Showing posts with label Happy. Show all posts
Showing posts with label Happy. Show all posts

Monday, January 9, 2017

My Kind of Me-Time

Hai and assalamualaikum..

I realized that everything needs efforts so I decided to work on this entry. Probably because suddenly the memory of the beginning of this blog appeared on my mind today. Biasalah bila umur dah bertambah ni, hari2 nak ada flashback masa-masa lalu. Eh, taakk hari ni bukan besday iols. Tapi kot ada nak send gift kita bole pm address. Kah kah kah *ingat lawak ke puiii*

Me-time for me means a productive day, a day when I could entertain my interest and chill out. Oke la kadang2 tak productive sangat pon tapi still me-time la bagi aku. Contohnya hari2 aku cuti yg dipenuhi dgn maraton variety shows dan dengar muzik. Oh itu sungguh la me-time bagi aku especially kalo minggu-minggu bz banyak appointment kat tempat keja. Rasa macam dapat terlentang dengar muzik kuat-kuat pakai earphones tu habis syok dah weh.

Macam today, aku hang out ngan colleagues kat tempat keja. Movie time!!! Last tengok movie dengan girlfriends tahun lepas. Tapi tadi kitorang tengok cerita yang tak berapa hit, tajuk dia Icebreaker. Bole lah kalau jenis mudah terhibur macam aku. Layan jugak la suspen2 pasal iceberg dia real gilaa. Bikin berdebau la juga sikit-sikit.

Sempat sambar dua helai baju tengah sale pre-CNY dekat Brand Outlet. Suka hati je pre-CNY. Hehe Btw aku suka style baju-baju dekat BO. Rasanya lately mmg byk baju-baju aku beli kat situ je. And semua time ada SALE! Itu yang penting.

Oh. Tadi aku try sushi kecik2 yg jual kat food court AEON tu. Seketul RM 1.50. Aku amek perisa timun ngan salmon amenda ntah. Dah jatuh centa pulak dgn benda alah tu. Macam terasa pulak lagi kat anak tekak ni sushi tu. Dia macam kimbap kan? 

Balik umah haruslah seround nasi my mother masak. Feveret forever and ever tuh.

Aku sbnanye ingat nak cari contour atau shading pallet. Korang mesti tau kan Maybelline punya contour duo stick tu? Ha aku dah beli yg tu. Tapi aku nak cari yg powder form sebab... Emm sebab tengok cam best je beauty youtuber guna bronzer/contour yg powder. Haha Senang betul terpengaruh.

Anyway, I ended up buying this concealer stick by Essence. Oke jugak not bad. The texture is smooth senang nak blend despite that it's a cream stick. Macam Maybelline duo stick tu honestly dia agak dry in terms of texture, jadi for me who's dealing with dry skin ni agak mencabar la nak blend the product without making it looks cakey.

Lepas tu, concealer stick tu RM 10.90 je uols. It's quite good for the price. Sorry la aku mmg cheapskate sebenarnya. Nak beli Tarte punya concealer tu memang takde la. Mahal. Dapatnya cenonet je brape gram. Tapi aku tau memang bagus la Tarte tu. Heh. Sape byk duit terlebih bole la pergi cari kat Sephora. Lagipun, Melaka mana ada Sephora. Sobs~

Last few months aku ada cerita kat sini aku beli Rice Water Bright Cleansing Water ni kan? Aku punya dah nak habis. May be sisa tu cukup utk padam lipstick je kot.

I've been loving this cleansing water since the first time I used it! Senang je nak remove make up guna ni, memang bersih la semua foundation tu. I loike! Lepas tu, bila muka dah kering and kulit dah absorb the product kan, nampak macam glowy and moist je muka. Hihi Tapi aku cleanse lagi sekali dgn cleansing foam la. Double cleansing uols~ Cumanya cleansing water ni tak sesuai guna utk remove eye make up guys. It stings! 

So, utk eye make up, aku guna Body Shop niha.

Dia memang gentle taw sebenarnya. Rasa sejuk je mata ni and bersih la semua eyeshadow even waterproof mascara. But lately aku rasa pedih-pedih sikit guna remover ni. Heran jugak. Mata aku semakin sensitif ke apa ni?

Rupa-rupanyaaaaaaaaa

Dah expired!!!

Beli masa aku dok Indonesia dulu. Punya lah lama aku guna remover ni. Pasal dia memang best and soothing. Sekali dah expired since last year. LULS Sekarang ada jual lagi ke tak remover ni. 

Lepas remove make up and cleansing, sapu toner sket lepas tuuu.... It's masker time!!!

Patut ke aku buat haul post next time? Mana la tau kot lepas-lepas ni aku ada terborong lagi dekat Face Shop or Etude House.

Masker BIO-CELL yg atas ni promoter Face Shop yg recommend. Dia kata sekeping sheet mask ni sama dengan 3 keping regular sheet mask. Price belas-belas ringgit la sekeping lupa pulak. Aku pon beli lah 2 keping that day, saja nak try. Mana tau best.

Miss promoter tu bagitau ada sejenis bunga dalam ingredients mask tu yg nama madecassoside tu die mmg khusus utk soothing, especially masalah kulit sensitif macam aku yg ada mild eczema at certain area on my face. Jadi, aku dah cuba lah mask ni. And memang bole rasa beza dia. 

Satu, the mask itself feels different. Dia very thin and gel-like texture. So bila tepek atas muka memang fefeeling "mask mahal" tu ada lah. 

Kedua, part eczema dekat atas mulut aku rasa soothing and tak pedih. Yg ni aku mmg happy sangat sebab sebelum ni biasanya aku kena potong mask kat bahagian atas mulut tu sebab pedih kalau terkena mask. You did a great job with this mask, Face Shop *clap hands*

Ketiga, muka rasa well hydrated, moist, and nampak plump and glowing sikit-sikit gituuu... Best! Cubalah! Aku rasa berbaloi BIO-CELL mask ni. Walaupun quite pricey for a piece of face mask, but I believe the ingredients worth it. Kak Nora bagi 9 bintang. Lagi 1 bintang tu kurang sebab lupa nak letak mask dalam fridge sebelum pakai. Kalau tak, mesti laaaagi soothing.

