg ada PBL system.. huhu
ewah2... hihi .
lor..kesiannya sis.. nasib takde apa2 erk??
=)
okay.. apa yang penting selamatkan laptop dulu.. hehe.. esaimen penting..
Post a Comment