Showing posts with label Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Jakarta. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Label

Assalamualaikum readers..

Kalau nak baca belog ni, tak boleh mengharapkan entri fakta2 ilmiah ya, pasal penulis merupakan seorang yg bukan fiction person (is that even a word?). Aku suka nak amek tau bnda2 ilmiah kadang2, suka jugak layan dokumentari etc etc, taaaaaapiii kat belog aku suka menceceh benda2 non ilmiah. Hehe

Untuk silent2 reader yg terbaca belog ni, welcome to my world. Hidup aku tak menarik pon, tak sempurna. Pape pon, happy reading lah ya. :)

Hari ni aku nak cerita pasal apak aku. Ada few times kat belog ni aku cerita pasal beliau. Yg pnah terbaca tu tau lah agaknya. Kot. My father is a former teacher. Dulu before die pencen, dia seorang cekgu besau dan juga berperut lumayan besau. Tapi skarang sudah pencen dan perutnya sudah semakin slim. Hobinya kat umah suka main teka silang kata dan main segala jenis kuiz kat dalam sokabar. Berfaedah btol hobi die. Hobi anak die? Ngaaaaaaaa

Apak aku ni mmg teliti sangat orangnya. Memang patut dapat pujian. Aku bukan bias, mmg siryes die sorang yg teliti kalau bekerja. Nak2 bnda2 yg melibatkan dokumen.

Dulu waktu aku nak pergi Indonesia nak blaja dulu, aku rasa 99% hal dokumen2 utk pergi blaja tu beliau yg uruskan. Aku goyang kaki je weh. Nti kalau ada bnda yg aku kena sign or tulis sndiri, beliau akan panggil aku turun buat. Bila aku stori2 dgn membe2 pasal persiapan nak pergi blaja dulu, I felt so bad about myself. Haha

Kalau nak cerita semua, mcm panjang sangat pulak. Meh aku nak tunjuk few things yg might be unsual to other people.


Dulu waktu beliau belum pencen, mungkin beliau takde masa nak buat mcm ni. Tapi, believe me kat umah ni yg menguruskan segala jenis dokumen mcm bil-bil, sijil-sijil, segala tok nenek surat2 penting is him. Aku dulu waktu skola kalau dapat pape sijil mesti kena bagi kat beliau. Beliau lah yg laminate, lepas tu simpan elok2 dlm satu fail. Bukan aku je, semua org dalam umah ni punya sijil pon beliau yg laminate dan simpankan elok2 dalam satu fail. Semua orang beliau buatkan satu fail besar yg berisi dokumen2. Dari aku kecik sampai sekarang taw. Macam rekod patient kat klinik tu. 

Bila beliau pencen, makin byk benda kat umah ni yg beliau organize kan.
Even toilet pon diletakkannya lambang toilet mcm dlm gamba tu. Hehe


I'm not sure if it's just my father's hobby or what, tapi sejak beliau pencen, kebanyakan laci2 n almari kat umah kitorang ni beliau letakkan label.

Fascinating tak?

Hehe


Bila aku tanya apak aku kenapa semua container and laci ada label, beliau jawab "senang, tak payah tanya2, dah ada tulis kat situ". Ringkas kan jawapan die?

Aku xtau la sbb dulu zaman aku blaja n adik aku pon blaja jauh jugak, so bila kitorg balik kitorg slalu ty kat mana bnda tu kat mana bnda ni.. Sbnanye banyak lagi label yg aku x tunjuk kat cni sbb kamera aku x bole capture good photos under lowlight. Tapi sbnanye suis2 kat umah pon berlabel oke. Tak payah tanya mana satu suis kipas or lampu. Dah siap ada label kat situ. Suis yg rosak ada label "rosak" kat situ. Haaaaa

Aku msti byk menyusahkan kan agaknya? Semua bnda malas cari pakai mata, cari pakai mulut. Mungkin dari situ lah timbul idea ni. I am truly sorry, ayah. Sobs

So if siapa2 pergi dapur tanya serbuk kopi kat mana, jawapan die nak kena pelangkung ke? Bukankah sudah terpampang di depan mata anda? :))


Every single laci (laci bahasa omputeh amenda ah?) in the kitchen..


And every tupperware like this too..

Daebak kan my father? Appa saranghae *wink wink*

Dah pehal nak tulis korea?


Ni aku belanja gambau Dak Amok beraksi superman. Amok saranghaeee 


Amok ni second generation kucing kat umah aku ni rasanya. Umo die mungkin 3-4 tahun. Kot. Mcm x sure pulak. Tapi first generation yg tinggal kat umah ni Dak Embang je. Embang takde dlm gamba. Sebelah Amok tu nama die Bella. Bella ni muka lawa. Pernah die beranak sebelum ni tapi tak survive pulak anak2 die..

Amok ni otak die mcm bergeliga sket. Kalau org panggil, die akan berespon. Sama ada die akan kasi kau eye contact, ataupun die akan pg kat kau if possible. Bila die dtg kat kau, first bnda die buat is sondolkan kepala die kat kau. Hari tu aku saje je nak test. Aku hulur kepala aku kat die. Die sondol kepala die kat kepala aku. Wah mcm berlakon filem pulak rasanya. Kuat pulak tu kepala die. Rasa mcm lawan wrestling kepala pon ada. Amok...Amok..


Ini nama die Madam Teressa. Kah kah kah.

Waktu tu kat kawah putih. Dua tahun lepas. Aku senyum macam seronok je kan. Padahal hidung siksa menahankan asap sulfur kat situ. Kemain menyengit bau sulfur.

Rindu jugak Indonesia. Seronok berjoli kat sana sbnanye. Dulu masa zaman stadi, ada fulus je panjang je langkah aku. 

Tengok gambau trobek ni teringat plak kat beg merah legend tu. Dah mana ntah perginya. Banyak jasa beg tu.

Aku rasa mcm menyimpang-nyimpang je entri ni. GPS dah salah jalan agaknya. ;P

Oke ah. Makan jom. Lapau.

Wednesday, January 8, 2014

Entri tahun baru yg terlambat

Assalamualaikum..

Reaching over 50000 pageviews recently is actually a very unexpected thing that would happen to a very "nobody" person like me. Ok aku tau bg buaaanyak lg bloggers lain kat luar sn 50000 tu cam celah gigi je, tp aku kan jakun. So just leave me alone dlm semua kejakunan ni. Hahaha

Org lain dah update byk cite lain aku baru nak update psl tahun baru kan? Takpelah mak jemah, late is better than nevaa.. Gitu.