Terlalu semangat mencuci beauty blender sampai terkoyak. Tsk tsk Baru perasan tadi. 

Aku lately suka apply foundation guna beauty blender yg dah dibasahkan dengan air. Macam lagi senang nak blend, lepas tu less cakey. Itu may be kulit aku la kot. Sebelum ni aku guna beauty blender gitu je, so sekali try guna cara lembapkan beauty blender terus syok dengan hasil dia.

Yg aku pakai ni Cathy Doll punya. Aku memang recommend lembapkan dulu baru apply foundation sebab kalau kering die keras sket. Ada jual dekat Guardian kot, harga rasanya RM 16 kalau tak silap la.

Selang-seli menaip dengan dengar muzik, last-last siap pon karangan. 

Nampak tak BTS telah men-conquer playlist aku?

Oke dah tak de benda nak cerita.

Nunyte!

Thursday, June 23, 2016

Face Shop Lagi

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Lagi 2 minggu oih nak raya tapi aku blom isi borang cuti raya ni pa dia. Tapi dah siap2 bagitau manager n staff kat spa aku nak cuti brape hari. Diorg dah nak buat jadual shift next month dah pon. Esok la inshaAllah aku isi borang pastu gi cari lady boss mintak sign. Kasi baca2 sket supaya borang dpt sign. Nyahahahaaaa

Hari ni off day. Ingatkan petang tadi kuar nak beli shampoo ngan refill sabun mandi je. Pa dia jalan2 depan kedai korea segala Etude Nature Republic Face Shop last2 termasuk jugak kat Face Shop. Memula jejak masuk Elianto. Sikit lagi nak terbeli loose powder baq hang. Nasib baik bole kawal lagi diri sendiri waktu tu.

Sekali jalan pulak depan Face Shop baca2 papan tanda promo utk member tu aih sedar2 aku dah ada dlm kedai. Wah eloookkk je tangan aku raba-raba segala mascara lah powder ape sume. After several minutes.......

 Oh lord forgive me.. Tsk tsk tsk

Oke la kira bole la nak maapkan sket sbb sbnanye Face Shop mmg tgh promo pon. Untuk RM100 ke atas ada additional discount 10% (members only). Alang2 aku dah terada membership, err... HAHA

So pendek cerita, aku beli ini semua :)


Sbnanye real intention aku probably.... mascara.  Aku nak lecutkan mascara yg dah x berfungsi tu, yg dah keraih kejung tu sume,


Ini make up base kaler hijau. Ye, hijau.

Ala korang msti pnah dengar color corrector kan? Ada warna kulit, pink, ngan hijau, ngan ape ntah lagi. Setiap warna tu ada function tersendiri. Hijau ni sbnanye utk tutup redness/hyperpigmentation ke, or pimple2 lah senang cite. Tapi kalau buat cara profesional dia, apply color concealer tu hanya dekat part yg tertentu sahaja, Tapi dapat kat aku, seluruh wajah la nanti jawabnya aku guna base ni. Ahaha silap2 muka aku nampak cam kacang hijau.

Tapi aku da try td air cotton makeup base ni. Fuiyoo water resistant, n die buat kulit nampak smooth n kalo lps apply foundation mesti boommm kebaboo die punya efek flawless. Oke la tak nyesal beli.

Rice Water Bright Cleansing Water.

Dah rambang mata kat kedai td terus terlupa yg aku ada lagi 2 pack cleansing wipes blom buka lagi. Tapi aku dah rasmikan td cleansing water ni dan terus jatuh cinta. I literally drenched the cotton pads tadi ya rabbi membazirnya rasa.. Sebab aku ingatkan kena pump banyak sket pasal die water. Significant gila volume yg dah berkurang just after a single use tadi wuwuwuuu

Tapi aku fikir2 kan, may be aku akan beralih kpd cleansing water pulak lps ni bila wipes aku pon dah habis. Best rupanya guna cleansing water ni.


Seed Cure Mascara.

Yg ni aku mmg nak beli lah. Skarang aku slalu pakai Simply Siti punya Argan Mascara, yg Seed Cure ni texture die lebih kurang ngan yg argan tu. Pendapat aku lah. Die mcm ssh nak beku. Mungkin clumpy sket la bila apply tapi entah, aku suka. Sebab die mcm create extra lashes lepas tu lashes nampak panjang lepas guna (refers to the argan one la bukan yg Face Shop ni). Emm kalau x bole bayang kan, korang pegi la nengok sendiri kat Face Shop berdekatan. Hehe

 Omaii blusher ni sangat pigmented and glittery uols.

Selama ni aku mmg impikan pipi yg nampak glittery tapi aku blom pnah lagi terjumpa blusher yg ada glitter camni. Mungkin ada tapi aku x perasan. Tadi try je selet tester kat tangan tros teruja nak beli. Dia ada few other shades tapi yg ni je yg glittery, yg lain tu matte. And yg aku beli ni tinggal last one or last two units so maknanya mmg laku le kan.

So after discount yg 10% tu, total bil aku hanya RM92.20 je. Muahaha Walaupun entri ni bukan sponsored, tp thank you la jugak Face Shop sbb aku rasa worth it la jugak apa yg aku dapat dgn harga lepas discount ni. Yelah, ko ingat barang diorang murah2 ke? Silap-silap boleh parkinson tangan nak membayornya taw.

Dah, lepas ni kena puasa shopping. Especially skincare and cosmetics.

