Showing posts with label Instashop. Show all posts
Showing posts with label Instashop. Show all posts

Monday, May 15, 2017

Bukan Entri Bias Lol

Salam and hai semua

Buat apa tu? Sihat ke? Aku baru balik makan angin dua hari lepas. Lepas tu kena virus. Agaknya ms dlm flight or dekat airport kot ntah. Nasib baik demam dia tak berapa panas mcm yg aku kena few months ago. Tobat sampai semayang pon duduk. Punya panas. Kali ni masih oke lagi la pasal bole menaip kat blog ni kan. Sepatutnya aku menaip esaimen taw, bukan blog tapi apakan daya, macam memanggil-manggil pulak blog ni ha.

Kak long takde nak cerita apa, nak cerita pasal minyak wangi sikit. Rsnya few yg pernah terbaca entri2 lama ada kot terperasan aku cerita psl ori reject aku jual kan, dekat ig nama leparfum_bysoul (kat side bar ada jugak link). Sekarang ni aku lebih fokus dekat #thelabparfum sbb aku sendiri dah terjatuh chenta dgn the lab parfum ni.

Apa benda the lab parfum ni ya?

The lab parfum ni sbbnanye nama brand inspired perfumes by founder Ifrasya Perfume House yg sblom ni aku jual ori reject tu jugak. Setahun lebih yg lalu kot bos dia launch The Lab ni. Konsep dia inspired perfumes, tapi hanya limited list sahaja lah, Tapi ada jugak formula yg bos ilhamkan sendiri kot beberapa jenis so that ada identiti sendiri la The Lab ni uols.

Hari tu aku pergi Jakarta, jalan2 dekat mall, perfumes dekat Mark & Spencer ada offer la pulak kennn, sengaja nak menghasut daku membazir duit kat sana. Cis. Memula aku ajak my mother utk share2 pasal dia ada buy 2 or more dapat harga Rp 199,000 satu botol. Kalau beli sebotol harga Rp 279,000 kalo tak silap. Rupanya perfume yg aku berkenan tu tak termasuk harga promo kuanghasam. Oke, pendekkan cerita, aku beli yg 30 ml edp akhirnya pasal mmg suka benau la gamaknya bau tersebut.

Sebelum ni, aku pakai The Lab perisa Jean Paul Gaultier for women. Kebetulan nak habis (alasan je tu nk beli baru lol), tu yg aku terfikir nak beli perfume lagi.

 Ini The Lab aku punya, sikit lagi nak habis.

Ini Rosie, yg aku beli kat M&S hari tu. Eh wangi gila sbnanye cuma slack sbb x lasting kat aku je. Sayang pulak nak kasi perabis..

Masa aku try tester yg M&S punya perfume tu, sumpah aku da balik hotel cuci2 tangan ape semua pon still bau lagi. Suka sangat. Rs tazabar nak pakai perfume baru esoknya. So esok aku pon try lah perfume baru. Spray la dekat neck and baju sikit kan. Tapi agak keciwa pasal longevity nya tak sama dgn tester yg aku try kat mall. Padahal tester dia edt, aku beli yg edp.

Sebelum ni mmg leader group perfume aku pernah share ilmu yg biasanya tester akn pekat sikit perfume dia biasanya utk tarik customer. So aku takde terkejut sgt. Cumanya psl aku beli edp so I thought oke la may be at least longevity dia akan setara dgn tester edt tu. And it didn't happen :(

Honestly, The Lab yg aku pakai jauh tahan lama. Kalau aku spray dekat baju, jawabnya sampai esok pon aku still bole bau perfume tu. Bukan nak gebang, tapi sbnanye aku pon eager nak tau team The Lab guna minyak apa utk formulate perfume yg tahan camtu.

Untuk comparison
M&S yg aku beli tu price lebih kurang RM 55 utk 30 ml
The Lab RM 60 utk 30 ml

Packaging as shown in pics above. Kotak The Lab tu aku dah lama buang, and packaging latest sbnanye ada riben kat botol, aku punya packaging lama so takde riben. Mana lagi comel, terserah pandangan masing2. Tapi for longevity, aku rasa The Lab wins. 

