Tuesday, August 5, 2014

Blog vs Vlog

Assalamualaikum..

Today aku nak menceceh pasal antara blog dan vlog.

Sebelum aku reti main internet dulu, aku x pnah tau yg selain drpd tengok movie atau drama atau baca novel, komik, atau buku2, kita bole tau cerita life org lain dgn cara lain which is through vlogs and blogs. Dulu, dunia aku hanya apa yg aku tengok sekeliling aku so aku bole cakap la yg aku sangat naif dulu. Suci sangat habaq hang. Hihi

Sebab aku xtau banyak benda lah jugak, bila aku dah masuk alam 20-an ni, aku byk fikir why i did that, why i did this dulu, knape aku decide gini knape aku decide gitu waktu tu.. Knape aku dulu x bole fikir mcm org lain fikir, knape aku mcm takde pendirian dulu.. Knape aku tak bole decide apa yg aku nak waktu tu bla bla bla.. Banyak lah benda yg aku slalu tanda tanya lepas semua benda tu dah berlalu.

Tapi aku rasa bnda tu normal kot.

We must be young and stupid before we can be old and wise. Kan?

Aku xtau sama ada aku sorang je yg rs mcm ni or ade org lain jugak rs mcm ni. Aku suka tau cerita life org lain sbb sometimes cerita diorang bole bg aku inspiration n bole buat aku berfikir ttg satu benda tapi dgn pandangan dari pelbagai sudut. Aku xtau la org lain, tp aku rasa positive vibes tu kadang2 mmg kuat drpd cerita org lain. Of kross bukan maksud aku kat cni aku suka sengaja nak korek2 cerita org lain ttg cerita yg org lain x willing nak share ya. Maksud aku, cerita2 yg org mmg suka nak kongsi dgn org lain through blogs and vlogs.

Aku ingat waktu aku memula dtg Jakarta dulu tahun 2008, waktu tu umur aku tak sampai 18 tahun lagi. Uwauuu muda tak muda tak? Hihi

Waktu tu aku budaaakk sangat. Aku x sedar yg aku sbnanye pg oversea utk stadi dan aku sbnanye pg sana bawa setangki besar harapan drpd byk org. Aku tak pnah ade rasa sikit pon mcm tu waktu tu. Aku just rasa mcm pg skola berasrama. Cuma nak pg asrama tu kena naik kapal terbang. Hahah

Masuk semester berapa ntah, aku jumpa blog ada sorang akak ni. Honestly aku baru btol2 pandai guna internet sejak ada laptop sndiri yaitu waktu mula blaja amek degree dulu lah. Anyway, akak blogger tu dia dah blogging sejak tahun 2006. Dalam blog die mcm diari die la. Readers die sangat ramai..termasuklah aku sendiri. Sampai sekarang aku masih baca blog die.

Dalam blog die, banyak sangat kisah hidup die yg die share.. Aku kagum dgn dia sbb aku bole feel the emotions dlm setiap entri-entri dia. N aku kagum dgn pendirian dia. Byk kali org try nak kondem die kat blog tapi die tetap cool dan blogging mcm biasa. Sampai tahap sekarang ni, boleh kata die dah jadi mcm rujukan pulak sbb ramai jugak reader yg suka tanya2 pendapat die. Semua persoalan berkenaan hidup. Benda2 yg kau takkan jumpa dlm buku. Dia punya 2 cents selalu affect aku in a good way.

Aku tak tau akak tu sedar ke tak yg blog die dah jadi inspiration kat ramai orang. You have my respect lah kak. Ai lebiu so much. Ceh, mcm akak tu baca je kan? :P

Ada link blog akak tu kat sidebar. Ce cari ce cari.

Daannnnn........ Bila aku dah besar sket lagi, aku pandai maraton video kat Utube. Aku mula jumpa dan berjinak-jinak dengan dunia vlogs. Yup, videos-blogs >>>>> vlogs. Lebih kurang lah.

Video yg org ramai buat ttg random things yg diorang nak share dgn org ramai. Ade yg vlogs pasal isu semasa, review products, tutorial2, ada yg buat daily vlogs cite pasal kegiatan diorang hari2. It's like watching others life on screen. Kalau vlogs yg femes kat Mesia ni Anwar Hadi, Mat Lutfi, ngn Maria Elena la kot. Nak jugak Maria Elena aku kan? Hahah

Tapi kalau vlogs sbnanye aku suka vlogs omputeh buat. Omputeh tak putih sgt lah. Ekceli aku suka tengok vlogs Muslims kat luar negara, majority middle eastern muslims yg tinggal dekat USA. Sebab apa? Sebab diorg Muslim tapi diorg duduk dekat negara barat yg budaya diorg berbeza dgn tempat asal diorang.

Aku suka nak tau mcm mana diorang handle lifestyle kat sana tapi mengamalkan Islam pada waktu yg sama. Stuff like that. Benda-benda ni lah maksud aku yg aku rs aku takkan dapat tahu dgn cara lain. Mungkin lah ade agaknya dalam buku tapi aku rasa vlogs lebih bes sbb die visualised version.

Blog atau vlog? Jawapan dia aku suka dua-dua. Dua-dua pon aku layan..

Cuma kalau aku sendiri nak ber-vlog tu aku rasa takkan lah kot.

Aku lebih suka menaip mcm ni. :)


I can see u reading my blog! :P

Lepas tu, nak selit sket pasal preorder perfume original reject bulan lapan ni ye..


Take note ye siapa yg berminat, bole skrol list perfumes kat link instashop kat sidebar. Oke TQ.

Siapa yg baca sampai abes, anda ohsem!
Byeeee!!!

2 comments:

  1. Pernah tak rasa malu atau kelakar dengan entri-entri lama? Hehehe. Saya pernah T.T

    ReplyDelete
  2. pernah sangaattt.. nak2 entri zaman baru2 berblog.. hahahaha *tutup muka*

    ReplyDelete