P/s: Padahal nak tetiap hari usha promo deal kat website Hermo. Aduih

Thursday, May 19, 2016

Bourjois 1 2 3 Perfect Foundation

Assalamualaikum.......

Hari ni nak cite pasal faundesen (sebut betul2 fa-un-de-sen HAHA) Bourjois yg aku bru beli last week. Kot. Mcm x baru sgt je. Heh.

Bourjois 1 2 3 perfect foundation in shade 53 beige clair/ light beige.

Aku beli dekat WEBSITE HERMO harga RM 37 lebih rasanya. First time aku purchase barang kat Hermo. Aku tau pon daripada besfren terchinta. Thanks bebi kenalkan kte ngan hermo hek hek.

Aku tengok diskaun je setiap hari barang2 kat hermo tu. Kalau kaki produk skincare ngan cosmetics mmg naik juling la korang kalau buka website tu haha termasuklah aku. Kau purchase due item free postage. Gyeahh

Oh ya. Bourjois ni product made in France, comes in 5 shades. Aku beli shade yg kedua paling cerah. Nasib baik sesuai ngan warna kulit aku. Kalau takkk... 30 ml tu beb syg gila.

Aku kompius jugak nak amek shade mn satu tp aku compare ngan cc cushion Face Shop aku pastu agak2 n tawakal aje. Nasib baik betul.

Tu la risiko kalau beli foundation online ni. Risiko salah pilih shade. Tapi dlu kan, aku pnah salah beli foundation Loreal yg botol besar tu harga RM 40 lebih, aku boleh amek ivory which 3 shade lg gelap kot dr kulit aku. Padahal beli kat kedai. Ivory weh ivory! Hmmm speechless. #memoripahit


Anyway, Hermo mmg murah hati dgn free gift. Ekceli aku beli April Skin magic stone soap ngan foundation so dua barang lah and dapat la free gift pad ngan concealer Dear Berry yg cecomel niha. Tapi belum try pakai kat muka lagi sbb terlupa. Boleh?

Aku ni tak gila ngan mekap yg full coverage sgt pon jd mmg slalu (read: like every single time) skip the concealer part. Deswai la.. :D

Kang ada pulak ckp aku tiru Qu Puteh kang.

Aku tambah crown sbb mcm luas nau pulak dahi aku. Lols

Okay, gamba tu dlm 5 hours after application. Without touch up, as u can see lipstick pon dah hilang, n gamba x guna filter. Bourjois foundation ni die sgt lightweight which aku suka betul. Tak buat muka aku rs cakey walaupun aku guna skincare sblom apply foundation. Ada kan foundation yg bila kita apply lps skincare rs cam cakey n muka bercapuk..huhu

Muka rs cam x pakai pape pulak. Tu perasaan aku la. And die cam kontrol minyak jugak sbb nya setiap kali aku mekap lps few hours biasanya T-zone aku msti berkilat dek kerana muka aku mmg jenis kulit kombinasi.. Tapi tak pon camtu bila aku guna foundation ni.

*Note that I did use some highlighter on my cheeks under the eyes, chin, forehead and at my nose point, tu pasal la mcm shiney2 gitu. Area lain lebih matte.

Sblom ni aku familiar dgn BB dan CC cushion which always give that dewy finish look, so bila aku guna foundation ni aku rasa mcm die 'kemas' sket sbb die matte finish kan. 

Dari segi coverage, foundation ni kalau kita apply more than 1 layer bole lah kategori medium coverage sbb mcm aku ckp td die very lightweight on skin. Utk org yg cepat berpeluh n muka melekit cam aku ni mmg suka la foundation yg 'ringan' camni, tp kalau nak full coverage, this foundation might not be the best for you. Otherwise pakai concealer la bru blend dgn foundation ni :)

Buat ms skang ni, dgn cuaca yg panas, pastu kondisi kulit aku, so aku akn prefer foundation ni sebagai base. Pd waktu2 lain dgn kondisi yg berbeza, biasanya aku guna CC cushion. Aku rs org lain pon mcm tu.. Depends keadaan kulit kita dan sekeliling kan..

So there you go, ucapan aku mengenai foundation Bourjois ni.

Nanti ada masa aku cite pasal April Skin magic stone tu ya. Skang aku blom mula guna lagi sbb nak habiskan cleanser yg aku tgh pakai.

K tengkiu bai korang ~

Monday, May 18, 2015

Talent Cosmetic Malaysia

Salam..

Mihmihmih.. Pernah dengar Talent Cosmetic from Korea?. Aku pon baru tau semalam. Semalam gi jenjalan ngan my mom kat DP. Dah nak balik tu lalu lah satu kedai ni, aku nampak kat luar die ada skrin TV keluar girl group 4 minute tu. Aku memula perasan sbb nampak Hyuna. Dari jauh aku ingatkan kedai tu kedai ape la.. Ingatkan kedai perfume.

Lalu sebelah dekat2 pastu nampak pore cleanser yg mcm electronic device tu yg ada brush kat kepala die tu. Tgh hot jugak kat instagram. Ada yg untuk massage, ada yg untuk cleansing.

Eh, ni bukan kedai perfume kooott. Alih-alih je aku tak sedar kaki aku dah masuk dalam kedai tu.

Masuk-masuk je aku heran jugak nampak banyak poster kpop kat dalam tu. Nak kata kedai DVD, takkan jual pore cleanser.

Pastu ternampak ada BB cream.

Laaahh beauty store rupanya Talent Cosmetic tu. Yg gamba2 selebriti tu sume mcm duta2 la lebe kurang..

Aku rasa that day mmg hari aku nak spend utk cosmetic kooottt. AGAIN.

HAHA

Aku sbnanye mmg cari powder or apa2 la two way cake ke kan sbb aku skang guna pressed powder je. Nak cari yg coverage better lah kengkunun.

