Friday, August 12, 2011

11 Ogos dan demam~

Salam Ramadhan..

Dengan ini, saya dengan bangganya mengisytiharkan bahawa tanggal 11 Ogos adalah ulang tahun kelahiran sayaaa!!! Yahoooo!! Maka dengan itu, genaplah 21 tahun saya sudah dapat hidup di atas muka bumi ini, alhamdulillah.. Ini bermakna saya dah boleh daftar mengundi.. Tapi nak undi apa yaa?? Teetttttttttttt!!!!!!!!!!!!

Hurrmmm.. Ekceli, tahun ni aku rasa tahun yg aku tersangatlah excited nak sambut birthday. Tanpa diduga, aku dilanda demam panas pada hari tersebut. Dua hari aku berjuang (eleh berjuang lah sangat) di atas katil, tahu? Sekarang ni pon kepala masih lagi rasa berpinar, berat, high, dan juga loqlaq. Awek aku sms semalam pon aku amik masa berjam-jam utk reply. Padahal sms ringkas je.. Dapat free call sempena hari jadi daripada Maxis pon aku buat dek je pasal aku memang tak larat langsung nak buat pape. Bukak mata pon asek rasa nak terkatup balik je mata ni..

Akan tetapi, aku tetap merasa senang hati kerana ayah aku telah membelikan aku sebuah benda berwarna ungu yg comel. Terima kasih ayah.. Nanti akan aku sematkan fotonya di sini tapi bukan dalam entri kali ini.

Oh oh ohhh.. Apa yg aku tulis ni pon aku x sure. Mintak maaf kalau ayat aku merepek meraban. Siryes aku tengah tingtong ni.. Pape pon, thanks singgah ye.. :)

Wednesday, August 10, 2011

Jerawat? Anda boleh cuba COSMODERM tea tree oil antiblemish ! (product review)

Salam Ramadhan.

Siapa yg tak pernah mengalami masalah jerawat kan kan? Mesti rasa tensyen bile wajah anda ditumbuhi benda bulat2 dan berwarna merah itu kan? Ingat bley jimat kos x payah pakai blusher ke kalau ada tanda2 merah di bahagian pipi. Merah blusher dengan merah jerawat itu tidak sama tahu? Nehi nehi nehi haiiii!! *emo pulak tak pasal-pasal*

Aku rasa dah lama aku tak buat product review kan kan? Annoying tak ulang perkataan "kan" dua kali dalam satu ayat? Haha Sesungguhnya aku memang ta peduli pon. Oke, malam ni aku nak membebel pasal satu produk tea tree, yaitu Cosmoderm. Ini produk buatan MALAYSIA taw.. Tapi pada pendapat aku, produk ni boleh pergi jauh. Sebelum tu, sekali lagi aku nak cakap awal2 bahawa segala review yg aku buat adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakan produk2 tersebut dan juga respon kulit aku sendiri terhadap produk2 tersebut. Jadi, tiada sebarang jaminan pengembalian wang di sini ya (haha). Aku hanya mahu berkongsi dengan orang lain. Jika ada yg mahu mencuba, silakan.. Hehe

Maaf kualiti gamba adalah sangat mengecewakan. Cilok from google.

Atas ni adalah set tea tree dari Cosmoderm. Set tea tree ni khas untuk kulit yg sensitif dan bermasalah, terutama masalah jerawat lah kan kan. Dari cleanser, toner, mosturizer cream, bla bla bla sampai la night cream die memang semua ada. Ada yg kata kalau nak pakai apa2 produk, elok pakai satu set kan kan. Tapi, aku tak pakai satu set pon. Sebab kulit aku ni pelik sket. Kulit muka aku tak sesuai dgn cleanser die, tapi die punya antiblemish tu memang telah memberi efek yg tip top sepanjang aku menggunakannya. Jadi, sebenarnya aku memang betul2 guna antiblemish die je dalam set tea tree Cosmoderm ni. Mosturizer pon aku pnah pakai jugak tapi.... die cam biasa2 je. Memang benda yg aku nak highlight ialah antiblemish itu yaaa..

