Sunday, April 8, 2012

Siryes Herbal Essences!

First of all, entri ni bukanlah entri berbayar. Sekadar nak share je sket tentang Herbal Essences. Hee

Seingat aku, pertama kali aku kenal Herbal Essences masa aku skola rendah dulu. Waktu tu aku tak pakai pon Herbal Essences ni tapi besfren aku yg guna syampu brand ni. Aku just dengar die kata syampu ni wangi, die suka la pokoknya.. Waktu tu ghope syampu Herbal Essences mcm gamba kat bawah ni.

Ingat tak botol HE yg lama ni?

Aku pnah la cuba syampu ni dulu tapi xde la rasa suka sangat waktu tu. Dulu waktu skolah aku mmg siryes selekeh. Skarang pon selekeh lagi tp dulu lagi extreme la. Haha So nak cite dulu rambut aku sgt la tak rasa mcm rambut kalau dipegang. Aku x tahu la pasal ape jadi camtu tapi mmg kasar la.. Nak kata tak syampu, aku rasa aku syampu tetiap hari kot. Ye, mmg tak elok syampu tetiap hari tapi waktu kecik aku mana tahu semua tu..

Rambut aku mula rasa mcm rambut bila dipegang bila aku masuk skola menengah kot. Ke menengah atas ye lupa plak. Tapi pokoknya sejak aku kenal n tengok ramai orang dan aku tahu byk benda melalui orang lain. Aku tak tahu la ape aku cite ni make sense ke tak tapi poin die adalah aku ada history rambut bermasalah sejak kecil yaitu rambut kasar dan susah diurus.


Tak brape nak jelas tapi nilah ghope HE yg baru skarang ni.

Lately ni, tiap kali aku nak usha syampu, mesti aku nak pg kat area HE. Semuanya bermula sejak aku try conditioner HE yg kaler oren, tajuk die lupa la plak tapi ada perkataan "smooth". Seriously, aku mmg jatuh cinta tergolek-golek la dgn HE sejak tu sbb bnda alah ni buat rambut aku rasa mcm lembut gilaaa walaupun 1 hari setengah kemudian setelah kali terakhir aku syampu rambut. Bau die mmg wangi la kan, botol die pon aku suka...cumanya mungkin sedikit pricey la kalo nak compare ngn syampu lain. Atau mungkin jugak aku silap bab harga ni. Heh~

Aku rasa la kan, rahsia besar efek syampu HE ni adalah conditioner die. Memang siryes penyelamat rambut aku. Haha

Lagi satu, aku ada masalah rambut gugur yg bole dikatakan hebat la jugak. Tapi sejak aku pki HE ni kan, aku perasan rambut aku dah kurang sket gugur walaupun aku tak pakai yg khusus utk kuatkan rambut yaitu yg warna merah (yg tajuk die long term relationship). So memang buat aku sayang lebih la kan.. :)

Lain orang mungkin tak sama keberkesanan sesuatu produk tu, tapi this one is worth trying.. Sebab aku faham mcm mana rasanya mempunyai rambut bermasalah. Ceeeeeeewahhh gitu kannnn. Hak hak rasa mcm poyo tahap maksima plak hari ni.

Ok skarang diri sendiri boleh blah (aku letew). Okies baiiiii!!!

Thank u for reading!

Friday, April 6, 2012

Duit macam air

Pagi-pagi lagi dah dapat call dari ibu rumah sewa lama. Ingatkan nak jemput datang makan-makan ke apa ke..rupa-rupanya nak mintak duit.. Bergenang jugak air mata aku mengenangkan betapa banyaknya duit habis untuk sebab-sebab yang tak jelas.

Yelah..ingatkan kita dah x duduk kat rumah tu bole la goyang-goyang kaki kan. Sekarang kan duduk kos je, sume dah x payah pk sgt sbb sekali bayar duit sewa dah cover lah semua. Tapi rupa-rupanya ada jugak kena keluar duit.

Aku kalau boleh, memang seboleh-bolehnya tak nak mintak duit ibu ayah. Siapa suka menghabiskan duit orang tua kan kan? Ehehe Tetiba rasa mcm poyo pulak sebab kalau balik msia sbnanye semua bnda mmg orang tua yg support..

Takdelaaa maksud aku, kan kat cni tiap-tiap bulan dapat elaun.. Kalau boleh nak guna sebaiknya, jgn sampai org tua fikir "kan ke tetiap bulan dapat elaun, masih nak mintak duit mama??".. Itu kalau dialog pesen-pesen drama melayu ye adik-adik.. Keh3 Kalau aku lain sket la bunyiknya.