Nak dijadikan cite, hidup aku ni secara garis besar xde lah dinamik sgt.. Takde bnda yg sgt menarik, tapi bukanlah boring sgt2..aku rs masing2 orang akan rs hidup die enjoyable dgn cara tersendiri. Same goes here. I'm a typical Asian girl yg accidentally terjebak dlm dunia medik dan akhirnya berjaya abeskan jugak blaja because Allah helped me a lot. Dia tak pernah tak tolong aku. Thank you Allah.

Oke iols nak wrap up kan cite tahun 2013 yg baru je tutup buku dlm 8 hr lepas. Walaupun ni dh masuk thn baru, aku still rs mcm dlm thn 2013 sbb tahun2 terakhir ni hari2 berlalu dgn tersangatlah cepatnya. Tak terasa sgt, tau2 dah habis thn 2013. Phewww~

Lebih dr setengah tahun 2013 aku habiskan dgn menjalani kehidupan koas aku dlm clinical year. Sampailah 19 Oktober 2013, aku secara x rasminya selesai koas. Posting terakhir aku radiology. Disebabkan radiology tu posting yg rileks n konsulen kitorang mmg baik hati..makanya penutup zaman klinikal aku boleh la dikatakan happy ending gitu. Sebab posting sebelum radiology tu adalah E&T (telinga dan tenggorokan). Haa mau x boring sbb konsulen kitorg yg sorang tu rajin amukan. Siap la kalo x bole jawab, sekali die hanginnnn.. Nasib baik waktu kitorang x smpi kena halau je. Senior2 cite ade yg smpi kena halau.. huhu

Oke tutup cite koas..

Maka tanggal 21 Disember 2013, selamatlah aku dan membe2 dilantik serta disumpah dgn sumpah Hippocrates untuk menjadi doktor..


Alhamdulillah... Lancar majlis, walaupun sebelum tu huru-hara ting tang alexander kate qoo nak memikirkan segala tok nenek dokumen plus nak membayau 3 juta rupiah sebabkan nak konvo thn 2013 kan.. Dan juga walaupun waktu majlis tu telah terjadi sesi air mata bila wakil batch bg ucapan.. Overall seronok.. N rs lega dah habis blaja.. :)

Walaupun begitu, ada kejadian yg tak berapa nak indah jugak telah berlaku pd tahun 2013. Yaitu, aku telah kehilangan 2 benda yg sbnanye tersangatlah ada sentimental value bg diri aku.

1. My iPod touch 5 which i named with "Melon".

Aku punya Melon mcm dalam gambau atas ni, tapi tanpa tali tu. N aku pakaikan die casing Capdase kaler hitam. Memandangkan Melon tu hilang, dan beribu-riban gamba dlm tu, maka dgn serta-merta sume file dan gamba dlm tu hilang juga. So, gamba Melon digantikan dgn gamba dr google ni. Melon hilang dlm teksi. Waktu tu aku dgn membe aku terjebak dgn jalan jam, n aku igt aku main game guna Melon tu. Bila dah smpi umah sewa, aku cek dlm beg takde pon Melon. Punyalah khilaf aku waktu tu x double check, sbb aku ni berpenyakit OCD. Biasanya mmg aku double check everyhting, tp bnda dah nak jadi.. That day, aku tak perasan aku x msukkan Melon dlm beg sblom kluar teksi. Maka..aku telah kehilangan Melon.. Tak tahulah die kat mana skang. Sob sob sob

2. Jam tangan Casio yg ayah belikan tahun 2008 kalo x silap aku.

Hilang masa kat airport Soekarno Hatta, Jakarta. Waktu tu nk balik Msia for good dah.. Waktu nak cek hand luggage, sume org disuruh bukak perhiasan n masukkan dlm tray utk di scan. So aku letakkan jam dlm tray kosong, n aku igt aku tolak tray tu msuk dlm scanner. Tp bila keluar, jam aku takde. Rasa nak pitam kjap. Haha Sebab mustahil takde. Tak smpi 3 minit sebelum tu aku baru je msukkan tray dlm scanner. Akak guard tu siap cek tray2 kat situ..tapi hasilnya...tak jumpa. Wuwuwuwu Maka baliklah aku ke Msia dgn hati yg duka lara sbb siryes aku syg kot jam tu. N die tu telah memberikan aku keyakinan selama aku pakai die. Sekarang jam keyakinan aku dah hilang.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...~

Selain hilang barang2 berharga... Hujung tahun 2013 ni byk bnda yg unexpedted telah berlaku di sekeliling aku. Ramai membe aku bertunang la kawen la beranak la.. Ramai yg mula kerja la. N one of my close friends kehilangan ayah.. Sakit tiba-tiba, dah sampai masa arwah. Terkejut semua org2 terdekat sbb mendadak sgt arwah ayah die sakit waktu tu. Atuk sedara aku pon meninggal hujung thn lepas.. Al-fatihah..


Ni gamba 2 tahun lepas. Waktu tu pg mkn Carl's Junior sbb celebrate besday membe. Kenal kan blogger Azie Azra?

Emm..tak sangka kan ujian Allah.. Azie jatuh sakit x lama lps balik Msia after perlantikan dokter tu. Sangat2 terperanjat..yg tiba2 dpt tau die masuk ward sbb terkena perdarahan otak. I can't tell details here, but her condition requires some sort of surgery. It hurts you know.. To know such things happen to people who are close to you.. :(

Sama-sama doakan Azie ye.. Smoga Allah balas kebaikan korang sume, inshaAllah..

To start a new lifestyle this year, honestly..I feel very nervous and I'm not ready. Aku masih rs mcm nak duduk makan free kat umah parents dan bersenang-lenang goyang kaki kat umah. While some other friends dah pg interview MMC ape sume, aku blom lagi isi borang.. Memang selalu je kena bebel kat rumah suruh cepat2 daftar mintak keja ape sume. Tapi aku blom ade feel nak start lagi. Not yet.

Kadang-kadang timbul rasa jeles bila tgk perkembangan org lain yg dah bekerja, dah ada life sndiri, rumah, kereta..family.. Sebab aku rs life die x sesusah keja houseman. Alamak. Bila sebut houseman je rasa cam nak lemah lutut. Wakaka lebai sangat.

