Wednesday, August 6, 2014

Yes, dari segi fakta, kau menang..tapi...

Aku baru terbaca satu post pasal boikot. Boikot produk makanan segera yg tgh berlangsung seantero dunia sekarang ni. Mesti dah terlintas dalam kepala otak korang kan boikot apa yg aku maksudkan? I guess korang teka betul lah tu.

So post yg aku baru terbaca tadi secara teknikalnya menggambarkan secara teori ttg latar belakang produk "X" ni dan berapa banyak jumlah franchais nya kat seluruh dunia dan berapa jumlah pekerja bwh syarikat ni...berapa persen keuntungan bersih daripada bisnes syarikat ni.. bla bla bla Dan hujung-hujungnya persoalan kat kesimpulan dia is adakah Israel akan amek port dgn keuntungan sebesar 0.07% yg datang drpd bisnes mereka di Malaysia? Adakah keuntungan sebesar tu even sampai untuk menyumbang keperluan Israel utk membunuh rakyat Palestin?

Aku tak tau lah apa yg owner tu fikir sebetul-betulnya. Adakah dia terlalu tahu byk bnda so mmg sbnanye dia bole interprate things so differently than what world is seeing right now? Or die sbnanye mata-mata yg merupakan org penting dlm syarikat "X" tersebut yg risau dgn isu boikot ni? Or die sbnanye tak boleh nak tinggalkan drpd meng-consume produk "X" ni sbb mmg feveret die sangat2?

Tapi, the thing is.. this boycott thing is really working. Gila kau Israel tak goyah bila satu dunia pakat bantah tindakan diorang, pakat boikot produk yg support diorang? Goyah beb. Diorang tu bangsa penakut. Allah mmg dah tulis dlm Quran yg diorang sbnanye kat dlm mmg penakut. 

Kalau kita fikir sorang2 je yg nak duk boikot mmg lah mcm tak meyakinkan die punya dampak kan? Tapi benda ni worldwide. 

Oke lah Mesia sumbang 0.07% je keuntungan drpd bisnes "X" ni, tapi kalau gabung dengan keseluruhan hasil boikot seluruh dunia, aku yakin ade kesan dia. Dan bagi org berbisnes, kerugian 5% tu pon dah bole buat pening tau x? Mcm mana kalau jumlah kerugian tu makin meningkat? Macam mana persepsi org ramai ttg produk die? Mcm mana die nak buat org ramai tak pandang buruk lagi pasal syarikat die?

Nak bayangkan betapa gelabahnya Israel bila seluruh dunia mengecam diorang, diorang siap serang port orang2 media kot.. Supaya media tak dapat keluarkan lebih banyak cerita ttg realiti kat Gaza. Tau kau nak ketar lutut sebab nak tutup kejahatan2 yg kau dah buat, kan?

Aku harap ramai org yg panas dan berapi-api pasal boikot ni akan terus dan istiqamah dan jgn pedulikan kalau ade org nak kata bnda ni tak efek ke apa ke.. Allah's watching us. He knows better, sekecil mana pon effort kita utk tolong sedara2 semuslim kita, Allah akan nampak n Dia takkan sia-siakan usaha kita walau sebesar zarah sekalipun.

My name is Atiqah. I'm from Malaysia and I support Palestine.
#supportGaza #prayforPalestine #prayforGaza

Peace! 

No comments:

Post a Comment