Showing posts with label New year. Show all posts
Showing posts with label New year. Show all posts

Sunday, January 1, 2017

1.01.2017

Assalamualaikum all

Hey.. Happy New Year guysss!!! Fuiyooooo aku update on the 1st of January kaww HAHA Eksaited punya pasal, terus teringat kat belog. Kalau tak....hareemm 

Anyway, aku takde buat specific list azam 2017 pon, but I just feel genuinely happy to celebrate new year. Tak celebrate pon weh. Tadi je la aku pergi A Famosa Outlet with le family utk tengok suasana tahun baru kat luar rumah. Nyampah kena parking kat belakang padahal takde la tgh hari sangat pon aku sampai. Orang datang shopping centre sebelum subuh ke apa. 

Aku rasa setiap tahun baru ada rasa special dia masing2. Bagi aku la, but I bet it's the same to everyone. Macam aku, contohnya 2013 was special because I graduated from med school.. Time tu ya Robbi punya seronok sbb dah bole balik Malaysia for good, but rasa cuak2 sket sbb fikir nak kena kerja dah hehee. Lepas tu 2014 pulak.. Aku rasa 2014 was a not-so-flop-but-not-so-great year for me. Buaaaanyakkk la yg terjadi 2014 which malas nak cite. To sum it up, 2014 is a year when one of the biggest things that ever happened, happened to me and aku rasa aku takleh lupa.

Tapi 2014 still tahun yg special bagi aku sbb what happened that year made me become a person I am today, I feel like I kinda evolved a little bit since then. Yeke? Sikit laaaa. 

Lepas tu 2015 pulak.. Oh 2015 aku sambung blaja benda baru which aku rasa mcm everything pon interesting time tu. Aku masuk dlm satu komuniti baru. Walaupun komuniti kecil, tapi I remember feeling nervous because everything was fascinating to me. Macam new start yg buat ko rasa ada butterfly in stomach gituu.

And then comes the 2016 yg baru je kita tinggalkan semalam. 2016 pon special jugak sebab boy group feveret aku menang Daesang award kat MAMA 2016. Boleh?? LOLL

BTS TERCINTA ehek ehek mintak tampar

BTS ni bukan dari company besar2 kat Korea taw, so diorang start dari bawah. Time diorang menang Daesang hari tu dengan aku aku sekali meleleh ayaq mata dengar award acceptance speech diorang wuwuwuuu Hati kakak pon tisu jugak macam korang T__T

Dengarlah music diorang, best gilaaa weh (penuh sifat bias HAHA). Genre pop R&B and hip hop okeh. Akak skarang SWAG taw layan lagu rap siang malam..

Buarghhhaahaakkkk jom lah kita muntah sama2 

Oke stop cerita BTS sebab nanti kang aku tak reti berhenti pulak.

Ehem. Sampai mana dah tadi cerita aku? 2016 ek. Oke so 2017 pulak... Cerita dia belum siap la sebab ni hari first yeeehaaaa!!

Okay korang happy new year taw!

;P

Thursday, January 14, 2016

Winter Story

Assalamualaikum.

Cerita bulan lepas ni. Melajak ke tahun depan baru nak stori. Dah nak basi dah. Haha Tapi memori dalam kepala mcm bru hari tu je merasa winter. Amboi.

Alhamdulillah, akhirnya umur aku 25 tahun ni baru berjaya nak merasa cuaca winter. Tu pon kat Beijing je. Europe2 nanti lain tahun inshaAllah. Try test winter kat Asia dulu. Kot la serik terus taknak dah pergi tempat sejuk.