Zoom in sket yg mana satu antiblemish die.. Hee

Hurmmm.. Ekceli aku dah kenal produk ni dah lama dah, masa aku sekolah menengah rendah lagi. Dulu kat skola, muka memang macam bulan. Bukannya indah, tapi.....errr.. Malas aku nak cite. Haha Jadi, waktu skolah dulu memang berbotol-botol la antiblemish ni aku guna untuk hilangkan jerawat kat muka. Patutnya pakai dua kali sehari, pagi dan malam. Tapi disebabkan aku duduk asrama, waktu pagi memang tak sempat la nak belek2 muka, jadi aku pakai sebelum tidur sahaja. Alhamdulillah, lepas beberapa bulan, muka aku yg sebelumnya penuh pimples sana sini, jadi bersih dah. Nak expect muka aku terus licin dan flawless macam Lisa Surihani tu tak dapek la derr.. Mengenangkan keadaan muka aku yg sebelum tu sgt dahsyat kan. Bila pimples dah tak tumbuh lagi, dan kulit muka dah x merah meradang, aku memang cop produk tu berkesan kat muka aku. Untuk harga pulak, sori sebab aku tak ingat. 

Ini wajah baru antiblemish dari Cosmoderm. Macam produk Oxy je kan kan?

Baru-baru ni, muka aku diserang oleh beberapa ketul jerawat yg cuba mencari pasal. Mungkin die takde keje lain nak buat. Jadi, aku pon decide la nak beli antiblemish. Dan aku pilih Cosmoderm! Gyeahhh!! Yg atas ni kalau anda perasan, ada tertulis X-press kan kan? Sebab antiblemish yg dalam kemasan kecik2 ni ada dua, satu yg biasa, satu lagi yg aku beli mcm dlm gamba atas ni lah, yg X-press. Bezanya ialah, yg biasa tu sama mcm antiblemish yg botol besar dlm gamba sebelum ni, manakala yg X-press ni pulak mengandung antibacteria, antiinflammatory, antifungal, dan lain-lain "anti". Tu sebab die ekspress, maka harga die pon sedikit lebih mahal drpd yg tak ekspres tu. Haha Oke tak lawak. Harga? Dekat google tulis RM18.90, tapi aku beli dgn harga RM15.98 di Guardian, dan dapat satu botol cleanser percuma. Yeay!!

Cara kerja antiblemish ni, ia akan mengeringkan jerawat yg ada kat kulit muka kita, dan meredakan reaksi inflamasi yg berlaku di daerah yang terkena. Hoho Dah macam nota farmakologi dah. =P

Okayyy... Sekali lagi, produk ni boleh didapati di Guardian atau mana2 farmasi. Bole try juga cari di Health Century dan Watson. Senang je nak jumpa kan kan?

Thanks singgah sini. Feel free to leave ur comments and links.. ^_^

Monday, August 8, 2011

So lega sudah sampai Malaysia. Yihuuuuu~~

Salam Ramadhan.

Hey hey heyyyy.. Puasa tak puasa tak?? Aku dah sampai Msia. Elhamdulillah. Walaupun aku sedar diri bahawa aku baru balik bulan 2 itu hari, tapi rasa mcm dah berkurun oke tak balik. Mungkin sebab sem 6 ni sering tensyen, jadi homsik agak over. Excited abes lah semalam bila kapal terbang tu landing. Macam tak pernah balik sejak 1st year pulak aku ni. Heihhh malu je kat junior. Hahaha

Berjaga dari pukul 3.30 pagi waktu Jakarta, sampai la petang kat Malaysia, memang lepas berbuka tu rasa nak collapse je. Sebab aku bukan terus balik Melaka lepas sampai KLIA tu. Parents aku nak pg lawat adik aku kat KMS pulak. So turun Seremban dulu, amik adik, bawak die pg bazar.. Beli punya beli... Bla bla blaaa lepas tu hantar die balik KMS, baru la balik rumah.. Pastu aku pening2 plak sebab terkonfius waktu kat sini dgn Jakarta sebab jam ngan henfon aku still waktu Jakarta. Padahal sejam je pon beza. Tapi pening jugak sebab kat sana pukul 5 lebih dekat2 pkol 6 tu dah maghrib. Kira pkl 5.30 tu memang dah nak gelap dah. Tapi kat Msia pkol 6.30 petang pon terang lagi kan kan? Mungkin aku terexcited sangat sampai jadi kelam-kabut n otak agak blurr. Heh2.