Aku xtau la mcm mana kehidupan aku lps ni. Apa yg aku tau, skarang aku tgh bercuti and aku akan bercuti dgn bersungguh-sungguh. Yeah!

Ok that's a wrap everybody!! 

Noktah.

Sunday, December 29, 2013

Perlantikan dan sumpah dokter

Salam..

Dengan ini maka tamatlah perjalanan aku dan kawan2 selama 5 tahun lebih ni sbg mahasiswa/mahasiswi bidang perubatan di UKRIDA, Jakarta...secara rasminya. So first skali haruslah alhamdulillah, syukur kpd Allah dah berikan aku kesempatan utk melalui pengalaman indah 5 tahun lebih kat Indonesia ni.

E eh lemah btol aku menaip entri pakai npon ni. Tp nak on laptop adalah suatu kemalasan.

Oke, kalau aku nak ungkapkan semua yg aku rasa kat dlm entri ni mcm x berkesudahan aje kan.. haha jadi kte state yg penting2 je lah ye..

Emm.. selama 5 tahun lebih kat Indonesia ni mmg mcm2 sgt aku dah pelajari, n aku lihat.. bukan je dpt ilmu ttg medik, tp dapat ilmu ttg kehidupan jugak kat Indonesia ni. Ingat lagi waktu aku mula2 dtg Jakarta polos abes. Nak beli tiket air Asia punyalah naik teksi jauh2 semata2 nak pg kat booth air Asia. Padahal dekat area th duren tu byk je agen tiket.. nak2 skarang ni lagi lah bila semua dah do hujung jari saja. Punyalah dulu byknya bnda x tau kan.. nasib baik lah kakak2 senior mmg baik sgt2 tunjuk kitorg Kat mana nak beli itu beli ini.. diorg mmg senior yg baik lah. Jauh bezanya dgn aku. Aku x libatkan diri langsung ngn junior. Haha. Dulu waktu aku dtg Jakarta, senior siap sambut kat airport, kampus, and even bawakkan pg umah sewa kot. Baik hati sgt2..

Aku mcm x pcaye je aku berjaya melewati ups and downs kat Jakarta tu. Pernah aku rs trok smpi mcm nak lari balik la nak quit la.. tp mungkin berkat doa ibu n ayah aku troskan jugak n berjaya habiskan kuliah. Bila mc sebut nama aku ada tittle "Dr" kat depan.. rs mcm mimpi je. Ewah gituu.

N dokter2 pembimbing ktorg kat sana, n kawan2 indonesians kitorg.. diorg sbnanye baik2 belaka.. dulu sblom aku dtg Indonesia, mcm2 la jugak aku pk kan sbb dengar mcm2 cite negatif psl org Indonesia kan.. pastu bila dtg kedutaan Indonesia kat kl pulak mmg perspektif aku ttg Indonesia pon dah x brape nak baik lah kan.. tapi sbnanye bila dah lama duduk Jakarta n dah blend in dgn masyarakat kat sana, barulah pandangan aku terbukak bahawa diorg pon org baik2 jugak.. in fact, manners diorg kdg2 jauh lebih baik drpd sebagian besar Malaysians. Mungkin membe2 aku yg duduk Jakarta boleh paham knapa. Hehe

Lepas ni.. for sure aku akan dtg lagi Jakarta, tp sebagai pelancong lah.. hehe

Membe2 lah keluarga kecik aku waktu kat Jakarta.. takde diorg, ntah mcm mn lah aku nak survive.. dulu mula2 dtg sana, ada yg aku xtau nama, kdg2 mmg x knal langsung lah.. haha tp dah final year ni ada yg aku jadi baik dgn dia.. dulu xpnah bercakap tiba2 boleh berbual panjang.. makin lama makin kenal antara satu sm lain.. aku harap silaturrahim kita semua berkekalan lah ya. :)

Mmg sweet memories lah kenangan dekat jakarta. Macam2 ada, sume manis pahit kelat pedas pedau masin masam sume pon bercampur-baur. Kira paket komplit lah org indonesia bilang. Hihi

Okay.. utk semua bakal pegawai kerajaan mahupun swasta yg x lama lg nak stat kije, sama la kita.. ahaha (motippp?) Selamat maju jaya uols! Hidup ni singkat..lelayanz je la susah sng ye, innallahama'ana.. gituu kan?

For the next entry, I've been thinking to do a product review. Hehe smoga iols rajin dan tros rajin mengeblog. Orait, bubai!!!!

Friday, December 6, 2013

Entri lepas geram dgn tuan tanah

Wuuhuhu I cannot help it la guys.. Memikirkan urusan perlantikan, dgn segala tok nenek borang klaim nak kena submit, dgn hormon aku yg tgh terkinja-kinja menari tango dalam badan aku ni.. Agaknya lah die menari tango, x tau lah kalau die menari poco-poco ke kan. Ahahak ahak tak lawak.

Sesungguhnya aku sangat lah sangat geram ngan decision tuan tanah rumah sewa kitorang ni yg x paham-paham bahawasanya kitorang ni akan stay cni at least smpi 21 dec. Langsung tak consider ke hape pakcik sorang nih?? Bukannya lama benau2 pooonnn... Dalam 2 3 minggu gitu.

Kot ye pon kau nak menerima penyewa2 baru lepas kitorang balik sok, apelah salahnya at least buat time kitorang dah hujung2..time dah nak balik Msia keee.. x pon lepas kitorang dah keluar tros. Hah time tu ko nak kerah orang2 kontraktor ko nak mengejakan rumah ni suka hati ko la. Takde sape kisah.

Ini kitorang tgh ada lagi dlm rumah ni, masih beraktivitas spt biasa yaitu penganggur2 terhormat yg of kos akan duduk rumah most of the time... ko boleh perintah masukkan 4 5 orang lelaki-lelaki tukang rumah n tdo bermalam satu bumbung ngn kitorang. Apa dah hilang akal ke org tua nih?

Yesss... Memang kitorang ramai, jumlah kitorang kalau pape jadi n kitorang menjerit ramai2 memang boleh terbangun semua orang kat dalam lorong ni. Tapi fikirlaaaa... tak selesa kot duduk rumah kalau dah mcm tapak pembinaan rupanya. Ada ke orang nak tinggal kat tapak pembinaan?? Mat dedau isap dadah tu lainlah citenyaaaa.. Ini kitorang sume, pompuan2.