Aku ingat lagi hari aku sampai China hari tu, keluar je flight die punya angin sejuk fuuu mak aii menusuk mcm ke tulang aku rasa. Tobat aku. Mana tak nya, underestimate nau kan, sekali ambikk. Selamba je aku keluar dgn baju selapis je. Baju tebal simpan lam bag konon nti dah kua baru nak sarung. Sekali kuar flight je berketap2 terus gigi. Haha

Pengajarannya, kalo pergi negara sejuk n mmg tgh winter, dah nak landing tu bole sarung dah baju tebal. Jgn eksyen mcm aku ya. Luls

Great Wall of China yg ada salji sket2. Yahuu one of the world wonders checked. :)

Aku gi Beijing 5 hari. Banyak la jugak tempat pergi. Tapi trip family aku hari tu lebih kpd tengok scenery and historical places. Bukan trip bershopping. Ada org yg prefer lebihkan tempat2 shopping, depends lah intention engkorang. Boleh discuss lah ngan agennya. 

Antara tempat yg aku ingat, Summer Palace, ada lagi satu palace tu tak ingat plak nama die, forbidden palace (aku tak pergi yg ni, family aku yg lain pergi), market ape ntah nama, pastu some weird food market kat tepi jalan, jade store, tea ceremony place, bamboo product store, silk factory, pastu ada jalan lama zaman empayar dinasti ape ntah which kat situ now dah jadi mcm mall jugak la cuma the buildings masih tapak binaan lama. Emm..yg lain mcm biasa2 je kot including some muslim restaurants and mosque.

Oh yes... The incredibly amazing acrobatic and kung fu shows! Oh yang dua ni super awesome korang kalau pergi Beijing wajib tengok show diorang. Melopong2 oke tengok aksi diorang. Mid air tumbling dan segala jenis tumbling live depan mata. Aku taktau la mcm mana diorg buat, but mmg tak mengecewakan btol show diorg. Perghh mmg tak bleh lupa.

Mcm kat Namsan Tower kat Korea pulak diorg letak mangga kat tepi2 tembok besar ni.

Makcik beg merah.

Ni kat jade store kalo tak silap. Konon rilek padahal tangan punya sejuk, hidung aku pon naik kebas bernafas kat sana. Sejuk woi.

Overall, aku puas hati ngan Beijing trip ni. This winter experience akan ku sematkan dalam kenangan hidupku. Ewah.

Beijing mmg tempat yg banyak sejarah. Kalau korang suka nak tengok tempat org, and jenis yg suka nak tengok variety cultures, suka tengok tempat2 sejarah, aku rasa China antara option yg munasabah la untuk korang pertimbangkan.

Btw, aku nak ucapkan happy new year to all. I hope a lot of great things will happen this year :)

Stay healthy, stay happy everyone!

See ya

Monday, January 5, 2015

First Ever Entry for 2015!

Assalamualaikum n good evening to all..

Kat sini good evening lah. Kot uols tgh baca time tak evening anggap je lah evening jugak. :D

H H H Happy new year 2015 to all people out there!! Woohoooo aku very the excited nak hadap 2015 ni for some reason pasal last year (oke la last year la sbb hari ni dah 5 January) sgt byk bnda2 tak best berlaku bukan je kat aku sndiri tapi kat sekeliling, kat Malaysia, kat negara2 lain jugak.. So after semua tu berlaku, rasa mcm lega jek dah nak abes 2014. 

Dah lama gila kan aku tak update blog. Tengok2 page views bergerak jugak naik. Probably sbb previous entries yg keluar dlm internet search.

Oh. Apa yg aku buat malam new year hari tu ek?

Owh aku kat umah je hari tu tak pg mana pon. Aku lagi seronok berfestival dlm umah sndiri drpd berlaga2 siku kat dataran nak counting for new year okei. Haha Padahal sbb rs insecure kalau pg tmpt2 yg super ramai manusia mcm tu. T__T

So dah lama aku tak update, apa perkembangan aku ek ek?

Ermmmm nak tau kee...nak tau sangat??