Dah pulak jadi bersembang dgn akak promoter tu abes sume die cerita. Aku dengar SNSD ada datang time launching diorang apa sume dah ter-eksaited dah time tu. Haha Aku bukan boleh korean beauty store ni mmg hantu sket. Sekejap je round dalam tu bole naik syeikh.

Alaa aku tak snap gamba kedai die that day. Carik kat gugel pon cam xde la plak.

Tapi aku beli....


BB Pearl Pact (yg shimery).

Dia ada yg tak shimery ngan yg shimery, ofkos lah aku pilih yg shimery. Aku kan ske bling bling. Muahaha

Rupanya semalam last day diorang promotion. Harga asal BB pact ni dalam RM 80 plus plus jugak, time aku beli tinggal RM 40 something. Kira 45% jugak kot kalau tak silap. 

The other one compact die dlm bentuk foundation. Yg lembap tu.

Aku beli yg powder form je lah sbb sbnanye cam malas jugak yg sticky2 tu. Lagipun kalau aku nak proper aku guna BB dulu pastu powder.


Blemish balm ni my guilty pleasure la sbnanye.

Bukan main intention aku pon tapi sbb aku tau aku akan pakai, so aku grab jugak. Harga RM 30 something. Tak ingat specific dgn sen2 die. 

Diorang ada 2 jenis BB, satu lagi tiub pink untuk kulit combination. Aku amek yg putih ni sbb yg ni untuk kulit sensitif, die ada repairing property kat dalam tu. Mmg tu lah yg aku aim kalau cari produk sbnanye. Hihi

Lagi satu yg buat aku tertarik ngan Talent Cosmetic ni, kalau korang teliti packaging tu, ada tanda HALAL. Selalu kte gi Etude House ke Face Shop ke.. mana ada tanda halal kan? Aku just fikir yg organic products supposedly do not contain any animal sort of ingredients, so sblom ni mmg aku tak pernah query pon. Korean products kan terkenal sbb diorang guna bahan semulajadi, less chemical. Bila akak promoter semalam tu bagitahu, aku baru macam BINGGG!! Ini sangat bagus nih! :)

Talent Cosmetic ni diorang punya head quarters kat Kuantan. Kat Melaka yg aku pergi tu is the first beauty store diorang kat Malaysia. Akak promoter tu kata baru dalam 3 4 bulan camtu. No wonder la aku tak pernah perasan sblom ni.

N yg best nya semalam promotion diorang tu kalau kte follow instagram @talentcosmeticmalaysia pastu post selfie sedas ngan produk yg kita beli, dapat another 5% discount! Menggagau aku tumpang log in instagram kat npon ibu semalam. 5% discount punya pasal.

Korang yg gila produk Korea kalau datang Melaka bole la usha Talent Cosmetic kat DP. May be diorang nak bukak beauty store lain jugak kat negeri lain, but so far ada kat DP je. Tetibe rasa cool gila dapat menyopping kat satu-satunya beauty store Talent Cosmetic kat Malaysia ni. *kasi can la sekali-sekala*

P/s: Bukan entri berbayar, sepenuhnya untuk tujuan berkongsi. Sharing is loving yawww

Babaisss

Thursday, May 7, 2015

Tetibe Plak Banyak Aktiviti

Assalamualaikum readers..

*Senyum senyum sebab tak update blog for few days. Heeee

Last week tetibe macam ada je pulak aktiviti nak buat. Pergi career talk, pergi wedding ex-batchmate la, pastu berjimba ngan membe la tengok avengers, pastu kengkunun prepare minda for interview la, pastu adik pompuan aku balik mlaka cuti amenda ntah, pastu layan jiran pergi sanan sinun bengkel le kedai henpon le macam-macam. Tetibe kagum ngan diri senirik sebab dah melalui minggu-minggu yang produktif. Yahuuu!!

Selasa lepas aku dah interview dah. Alhamdulillah mengikut firasat aku interview tu lancar.. Cumanya masih belum dapat jawapan la. Kena tunggu confirmation. Kena tunggu Kementerian proses dulu hasil-hasil interview dengan semua candidates dan borang-borang yang we all isi. Hopefully I manage to get the sponsorship la, amiin... :)

Aku bukan nak sambung master, tapi aku nak ikut training under Kementerian dot dot dot. I want to be special. Jarang kan dengar orang dari academic line pindah ke skill line? Orang tak buat, meh kita buat. Haha

Tak boleh cite lebey-lebey, sbb blom ada confirmation uols. Aku kena bersabar dulu. Usbur Ayyub..orang Mesir kata.


Ni muka budak lepas interview. Selamba jek sarung blouse chiffon dengan inner lace pergi interview, kan? Hehe Aku tak reti la nak pilih kemeja ape nak pakai. Last-last tibai je la baju chiffon ni, yang penting kompiden. Alhamdulillah, interviewers dedua baik-baik belaka. Yahuuuu


Beza tak appearance? Kah kah kah. Ni versi tengah intoxication vitamin "M". Tudung malas nak iron, baju main sarung aje long sleeve shirt yg dari zaman lower form dulu tu, sket punya lusuh pon masih juga aku pakai. Oh, yes. Aku masih bole pakai seluar2 and baju2 zaman sekolah. Now umur dah nak 25, tapi masih muat baju2 yg nak dekat 10 tahun dulu beli. Betapa tak membesarnya badan aku ni. Aiguuuu

Sebelah tu jiran aku. She's 2 years older than me. Weols sama skola dulu masa highschool, tapi dulu tak baik pon. Tegur-tegur camtu je. Tapi sbb now dua2 ada kat Melaka kot. Tu yg slalu jugak la jumpa keluar sama. She's nice. Ada yg nak aku kenalkan ke? Sila berbuat baik dgn aku from now on. Muahahaha

Aku memula pk nak teman die g bengkel je hantar kereta die. Sekali ended up kat DP. Dah la aku pakai mcm nak g beli kelapa parut kat kedai runcit belakang umah. Cis.