Nak amek baju kat luar bilik, nak pergi toilet, nak pergi dapur, nak pg luar borak2 ngan bibik pon x selesa tau x ade strangers lelaki geghamai kat umah mcm ni. 

Itu dah satu hal. Lepas tu barang-barang kitorang kat rumah ni haaaabis kotor kena habuk2 cat dinding yg diorang kikis tu. Lantai toksah cite lah. Ya rabbi seraaaaabbuuuuttt sangat3 aku rasa nak amek sume barang aku gi duduk hotel je. Nasib baik aku xde banyak duit. Kalau aku ade byk duit aku dah buat dah camtu. 

Pagi tadi, satu lagi hal yg memang mengundang je mulut aku ni nak memaki. Perfume feveret aku yg aku letak dlm luggage dah takde dlm tu. Bukannya aku letak merata okeh? Di dalam luggage. Aku ingat mmg aku x pindahkan ke mana2, mmg perfume tu aku letak dlm tu. Lantak lah, aku xtau die terjatuh ke or ade org amek, tapi btol2 aku ckp kalau antara mamat2 tu yg amek mmg aku takkan redha lah kau pakai ke kau bagi sape2 ke perfume tu.

Ni bukan nak tunjuk yg aku ni pemarah ke garang ke x sabar ke.. Masalahnya ni PRIVACY okeh. Aku rasa decision tuan tanah kedaun ni dah mengganggu privacy kitorang kat sini. Tu sebab aku hangin. Kalau diorang keja siang je n lepas tu balik la mana2 asalkan x tdo kat cni aku rs kitorg boleh oke lagi. Tapi bila diorang bekerja n bermalam kat cni memang merepek lah kan. Kitorang rasa sangat dah xde privacy bila mcm ni.

Errrgghhhhhh.. Stress aku stress!

Thursday, December 13, 2012

Menghibur hati di kala 12/12/12 dan Life of Pi

Salam and hi to all

Kadang-kadang tak semestinya tarikh cantik, semua yang berlaku hari tu cantik. Ouh tidak. Tak semua orang sebertuah itu. Hew hew

Ada orang buat jenaka ttg filem 2012 tu. Konon-kononnya panitia kiamat mengalami kesilapan teknikal dan kiamat diundur ke tahun yang lain. Jangan buat main kiamat2 ni hadoy. Mungkin they all semua tak percaya ttg hari kiamat so diorang saja berlawak jenaka. Gila. Mcm nak meremang bulu roma ai uols.

So apa yg berlaku pada tanggal 12/12/12 ni kawan2? Apa aktiviti korang siang tadi? How was the whole day? Oke ke tak oke?

Hari ni aku mengalami kepala nyut-nyut sbb esaimen tak siap. Haha Itulah die kalau penghidap kelebihan vitamin 'M' yang dah kronik mcm aku ni mmg slalu ada trouble nak siapkan esaimen. Kalau kena rotan baru nak gigih agaknya. Tapi aku x nak la kena rotan uols. Auch.

Heih apa aku merepek ni hadoy.

Macam ni cite die... Sbnanye tadi aku keluar dgn Azie Azra sbb aku rasa teringin nak pergi menghiburkan hati yang lara dgn berjalan-jalan dan berborak-borak kat mall. Kalau nak harapkan aku pergi menghibur hati dgn acara panjat gunung ke or berkhemah kat hutan ke...mmg tak dapek la kan. Aku indoor orangnya. Mungkin istilah sebenar ialah 'inmall'. Hehe


Teruja nak letak gamba air yg kitorang minum ni sebab warna die menarik n gelas air aku tu unik. Nilah first time aku minum air dalam gelas mcm bekas jeruk. Bila fikir secara cepat, rasa mcm tak senonoh pon ada jugak. Jadi aku pon fikir lambat2 sket supaya bole minum dgn rasa x bersalah. Gahaha

Ouh ye. Kitorang makan kat Ramen.


Azie dapat posting kat Ear and Throat kat hospital yg skarang ni lepas ni. Agak gembira di situ.
Aku: "Bes la azie lepas ni dapat BY lagi...santai.."
Azie: "Hmm...aah. hehe" *buat muka tgh fikir sesuatu*
Aku: *buat muka nak tau apa yg azie fikir*
Azie: "Azie x jaga malam lepas ni. Kalau tqa ajak azie kua, azie sentiasa free...hehe"
Aku: ................

Kitorang tengok Life of Pi.

Siryesli, cite ni sangat sangat sangat sesuatu. Mendalam mesej die. Aku x tau nak huraikan mcm mana, tapi yg penting kitorang enjoy aa wayang tadi. Sampai dah kat lua mall pon masing2 termenung teringat kat cite Life of pi ni. Konsep die simple je. Just nak cite pengalaman seorang budak laki yang survive daripada kejadian kapal karam yang dah meragut nyawa semua penumpang kecuali budak tu, dan empat binatang liar milik bapa die n tikus mondok yang ada kat dalam sampan darurat yang die naik tu. Tapiiiiii....dia punya bermain dengan emosi dan fikiran tu memang top markotob. Dalam betul.

Kitorang tengok yg 2D. Dia ada yg 3D. Konfem bole mabuk kalau aku tengok yg 3D. Dia punya illustration superb!

Rasa mcm nak download cite ni n simpan buat koleksyen aku.

Tulah die 12/12/12 aku. Sesuatu banget.

Cubaan meletakkan gambar muka senget. Seram tak? Har har har

Pergh. Blog jugak yg siap. Esaimen gua tak siap2 gimana sich? T_T

Monday, December 3, 2012

Malam ni aku rajin nak hupdate

Salam and hi to all

Haha gasak korang lah tekan kat home sebab tajuk entri ni mcm kan hangat sgt topiknya. Padahal tak hangat pon. Suam-suam mcm air kolam jakuzi tu. Tapi aku x pnah merasa jakuzi tu cane, kalau salah jgn memarahkan aku nye pun.

Tadi baru pekena kopi mahal sedas, tu yg agak aktif menceceh skang ni. Errr...utk mahasiswa tajaan (nti da keje kena bayar balik T_T) mcm aku ni, Jco tu kategori mahal oke. Tora bika 3 in 1 pon dah kira shukorrrr...  Daripada tak dapat kopi langsung. Sebab aku mmg ada kecanduan kopi sket. Tiap2 hari mesti cari kopi. Kalau mcm tu kategori kecanduan byk ke sket ek?