Andai kata ada yg nak look for more details about The Lab Parfum, jenguk lah ig daku leparfum_bysoul jangan lupa klik follow ya. Aku privatekan ats sbb tertentu. Bos rajin buat promo tu. Bole beli lebih sikit utk diri sendiri mahupun insan tersayang. Eceh.

Bai korangss...

Sunday, April 12, 2015

Tak Jual Lagi Cotton Jepun Taw

Apa daa nak taip jepun tadi tertaip jempun. Ahakhakhak Nasib baik aku rajin nak backspace tadi. Kalau tak sampai tahun depan tajuk entri ni tulis cotton jempun. Jempun pon jempunn laahh

Memula aku malas gak nak update notice kat entri2 lama pasal cotton tu. Tapi aku tengok dua entri pasal cotton tu nak 1k jugak view memasing. Ramai jugak orang cari cotton jepun ni rupanya. 

Setakat view kat belog ni takde benda la sangat pon sbnanye. Cumanya lately mcm ramai pulak yg whatsapp n sms aku, ada yg call lagi tanya pasal cotton Jepun tu. Padahal dah gtau rasanya no call, still jugak ada yg call ya. Aku pon pergi angkat sape suruh. Hahaha

Yg sms berkali-kali tanya soklan yg sama pon ada. Rasanya berkali-kali jugak aku duk explain ngan die. Tapi takpe la hiburan masa lapang. Kakaka

Hurrmm Last2 aku merajinkan jugak la jari jemari aku utk update notis kat entri2 lama dan mewar-warkan (betul ke eja perkataan ni) dalam entri ni bahawasanya aku dah drop out dropship cotton tu atas sebab2 tertentu ya.

Tapi korang still bole beli kain cotton jepun tu through Facebook page: 
Klik link ni  >>>>> COTTON KEKABOO

Hah kat situ ada la bole tengok gamba details stok cotton terbaru. Deal terus ngan tauke, nak beli borong ke nak beli semeter je ke sume bole direct ngan tauke die, okies?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oke ah cite benda lain plak.

Ni ex-classmate aku dulu.

Hoih membohong tak agak. Haha Of kos la bukan ex-classmate akuuu. Ex-classmate aku takdo doo set2 yg rupawan lagi jelitawan sebegini rupaaaa.

Mana nak jumpa laki pakai lip balm pergi kelas weh. Laki Korea je kompiden sambil tunggu lampu merah dalam kereta tenyeh lip balm taw. Tapi kalau meleis yg buat camtu gerenti pelik ah. Tak sesuai oke muka jawa selet lip balm. Mcm something wrong somewhere jek.

Aku dulu bangsa tak reti tengok Korea jugak. Pada aku korean guys ni mcm terlalu jambu yg mcm tak masuk akal. Kira aku tak tau tang mana kelelakian diorang tu. Semua nampak mcm pompuan je. So kalau ada org yg cakap Korea ntah apa2 tak minat la bla bla bla it's okay aku totally understand you sebab sblom ni I was one of y'all.

Tapi sekarang aku dah berubah. Minat la jugak sket sket. Well, people change bebeh.



Aku la yg rekod video diorang berlatih ni. Tak percaya sudah. Muahahaha

Sunday, April 5, 2015

Beauty Diary Mask yang Aku Suka

Assalamualaikum readers..

In one of my previous entries aku ada mention pasal face mask kan? Tehehe So today aku nak mengotakan janji lah kununnya..

Engkorang suka pakai face mask tak?

Aku suka :)

Ni koleksi face mask aku. Merangkumi segala jenis mask; sleeping mask, eye patch, pink clay mask, and bunch of sheet masks.

Tu pon ada satu tiub facial pack aku yg Face Shop Seaweed pack tu tak masuk dalam bekas kaler beige tu sebab aku letak tempat lain.

Tapi majority face mask yg aku ada skang is yg brand dari Taiwan tu, Beauty Diary. Aku beli online, sister tu jual sekeping RM2, kalau beli lebih 20 keping dapat harga RM1 sekeping tak termasuk postage. Itu pasal la aku borong. Mekasih kat besfren la sbb die bagitahu pasal instashop tu. Hikhik

Untuk entri ni, aku nak fokus kat Beauty Diary punya mask je dulu..