Tang perkembangan badan tu inshaAllah ada perkembangannya jangan risau.. Luls. Dah keja buka tutup peti ais, buka tutup tudung saji kalau tak berkembang badan tu tak sah ya. Lain la kalau metabolisme aku tahap athlete gimrama berpasukan. Ini gimrama sendirian atas katil je takde maknanya. Hmmphh

Sejak satu masa last year kan, aku selalu rs tak senang hati ngan org sekeliling. Ada la sebab musabab yg lebih detail yg aku taknak stori kat sini. Tapi bnda yg aku nak cerita is, aku rs mcm diperalatkan oleh org lain. Even though aku tak pasti diperalatkan utk apa, tapi yg penting dia buat aku malas nak jumpa org especially some relatives of mine.

Bukannya diorang jenis rajin bertegur sapa ngan aku pon.. Tp tiba2 tegur lepas tu last2 tanya psl personal matter. Bila dah tau, ok bai. Nampak sangat bukannya nak bersembang sgt pon, just nak menjawab persoalan dia je.

Aku bukannya artis pon. Yg mengkome curious sgt nak tau psl aku apehal. Aku bole terima kalau betul cara pendekatannya. Well, aku mmg jenis suka bercakap pon. Tp kalau pesen2 buat2 nak tanya khabar tapi sbnanye nak cungkil rahsia lepas tu dah tau blah. Hah pesen2 mcm ni yg aku sumpah tak suka.

Aku harap lepas ni cerita aku dah tak jadi tarikan kat diorang. Haha

Aku harap lepas ni aku tak jumpa lagi manusia2 yg berlakon mcm ni.

Ok dah nak hujan. Just in case, baik aku terus pos entri ni. Kot la nak terpadam letrik ke kan.

Walaupun entah apa2 entri ni, at least you know I'm still living. At least you now that. Wah macam marah je macam marah je. Ngahahahahahhjkkk

Ok bai.

Wednesday, January 8, 2014

Entri tahun baru yg terlambat

Assalamualaikum..

Reaching over 50000 pageviews recently is actually a very unexpected thing that would happen to a very "nobody" person like me. Ok aku tau bg buaaanyak lg bloggers lain kat luar sn 50000 tu cam celah gigi je, tp aku kan jakun. So just leave me alone dlm semua kejakunan ni. Hahaha

Org lain dah update byk cite lain aku baru nak update psl tahun baru kan? Takpelah mak jemah, late is better than nevaa.. Gitu.

Nak dijadikan cite, hidup aku ni secara garis besar xde lah dinamik sgt.. Takde bnda yg sgt menarik, tapi bukanlah boring sgt2..aku rs masing2 orang akan rs hidup die enjoyable dgn cara tersendiri. Same goes here. I'm a typical Asian girl yg accidentally terjebak dlm dunia medik dan akhirnya berjaya abeskan jugak blaja because Allah helped me a lot. Dia tak pernah tak tolong aku. Thank you Allah.

Oke iols nak wrap up kan cite tahun 2013 yg baru je tutup buku dlm 8 hr lepas. Walaupun ni dh masuk thn baru, aku still rs mcm dlm thn 2013 sbb tahun2 terakhir ni hari2 berlalu dgn tersangatlah cepatnya. Tak terasa sgt, tau2 dah habis thn 2013. Phewww~

Lebih dr setengah tahun 2013 aku habiskan dgn menjalani kehidupan koas aku dlm clinical year. Sampailah 19 Oktober 2013, aku secara x rasminya selesai koas. Posting terakhir aku radiology. Disebabkan radiology tu posting yg rileks n konsulen kitorang mmg baik hati..makanya penutup zaman klinikal aku boleh la dikatakan happy ending gitu. Sebab posting sebelum radiology tu adalah E&T (telinga dan tenggorokan). Haa mau x boring sbb konsulen kitorg yg sorang tu rajin amukan. Siap la kalo x bole jawab, sekali die hanginnnn.. Nasib baik waktu kitorang x smpi kena halau je. Senior2 cite ade yg smpi kena halau.. huhu

Oke tutup cite koas..

