Thursday, February 16, 2012

My favourite creamy soup

Selalunya kalau aku pergi pizza hut, aku akan order soup n salad plus garlic bread. Fokus utama aku ialah mushroom soup dia. Kalau nasib aku baik, aku akan dapat pekena mushroom soup yg pekat likat dan sangat sedap. Bila digabungkan dengan garlic bread yg masih panas, rasa mcm nak makan sambil lelap mata. Punyalah marveles. Lantak pi lah sama protokol high table tu semua. Mana aku nak celup garlic bread tu, dan tu jugak aku celup kat dalam mushroom soup. Buahahahaa

Akan tetapi, tak berbaloi kalau aku pergi pizza hut semata-mata nak makan garlic bread cecah mushroom soup je. Haruslah datang dgn hajat nak makan besar, barulah balik rumah dgn rasa puas hati.

Jadi, dari situ lah aku terfikir utk cari jalan supaya aku boleh menikmati mushroom soup feveretku di rumah. Tak payah keluar rumah pon boleh dapat mushroom soup yg sedap. Akhirnya aku terjumpa Campbell's condensed soup!

Gamba google mari.

Soup ni siryes very the marveles ai tell u.. Senang je masak die, panaskan periuk dan masukkan air bersama cream soup ni. Bole tambah air mengikut selera masing-masing nak cair ke nak pekat. Aku ofkos lah suka pekat2 sket. Hehe

Bukan saja ada perisa cendawan je, ada banyak lagi kalau kita nak ubah2 selera. Pagi tadi aku makan yg wild mushroom. Sedap!

Aku pernah try jugak yg brand lain punya, tapi yg kena dgn tekak aku memang brand ni je setakat ni.

This one is easily listed on my faves list!

Wednesday, February 15, 2012

There's no place like home

Salam dan hai!!

Bila cuti2 ni aku selalu tak ingat hari ni hari apa. Kalau tak, manjang je menghitung hari sebab x sabar2 nak hari jumaat. Sebab tu esoknya sabtu pastu esoknya ahad maka kita boleh enjoyy!! Tapi bila cuti, hari-hari pon kita enjoy, tu yg sampai aku tak ingat hari ni hari apa..hehe

Hari ni 15 februari ek? Ohh..maknanya semalam la hari apa tu, Valentine eh? Haha I have nothing to do with Valentine, maka semalam hanyalah satu hari yg normal bersama keluarga. Tapi, hari-hari bersama keluarga memang sentiasa menjadi hari yg ohsem! 

Cuti ni aku banyak luangkan masa dgn duduk atas sofa depan tv, tengok tv puas-puas, makan dan makan, nyanyi kuat-kuat tanda hati senang, main gitar sampai adik laki aku rasa annoyed, dan bercakap sorang-sorang. Senang je kan keje aku?

Btw, hari tu akhirnya headphone seploh hengget yg ayah belikan last year rosak tapi sebelah je la. Tak best pakai headphone tapi dengar sebelah je. Makanya misi mencari headphone baru bermula sekarang!!!


Danggg.. smartnya2!! Aku suka kaler coklat tu. Tapi kaler kuning pon hot jugak. Hmm ada siapa2 nak belikan? Heee


Uuuu.. Menarik la pulak yg ni. Sure beribu-riban headphone2 mcm ni, kan?

Kirim salam la aku nak beli headphone beribu-riban ni. Haha Tapi kalau aku ada banyak sangat duit terlebih, mungkin aku beli jugak kot. Who knows, aite?

Takpe, kita kembali ke alam realiti. Nanti lah aku sambung misi mencari headphone baru kat kedai. Laksanakan misi kat google ni sampai minggu depan pon belum tentu aku dapat barangnya. Kah kah kah

Ok lah, aku nak gi main gitar sampai jari bengkak. Bai!!

Thursday, February 9, 2012

Bella

Hari ni aku nak cite pasal Bella. Bukan....bukan Bella yg dalam cite Twilight tu, tapi kucing aku yg bernama Bella. Sesungguhnya kakak sangat rindukan Bella.. Oh Bella~ (aku tak tahu la knape tp asal nak cakap dgn kucing je aku akan bahasakan diri aku "kakak")

Memang kat rumah aku ada banyak kucing. Memula aku pindah ke rumah aku yg skarang ni tahun 2007, kitorang takde bela apa2 binatang peliharaan pon. Rasanya tahun 2009 ke 2010 eh aku pon ingat2 lupa, tapi time tu ibu aku decide beli 2 ekor kucing parsi. Sekor jantan, sekor betina. Lepas tu, ibu aku terbeli pulak lagi 2 ekor kucing baka hutan long hair, sekor jantan dan sekor betina. Ibu aku tak kompem nak beli pon kucing hutan tu, saja2 je tengok2.. Tengok punya tengok...sekali terbawak balik rumah pulak kannnn..  Maka bertambah lah kucing2 kat rumah aku..