Eh apa aku cite ni.

Minggu lepas aku balik Tg Duren. Seronok la jumpa membe2 yg skarang ssh nak jumpa mcm dulu2 sbb masing2 beza hospital. Kecuali Azie Azra. Now aku sama hospital dgn Azie Azra. Kenal kan? Tak kenal gi google. Kalau malas google, link die ada kat sidebar. Haha



Gigih taw aku pindah2 side nak bergambar ngan membe2 aku tu. Tu pasal kejap aku sebelah kanan, kejap sebelah kiri. Beriya pegang mug bagai. Ha3 (aku mmg suka mempersendakan diri sendiri). Seram tak tengok perkembangan badan aku skarang? Sob sob sobs. Patutnya stress2 jadi kurus, aku makin tak kurus plak. Gamba pon kat kedai makan. Makan selera aje. Hadoy

Nama kedai tu Shabu Slim. Dia pesen2 stim boat la kot. Tapi kuah die kaler merah ala2 tom yam gitu. Konsep die dr jepun. Nanti kita duduk kat meja, sebelah meja ada pinggan2 kecik berjalan kat sebelah. Kau pilih la ape benda kau nak, pastu dah amik2 tu campak je sume kat lam periuk. Jangan lupa bukak api. Kang sampai bil sampai fishball kau x masak2 lagi. Haha 

Sambil2 tunggu nak menggelegak blup blup blup tu, bole la pergi bersiar-siar kat buffet kat tepi2 tu. Amik la mee ke kuetiaw ke popia goreng ke pape la yg berkenan di hati. Dia bagi 2 jam kalau x silap, ke 1 jam setengah. Satu kepala Rp100.000 plus plus, convert la sndiri yep.

Aku first time mkn kat situ hari tu, bolelaaaaa nak saje2 try. Kalau x nak makan byk better pg restoran biasa je sbb nti x berbaloi kalau makan sket je..


Atas ni gambar kenang-kenangan kat stase Paediatrics hari tu. Time nak tunggu baby sectio lahir utk resusitasi. Specialist je yg ikut masuk hari tu sbb nti menyemak je geghamai kat dlm tu dgn koas O&G lagi. Takpe la kitorang dah puas hadap sectio time stase O&G hari tu. Buahaha *poyo


Orang kata kalau gi Bandung, kena pergi Trans Studio kan? Die mcm times square kat Msia, tempat main2 sambil menjerit terpekik telolong sbb die lambung2 ko. Aku tau aku patut letak gamba yg lebih tepat utk menunjukkan bahan bukti aku dah jejak sana tapi apakan daya, gamba game belajar lesen keta ni jugak yg aku copy. Haha 

Aku gi hari tu berdua je ngan Syulan. First game kitorang Giant Swing. Ingatkan buai-buai manja je sekali hamik kau. Memula naik bole gelak2 skali bnda alah tu dah bergerak, sunyi sepi kat atas. Ekstrim jugak Giant Swing ni. Kughajaq betoi. Tak sempat nak warm up. Heh

Time game keta tu pulak, sbnanye tu mcm racing cars la kan tapi ada track n kita bawak keta sndiri. Tapi ended up mcm blaja lesen keta. Haha Berat hati nak mengulasnya. Korang bayangkan la sndiri jalan cite die.

Gambar hiasan. ;P

Takde orang nak beli patung2 tu. Orang kedai pon heran dlm byk2 bnda kat dlm kedai die, patung2 tu jugak yg kitorang beli. Tapi bukan utk kitorang, nak buat cenderamata kat klinik je.. Yg gajah tu aku x tau la efektif ke x nak menceriakan kanak-kanak. Lagi melalak agaknya patients tengok. Hehe

Tak sangka dah nak half way praktikal. Rasa-rasa mcm kekok je lagi kat sepital. Huhu

Hokayyyyyy selesai jugak satu entri. Till next time, thanks for reading. Have a good day, cau cin cauuuuu

Wednesday, September 5, 2012

Sayonara Obgyn Koja

Salam..

First of all, hi korangggg!!! Hihi Punya susah aku nak dpt kerajinan utk update blog ni. Nak update psl dah habis stase Obgyn tp skang ni dah first week kat stase Paed baru nak bukak cite. Tapi kira belum basi lah sbb memori Obgyn masih segar-bugar di ingatan kitorang. Tak aci ek kira camtu? 

Elhamdulillah.. Akhirnya kitorang dah sodaqallahula'zim stase Obgyn. Setelah seploh minggu susah senang bersama, ketawa bareng menangis bareng gitu..las las dapat juga kitorang selesaikan stase yg berliku-liku tu. Berliku kahh??

Berliku lah juga sket-sket.. Stase major mana lah yg tak berliku..

Dengan itu aku sajikan beberapa ketul gambar (aku mmg ada mslh dgn penjodoh bilangan ye) utk tatapan mata2 yg menyinggah blog ni walaupun berapa kerat sgt je yg nak hadap blog sememeh ni..


Aku kena denda taw dgn konsulen sbb aku x present case. Lagu Kau Mawarku jgn memain.. Punyala vibrate satu badan neves mcm nk perform kat stadium bukit Jalil gitu.. Royal Albert Hall mcm melampau pulak perumpamaannya.


Atas ni adalah konsulen yg very the legend I tell you. Apa yg die ajar tu betul2 sebijik-sejibak drpd dlm buku. Tip top markotop kaw! Beliau mmg old school sket, tapi bes sgt die ngajar. Tak tau aa nak ucap trime kasih cane kat doctor ni. Trime kasih sesangatttt


Muka ceria kami dlm gamba sbnanye disertai dgn perasaan yg bercampur-baur. Ada rasa gembira, seronok, rasa lega, rasa sedih sob sob, rasa terharu, rasa tacing, rasa tak sabar nak joli sbb dah habis Obgyn, dan mcm-mcm perasaan lagi. Wahahah


Mentang2 baru habis, dah berani beraksi belakang doctor ye.. Hihi Tu lg sorang specialist Obgyn kitorang. Pon terbaikk jugak. Tip top markotop jugak. Tu file biru die pegang tu file xm dak2 yg xm dgn die la.. Ngeee


Jeng jeng jenggggg... Balas dendam ke apa ke motif gamba ni aku pon x reti nk komen. Heh :P


Sayonara sume.. Jumpa lagi kat perlantikan dokter ya! Kalau de jodoh, jumpa lagi kat mn2 stase berikutnya.  Huhui

Sweet memories sbnanye kat department Obgyn Koja, walaupun berliku-liku. Ecewah.