Tapi kan.. Bila duduk cni mesti ada satu masa tu kita akan rasa sempitnya kewangan..hujung-hujungnya, FAMA (fother and mother) jugak yang dicari. Tau tak betapa tak bes nya perasaan mintak duit kat ibu ayah ni? Memang la ada masa-masa die mmg tak rasa bersalah sgt (haha) tapi sbnanye tak seronok taw mintak-mintak duit ibu ayah.. Sedih la camni.. Wuwuwu

Bila aku bukak-bukak fesbuk, tengok life membe2 lama waktu skolah dulu skarang ramai yg dah keje.. Dah berdikari hidup untuk diri semdiri, dah ada kereta..yg dah berkeluarga pon ada.. Yang aku ni, masih la dgn student life yg masih panjang.. Sentiasa kena adapt dgn benda baru, bukan berada di suatu tahap yg stabil.

Haish..pehal plak pagi-pagi ni nak syahdu-syahdu pulak khann..

Sudah lah, kang makin panjang makin syahdu mengundang rasa putus asa dgn hidup baik benti. Haha

Baiii!!

Tuesday, April 3, 2012

Berfacial di Melrose

Update petang Selasa ni sbnanye petang semalam punya cerita. Biasalah, santai sangat sampai jadi malas. Hehe

Aku dah lama tak pg facial sejak sebelum balik Msia cuti akhir sem 7 hari tu. Rasanya waktu tu pon aku x pg facial. Sebab apa entah lupa plak. Mungkin takde membe nak g sama kot. Cite pasal facial ni memang akan bersifat ladies la sket memandangkan yang beriya nak manja-manjakan kulit muka ni selalunya kaum pompuan kan..

Sebelum-sebelum ni, aku selalu pg facial kat satu klinik dekat area aku tinggal kat Jakarta ni. Kat situlah aku first time buat facial dan lepas-lepas tu mmg aku facial kat situ je pon. Sampai lah satu kali ni aku buat facial kat situ, muka aku rasa x bes lepas facial. Pastu tumbuh pimple.. Aku tak tau la kalo perasaan aku je, tapi mmg kulit rasa x bes la time tu..

Sejak tu la kot aku rasa mcm tak nak facial kat situ dah. Mungkin kulit aku dah x sesuai kat situ ke kan.. Sejak tu aku ada la usha-usha salun yg menarik dgn harga yg affordable. Kebetulan aku sembang-sembang dgn hosmet 2 hari lepas, rupanya die pon nak pg facial tp blom berkesempatan. Hosmet aku la yg perkenalkan salun Jepun ni..

Esthetic MELROSE

Rupa-rupanya hosmet aku tu first timer.. Mati-mati aku ingat die dah biasa facial. Aku ingatkan aku je sorang nebes nak g kat Melrose ni sbb tak pnah datang situ kan, rupa-rupanya hosmet aku pon bermain dgn perasaan jugak.. Hehe

Lupa plak nak snap muka sebelum dan selepas facial. Haha Macam org kesah sgt muka aku kan? =P

Setelah mendapatkan khidmat facial di Melrose ni, aku memang berpuas hati dan recommend kat siapa2 yg nak cuba tempat baru untuk try khidmat Melrose (bagi yg di Jakarta, yg kat tempat lain pon bole je nak datang..heee). Service tip top, hygiene sangat boleh dipuji, consultation pon bagus, dannn... TIDAK MENYAKITKAN! Gyeahhh... Yg ni aku sangat suprised sebab die buang bnda apa tu namanya komedo ke komodo aku tak ingat tapi pokoknya macam kotoran-kotoran yg tersorok dalam lapisan epidermis tu sangat cepat dan memang tak sakit. Paling pon die tekan tu pedih sket je tapi sangat kejap. Tau-tau da siap. Aku memang suka lah kan.. Hosmet aku ika pon puas hati, die cakap bes n nak pg lagi.. *thumbs up*

Plus, muka rasa bersih, lembut...merah-merah ada tapi hari ni dah hilang dah. Kitorang datang pertama kali semalam tapi terus dapat jadi member. Semalam kitorang buat standard treatment tapi kitorang bole dapat free special treatment kalau kitorang dapat cukupkan poin kat member card tu dalam masa setahun. Lagi la semangat nak datang Melrose lagi mcm ni! 

Okies, cukup cite pasal facial. Bai!

Sunday, April 1, 2012

Alkisah hosmet baru

Salam...