Tau tak semalam aku buat satu kesilapan yg memalukan. Masa kat Seremban lepas amik adik aku dari KMS, masa on the way nak pg bazar, aku nampak bendera2 kat tiang2 lampu tepi jalan tu kan. Pastu aku dengan konfidennya tanya kat ayah, "ayah, kenapa die pasang bendera Melaka dgn Negeri Sembilan???". Dengan perasaan dan air muka yg penuh tanda tanya.

Pastu ayah aku jawab, "satu malaysia laaa.. eh tu kan bendera Malaysia!!". Weiiii aku lupa bendera Melaka mcm mana pastu tertukar dgn bendera Malaysia!! Satu kereta gelakkan aku. Pastu ibu aku cakap, "aii baru 3 tahun duk Indon dah lupa bendera Malaysia??". Fuuuu malu woiii malu aku. Urghhhh!!

Bendera Melaka, cilok from google.

Tobat aku tobatt.. Pasni kena tampal bendera Melaka kat lam almari. Haha Nasib baik aku ingat aku asal mana. Kalau tempat asal aku pon aku tak ingat tu maknanya mintak kena buang negeri la tuu.. Kah kah kah.

Kay bai.

Friday, August 5, 2011

Perlu tak termos?

Salam Ramadhan.

Sari berita utama. Sebuah ladang jagung di Tangkak telah dilanda kebakaran yang berpunca dari longgokan bekas-bekas berisi minyak tanah yang diletakkan berhampiran dengan tempat membakar sampah di ladang tersebut.


      >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> BUNYI CENGKERIK >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Cubaan membaca berita? Teeeettttttttttttttt... FAIL!! Hahaha Tang mana entah kat Tangkak tu ada ladang jagung agaknya. Setakat yg aku tau, kat Tangkak banyak jual kain murah2 je. Teringat dulu aku kecik2 suka tiru orang baca berita kat dalam tv. Kalau takde keje, nanti aku amik surat khabar, pastu pilih tajuk berita yang bes2. Pastu aku pon baca la kuat2 dengan nada dan intonasi macam pembaca berita kat dalam tv tu. Tapi bukan depan ayah aku la. Nehi haiiii!!! Die dah la cukup geram sebab aku malas nak tengok berita, apatah lagi nak baca surat khabar. Dah tu surat khabar tu buat benda main pulak kan. Jadi, sekali-kali janganlah dibuat main depan ayahanda. Kah kah kah.

Hurmmmm... Aku tengah fikir sekarang ni adakah aku patut beli sebuah termos atau tidak. Sebab aku ni sangat gemar minum air panas. Dalam erti kata lain, aku sangat suka minum kopi. Suka suka sukaaa. Tapi setiap kali aku pergi supermarket, aku sangat berkira-kira untuk beli termos. Aku takut membazir. Sebab aku fikir, nanti kalau air tu tak betul2 panas, aku x nak guna, las2 dengan termos tu sekali aku x nak guna. Membazir la beli kalau x guna kan? Tapi kadang-kadang ada jugak rasa malas nak masak air tiap kali aku nak buat kopi. Nak2 bila aku tengah sibuk buat benda lain ke, bukan sahaja kopi tu yg nak kena instant, air panas tu itself pon kalau boleh aku nak instant jugak. Jadi kat situ aku dah nampak poin kenapa aku nak beli termos. Cuma aku still ragu-ragu.

Nampak macam benda simple je kan? Aku tak sure kalau aku ni seorang yg sangat teliti ke...ataupun termasuk dalam kategori paranoid, tapi aku ngaku sekecil-kecil benda pon, aku bole pandang sebagai suatu hal yg besar. Ke sebab aku perempuan ek? Haha Habislah aku kena boo ngan kaum perempuan lepas ni sebab blame kaum perempuan. Takkk.. Aku tak blame pon, I'm just saying~ Mana tau ada kaitan ke.. Hehe

Demmm.. Gile ohsem termos macam nih. DO WANT!!!

Sebuah termos dgn bentuk unik, dan formula kimia, dan tertulis "caffeine" kat badan die. Cool nya nokkk.. Haiii Mana la nak cari termos cenggini. Aku jumpa kat google je niha. Wuwuwu Tacing~

P/s:  I wanna be a billionaire.. so freakin bad.. !!!