That day aku belanja dia cheese cake ni. Tapi tak aci sbb aku cilok jugak makan sekali. Eh sedap rupanya cheese cake kat Starbucks ni. Dan yang penting, dapat vitamin aku, yaitu hot caffe latte. Gyeay!!

Oh ya, nama kek ni apa ke benda ntah ada perkataan caramel la yang penting. Boleh tak explain camni? Haha


Kaki pulak tak reti nak stick to one place kan. Melangkah dan terus melangkah, banyak jugak kedai aku masuk semalam ngan partner in crime. Hajat asal nak gi Samsung centre je. Sekali dah upgrade jadi sesi window shopping. Dah la gores kertas parking tu yg sejam punya. Nasib baik tak kena saman woi. Kitorang bershopping nak dekat 3 jam jugak rupanya. Hish.

Aku dah siap mark dah kedai2 yg best kat DP. Lepas ni lenkali kalau nak gi bole g terjah kedai2 yg aku dah mark tu. Kakaka Dah macam penyamun dalam cite Ali Baba Bujang Lapok je pulak.

Hari ni baru lekat sket kat umah. Tu pon may be petang ni keluar lagi ngan jiran aku tu. Haha

Okais. Tu je nak stori today.

Thanks for reading.

Till next time, bye love. :)

Sunday, April 19, 2015

Ngedate dgn Mek Champ (bukan nama sebenar)

Assalamualaikum..

Jumaat lepas aku gi sleepover kat umah membe baik aku kat Pilah. Membe2 aku kan semuanya hosmen2 belaka, so nak taknak kalo nak jumpa kena la gi dekat2 area sepital jugak. Ceh. Tu pon Champ ni die dah pindah keluar dari kuarters sepital. Kalau tak jawabnya aku kena masuk jugak la tempat nostalgia yg tragis itu. Haha

Champ ni belajar sama uni ngan aku kat Jakarta dulu. Dia ni sbnanye ex-schoolmate aku kat Sains Muar. Dan sbnanye die duk dorm sebelah dorm aku je pun selama 2 tahun skola kat Muar tu. Die ni classmate kepada dormmate aku waktu tu. Sebab tu la aku bole ingat die waktu jumpa kat KLIA time nak gi Jakarta tahun 2008 dulu. Kau ingat tak time kita jumpa kat KLIA tu champ?

Dulu kat skola aku weirdo. Takde geng, suka jalan sorang2, tak banyak cakap. Suka buat hal senirik. Tak suka bersosial sangat. Tak caya tanya Champ. Kan Champ?

Kat Sains Muar dulu, sbnanye bole kira ngan jari berapa kali aku pnah bercakap dgn Champ. Ntah2 sbnanye tak pernah pon bercakap ngan die. Tu duk dorm sebelah2 je tu. Punya la tak bersosialnya aku dulu. Hihi

Tapi kat Jakarta, bertahun aku sama rumah sewa ngan Champ ni.

Disebabkan aku mmg kenal die sebagai panggilan "Champ" since skola lagi, aku tak reti nak panggil die ngan nama sebenar die. Kesudahannya nickname tu lekat kat budak2 uni aku. Haha Majoriti panggil die Champ jugak mcm aku panggil die. Yea, thanks to me, nickname skola ko lekat sampai zaman university.


Jumaat malam Sabtu tu kitorang gi lepak kat AEON Seremban. Karok sampai pengsan. Menyempat la dinner bawak ke supper sekali kat tmpt karok tu. Heaven beb kat situ pasal die provide buffet utk customer. Segala tok nenek dari nasi ke lauk2 ngan pasta la porridge la sampai ke dessert semua ada. Memang kelaaaasss. Dah rupa org tak pnah jumpa buffet pulak asek muka aku je amek makanan kat situ. Kebetulan mmg perut tgh lapau nak mam. Setengah jam awal tu Champ je yg nyanyi. Aku sibuk mentekedarah. Hahaha


Ni esoknya gi tengok wayang plak kat mall baru kat Seremban. Apa ke namanya, Palm Mall kot. Pon heaven jugak sbb tempat baru, maka tak ramai orang. Mall ini kita yg punyaaaaa. Gitu..

Shawl H&M grid tu aku beli ngan kawan baik kitorang jugak, owner blog Azie Azra. Kenal tak? Gi la usha belog die, ada link kat sidebar aku. Dia jual macam2. Handbag Mango pon ada. Bole juling mata wa cakap lu. 

P/s: Thanks Azie, tqa suka gila kot shawl2 azie. Semua sedap pakai.


Aku tak follow Fast & Furious dari yg first tu, tapi yg Fast Furious 6 aku tengok la kat Indon dulu. Kira tau la jugak sket2 pasal cite ni kan. Tapi Fast & Furious 7 ni best gilaaaa. Sikit pon x boring. Pakej semua actor and actress kat dalam tu aku suka. And stunt action die thorbaikk. Standard la cite omputih mmg action diorg mcm real kan sume. Pastu part ending die tu mcm tergugat jugak la emosi aku sebab die buat tribute utk Paul Walker sket kat hujung cerita tu.. Sob sob Tak sangka kan si Paul tu dah takde. Muda lagi tu.. :(

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni aku mcm biasa la main kuiz kat internet.

Unique charm ye kau kata? Ala cakap je la aku pelik. Hmmmphh

Banyak kuiz2 die kat website ni. Try ah. Tapi kan.. Alamak siot btol lah. Aku tak ingat plak nama website ni. Boleh?

Sbnanye aku nak main kuiz2 lain banyak lagi kat website ni. Tapi hari tu aku klik pon kat news feed fesbuk aku sbb ada org share result kuiz die. Eyy hampehh

Takpe lenkali kalau aku dah jumpa aku stori lagi.

Oke ah. 

Till next entry. Bai!