Maka tanggal 21 Disember 2013, selamatlah aku dan membe2 dilantik serta disumpah dgn sumpah Hippocrates untuk menjadi doktor..


Alhamdulillah... Lancar majlis, walaupun sebelum tu huru-hara ting tang alexander kate qoo nak memikirkan segala tok nenek dokumen plus nak membayau 3 juta rupiah sebabkan nak konvo thn 2013 kan.. Dan juga walaupun waktu majlis tu telah terjadi sesi air mata bila wakil batch bg ucapan.. Overall seronok.. N rs lega dah habis blaja.. :)

Walaupun begitu, ada kejadian yg tak berapa nak indah jugak telah berlaku pd tahun 2013. Yaitu, aku telah kehilangan 2 benda yg sbnanye tersangatlah ada sentimental value bg diri aku.

1. My iPod touch 5 which i named with "Melon".

Aku punya Melon mcm dalam gambau atas ni, tapi tanpa tali tu. N aku pakaikan die casing Capdase kaler hitam. Memandangkan Melon tu hilang, dan beribu-riban gamba dlm tu, maka dgn serta-merta sume file dan gamba dlm tu hilang juga. So, gamba Melon digantikan dgn gamba dr google ni. Melon hilang dlm teksi. Waktu tu aku dgn membe aku terjebak dgn jalan jam, n aku igt aku main game guna Melon tu. Bila dah smpi umah sewa, aku cek dlm beg takde pon Melon. Punyalah khilaf aku waktu tu x double check, sbb aku ni berpenyakit OCD. Biasanya mmg aku double check everyhting, tp bnda dah nak jadi.. That day, aku tak perasan aku x msukkan Melon dlm beg sblom kluar teksi. Maka..aku telah kehilangan Melon.. Tak tahulah die kat mana skang. Sob sob sob

2. Jam tangan Casio yg ayah belikan tahun 2008 kalo x silap aku.

Hilang masa kat airport Soekarno Hatta, Jakarta. Waktu tu nk balik Msia for good dah.. Waktu nak cek hand luggage, sume org disuruh bukak perhiasan n masukkan dlm tray utk di scan. So aku letakkan jam dlm tray kosong, n aku igt aku tolak tray tu msuk dlm scanner. Tp bila keluar, jam aku takde. Rasa nak pitam kjap. Haha Sebab mustahil takde. Tak smpi 3 minit sebelum tu aku baru je msukkan tray dlm scanner. Akak guard tu siap cek tray2 kat situ..tapi hasilnya...tak jumpa. Wuwuwuwu Maka baliklah aku ke Msia dgn hati yg duka lara sbb siryes aku syg kot jam tu. N die tu telah memberikan aku keyakinan selama aku pakai die. Sekarang jam keyakinan aku dah hilang.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...~

Selain hilang barang2 berharga... Hujung tahun 2013 ni byk bnda yg unexpedted telah berlaku di sekeliling aku. Ramai membe aku bertunang la kawen la beranak la.. Ramai yg mula kerja la. N one of my close friends kehilangan ayah.. Sakit tiba-tiba, dah sampai masa arwah. Terkejut semua org2 terdekat sbb mendadak sgt arwah ayah die sakit waktu tu. Atuk sedara aku pon meninggal hujung thn lepas.. Al-fatihah..


Ni gamba 2 tahun lepas. Waktu tu pg mkn Carl's Junior sbb celebrate besday membe. Kenal kan blogger Azie Azra?

Emm..tak sangka kan ujian Allah.. Azie jatuh sakit x lama lps balik Msia after perlantikan dokter tu. Sangat2 terperanjat..yg tiba2 dpt tau die masuk ward sbb terkena perdarahan otak. I can't tell details here, but her condition requires some sort of surgery. It hurts you know.. To know such things happen to people who are close to you.. :(

Sama-sama doakan Azie ye.. Smoga Allah balas kebaikan korang sume, inshaAllah..