Sampai sekarang ni, baka2 asal yg masih ada hanya 3 ekor. Sebab sekor kucing hutan tu mati kena infection. Rest in peace, Aceng~ Aceng tu budak baik sbnanye.. Die memang mulut bising, asek mengiau je.. Tapi manja sangat.. Rindu jugak kat die walaupun aku jarang jumpa kan..

Dipendekkan cerita, kucing2 kat umah aku ni ibu aku x kembirikan pon. Makanya diorang pon beranak-pinak dengan hebatnya sejak diorang pandai kawen tu kan. Tapi ibu aku tak larat nak jaga kucing banyak sangat. Jadi tiap kali kucing2 betina tu beranak je, ibu aku akan bagitahu kat staf-staf kat tempat keje dia, so siapa yg nak kucing bole book siap2. Nanti dah cerai susu, ibu aku pon distribute kat siapa2 yg dah order dan willing nak jaga diorang.. Free2 je woh dapat kucing parsi. Siapa tak nak kan? Daripada beli kat pet shop beratus-ratus ringgit..

Bila aku tengok ibu dok bagi kucing2 tu semua kat orang, timbul pulak dalam hati aku nak simpan sekor drpd kittens yg batch quite latest jugak la kucing betina besau kat umah aku beranak itu hari kan, itu lah dia si Bella. Keistimewaan Bella ni ialah kaler dia yg jarang n x selalu ada kat anak2 kucing betina besau kat umah aku tu.. Hehehe Plus, mata die ni juling sket.. Meh sini aku nak tunjuk kat hangpa no..


Anyonyonyooo... Betul kan mata die juling? Muka nakal pulak tu.


Susah betul nak tangkap gamba budak Bella ni. Mengelinjang sana, mengelinjang sini.. Heihh


Tu la dia al-kisah si budak Bella...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sori anda terpaksa scroll jauh ke bawah semata-mata utk gamba ni.


Cobaan gamba yg mencerminkan keimanan dalam diri? 
Jangan percaya la muka aku tu..buahaha

Kay korang, aku dah malas nak menaip now. Till the next entry, buhbye!! ;)

Friday, February 3, 2012

Serabut

Urgghhh.. Pening kepala aku fikir pasal umah sewa ni. Kontrak umah yg aku duduk skang ni habis bulan 3. Mintak2 ada la rumah sewa yg baru buat ke, baru nak kosong ke..yg sesuai untuk kitorang. Aku xde nak salahkan sape2 atau pun apa2 yg menyebabkan semua org terpaksa keluar dr rumah ni which patutnya kitorang sambung kontrak umah sampai lulus jadi dokter. Yela kan, benda nak jadik.. Mungkin ada rumah lain yg lagi bes n sesuai n affordable utk kitorang, ataupun mungkin ada org lain yg lagi perlu duduk rumah ni? Mungkin lah agaknya..

Nak umah mcm ni boleh?? Lepas tu ada tasik dekat2 dgn laman umah, lepas tu ada swimming pool yg x dalam melebihi 1.5m sebab aku petite (susah sgt nak ngaku pendek..haha) dan x reti berenang.

Kalau mintak aku listkan ciri-ciri rumah idaman, wahhh memang kerjaan gampang wa cakap lu. Tapi aku sedar, betapa tu semua hanya angan-angan. Kahhh!!

Semalam adik pompuan aku call dari Msia, bila aku tanya banyak sangat ke duit top up sampai berani tepon aku. Lepas tu die bagi gelak high pitch plak kat aku. Ceh. Bangsa dah xreti nak buat apa dgn top up berlebihan memang macam tu lah agaknya. Lepas tu die bagi tahu kucing aku yg nama Bella tu x sehat sangat. Ni semua buat mak sedih, tahu? Dah la pening fikir pasal umah sewa, tetiba dapat tahu Bella x sehat. Wuwuwu Emo nak lebih aja, macam kan aku yg jaga Bella kat sana tu. Haha

Lepas tu, aku ada konvo pertama sebelum masuk klinikal 21 April nanti. Ibu ngan ayah aku nak pg umrah pulak tu. Tak sure la by the time aku konvo Wisuda tu parents dapat datang ke x.. Mungkin datang kot.. Entah lah.

Bukan konvo besar pon. Memang kat sini kalau amik medik, die ada dua kali konvo. Konvo pertama setelah selesai teori, konvo kedua adalah konvo setelah lulus jadi dokter sekali dgn angkat sumpah Hippocrates. Macam x caya pulak aku dah nak konvo pertama. Rasa aku macam tengah umur 18 lagi taw. Hek hek hek

Okay lah, aku nak g tengok dah sampai ke belum delivery aku. Hujan uolsss, malas nak keluar. Heee :D