Sunday, July 17, 2011

Gwa harap lu orang ngak ketawain gwa yahh..

Assalamualaikum..

Aku malu!!! Huarrggghhhh.. Tetibe rasa geli2 dgn penampilan baru blog aku. Haha Especially header tu. Gila pemalas an buat header instant betul2 letak tulisan aje.. Mungkin sementara je kot.. Sementara aku nak tunggu mood nak buat header lain dgn bersungguh-sungguh.. Entah bilenya tak tau le tuuu..

Nak cite la sket pasal skill lab Family Folder itu hari.. Yg aku cite aku kena pergi Pusat Kesehatan Masyarakat (PUSKESMAS) utk ambil data patients.. Aku dapat PUSKESMAS Tomang.. Tomang tu takde lah jauh sangat drpd Tanjung Duren, tempat aku tinggal kat Jakarta ni.. Alhamdulillah, patient yg aku dapat dgn partner aku pon sangat ramah dan excited dapat kenal dgn kitorang n izinkan kitorang ikut sampai ke rumah..  =)


Ni la die papan tanda PUSKESMAS Tomang yg aku pergi tu.. Tengok org lain beriya-iya tangkap gamba papan tanda ni.. Aku pon snap le jugak. Asal ada kan.. Jadi bukti la aku datang PUSKESMAS.. Hehe


Sebelah aku tu la patient yg kitorang dapat. Tapi bukan mak nya laa.. Yg sakitnya anaknya tu. Dengan diagnosis ISPA (infeksi saluran nafas atas). Haha Habislah esok balik malaysia aku sebut ISPA kena gelak je la dgn dokter2 lain.. Hu3


Tu partner aku, Cynthia.. Baru tadi die sms aku mintak aku send gamba2 rumah patient tu. Sebab nak guna buat report.


Masa aku dgn Cynthia datang umah mak cik tu, umah die black out. Kitorang pon berborak la dalam gelap. Aku sebak la bila tengok kehidupan mak cik tu yg serba sederhana. Cukup makan pakai je. Duit pendapatan keluarga memang tak dan nak simpan la, memang guna untuk isi perut anak-beranak. Kata mak cik tu, itu lagi penting. Ekceli, aku ada simpan gamba keadaan dalam rumah sewa die tapi aku takkan letak kat dalam ni la kan.

Hari tu aku tengok dua kehidupan yg sgt berbeza. Satu, kehidupan mak cik tu dan satu lagi ialah kehidupan aku dan kawan-kawan aku especially local students kat kampus aku yg hidupnya mewah2.. Sampai rumah pon masih terbayang-bayang mak cik tu.. Siap cakap kat kitorang, "kapan kita ketemu lagi nih?".. Tak tau la ape nak jawab sebenarnya.. Memang seronok la berbual dgn mak cik tu. Mak cik tu tinggal dalam satu bilik yg bagi aku memang kecil dan sempit, berkongsi 5 orang (suami dan 3 anak). Tapi aku rasa hati die lagi tenang daripada aku yg duduk bilik lagi besar drpd bilik die sengsorang ni.. Semua tu memang buat aku berfikir..

Siryes kita kena banyak2 bersyukur sebab hakikatnya ramai lagi orang yg jauh lebih susah drpd kita. Cuma kita je tak nampak semua tu..

Wednesday, July 13, 2011

Perasan busy..

Salam hormat.

Ewahhh.. Sekali-sekala aku nak perasan jd pembaca berita memang takde salah kan. Balik umah..campak semua benda yg patut.. Pehtu layan lagu Elyana yg bertajuk "Tak Tercapai Akalmu". Terbayang aku buat persembahan kat kenduri kawen ala2 Elyana masa Juara Lagu tu, berkaki ayam.

Minggu ni memang aku kategorikan dgn minggu yg sibuk. Dengan esaimen PBL, nak sediakan slide presentation, mana nak xm nya minggu lepas yg membuatkan aku kelam-kabut nak tengok PBL pulak.. Esok pepagi lagi dah nak kena pergi PUSKESMAS, yakni Pusat Kesehatan Masyarakat.. Nak pergi stalk patients kat sana.. Muahaha.. Nak kumpul maklumat sebenarnya.. Sebab kena buat report.. Tu namanya busy ke perasan busy ke...atau pun buat-buat busy eh?