To start a new lifestyle this year, honestly..I feel very nervous and I'm not ready. Aku masih rs mcm nak duduk makan free kat umah parents dan bersenang-lenang goyang kaki kat umah. While some other friends dah pg interview MMC ape sume, aku blom lagi isi borang.. Memang selalu je kena bebel kat rumah suruh cepat2 daftar mintak keja ape sume. Tapi aku blom ade feel nak start lagi. Not yet.

Kadang-kadang timbul rasa jeles bila tgk perkembangan org lain yg dah bekerja, dah ada life sndiri, rumah, kereta..family.. Sebab aku rs life die x sesusah keja houseman. Alamak. Bila sebut houseman je rasa cam nak lemah lutut. Wakaka lebai sangat.

Aku xtau la mcm mana kehidupan aku lps ni. Apa yg aku tau, skarang aku tgh bercuti and aku akan bercuti dgn bersungguh-sungguh. Yeah!

Ok that's a wrap everybody!! 

Noktah.

Friday, December 31, 2010

2011 is on its way!

Salam.


Tinggal lagi beberapa jam sahaja, kite akan masuk tahun baru. Aku berdebar-debar jugak ni nak masuk tahun 2011 ni. Salah satu sbbnye ialah, aku xsempat nak plan apa2 wish ataupun azam utk tahun baru ni. Tahun 2010 punye azam..rasanya alhamdulillah aku berjaya capai tp mungkin xsemua lah kan. Apa dia azam tahun 2010 itu hari, aku tamo crite cni lah.. Biau aku simpan okeh.. Lagipun, kan nak masuk tahun baru dah ni..


Blok baru naik cuti ni katenye plg lama dlm sem ni, aku rasa mcm susah je.. Tapi xsure la blok ape. Neuroscience 2 ke agaknye? Ntah lah cik Meon.. (mane la plak dtg Meon eh?)


Haaaaa...aku rasa, aku nak berazam nak simpan duit lah tahun baru ni.. Nak kurangkan berjoli di luar. Hahahaaa..siap lah kau tiqah member UKRIDA bace nih, abes diorang asik warning aku jgn kluar berjoli. Huhu.  Lagipun, kakak2 cnior kate, elok kalau dr skarang dah simpan duit..pasal esok nti klinikal byk pki duit.. Yang lain2 pulak..errmmmm mungkin esok baru aku bole fikir betul2 kowt wishes list aku. Haih~


Secara keseluruhan, 2010 adelah antara tahun yg boleh dikatakan mencabau, byk jugak dugaannya, tp kenangan manis pon byk jugak.. Nak kata tahun terbaik yg aku pnah rasa tu, mungkin tidak. Tahun paling tak bes pun bukan juge.. Average sahaja.. Tapi kejadian2 sekeliling aku dlm tahun 2010 ni mmg byk lah..mmg bukan melibatkan aku, tp aku pon terasa jugak lah..misalnya pemergian arwah Din Beramboi, ahli keluarga sahabat2 aku yg blajau sama dgn aku di Jakarta, dan jugak bnda2 bes mcm Malaysia menang piala AFF Suzuki tu kan.. Banyak lagi lah kalau nak mention sume cni, xlepas tgn beb. Heheh


Selamat menyambut tahun baru utk semua ya.. Moga2 kita semua dapat menjadi insan yg lebih baik tahun 2011 ni.. Mana yg kurang tu kita sama2 tingkatkan, mana yg terlebih2 tu kita seimbangkan balik.. Biau bersederhana..ye dak? Kalau yg terlebih tu bnda baik..mungkin kte patut kekalkan.. Hah, tu kat TV tgh baca perutusan tahun baru tuh..hehe Aku bole sehat duk menulistaip kat cni..

Okeh. Slamat tahun baru ye!!!   ^_^