Beauty Diary ni kalau tak silap aku 20 jenis ke lebih. Ada macam2 la aloe, vit C, broccoli, jelly, red wine, caviar, arbutin, and so on. Masing-masing jenis tu ada benefits die tersendiri. Ada yg untuk whitening, ada yg untuk mosturising, etc etc. Yg untuk lifting and kuruskan muka pon ada which is caviar mask tu. Aku try dah tapi baru sekali jek, setakat ni blom ada tanda-tanda muka aku berubah menjadi runcing lepas pakai mask tu. Haha

For those yg mungkin blom tau, face mask ni die sbnanye macam kepingan cotton yg nipis yg direndam/dibasahkan dgn serum/essence. Basically sama je prinsip die dgn mask yg wash off tu cuma die bentuk sheet mask. Pakai buang. 

Macam ni:

Tepek tepek kat muka mcm topeng, lepak2 15-20 minit, pastu buang. Nak lagi lama pon boleh.

So.. Aku beli campur-campur waktu tu, yg pelik2 pon aku sebat jugak sbb nak try. Tapi disebabkan some of them lebih kurang sama je aku rasa efek die, so aku cerita kat sini mask yg aku paling suka antara banyak2 mask Beauty Diary ni ya.

I'll start from the one that I like the most ya, kira dari yg paling best lah ni bagi aku.

1. IMPERIAL BIRD NEST MASK

Sebenarnya, pakai mask ni kena rutin kalau kita nak betul2 nampak kesan die. Aku personally pakai mask 2-3 kali seminggu. Kalau aku takde mood at least seminggu sekali la aku pakai mask. Biasanya memalam la bila da nak tdo.

Aku paling suka yg bird nest ni sebab kulit mmg rasa lembap smooth gebu je lepas guna mask ni. Nasib baik aku beli bird nest ni paling banyak waktu tu. Blind buy yg mmg worth it.

2. ROYAL JELLY MASK



3. STRAWBERRY YOGHURT MASK


4. BLACK PEARL MASK


5. ALOE MASK


5. HYALURONIC ACID MASK
So setakat yg aku dah try, lima mask kat atas ni antara yg aku suka lah especially yg bird nest tu. Best!

Next time bila aku rajin aku nak cerita pasal Korean brand punya sheet mask pulak. Muahaha

Till then, have a good day korang!

Tata 
^^

Monday, March 23, 2015

Entri Promosi Tuan Tanah Lagi :)

Hey hey hey...

Happy Monday peeps! Sepatutnya today aku keluar dan mengerjakan misi-misi aku tapi nampaknya misi tergendala ya. Entah apa angin aku jejak dapur pagi tadi terus capai beras nak buat nasi goreng. Ini sungguh ajaib sekali. Aku bukan jenis memasak punya orang ya. Paling gigih pon goreng daging burger or buat maggi.

Sebagai agen Ifrasya Perfume House yg berdedikasi (perasan je oke), bila bos buat sales maka haruslah kita sebagai agen mempromosikan dgn gigih ya kawan2.


Kalau korang jenis selalu beli perfume kat kaunter (mall), korang mesti tau kan range harga perfume original kat sana. I would say within 150-500 ringgit la lebe kurang. Ada yg lebih mahal jugak drpd tu.

Perfume yg kitorang jual ni perfume reject. Reject means sama ada dah terlalu lama kat kaunter, or ada minor defects kat packaging die, mungkin botol calar sket, or reben die senget, or anything similar. Basically perfume kat dalam botol is 100% original ya, cuma disebabkan dia tak perfect utk jual kat kaunter maka dia masuk kat reject. Hence the price is so much cheaper.

Aku pon pernah jenis beli kat kaunter jugak. Dan aku pernah try jugak perfume grade yg Dubai tu. Kalau org tanya aku, aku sbnanye prefer ori reject. Bukan bias, siryes bukan. Sebab bila kita pakai perfume yg quality die sama tapi kita dapat harga yg affordable compare dgn the exact same thing yg kita beli dgn harga berganda lebih mahal..macam...tak worth it. Itu aku la. But yes, tengok jugak jenis reject die, sometimes mmg ada yg bau die dah berubah may be sbb the chemicals inside it gone through some reaction causing it to smell weird and doesn't last long as it should be.

But point aku kat sini is, beli ori reject ni is a good option if you're a huge perfumes collector. Set2 yg beli banyak sgt perfume but tak pakai semua sekaligus selalu.. Just pakai mana2 ikut mood dan suasana yg bersesuaian..you know what I mean.