Jadi petang ni aku rasa bersyukur la sebab boleh balik rumah sebelum pukul 4 petang (eleh. bukannya tiap hari balik pukul 4 ponnnnnn..) dan bole rilek2 jap sebelum aku kena fikir mana pergi lampu suluh kecik aku. Sebab aku mungkin akan guna lampu tu esok. Bukan nak masuk gua cari sarang burung layang-layang ye.. No no no.. Nak suluh mana2 bagian yg perlu disuluh sekiranya pemeriksaan fizik diperlukan. Maka aku pon curik la kejap masa ni utk belek2 apa yg patut kat blog ni.. Rindunya nak post entri banyak2.. wuwuwu Eh macam lah banyak benau entri aku kan? Hahaha

Buat masa ni, memang aku akan banyak tulis cerita life aku yg bosan ni sebab aku terlalu bosan sampai takde idea nak post entri yg ohsem. Tapi aku nak tinggalkan anda-anda semua dengan sebuah video yg "anyonyonyooooo tomey tomeynyaaaaaaaaaaa!!!!". Zaaassss~


Kalau boleh bela la sekor anak rimau.. Siryes aku nak. Comel gilaaa.. Tapi bile dah pandai makan ayam tu aku nak pass kat zoo laa.. Haha Mana tau kowt harimau tu teringin nak rasa daging aku pulak instead of ayam kan.. Puas pulak aku nak menjawabnya kang.

Korang plis la cakap tiger cubs adalah suatu kecomelan yg tak terhingga!

Have a nice day, everyone! Terima kasih sebab singgah baca blog saya.. :)

Friday, July 8, 2011

Aku harap aku tak jatuh ke dalam kondisi depresi.

Salam..

Hai korang.. Kepiye kabare? Ataupun melayunya "hey wassup2 apa khabar ah lu lama betul gua tak nampak lu hutang gua bile lu nak bayar?". Oke tipu. Aku bukannya lari rumah ye dah bbrp hari x update ni. Satu hal pulak aku nak bayar balik duit MARA kan.. Haha Aku sebenarnya ada ujian. Kan ade aku cite kan, aku skang tengah blok community medicine kan? Ujian tadi adalah sangat memberansangkan ye.. Aah. Memang cukup memberansangkan rasa nak terjun dari atas kereta api dalam diri aku. Eh. Aku acah je tuuuu.. Aku mana berani terjun2 ni..

Tapi an aku nak cite, die punye tensyen tu.. Fuhhh.. Termenung jauh aku dibuatnya. Sangat terkesan sampai aktiviti otak aku ter'pause' kejap. Entah siapa lah yg tekan button pause pulak kan. Heh.


Haaaa.. Meh sini aku nak cite. Hehe Lately ni kan, kalau kuar beli barang2 top up tekak aku kat supermarket je, mesti aku nak amik Vita Charm ni.. Kat Indonesia ni takde Vitagen mahupun Nutrigen. Yakult ade la. Tapi tu pon ade dua jenis, satu yg produksi tempatan, yg satu lagi tu Yakult import. Kalau nak murah, beli la yg lokal punya je.. Memang aku pon slalu beli Yakult yg murah sket tu laa.. Ha3


Jangan x tahu kat sini x banyak pilihan susu pekat manis macam kat Malaysia.. Rindunya nak buat air dengan susu pekat manis teapot ni.. huhu Kat sini, F&N pon kira import, jadi harga pon harga import lah. Punya berkira nak beli susu setin kan.. Haha Jenama kat sini nama die Frissian Flag. Tu yg paling femes lah. Ada lagi satu tu nama die Indomilk. Indomilk aku tak pernah try, tapi Frissian Flag aku pernah try. Rasa nak menangis je buat air guna susu pekat tu (time tu la sebab time tu baru 1st year.). Tak sama langsung rasa die dgn susu pekat manis kat Malaysia. Rasa die lebih kepada susu lembu/susu tepung tu. Dah la aku ni tak pandai sangat minum susu tepung.

Lepas tu.. Kat sini takde cili kering.. Diorang pakai cili merah die blender, campur dengan cuka supaya tahan lama kalau aku tak silap. Jadi, kalau nak masak tu.. kena pastikan betul2 cili tu garing/masak.. Kalau tak, rasa macam makan cili mentah la jawabnya.. Lepas tu.. Kena oter lebih2 sket sebab nak hilangkan masam cuka die tu.. Haa rumit tak rumit tak??