Skang ni aku dpt kat Bandung plak. Stase Paediatrics.. Aku skang dgn 4 kwn yg mmg sama stase sejak dr Cibubur lagi. Alhamdulillah ada kwn yg mmg dah byk kali sama stase. Camne kat sini tu lain kali lak aku bukak cite. Yep yep yep

Terima kasih kerana membaca dan have a nice day uolz!
^^

Friday, August 24, 2012

Happy raya everyone!!!

Salam..

Terlalu banyak yg nak diungkapkan sampai tak tertaip rasanya. Eceh. Cakap je la kau malas nak menaip kan senang? :P

Jadi biarlah gambar berbicara.....jeng jeng jeng


Tahun ni ramai yg x dapat balik Msia for raya termasuklah aku. Hari raya kali ni kitorang pergi serang kedutaan besar Msia, just like when we were in first year dulu. Old memories, masa tgh innocent dulu. Hehe

Baju raya pon takde tahun ni. Aku sarung baju yg aku x sempat pakai tahun lepas. Nasib baik muat.


Lepas bergambar muqadimah kat tengah dewan, apa lagiii.. Dengan lajunya kitorang serang meja buffet. Maklumlah, memasing lapar sbb bangun lambat n belum sempat sarapan. Memang niat nak penuhkan perut kat kedutaan pun.. Tengoklah betapa bergegarnya tangan aku suap makanan lam mulut. Dasar gelojoh. Haha


See? Ramai kan x dapat balik Msia tahun ni? Ni sume dak2 batch aku, batch 2008. Ce cari aku katne. 


Ekceli, time ni sume orang dah pergi Malaysian hall. Kitorang je yg malas nak pergi sana. Melekat je kat meja makan sampai la sume org catering da dtg nak clearkan dewan tu. Bak kata ada datin tu, diorang open 24 hours. Tu yg kitorang duduk sampai waktu lunch tu. Pesen2 tak ley ajak dtg kenduri mcm gini lah gayanya. Tapi jgn x ajak aku dtg kenduri plak lps ni ye. Hahaha


Yg ni motif die aku pon x pandai nak explain. Mekanisme persalinan persentasi bokong mungkin? Bahasa inggeris die...err...mechanism of normal delivery with breech presentation kot.


Dan akhirnya pulang dgn muka bahagia kerana dapat mentapaw sebanyak mungkin makanan free yg tersisa. Jangan tertipu dgn apa yg ada di tangan kami. Sebenarnya masih banyak yg tersembunyi di dalam handbag2 kami. Har har har

Oke deh.. Selamat hari raya utk semua umat Islam. Nak makan banyak boleh..jangan sampai sakit sudah la. Penulis minta maaf kalau ada salah kata dalam entri2 di blog ni, dan kalau banyak benda yg xde pekdah utk anda semua. Terima kasih kerana membaca ^^

Friday, August 17, 2012

8th week

Pejam celik, pejam celik tetibe dah nak masuk minggu kelapan dah kat sini. Bulan Ramadhan pon dah nak melabuhkan tirai dah.. :(

Kalau ikutkan banyak sangat sbnanye benda yg dah terskip n x sempat nak taip dlm blog ni. Dah nak sebulan jugak tak hupdate. Bila klik new post, jadi x reti plak nak stat cane. Heh~

Bila sampai minggu kelapan ni, da mula fikir x sabar nak habis obgyn je.. Tapi bila fikir nak hadap xm, tersedut balik rasa x sabar tu. Haha

Banyak yg dikorbankan bila kita terjun dlm bidang perubatan ni. Korbankan waktu dengan kelurarga, korbankan waktu dgn orang2 yg dekat dgn kita, korbankan benda2 yg kita suka buat...yg kalau dulu kita banyak masa kita bole buat n enjoy dgn apa yg kita buat, tp skarang x bole lagi cam dulu.. Cuti pon susah nak dapat.

E eh. Bunyi-bunyi curhat (aka curah hati/perasaan) di situ.

Hari tu time tgh buat apa ntah kat sepital tetibe terbaca tweet Taylor Swift ada lagu baru die baru release. Apalagas, balik bilik je terus search laju-laju. Sempat aje baca tweet retis kan? Kah2


Weee eeee!! *mcm dalam lagu*

K bai thanks

Sunday, July 22, 2012

Sayang tandur

First of all, aku nak ucap selamat menyambut ramadhan kat semua yg muslim. Selamat berpuasa dan berterawih.. Semoga kita semua berjaya meraih keredhaan-Nya dalam ibadah2 yg kita usahakan dalam bulan penuh barakah ni, ameen... :)

Aku balik Tanjung Duren sehari ni. Yeayyy! Sweet escape lah tu kunun. Melarikan diri dari kesibukan di Koja. Seronok dapat jumpa hosmet2 yg ada kat Tandur. Berborak sakan.. Rasa mcm dah lama tak jumpa time koas ni.

Perasaan balik Tandur ni mcm balik kampung pulak dah. Haha Dapat duk kat bilik sendiri kat Tandur rasa bes gila. Macam takmo balik Koja pon ada. Tapi Isnin depan jaga malam pulak. Ceyt.

Nilah hasil semalam time makan-makan kat Lau's Kopitiam.

Dan semalam kitorg sempat layan The Dark Knight Rises. Lama betul cite tu. Nasib baik bes. Memula tu plot mcm slow sket sbb banyak bercakap-cakap je. Tapi dah nak last2 tu banyak action la.. Bole laaaa aku bagi 4.5 bintang out of 5. Omputeh kalau buat cite memang la kelasss.. Haha

Puasa2 ni takyah banyak2 bercakap. Jadi kita taip sket-sket je sudah. Untung laa sape2 yg dpt pergi bazar ramadhan petang ni.. Sob3

K bubai bubai..~

Tuesday, July 17, 2012

Dalam pada stress-stress ni..

Salam..