Kitorang jual banyak brand, utk harga promo bole campur2 don't worry. Yg penting 110 dgn 110, 130 dgn 130.. Boleh pakat ngan membe2 or family utk beli banyak, nak request alamat lain2 pon bole. Ni aku share few of our perfumes collections.

Jemput cuci mata.








For more details, you can click the link to my igshop at the side bar on this blog or

Btw, if you notice aku pnah bercerita ttg seorang budak ni yg aneh kat dalam previous entri bertajuk "Muak". Kemuakan aku nampaknya bertambah disebabkan kejadian sehari lepas. Last week aku mmg tak bagi can kat die. Aku push die minta jugak refund trip yg tak jadi tu. At last Sabtu lepas ada deposit dlm akaun aku.

Tapiiii..............

Dapat separuh je. Are you kidding me, kid? Tak lawak okeh. Takkan la org yg depositkan duit refund tu tak tau berapa amount yg die patut depositkan? Eh hellooo... Kau yg punya trip mestila kau tau berapa bayaran utk satu kepala. Obviously something is off kat situ.

Furthermore, adik aku yg tak minta refund pon takde dgr khabar ape pon pasal bila trip tu nak berjalan. End of last year kau kata tunda to January or February. Now ni dah bulan berapa? See? Aku bukan nak tuduh2 ke apa, aku cerita bnda apa yg berlaku je. Aku tak kira. Selagi tak setel selagi tu aku cari kau. Nak sgt berdrama kan? Ko ingat ko sorang saiko? You ain't know nothing about me. 

Cubaan meng-capture hasil self-makeup hari ni.

Abaikan kening, dan eyebag dan some bumps here and there.. That was just minimal coverage using a thin layer of BB cream and pressed powder. Ni sbnanye simple eye makeup yg aku selalu guna kalau nak keluar. Camera ni tak berjaya capture the actual color tapi the highlight part does come out okay for me. Hurmm biasa kalau keluar nak simple aku buat camni, tapi kalau nak special sket aku buat smokey eye and lagi pekat. Cumanya aku punya eyelid tak luas n bila buka mata eyelid tu is quite deep so bila buat smokey eye makeup pon sbnanye tak nampak sangat. Last2 simple eye makeup ni la yg aku lenjan ke mana saja dan di mana saja. Haha

Mula menyimpang2 dah nampaknya aku menaip ni.

Dengan ini, aku tutup dulu cerita hari ni ya. Len kali stori lain pulak.

Oke baaaaiii....~

Wednesday, February 18, 2015

Promosi

Assalamualaikum..

Boring betul umah aku (eh bkn umah aku, umah mak aku) ni takde air pulak. Dah few days ni suka nau kejap2 air paip x keluar. Few weeks lepas air paip asek merah je. Ntah ape die godek asek betulkan paip je aku pon xtau. Nak masak air pon pikir 4 kali oke.

IKLAN TUAN TANAH

Aku salah sorang agen Ifrasya Perfume House ya. Now tgh promosi first anniversary. So boleh la anda2 sekalian jenguk my ig ya mn tau kot ada berkenan.

Perfumes sume 100% original, from their origin country tapi mostly from France. Sume direct shipping from oversea dan preorder items ya. Ada ready stock tapi tak semua lah. Bole contact aku utk tanya apa2 psl perfume. Harga pulak takde tambah postage. Postage FOC. So maknanya misalnya beli 2 botol Rm 200, bayau 200 sahaja. Harga normal sebotol Rm 110, kalau brand yg up sket Rm 130 sebotol. Kitorang ada jual perfume set hantaran jugak tapi tak pos la, utk self pick up or COD sahaja. Brand ada banyak, bervariasi.. Celebrity and designers fragrance semua ada.. Tapi stok bole berubah jugak ikut availability ya. Setiap pembelian perfume akan dapat the original box dan free gift. So, utk penggemar2 perfume kat luar sana sy jemput singgah igshop saya ya.


Tadi aku log in kan, ada reader komen pasal video konsert tribute Beyond yg aku tepek kat belog ni dulu. Tak sangka ada reader aku yg tau pasal Beyond. In fact she's a fan of Beyond kot. Uwaaaaaaa Dia bagitau pasal mcm mana Wong Ka Kui tu meninggal dulu. Tragic jugak bila baca.