Thursday, April 16, 2015

Oh Cameron

Assalamualaikum readers..

Aku baru lepas main kucing2 kat umah ni tadi. Dah lama jugak tak pegang diorang sbnanye. Lembut lebat rupanya bulu diorang. Nak2 si janda Embang tu kemain santek bulu die nijam. Makin janda makin lawa kata koo. Teringat aku arwah tok laki die Dak Atam dulu.. Manjaaa benau. Kalau org pegang, terus takde tulang leher die. Die lembikkan badan die dah mcm kena bius pulak. Rindu jugak kadang-kadang. Sobs

Dak Atam ngan Dak Oneng. Dedua da takde kat umah ni. Tengok la muka Atam. Tak boleh nak say no ngan die ni. Hehe

Anyway, aku baru balik dari sesi jalan2 ke ladang teh semalam. Takde lah makan angin pon, memang jalan2 cuci mata jek. Nak pg jauh2 sangat, ada keterbatasan kudrat kan sbb parents da x kuasa nak gi jauh2 mcm dulu2.. Dekat2 pon dah syukur dah.. Aku gi ngan parents jek. Adik aku die tak ikut. Budak nak peksa la katakan. Tapi aku dengau asek merayap keluar je. Sukati kau la dik. Jgn hari exam tak dtg dah le..


Ada cerita di sebalik tudung hitam ni sbnanye. Nanti hujung2 aku bgtahu. Tu beg kain gambau katun tu sbnanye dah tua dah umo die. Aku beli masa first year kat Jakarta dulu tahun 2008 la kot. Tak sangka plak bertahan smpi skang.


Pepagi lepas siap sume zaaaasss keluar umah laju2 sbb parents dah lapau pastu nak makan ubat ape sume. Sarapan kat kedai atas bukit ni. Landmark die sebelah kubur. Aku x tau la cmne makcik ni end up run bisnes sebelah tanah perkuburan. Yg pasti kedai ni mmg slalu ramai orang. Aku sampai belum pkol 10 pagi tapi that day diorang dah keluarkan lauk-pauk utk nasi campur. Aku dah ternampak segala ikan keli masak lada dgn rebung lemak cili api tu mmg takde dah aku nak pikir roti canai or nasi lemak. Terus brunch dgn nasi campur. Setel isi perut tahan sampai tgh hari.


On the way sebelum keluar tol, singgah dlu kat Perhentian Tapah. Aku suka gak lepak2 kat perhentian kalau lalu highway. Macam2 ada.


Ibu aku nampak Baskin Robin terus menonong masuk. Memula aku ajak die gi Dunkin sebab nak beli kopi. Kot la die nak beli pape ke kan. Last2 aku kena gi beli sengsorang. Tapi dapat kopi terus diam. Haha


Ni dah otw naik Cameron. Aku nak snap Lata Iskandar tu sekali ada pulak Muthusamy mana ntah masuk gamba ni.

Hah paparazi paparazi! :P


Jeng jeng jengggg
Inilah dia kelebihan berjalan time weekdays. Lengaaanggg.. Yeehaaa
Kitorang stay kat Rumah Peranginan Persekutuan jek. Paket hemat. Semalam 100 hengget dapat stay kat Banglo sebijik. Kemain besau banglo die bagi haa


Ni sebijik banglo dua tingkat kitorang bertiga jek. Siap ada porch lagi. Memang luas sangat2. Kalau siapa kerja gomen tu atas gred 44 rasanya layak apply utk stay kat banglo kat mana2 Rumah Peranginan Persekutuan. Nak buat family day nak konvoi 3 4 kereta pon boleh aku rasa. 

Dalam tu ada 3 bilik. Toilet ada 4. Kat dapur lengkap dgn stove, tong gas, oven, periuk nasi letrik, semua lah. Pokoknya fully furnished. Ko rasa mcm tumpang umah sedara jek duk situ.


See? Luas kan?
Betapa luasnya sampai aku tak boleh tido sengsorang dlm bilik sebab terbayang mcm2. Dasar penakut. Last2 aku gi tidur kat bilik sebelah kat parents aku. Nasib baik la each room mmg die provide katil lebih.


Sebelum ni aku pnah je stay sini tapi tak perasan pulak ada bantal bercap ni. Kemain, bantal pon nak tauk cap die. 


Sebab ni la aku kata umah ni sesuai nak buat aktiviti family sebab kat belakang tu ada tempat barbecque. Tu nampak tak mcm ada stove kaler hitam tu. Tinggal bersihkan and pasang api kat bawah tu dah boleh dah nak grill macam-macam. Singki pon ada. 


Petang tu lepas check in and lepak2 smayang sume, kitorang keluar balik sbb ibu aku nak beli towel. Aku bawak towel sndiri jek. Diorang terlupa kot rumah peranginan tu tak provide towels. Tak pasal2 kena beli baru. Padahal kat umah punya la berlambak stok towel. 

Apa ke nama tempat aku pergi ni ek? Brinchang kot. Pokoknya jalan terus je takde belok2 pon. Rumah peranginan tu plak landmark die ada strawberry farm. So boring2 bole pg strawberry farm pekena eskrim or nak beli bunga-bungaan n kaktus pon boleh. Kat situ ada jual.


Macam le kat Melaka takde seaweed. Mahal pulak tu. RM8.80 sepaket dalam tu ada seploh keping seaweed. Nasib baik sedap.

Nak jumpa BigBang takde le kan. Dapat makan seaweed cap BigBang pon jadik lah.. Haha


Dah aku haruk nau nak stroberi, last2 ayah bawak jugak la naik atas lagi sket daripada Brinchang tu yg kiri kanan ada kedai2 souvenir tu. Time aku gi tu kedai byk dah nak tutup n hujan plak tu. So main redah je kedai yg still bukak.

