Monday, January 23, 2012

Instinct

Korang percaya tak dgn instinct? Pernah x bila korang nak hadapi sesuatu ataupun nak buat keputusan utk sesuatu benda, tiba-tiba mcm ada gerak hati suruh pilih yg satu ni instead of the others.. Lepas tu gerak hati tu rupanya betul. Pernah? Aku pernah. Banyak kali jugak la..

Kalau di'google'-'google'kan tentang instinct ni, antara yg aku terjumpa ialah tentang teori instinct. Kebanyakannya berkaitan dgn psikologi. Boleh ke tak ea nak percaya benda ni?

Aku ingat lagi dulu waktu skolah kan, bila beratur nak amik makanan kat dewan makan asrama, siap aku ber'instinct" nak dapat ayam besar la, nak dapat yg banyak lauk or banyak nasi, or tembikai yg besar..etc etc.. Tu pasal la aku ni dah macam ikan buntal. Selagi boleh makan, makannn... Kekeke

Tapi kan, selalunya apa yg tergerak kat dalam hati aku tu, itu lah yg betul. Bukan lah tak pernah salah, tapi selalunya betul..

Kalau aku tengah jawab exam pon camtu. Bila dah abes xm, kat umah mula la aku teringat-ingat soklan xm, pastu bila aku cek balik notes, rupanya betul jawapan yg dah tergerak kat dalam hati aku sebelum aku bulatkan jawapan yg xberapa nak betul.. Hahaha Takde rezeki mungkin~

Sepatutnya tak boleh percaya kan kalau ramalan-ramalan tentang apa yg akan berlaku, nak2 kalau tilik-menilik ni..kan kan? Macam mana dengan instinct ek? Kalau instinct kita tu kuat sampai kita rasa macam nak percaya yg benda tu akan jadi, berdosa ke tak eh?

Ada siapa-siapa yg tahu?

8 comments:

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said...

yang psl exam tu mmg selalu sangat la kan. haha.

Chekgu Azrine said...

Instinct ni mcm byk ikut kata hati. Xpe kot..

Si DauN CeRi said...

@nazrul; tahu takpe!! membawak ke geram jugak kengkadang tu.. *ggrrrrrr*


@kak azrine; mungkin boleh..kan?

visitme@FaTiN cOrNeR said...

rasanya tilik2 tu bkn instinct..instinct nie mcm gerak hati..myb kadang2 instict nie xslh. myb slh satu cara Allah nk tunjuk apa yg kita buat tu slh or btl melaui instinct..

*opinion ak saja..hehe..

Si DauN CeRi said...

thanx atin! ;)

qlah said...

solat istikharah yer :)

eva said...

xder apa2 kot.. semua org ada perasaan instict.. beza dia kuat ke tidak instinct dlm diri dia..

cth satu, org yg kuat instict ni bila memandu, cuba test diri sendiri kalau masa nak memotong kreta dgn pantas, dan slalu buat mcm tu, dia mmg kuat instict.. so kebykkan org mcm ni byk buat keputusan mengikut instict..

tp kalau instict nak jwb exam mmg xpdt haha..

Si DauN CeRi said...

thanks guyz!! ohsem! ;)