Aku punya vitamin 'M' kemain menebal nak letakkan link post tu kat sini. Haha

Takpe lah. Lagipun persoalan yg terjawab dgn komen tu sbnanye adalah persoalan aku sndiri. Aku mmg teringin nak tau mcm mana Ka Kui tu meninggal dulu tapi punyalah bercinta nak search.

Okay. Takat ni dulu utk hari ni. Kendian aku cite bnda lain pulak ya.

Thanks for reading ^^

Friday, September 5, 2014

Lagi Stock Kain Cotton Jepun! =)

Pesanan Tuan Tanah: Maaf, saya dah tak jual cotton jepun lagi ya kawan2. Tapi masih boleh nak beli.. Directly klink link ni >>>> COTTON KEKABOO
Kat situ ada list and gamba latest stok kain dan boleh langsung deal dgn tauke ya.. Thank you ^^

Assalamualaikum..

Takdelah ape sgt nak cite entri ni. Tapi nak upload koleksi kain cotton jepun lagi yg new arrivals. Hihi

Saje utk korang cuci2 mata. Kalau cantik tertarik menarik ke..boleh lah pm.

a)  Japanese Cotton READY STOCK.
b) Material best sangat senang iron sbb tak keras, tak tebal sangat, tak nipis sangat, pokoknya best lah habaq hang.
c) Sepasang mkcik jual RM 75 sahaja free postage uols. Sabah Sarawak jadi RM 78 je free postage. Sementara stock masih ada, boleh lah order lelaju. Kat pesbuk mcm goreng pisang panas. Hihi
d) Harga borong kalau beli lebih seploh pasang ye, minat meh le pm. 









For serious buyers only, calling2 iols tak layan. SMS or Whatsapp only 0108982584.

Link igshop ade kat sidebar ye adik2 manis. Nak skrol perfumes kat igshop taw. 
Current perfume preorder utk postage 15 hb sembilan niha tapi near ended sbb kita takut shipping delay lagi mcm hari tu. Sob sob sob.

Tapi next preorder adaaaa. Bole order laju2 sementara byk stock taw.

Oke, selamat menjamu mata.

Till next entry for non-business story pulak. Mihihi

Babai korang!!

Peace! =)

Saturday, August 30, 2014

Tauk la tajuk suka hati uols :))

Assalamualaikum..

Hari ni hari Sabtu kan? Kalau siapa ada terbaca kat mana2 hari ni ade mcm talk or program kat Putrajaya International Convention Centre (PICC) selama 2 hari. Bidadari kalau tak silap tajuk program tu. Ada Prof Muhaya, ade Wardina..  N siapa ntah lagi tak hapal pulak. Adik pompuan aku suka program2 mcm tu. Makanan rohani gituuu.. Kakak die?? Kuang kuang kuanggg

So ibu aku pon dah belikan la tiket adik aku utk pg program tu. Disebabkan program nya 2 hari, maka takkan lah kita nak bermalam di bawah sinaran bulan di pinggiran tasik depan Alamanda tu kan? Maka secara otometiknya, ibu aku telah merekruit aku n adik laki aku skali utk tido hotel kat Putrajaya. 1 malam pon jadiklah. Kesempatan yg ada utk makan angin mcm ni haruslah tidak disia-siakan begitu sahaja.

Bergerak lah kami 4 beranak tadi pagi. Adik aku ni ya ya je nak gerak pkol 8 pagi dari Melaka. Nak daftar nya pkol 8.30 pagi. Mcm lah kita ni nak naik roket kan 30 minit belesup dah smpi Putrajaya.
T______T

Tiba-tiba pulak kat area mana ntah rasanya dekat2 Nilai sekali dengar bunyik beletup mcm langgau something atas jalan. Berderau kejap darah aku. Aku bukannya boleh bnda2 mengejut ni. Kang aku bersilat kang. Bersilat takpe lagi, kot lah tiba2 siaran kuda kepang kang tak pasal2 je.. Wakakaka *merepek merepek*

Ended up keluar kat tol Senawang, laju2 cari kedai tayau. Sebelum tu mmg sempat cek la kat perhentian mmg tayau belakang satu tu dah kempis sket.