Tapi stroberi kat kedai ni lagi cantik2 drpd yg dekat strawberry farm depan rumah peranginan tu. Aku tak snap gamba stroberi die tapi siryes buahnya besar2 and merah2 cantik.. Rasa pon oke, takde la manis sgt, tapi tak masam la just nice je. So kalau nak beli stroberi better beli kat area yg atas lagi drpd Brinchang. Jalan je terus sampai jumpa area pasar2 tani or nampak kedai2 kiri kanan tu. Lagi worth it. Time aku beli tu die jual tiga pack besar RM25. Memang kenyang strobeli je lah. Puas hati aku.


Rasanya semua orang familiar dgn tea house ni kan? Kalau nak gi Cameron sure lalu punya tea house ni. Kat situ ada la kedai souvenir and kedai teh apa semua. Hari pergi tu kitorang singgah ngeteh dah sedas. Time nak balik singgah lagi ngeteh. Kemain seteko utk 3 ke 4 orang punya serving sampai RM14. Nasib baik la mmg sedap and view kat situ cantik. Kira bayar sekali for all the package lah tu kengkunun.

Cerita pasal tudung hitam tadi yg aku sebut awal2 tadi kan. Nak tau tak apa die? Dgn yakin dirinya aku pakai tudung kerawang die tu terbalik. Cis. Dah la few days before aku pakai tudung tu pergi interview. Gila serabai pakai tudung terbalik. Hahaha

Dah turun dari Cameron, sampai kat perhentian Tapah time smayang baru aku perasan tudung tu kerawang die terbalik. Hah elok la tu.


Hasil tunjuk-menunjuk semasa jalan-jalan.


Another coffee treat for myself on the way back to Melaka.

Aku berkenan gila dgn perhentian Tapah yg belah menghala turun ke Selangor tu. Very convenient. Kedai banyak, ada macam-macam. Buah-buahan berlambak kat situ. Kedai makan pon banyak choices. Surau and toilet pon sangat selesa. Parking banyak. And tempat die cantik and bersih. Decoration die, ada banyak small ponds dgn fountain yg buat ko rasa mcm tgh bersiar-siar kat istana je bila jalan kat koridor die. Tetiba rasa proud pulak tengok banyak org Thailand yg singgah situ. Ngahaha Pehal ntah aku plak yg nak rasa bangga. Bukannya aku yg buat pon perhentian tu.

Aku mmg nak snap gamba kat situ tapi ramai orang plak time tu. Kang mcm jakun nau pulak. Kensel lah.

Finally...siap jugak entri ni. Tetiba kagum ngan blogger2 senior yg aku follow, membayangkan betapa gigihnya diorang menaip cerita2 diorang.

Aku nak menaip tak brape mukasurat ni pon mcm nak semput.

Baik aku tekan button post skang sebelum aku berubah fikiran. Haha

Oke korang. Bai!!

Wednesday, March 25, 2015

I Like Colours! :)

Nak kata Pendidikan Seni kat skolah dulu selalu score, tak jugak. No no nehi haii,, Sesungguhnya aku memang bukan seorang yg berseni sejak kecik. Tapi manusia kan berubah-ubah. Hatinya, sifatnya, sikapnya..seiring dgn masa. Giteww

Perubahan yg ketara aku perasan sejak aku masuk university. Aku jadi suka dgn benda2 berunsur seni. Tak semua benda la tapi. Kalau lukisan mcm calit2 tu yg jual pon bole beratus USD tu mmg aku tak reti nak nampak la tang mana seninya.

Tahun 2010 aku nekad nak belajar main gitar. Memang aku betul2 belajar. Tapi cegu2 aku sume kat internet, mostly kat Utube la. Free je diorg ajar main gitar. Hehe Maceh cegu. Kira ada unsur seni la tu kan?

Sekitar waktu yg sama jugak, aku mula rasa minat dgn makeup. Aku sendiri tak perasan n tak ingat mcm mn bnda ni bermula tapi makin lama makin kuat aku rasa yg aku minat dgn produk2 kecantikan ni. Sampai adik aku one day tu die gelak kat aku sbb die kata aku la dulu org yg slalu ejek die sbb die suka melaram. Sekarang aku pulak yg main makeup. People change..  Ahakhak

Aku rasa tahun 2012 kot, aku mula minat dgn hair colors. Rasa teringin nak explore different hair colors makin lama makin kuat. And I did start to color my hair since then. 

First shade yg aku try waktu tu was medium golden brown by Revlon.
Yg ni, nombor 43.

Ofkos sebelum aku buat keputusan utk start dye rambut aku dah ty dulu org bole ke tak sume, in fact adik aku ada gi tlg tanyakan kat ustad die lagi. Bila dah yakin dan kompiden baru la aku beli hair dye box ni. Yahuuu

I watched tons of reviews and tutorials and done my research about it too before I decided on which product and shade should I go for. Dan akhirnya aku try Revlon.

First time aku dye waktu tu I wasn't really expecting any dramatic result sbb ye lah, apa lah sgt nak expect utk virgin asian hair like mine kan, unless you bleach it first. Ofkos lah nehi haii nak bleach2 ni. Aku tak seberani itu. Membayangkan betapa harsh nya the bleach could be. So waktu tu aku fikir, ala saje je la nak try. Just go for it.

Tapi it turned out that my hair absorbed the colour pretty well. Aku pon tak sangka. Mungkin pigmen kat rambut aku sebenarnya not that dark ke entah la. 

Lepas tu, honestly aku da try macam2 brand lain and try different shades jugak.. Tapi personal favourite aku tetap Revlon. Sebabnya, satu die takde ammonia. Ammonia ni bau die super tajam n kalau kita guna hair dye yg ada ammonia ni mmg tak bole buat keja dlm ruang tertutup. Alamatnya xbole bernapas la kau. Tengik! 