Simpulkanlah sendiri apa2 yg dapat disimpulkan drpd entri caca marba aku nih ye.. Thanks ye singgah baca.. ^__^

Sunday, July 3, 2011

Kalau nak cite pasal buku..memang sampai bila pon x abes.

Salam..

Tajuk entri ini adalah FAIL!! Hahaha Ape la yg jadi masalah besar sgt nak bikin tajuk ni agaknya.. Heihh. Otak aku ting tong ni tapi entah kenapa aku nak bercerita tentang buku lah malam ni. Tapi aku mintak maaf sekiranya anda yg membaca entri ini mengharapkan sebuah entri yg berilmiah ye sebabnya aku bukan nak cerita pasal buku pelajaran tetapi pasal buku2 yg takde kat perpustakaan mana2 skolah pun. Aku tak sure lah kalau ada perpustakaan yg letak buku2 yg aku nak cerita kejap lagi ni. Buku2 yg aku nak cerita ni bukanlah buku2 yg menjadi pilihan ayah aku utk beliau belikan n bagi kitorang adik-beradik baca. Tapi kalau pergi kedai runcit tanpa dimonitor oleh ayah, maka kitorang selalunya akan capai buku2 tersebut. Hehe


Zaman skola rendah dulu, memang femes lah kan Mastika ni. Rasanya ramai orang memang familiar dgn Mastika ni.. Dia banyak cite pasal kisah-kisah benar yg berkaitan dgn perkara-perkara mistik, kadang-kadang tu ada musim2 yg die fokus dekat masalah akhlak, akidah masyarakat.. Ade la die selitkan kisah-kisah lucu jugak. Ekceli aku dah lama sangat dah tinggal Mastika ni. Dulu, kat umah aku berlonggok jugak lah Mastika ni. Aku pon tak tahu la mana datangnya kecekalan hati aku nak baca buku Mastika ni. Sebab setahu aku, aku ni penakut. Ayah selalu membebel kat aku dulu sebab aku ni penakut. Berani pulak aku baca Mastika. Entah2 aku baca sebab kawan2 aku pon baca.. Konon-kononnya nak up to date lah tu. Eceh.


Hahaha.. Gua tak sangka aa gua layan majalah artis pada zaman dolu kan.. Gamba2 sume aku cilok dari google secara random. Seingat aku la kan, zaman di mana aku paling suka sangat baca majalah hiburan ni adalah waktu lower form rasanya. Sebab time tu aku minat gile dekat Ruffedge ngan VE. Memang minat gila ah habaq hang. Siap letak gamba dalam purse tuuu.. Wakakaa.. Geli hati bile ingat balik. Aku rasa semua album diorang aku beli, buat koleksi. Bukan CD la tapi, zaman tu kan zaman walkman, aku beli kaset je la.. Yang compilation pon aku tibai jugak. Memang la membazirkan duit mak bapak eh.. Minat punya pasal kan.. Adeyh~


Mangga. Haaha Ni lagi satu. Heih..maleh aku nak komen.  :P Kalau tak silap, dalam Mangga lah kan yg ade sesi bergambar topless dalam swimming pool tu. Tapi laki la. Gile ape kalau pompuan? Ada yg kena bako nanti. Heh. Itu pon naik meremang bulu roma aku menengokkan gambo sorang2.. Haha Tapi baca jugak. Tu duluuu.. Sekarang tak kuasa ai.


Ha ni sume suku-sakat la ni kan. Semua majalah hiburan. Patut le ayah aku cukup tak gemau kitorang baca semua nih. Eh apesal banyak pulak gamba Dafi ye? Teringat pulak dekat kumpulan Sepah yg menang Maharaja Lawak tu.. *tanjat boboiii*


Dengan buku yg last ni jangan cari pasal.. Buku ape? Buku lima lahh.. Kalau tak tahu, ada orang kata tu maknanya lagi dua kali jumaat. Kah kah kah..

P/s: Sori kalau aku buang masa korang. Pape pon, thanks taw singgah sini. Jemputlah tinggalkan link ye.. hee