Macam paham nau je Datin cekak pinggang menghadap org pomen tu. Hahah

Sah tayar langgau paku. Adik aku kata byk gila paku kecik2 tapi dalam aa kat tayau tu. Terus Datin bukak cite dulu2 pernah femes pasal org jahat tabur paku kat ats jalan nak kenakan org. Bila org benti, die pon sibuk lah konon nak tolong. Lepas tu tolong samun org tu. Kesian kan? Macam2 akal org2 trait jahat ni.


Ni lah pemandangan dari tingkap hotel kitorang. Sementara adik aku gi dengar talk, kitorang lepak2 kat bilik tengok Running Man. Tiba2 pulak bukak tv ade Running Man, layannnn

Oh ya. Tu kat Everly Hills.














*krik krik krik*















Lepas kompemkan kat kad hotel ni, sah2 aku delusional. Kah kah kah

Tulah. Teringin sgt nak menjejakkan kaki ke Beverly Hills. Asal ade bunyik pon dah rasa syok. Kesian kat diri sendiri. 

Nama hotel ni sebenaunya The Everly Putrajaya. Hahah


Ooo mak aii muka aku mengalahkan piring free beli Colgate ye.

Sebenaunya tuha shawl tu aku baru beli ngn membe aku Azie die ade biz shawl nama Fairyrosewardrobe. Menarikk wehh koleksi shawl dieee. Ni yg kuning ni betapa aku sukanya smpi rs mcm nak bawak tdo je... Hihi

Aku jarang kalau nak beli baju or tudung yg kaler kuning taw. Sekali beli shawl ni rasa mcm cantik jugak kaler kuning ni yee.. Lps ni bole la berjinak2 dgn kaler kuning lagi. Muahaha *petanda akan bershopping*

Kalau korang nak usha koleksi membe aku, cari je Fairyrosewardrobe kat fesbuk ada, kat instagram ada.. 
 Yg ni pulak link >>>>>> BLOG AZIE (kat sidebar pon ade.. )

Rasa seronok pulak tengok membe baik aku sorang ni makin berkembang bisnesnya. Rasa mcm inspired je tgk makin lama makin org notice biz die.. =)

Tu la kan, dalam hidup ni.. Tak semestinya apa yg kita fikir kita akan jadi or apa yg org fikir kita akan jadi, akan jadi kenyataan. Itu lah roller coaster kehidupan. Only Allah knows best because He's the greatest planner after all.

Tiba-tiba bunyik2 mcm ceramah. 

Hihi

Oke korang. Babai!

PEACE!!!

Friday, August 15, 2014

Jual Kain Japanese Cotton Grade AAA Online

Pesanan Tuan Tanah: Maaf, saya dah tak jual lagi cotton jepun ni. Tapi anda masih boleh beli through Facebook page ni >>>>> COTTON KEKABOO
Kat situ, bole tengok list dan gamba stok cotton yg latest dan boleh deal tros dgn tauke. Thank you ^^


Assalamualaikum..

Salam 1 Malaysia, selamat hari raya aidilfitri, Eid Mubarak, salam Jumaat, selamat petang, dan salam hari-hari untuk sape2 yg baca pada waktu yg takde dlm ucapan2 tadi. Hihi

Mungkin yg dah pernah terbaca sebelum ni ade perasan (kalau perasanlah haha) aku ade jual perfume original reject kan. So I just decided to add up another business which is...........................yup! Kain cotton pasang! Hoorayy!!

Siapa suka kain cotton?
*saya saya sayaaaaaaaaaaaa!!!*

Oke let's cut the crap.
Details seperti berikut:

>>> Kain cotton Jepun grade AAA
>>> Material baik, sedap pakai, tak tebal sangat, tak nipis sangat, tak mudah konyok atau lusuh lepas basuh
>>> Sangat sesuai utk kita yg duduk Mesia iklim panas lembap ni, just nice nak buat baju kurung
>>> Motif yg pelbagai pilihan. Manis2 comey2 belaka ^^
>>> Semua material READY STOCK

HARGA SEPASANG (4 METER) : 
RM 75 FREE POSTAGE (SM)
RM 78 FREE POSTAGE (SABAH & SARAWAK)

HARGA BORONG 10 PASANG/40 METER : 
RM 550 FREE POSTAGE (SM)
RM 580 FREE POSTAGE (SABAH & SARAWAK)

Boleh nak beli permeter, tapi contact saya utk harga.

