Wednesday, May 13, 2020

Sky Castle

Sebelum ni aku mmg pernah terbaca somewhere tak igt kat mana, yg drama Sky Castle tu rekod tertinggi dlm sejarah drama kat korea. Sampai lah drama World of The Married tu tayang, rating dia jd bwh sikit. Kira skarang, yg paling top World of The Married lah.

At first, aku x berapa teruja sgt pon dgn Sky Castle ni, tp aku ada baca juga la synopsis dia dekat mana ntah. So aku tau lah sikit Sky Castle ni cerita psl kehidupan orang2 kaya yg berlumba nak masukkan anak2 kat university yg paling top kat korea. Cari tau sbb curious je kenapa rating dia tinggi kat korea. Kenapa org korea suka sgt dgn drama Sky Castle ni.

To be honest, aku sejenis yg lebih suka drama omputeh. For some reason, aku tak berapa minat dgn drama korea sbb pada pendapat aku drama korea ni mcm byk yg cliche pastu jenis yg kita boleh agak perjalanan plot dia. Haha Tapi ada juga lah beberapa drama korea yg aku terjebak juga contohnya Goblin dgn cerita Kim Woo Bin dgn Suzy tu tajuk Uncontrollably Fond eh kalau x silap. Ermm selain 2 tu ada la lg few yg aku terjebak but tak ingat dah apa tajuk dia. 

Since zaman belajar, aku jenis yg layan drama omputeh. Dulu aku die hard fan The Vampire Diaries. Bila habis belajar, aku jumpa The Originals pula. Kira minat teruk juga la sampai stalk and follow insta casts dia apa semua. Korek utube cari TVD dgn The Originals py casts interview, gigih taw mak dulu. Minat py pasal. Kalo yg jenis layan drama omputeh mesti tau kan drama diorang jenis byk season. Kira kalau kau layan drama tu season 1 masa kau study first year, kau sempat habis degree lah baru drama tu habis kekdahnya. Mcm contoh TVD, ada 8 seasons okeh. 8 tahun py perjalanan drama beb! Kau bayangkan betapa lamanya aku angau layan TVD dulu. Hahaha Lepas tu The Originals ada 5 seasons. Kalau beranak, dah masuk sekolah rendah dah budak tu. Lols

Anyways, dek kerana musim PKP ni aku terpaksa mengadakan pekerjaan sendiri memandangkan tak dpt bekerja dgn company bos lg buat masa ni, tak pasal2 aku terlayan Sky Castle. Belum khatam lagi ya, aku sekarang tgh episod 12. Dia ada 20 episod. Baru 2 hari tengok, aku dah sampai episod 12. Eh 3 hari kot. 2 atau 3 hari lah rasanya. 1 episod sejam, kdg2 lebih sikit. Berapa jam sehari aku layan drama ni. MashaAllah sister... 

Masa aku tengok episod 1, aku takde rasa attached lg dgn mana2 unsur yg dia cuba portray dlm drama tu (eleh rata2 drama mmg cemtu mula2 kan). But, somehow aku makin tertarik nak teruskan sbb rasa tak masuk akal yg membuak2 bila tengok part parents yg terlalu taksub dgn grades anak2, terlalu taksub nak anak2 diorang continue apa yg diorang labelkan sebagai 'legacy'. Contohnya, one of the parents ni pakar orthopaedic, graduated from top university dekat korea, SNU. So both the mother and father mcm will do whatever it takes spy anak diorang akn msuk med school dekat SNU. Even nenek budak tu pon siap ugut2 menantu dia spy cucu dia tu msuk med school. Lepas tu, yg annoying nya lg 1, budak perempuan tu pula karakter dia ya ampun.. Sejenis yg, kalau dlm kelas tu, ada budak yg slalu jd top scorer, tapi eksyen dia pon sama naik. Dah la rude, sejenis show off, berlagak pula tu, pandang rendah org lain.. Ish aku mmg alergik lah tengok watak budak perempuan tu hahah. Jadi manusia yg bijak pandai ni bukan masalah, tp attitude tu kalau boleh biarlah seiring dgn kepandaian tu kan, baru sedap sikit mata ni memandang.. Amboih membebel kemain ya? 

Tu my point of view je lah kan. Aku belum habis lg tengok drama ni. Tapi yg buat aku muhasabah diri is, part parents yg terlalu taksub dgn kejayaan anak2 tu lah. Entah, buat aku terfikir mcm mana lah esok kalau ada rezeki aku ada anak, what kind of parent I will be nanti? Actually byk lah jugak pengajaran yg kita boleh ambil drpd drama Sky Castle ni. Another thing is, aku rasa faktor umur pun ya juga buat aku tertarik dgn drama ni. Kalau drama ni hot time aku awal 20an, aku tak rasa aku minat nak layan Sky Castle ni. Sebab cerita ni pada aku sangat dewasa. Aku tak rasa orang2 muda remaja akan minat genre yg mcm ni. Too heavy to process. 

Oke lah. Kena rehat sbb nti nak sambung marathon :P

Annyeong! 



No comments:

Post a Comment