Lama tak lama tak aku hilang?? Kui3 Bajet ada org kisah la aku pinggirkan blog ni agaknya. Puiiii

Alhamdulillah, aku n kengkawan sume dah pindah tg duren balik lepas penat terpaksa ulang-alik koja-tg duren-koja nak dekat 2 minggu. Bayar teksi sudah la mahal nak dekat 100 ribu rupiah. Memang kadang2 terlebih drpd 100 ribu rupiah pon. Walaupun 30 hengget tu kedengaran spt tak brape nak mahal bg sesetengah pihak, tp 30 hengget tu sgt bernilai bg kami. Duit bas dr melaka ke kolumpo pon murah lg aku rasa.

Sebenarnya ada lagi bnda blom setel utk PADAS ni contohnya result tak keluar lagi, next week ada penutupan.. Oh ye, mungkin tu dua je. Risau memang risau aa sebab kita semua tak nak la kena prolong. Kalau boleh nak habis PADAS on time. Lagipun sket lagi pembagian tempat utk klinikal dah nak release. Makanya kita harus siap2 dulu.. (eh apesal slang aku mcm org jawa pulak nih?)

Sket punya panjang muqadimah aku nak cite pasal hosmet baru aku sorang ni khannnn... Hehe Aku baru-baru je tinggal sebumbung dgn mek sorang ni. Tapi aku mmg tak tahan even tengok muka die pon sumtimes mmg aku nak tergelak je keje. Bole naik kram jugak aku rasa.

Alkisah satu hari kat Koja, aku rasa petang tu aku nak balik tg duren nak pg kampus ambil hasil revisi status patient kat doctor penguji.. Sebelum aku balik tu mmg mek Syulan (bukan nama sebenar) ni duk la mengecas nfon kat bilik aku sbb die tertinggal adapter 3 pin kat tg duren time die balik tg duren sebelum tu. Tapi disebabkan teksi aku dah sampai so die tak dapat la charge nfon die smpi penuh bateri..

Mana boleh nfon takde bateri kannn, so panjang la akal mek Syulan ni cas nfon guna USB kat laptop die. Tak lama lepas tu bateri laptop pulak yg nak kong. Mek ni terlupa yg die x bawak adaptor. Apa lagi....gawat la teman ni kann..

Tiba-tiba........BINGGG!!! Dapat satu idea "bernas" baik punyaaaa.. Har har har


Dibantu oleh assistant yg berwibawa yaitu bibik kosan yg keren, maka mek Syulan pon berusaha untuk panjat tingkap bilik aku utk amik adaptor aku. Korang nampak kan betapa comelnya saiz tingkap bilik sewa aku tu? Dah la agak tinggi, besi pemegang kat bawah tu pulak sket punya susah nak bukak.. Memang tegar la mek membe aku sorang ni. Padahal boleh je die nak gi pinjam adaptor kat membe2 yg x balik tg duren tu. Ha3

Kebetulan plak aku lipat tilam aku hari tu, memang mencabar la membe aku tu nak landing waktu turun dari tingkap tu kan. Membe aku cakap die rasa lama gila antara waktu die kat ats tingkap tu dgn die nk mendarat atas lantai. Punya la melankolik efek penceritaan die nak dapatkan adaptor aku. 

Yang menambah efek melankolik nya, sbnanye aku baru je keluar waktu tu. Boleh je die nak kejar aku tapi ye lah kan, bnda nak jadi.. Ha3

Akhirnya mission membe aku tu tercapai jugak la, berbaloi segala penat jerih dan kepayahan die terlipat-lipat waktu panjat tingkap cenonet tu kan.. Tahniah Syulan, anda sukses!


Agak-agak atas ni gamba siling katne? Ada mcm siling bilik air x? Sbnanye tu lah siling bilik sewa aku kat Koja. Ukuran dia, marmar sedang 4 x 6 kalau tak silap. Ekceli tu siling bilik mek Syulan tapi bilik kitorang sama besar. Mula-mula kitorang share taw bilik tu, tapi kebetulan bilik sebelah kosong plak. Tu yg aku pindah sebelah. Bibik pon kesian tengok kitorang bersempit-sempit kat dalam bilik kotak tu.

Jadi tu lah dia kisah mek Syulan yg aku nak semadikan kat blog sememeh ni. Sebab kalau difikir-fikirkan, memang sweet jugak sbnanye. Kah kah kah Tang mana sweet pon x tahu leee

Okies, akhir kata....anda sudi? Marilah bertwitter dgn saya.. kat SINI~ Kejakunan menebal memang mcm ni. Heh2