Boleh order melalui:
Whatsapp/ SMS 0108982584 (call tidak akan dilayan, and serious buyers only)
Email: atiqah.jamaludin@yahoo.co.id
Wechat ID: tiqasoul

Ini koleksi cotton kami:

















Bole pm saya jika berminat atau nak tengok details pic material.

Selamat mencuci mata y'all!

Peace!

Thursday, July 17, 2014

Interview

Salam to all muslims out there..

Satu dunia tgh kecoh pasal tindakan Zionis Israel yg tak berperikemanusiaan kat Gaza sana. Thanks to the technology nowadays too many videos at facebook and youtube, google, everywhere.. Kita boleh dapat maklumat mcm mn gambaran realiti yg terjadi kat sana. Sedih sangat n marah sgt dgn golongan laknatullah tu. Ya Allah sayu nya tgk budak-budak kecik dah tak bernyawa diorg kerjakan. Takkan kau takde anak sendiri yg kau sanggup bunuh budak-budak tak berdosa mcm tu?

Together we pray hard for them, and do whatever we can to at least threaten the bad guys. Kalau tak boleh perang sama, kita usaha je lah, sikit pon Allah nampak punya.. Kalau boleh boikot, boikot.. Kalau boleh derma, derma.. Tak kisah la what races or religion pon, bnda ni bukan hanya soal agama sahaja lagi dah. Org bukan Islam pon ade je yg diorg bunuh. Ini dah jadi soal hak asasi manusia. Even Jewish kat New York pon bantah ape yg Israel buat tu. So?

And kat Malaysia pulak bulan mulia ni dilanda dgn kisah hangat perempuan berkereta Peugeot (aku tak tahu lah eja btol ke tidak :P). Heeeeeebbohhh sana sini pasal akak tu. Semua keyboard warriors mcm berlawan berdentum-dentam memaki, mengutuk, mencerca, sume2 lah yg tak elok kat akak tu.

Haihh. Apa nak jadilah Malaysia ni. 

Tulah. Suka sangat tengok drama. Tak dapat jadi artis berlakon watak jahat, kat facebook pon jadi lah nak tunjuk bakat.

Honestly, aku x tengok pon video akak tu. Aku takut. Aku takut kalau aku akan turn to judge the people involved in that video. Bila baca komen2 semua negatif, laaaaaaagilah aku tak nak amek tau pasal video tu.

So, dengar kata kes ni dah reda kan, dua2 pihak dah bagi keterangan. Akak tu dah minta maaf terang-terangan, bkn sahaja kpd uncle tu, tapi kepada semua rakyat Mesia kan. So mana2 yg masih butthurt dgn akak tu, maafkanlah dia. Sorry lah ye, but aku rasa those yg kata tak baik pasal die pon sepatutnya kena minta maaf jgk dgn akak tu.

Aku ni bukan lah org bijak pandai sangat. Cuma aku rasa mcm kelakar tgk gelagat org ramai psl kes ni.

Hurrmmm... Sebenarnya hari ni aku ada interview. Tapi aku tak pergi.

Sebab aku trauma.

Skarang tgh fikir mcm mn nak react dgn my mom.


Btw, jeng jeng jengggg... Chanel aku dah smpi semalam. Kemain eksaited first time dpt pakai Chanel taw. Sbnanye nak belikan ibu aku Kenzo tu, tapi skali terbelikan diri sndiri jugak sebotol. *Alasan alasan*

Maka dengan itu, boleh lah aku menyelitkan iklan perfume kat cni kan? Muahaha
Sapa2 nak order perfume original dgn aku, boleh lah bgtau ya.. nti aku kasi details selanjutnya. Sebotol RM 110 sahaja termasuk postage. Semua original, rejected sbb packaging error.. I've tried them, no regret. So just in case ada yg berminat, can pm me :)
TQ

Oh ya, aku belek2 brg2 atas meja lam bilik aku sekali terjumpa ni.


Sumsong ye kawan2.. Nampak nau cap ayam nya. Kah kah kah

Hurmm... Hati still tak tenang nak jawab ape ngn ibu aku ni aku x dtg intebiu. Huwaaaaa

:(