Kedua, rambut tak rosak sangat pakai dye Revlon ni. Chemical die tak sekuat brand2 lain yg aku pnah cuba. Nak2 conditioner die tu aku suka sangat. Bau wangi, bila lepas guna conditioner die rambut nampak sehat lembuuuuttt je.. 

Ketiga, kaler die tahan lama. Revlon Colorsilk ni mmg permanent hair dye. tapi ikut pengalaman aku, se-permanent mana pon hair dye tu, die tetap akan fade jugak setiap kali kita shampoo rambut. Utk slow down kan proses fading tu, boleh la guna produk yg khusus utk maintainkan rambut berwarna. But as for me, tak kuasa aku nak layan. Hahaha Apa yg ada tu la yg aku lenjan.

Keempat, dalam banyak2 hair dye yg aku pnah try, Revlon ni la sebenarnya kaler die yg turn out the closest to the shade shown on the box. Die ikut jugak condition rambut kita before coloring tapi kat rambut aku, brand ni la yg paling oke. It might be different to other people though.

Baru-baru ni aku try nombor 150 in red.

Revlon ada another range of hair dye iaitu yg Colorsilk Luminista ni lah. Yg Luminista ni katanya khusus utk dark hair. Dia la tulis kat situ. And color choices pon a bit different than the other Colorsilk range. Aku tak tau la ape aku fikir waktu pilih merah ni. Kakaka

Bukannya teringin nak rambut Rihanna red pon. Aku terpukau kot tgk mata model kat box tu. Cantik kan mata die? *tiba-tiba*

Anyway, lepas guna shade 150 ni aku dapat membuat satu kesimpulan. Sebenarnya this shade really works wonder to my hair. Selain roots aku yg lebe kurang 1.5cm waktu tu, rambut aku sbnanye mmg dah colored with another brown shade yg aku slalu guna. Tapi suprisingly dari roots sampai ke tips the color blend so well and I can barely see any brown tints on it. Even antara roots dgn the under parts pon tak nampak beza. Takde belang pon, very even. Yahuuuu

I can't be convinced that my readers are all ladies so showing you guys the result is something that doesn't seem to happen. Huhu I'm sorry..

Tapi aku tunjuk gambar yg lebih kurang sama lah ya.

Ermm lebe kurang camni lah kot.

Not too red, yg penting bukan orange. Aku mcm tak jumpa gamba yg exactly sama tapi gamba ni close la, mungkin merah lebih sikit je drpd ni. Tapi aku tak gojes mcm model dlm gamba tu lah. Hahaha

Yg penting, berhias for nobody but yourself, okay ladies. Yg dah ada husband tu bercantik utk husband lah kan.

Orang pompuan ni tend to do a lot of things for self satisfaction. May be that explains why I love to color my hair. Gyeahh



Sekian,
a lady who loves colourful things,
Madam Teressa

Thursday, March 12, 2015

Paip

Assalamualaikum..

Hari ni aku stress sebab paip shower kat bilik air bocor so shower tu punya air jadi slow. Gggrrrr... Kompem smpi nak tdo kang pon aku duk memikirkan pasal nak beli paip baru. Hmmphh

Itu hari aku keluar tengok wayang. Saje gedik sbb da lama tak tengok wayang. Aku tengok kat social media org kata cite Kingsman best. Terpengaruh pulak nak pergi tengok. 


Ups. Kantoi cite 3 hari lepas. Ahakhak Mmg ingat nak update hari tu lepas tu diserang intoksikasi vitamin "M" pulak. Makanya tonight baru nak bukak cite.

Aku tengok sengsorang je cite ni. Mana ada kwn sgt dekat Melaka ni. Aku kan asek merantau je keja dari zaman skola lagi. Kawan2 byk yg jauh2. Nak ajak jiran plak... Oh aah ek, aku lupa plak aku ada option ajak jiran that day. Halal lah dah tengok dah pon. :P


Hah aku tengok cite niha la. Boleh tahan cite ni. Aku kasi 4.89 bintang. Aku rasa die punya gadget2 dlm cite tu mcm lagi cool drpd James Bond at some point. Kreatip gila producer filem ni. Lepas tu tang pompuan yg kasut die tajam mcm pedang tu cool gila kot. Dia sbnanye kudung kaki aku rasa n die one of the bad guys la dlm cite tu tapi aku still amazed dgn konsep kaki pedang tu. Uwaaa bole melopong jugak tgk. 


Orang kata ape tu, alang2 menyeluk pekasam biau lah sampai ke lengan. Dah alang2 lalu Jco ni, apa kata singgah kan. Puas hati aku dapat hazelnut latte. Sampai menjilat penutup kau. Sebab ada caramel melekat kat penutup cup tu. Kakakaka Sakai tak hingat.


Tadaaaaa.. Ce teka apa yg tak sama.

Atas tu kepala da simetris, yg bawah tu kepala tak simetris. Hmmm betul jugak tu.

Yg gambau bawah tu dgn spek lama, atas spek baru. Aku mcm dah hooked up dgn frame plestik. Mungkin kalau umo aku panjang, lepas2 ni pon aku akan pakai frame plestik je. Sbb frame plestik ni takde byk songeh. Dia x elastik mcm certain frame yg bole terbengkok tu. Die tak fragile so kalo terpelanting jatuh pon probability nak patah tu kecik je. Nak calar pon susah. Warna die pon takkan berubah. Yg berubah lense la mcm spek lama aku tu. Mcm berjerebu aje mata memandang.

Namun, alhamdulillah sekarang tidak lagi. Lepas ni aku da tau psl coating lense. Persoalan misteri aku yg dah bertahun ni akhirnya terjawab. Thanks tu sape ntah orang kat kedai spek tu sbb explain panjang lebau psl coating ngan lense hari tu. Haha

Esok aku ada misi lain pulak. 

Sambung lain kali ya. Babaiii~

P/s: tak sabau nak beli paip shower baru.