Hi! Aku dah masuk minggu keempat kat department Obgyn. Setiap minggu aku akan kerja kat tempat yg berbeza. Kat sini kitorang kena kerja kat poliklinik, ruang bersalin, ruang operasi, dan dekat ward. Ward tu kata nama lain die dalam Bahasa Indonesia ialah "bangsal". Kalau tukar jadi BM, macam....."eh ko jaga katne ah minggu depan? Aku jaga kat bangsal". Agak kurang cool kat situ tapi memang tu lah perkataannya.

So minggu ni aku jaga kat poli sbnanye tapi disebabkan partner aku ada 2 orang, kitorang tak jaga poli setiap hari dalam minggu ni. Sorang jaga poli 4 hari je drpd 6 hari dlm seminggu. Isnin dgn selasa ni aku dah jaga kat ward. Sisa lg 4 hari aku kena jaga poli..

Haha Macam tak bererti sgt je aku cite sume ni kat sini. Yg sebenarnya rasa kekok nak menaip kat blog sendiri sbb skarang mcm dah jarang2 update blog. :P

Siryes bila dah klinikal ni, aku rasa rindu kat zaman teori dulu. Sebab zaman teori dulu kadar stress die sangat rendah kalau nak compare dgn skarang ni. Hari-hari pergi kuliah lepas tu balik rumah bole buat apa yg aku suka. Asal boring karang, panjang je langkah aku..hehe

Tapi skarang ni....tak dapek dah nak mcm dulu lagi. Setiap hari fikir nak follow up patients, fikir nak review patients, fikir nanti doctor nak visit nak kena ready ikut cara masing-masing doctor, fikir nak jaga malam lagi, fikir pasal beberapa hal remeh lain yg sbnanye bole efek emosi aku.. Contohnya manusia yg bias... *teeeetttttttttttttttttttttttttttt

Stress mmg stress.. Badan pon letih.. Tapi aku tetap sempat habiskan TVD 3rd season hari ni. Muahahaha


Kaaannnn???? Aku mmg pandai bab2 mencuri waktu utk aktiviti2 lagha ni.. Kah3. Tapi pape pon, majulah TVD utk pencinta dunia fantasi mcm aku ni. Ending season 3 memang superb ah! Walaupun kelihatan mirip dgn ending breaking dawn hari tu tapi plot dan dinamik cerita ni lebih bervariasi aku rasa. Sejak bila pulak ada dinamik2 ni aku pon x tau, suka hati aku je..haha

Bijaksana betul writers TVD ni buat jalan cerita smpi aku betul2 ingat si Elena nak mati dah dlm episod final tu. Cis. Akhirnya nak jadi vampire jugak rupanya. Tak terfikir langsung si doktor tu nak suntik vampire's blood dlm badan Elena. Lepas tu, aku yg urut dada sbb Elena tak mati lagi. Ha3

Entah mcm mana la sambungan season 4 besok.. Mesti masyuk kan.

Entri pesen bercampur-baur mmg mcm ni lah gayanya.. Haih~

Saturday, July 7, 2012

Oh crap!

Aku telah membuat keputusan drastik siang td untuk keluar jenjalan mlm ni sbb otak aku dah mula rasa ketat sejak akhir-akhir ni.. Susah aku nak explain benda apa yg buat stress skang ni sebab aku yg mengalaminya. Tapi takpe, semua org pon ada tekanan masing2. Cerita kita tak sama..tak gitu? Hehe

Tadi pg release tension kat mall Alta Gading. Naik angkut depan kos bayar 2000 rupiah lepas tu tukar satu lagi angkut lain, bayar lagi 2000 rupiah lepas tu turun dan jalan kaki sampai lah ke Alta Gading. Dapat amik udara malam dan tengok orang ramai kiri kanan pon dah buat rasa lega sket. 


Mem besar bukan main duduk sila panggung. Feeling2 jd menteri kesihatan ke apa? Hehe :P


Akibat banyak sangat aktiviti seperti di atas,...........





































































Akhirnya.............


Kesian ribs aku, dah mcm org tua punya tulang dah. Lepas ni kena kuat semangat minum susu hari-hari. Pengajaran utk org lain yg tak suka minum susu jugak, selain aku sendiri~

P/s: Sori sangat kalau aku dah lama tak jenguk blog kawan2 blogger.. Aku sibuk ke hulu ke hilir kat sepital lately. Aku akan blogwalking jugak someday, mungkin sangat lambat baru aku visit blog korang tapi bukan bermakna aku tak ingat atau tak nak jenguk korang ye.. Harap takde yg tacing. Have a nice day, y'all! ^^

Thursday, June 28, 2012

Stase baru

Salam aleik...

Hai korangggg!!! Walaupun aku xtahu entah sape2 yg aku hai2 ni tapi terima kasih sbb rajin jenguk blog busuk ni. Korang yg rajin, aku yg malas. Malas nak hupdate. Hahaha Bukan nak perasan2 syok sendiri ramai viewer tapi aku tengok hari2 mesti ada sejumlah clicks yg cukup mendatangkan kemusykilan dan tanda tanya dlm diri aku. Dari manakah datangnya viewers tersebut dan kenapakah mereka view blog busuk ni walaupun takde update sejak berkurun lamanya? Whyy oh whyy?????

Apa2 pon, alhamdulillah... Stase neuro di Lampung sudahpon berakhir hari Khamis minggu lepas lagi. Aku je yg tak hupdate. Hari ni dah hari keempat di Rumah Sakit Umum Koja sebagai co-ass obgyn. Semoga semuanya lancar sampai selesai co-ass, bukan kat sini je tapi sampai lulus nanti, aminn... ^^

Ada satu benda yg aku nak taip tapi mungkin tak membawa kepentingan kat dlm entri ni, yaitu ada banyak semut suka sangat main2 kat keyboard laptop aku ni. Apa seronok sgt ke main2 kat keyboard ni? Mcm maize agaknya.. Urghhh

Masuk balik kepada isi penting entri ni, co-ass kat sini setakat minggu pertama ni aku stress la jugak. Kawan2 yg co-ass kat sini sebelum kitorang masuk sini cakap bes obgyn kat sini tapi utk first week ni aku belum jumpa lagi apa yg bes. Sebab aku kan baru minggu pertama, kira mcm tengah orientation week lagi.. Masih cuba beradaptasi dgn tempat dan suasan baru. Nak tak nak, telan gulp gulp je la sume.

