Tuesday, January 10, 2012

People can say it hundred times but no one can really do what they say

Aku dah lama tak menulis dalam english. Kalau ada salah grammar ke, ejaan ke kat tajuk maupun entri, sori la ek.. 

Pernah dengar tak ayat ni, "jangan judge orang"..?? Aku rasa sejak aku habis matriks (tak tahu kenapa nak spesifikkan habis matriks bukan waktu2 lain), aku selaaaaaaaaaaaaaalu sangat dengar ayat tu.

"Jangan judge orang, kau bukannya tahu keadaan sebenar orang tu."
"Tak baik DOWW menghakimi orang lain, yg layak menghakimi dan menghukum tu hanya tuhan DOWW".
"Tak payah la kau nak berdentum-dentum cakap die salah la itu ini, engkau pon bukannya betul sangat"

DOWW tu kena kasi hurup besarr sket.. Saja tribute kat Afdlin Shauki dgn Harun Salim Bachik. Ngahaha Aku paham sangat2 mesej yg diorang cuba sampaikan dlm sketsa diorang kat MLM tu.. Aku sendiri pon guna jugak perkataan DOWW ni. Bila fikir2 balik, pedas jugak sebenarnya. Tapi biasalah kan, siapa makan cili, dia lah yg rasa pedas. Siapa makan cheese, takkan rasa pedas plak kan.

Gila, aku dah lari topik nih.

Sebenarnya ea, mana2 manusia pon dengan akal yg waras akan dapat menerima bahawa kita ni masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2. Sebab itu kita tak layak nak judge2 orang sesuka hati kita. Sebab mungkin orang tu salah pada waktu tu, tapi kita tak tahu andai kata kita di tempat die, apakah kita akan buat perkara yg sama atau tak. Betul tak?

Sebab tu dalam Quran sendiri (sama ada Quran atau hadith, bole semak sendiri dan betulkan aku kalau aku salah kat sini) ada menyatakan sifat-sifat manusia antaranya jahil, tamak, dan yg lain aku tak ingat. 

Kiranya sifat2 tak baik tu memang dah ada dalam diri kita. Tipu lah kalau anda cakap anda tak pernah rasa mcm nak menyombong, tak pernah rasa mcm nak menyaiko orang lain. Aku sebagai manusia yg banyak sangat benda yg aku belum dan tidak tahu, mengaku memang ada masanya sifat2 mcm tu terasa kuat dalam diri.

Kita boleh cakap apaaaa je pasal orang lain, kita boleh fikir apaaaaa saja pasal org lain. Tapi kesudahannya, bukannya kita dapat apa pon. Betul?

Kesimpulannya ialah.............................................dot dot dot. *soklan fill in the blank*

Haha Kay bai. Jangan tacing-tacing.

*entri hanya berdasarkan pendapat dan pandangan individu penulis*

7 comments:

Nazrul Ashraff said...

tak baikla DOW! haha

Kak Long said...

gyeahhh.. HAHA

Cik Ungu Kamila said...

betul laa. buat penat otak je fikir pasal org ni. heh :D

Kak Long said...

yup. mmg penat otak je dapat..lain takde.hehe

adan said...

DOWW..! kita ni manusia biasa je DOWW.. tak lari dari melakukan dosa.. betul tak DOWW?

*harap tak sentap sy gunakan perkataan DOWW er..

Kak Long said...

betul tu DOWW.. hehe


*tak sentap ponnya aduiii* LOL

lynnlola said...

setuju giler ngan ko doww!~ keh3..