Utk obgyn ni, kitorang kena duduk 10 minggu kat sini sebab stase major. Kalau mcm neuro hari tu stase minor, kena 5 minggu je. Bilik sewa kat Koja ni alhamdulillah memang selesa, cowok pon satu je dan jarang2 je pon berlegar-legar kat luar2 bilik ni. Memang oke lah sume dari segi tempat tinggal kat sini.

Cuma cuma cumaaaa... Kitorang keja setiap hari, Ahad pon takde off. Ini bermakna, raya sok memang takde can la nak balik Msia. Beraya sambut org beranak je la kat sepital..sob sob sob

Bonda tercinta dah brape kali dah tanya raya balik tak, raya balik tak.. Nampaknya jawapan bertanda negatif. Uhuhu 

Alaaaa boring betul lah entri tak happy ending ni. Kecewa dgn diri sendiri.

Udah la dulu. Next time pulak aku menconteng-conteng kat sini. Bubye bubye!!! :)

Saturday, May 19, 2012

Entri paket hemat

Salam

Hari ni aku harus update dgn gigih sebab hari ni hari terakhir aku kat Jakarta sebelum aku berangkat ke Lampung. Stase ilmu penyakit jiwa dah pun selesai. Ujian hari tu harap2 markah oke la. Aku tak sempat nak berinstinct-instinct waktu tu sebab aku xm ngan doctor tu kejap je. Aku orang terakhir xm hari tu, doctor mungkin nak balik cepat so kejap je la aku ujian. Orang pertama ngan orang kedua xm ngan doctor 1 jam sorang kot. Jauh gila beza waktu ujian.


Bubye RSKO Cibubur, halo Lampung. Tak sangka plak kejap betul rasanya perjalanan satu stase ni. Dah la minor, lagi la terasa kejap. Tau-tau dah minggu terakhir je.. Hurmmm

Group aku xm patutnya hari Rabu tapi doctor postpone hari Jumaat. So Rabu malam Khamis tu kitorang yg frust sbb xm tunda ni pergi la bawa diri ke Puri. Bawak diri ke mall aje, cobe la bawak diri ke tempat2 yg lebih bermanfaat sket kan.. :P

Aku ngan Tikah makan kat Kopitiam malam tu. Berdua je, sebab mek lagi dua orang tu g dulu beli tiket wayang n makan kat kedai lain.


Lepas ni entah bile la dapat jumpa mek ni. Sebab kitorang terpisah plak kali ni. Tikah dapat stase Radiologi kat Jakarta.


Sebelah sana tu Kenny Rogers. Pakkal le kena pg Lampung. Perbelanjaan harus dihadkan. Kalau tak akan mengundang penyesalan tak bertepi nak nak elaun lambat lagi ni baru masuk. 


Tapi Lau's kopitiam ni tip top apa, makanan sume oke, service cepat, mmg tak payah tunggu lama. Sampai bareng-bareng, so enak dong bisa makan juga barengan.. Aku order air mango soda, Tikah punya iced lychee tea. Air aku sedap! Tikah pon puji. Memang kalau aku g Lau's kopitiam ni aku selalu order air ni je.


Apa entah tajuk makanan Tikah ni, tak hapal plak. Tapi die banyak mushroom ngan seafood la kat dalam. Makan ngan nasi putih. Sedap jugak..


Nasi lemak aku. Huhuuuiii Memang puas hati ngan nasi lemak ni. Sedapppp


Kaya toast yg bes. Tak rugi pon order. Ada saiz medium ngan large. Yg ni medium. Pon dah cukup banyak utk sorang makan aku rasa. Nasib baik ada Tikah, ley tolong perhabis.


Lepas tu, tengok cite Dark Shadows plak. Baru aku tau dalam cite tu ada Johnny Depp. Bes la jugak cite tu. Untuk org yg suka cite2 saiko ni bley la layan cite ni. Johnny Depp ni slalu je berlakon cite2 pelik ni kan? Apesal entah..


Petang habis ujian tu, kitorang bincang2 pasal tiket flight nak gi Lampung sume..bla bla bla pastu aku ngan Ika pon mintak diri sebab dah janji nak gi facial. Lepas facial, bahagia je rasa..rasa kulit hidup kembali gituu.. Ahaks!


Malamnya pulak, gi Chilis ngan Nani. Memang dah sebut2 lama dah ngan Nani nak gi makan situ. Tu yg kemain lebau senyum kawan aku sorang ni. Ye la kan Nani, lepas ni entah bile la ley jumpa hang out mcm malam semalam. Nani asek la sebut lepas ni siapa nak keluar malam2 ngan die lagi.. Sebab jalur koas kitorang mcm dah lain-lain je skang ni.


Grilled salmon ke apa nama makanan Nani ni, tapi ikan die sedap. Kering sket tapi still sedap. Black beans tu aku memang aku favie on the spot la kan sbb aku mmg penggemar red bean dan bean2 yg rasa mcm red bean. Hehe


Aku order country fried steak. Tapi seolah-olah aku makan jagung je. Sebab yg lain sume tak habis. Roti tu pon aku jamah sket je. Nani yg habiskan. Nak kata kenyang sangat, tak jugak. Perut aku mmg suka kembung2 sejak kebelakangan ni. Tu yg kalau makan cepat senak sket. Last2 aku bugkus je sebab tak habis. Lagipon makanan kat Chilis ni memang style omputeh, sekali serve gedebaaakk banyak penuh terus pinggan. Pinggan dah la besau, lagi besau drpd muka aku.

Nani kata aku stat slow makan bila ada satu group omputeh ni datang makan kat situ jugak. Kebetulan diorang duduk kat meja depan meja kitorang. Kira aku mmg menghadap meja diorang la. Masalahnya, yg datang tu hensem-hensem belaka. Aku ni dah la senang distracted. Memang indah la permandangan aku semalam kan. Haha

Tapi mungkin Nani je rasa mcm tu, sbnanye memang perut aku kembung pon. Statement back up diri sendiri. :D

Rasa-rasanya mcm dah cukup panjang dah entri ni. Aku pon tak kemas barang lagi. Esok kena keluar rumah awal pagi sebelum matahari naik. Belum apa-apa, aku dah rasa rindu kat Tanjung Duren. :(

May Allah ease everything~