Friday, April 20, 2012

Expired

Heyyyy... 

Beberapa hari ni aku susah sgt nak tergerak hati utk bukak blog. Log in tu rajin le jugak, cuma nak menaip tu yg tak brape nak rajin. Banyak kali jugak aku klik klik butang "new post", tapi kesudahannya klik butang "x".. Idea takde pon ye jugak..

Minggu pertama jd mbak koas ni rasanya lebih kurang sama je mcm zaman kuliah dulu. Bezanya aku nijam dtg kampus tak pakai baju putih lengan panjang tu tapi pakai kot koas yg putih tu. Tapi feeling die tu mmg sama je mcm dtg kuliah sebelum2 ni..

Minggu depan baru stat round ward kat hospital ketergantungan ubat kat Cibubur tu. Disebabkan hospital tu masih dlm jakarta dan kitorang xde sesi jaga malam sebab ni stase minor, so kitorang decide nak ulang-alik je dari tanjung duren. Walaupon begitu, perjalanan akan memakan masa lebih kurang 2 jam jugak katanya.

Besok pulak aktiviti menjemput ahli keluarga kat airport. Family datang sebab lusa ada majlis konvo aku yg pertama. Hehe Itu la yg speselnya kalau blaja kat Indonesia ni sebab dia ada dua kali konvo. Spesel tak spesel sgt pon sbnanye.. Cuma merasa lah konvo dua kali dlm satu program ijazah.

Oh ye, sbnanye aku ingat nak cite pasal aku selalu termakan makanan yg dah expired. Tapi bila tgn aku stat menaip je tadi tetiba mcm2 plak aku nak cite.

Ada ke orang yg mcm aku agaknya ya? Kadang-kadang memang tak perasan pon makanan tu dah expired. Tapi ada jugak yg aku sengaja makan jugak. Paling biasa roti la.. Haha Selagi takde kulat, sedap je pulak tu tekak aku telan roti tu.. Tapi kalau dah keras sbb masuk angin tu takde lah enak pon kan.

Pernah dulu kat skolah aku makan roti coklat kot kalau x silap. Rupa-rupanya roti tu dah nak seminggu expired. Rasa-rasa mcm sedap je pulak tu.. Hehe

Masa cuti yg aku balik Msia itu hari, aku termakan bnda alah ni..

Sedap taw mnda alah ni ;)

Dan time aku makan wafer ni, sbnanye bnda tu dah expired sebulan kalau tak silap. Aku siap snap gamba expiry date wafer tu tapi malas plak nak cucuk usb phone (dasarrrrr). Nasib baik aku tak sakit perut. Bukan main sedap aku makan kasi perabis wafer tu. Patutla aku rasa mcm aku tengok wafer tu dah lama sgt dah dlm peti ais kat rumah aku tu. Ha3

Pnah makan bnda yg dah expired? >_<

Sunday, April 15, 2012

Dugaan sebelum koas

Tajuk x nak kalah kan? Hehe Bukan dugaan yg giga-gigabyte pon.. Dugaan la sket Allah bagi untuk aku ni sblom melangkah ke alam koas yg penuh misteri (misteri kahh?) tu.. Moga-moga terhapuslah dosa-dosa aku yg lalu dgn izin-Nya..inshaAllah.. Tak gitu?

Terakhir aku kena demam panas sampai tak larat nak bangun ni seingat aku masa bulan puasa tahun lepas. Panas dua hari time tu memang berlingkau je la atas katil.. Kali ni pon lebih kurang sama jugak.. Masuk hari ni dah 3 hari sakit atau mungkin jugak dah 4 hari.. Alhamdulillah, dah membaik sket lepas jumpa doc kat hospital hari tu. Tapi still on medicine, so I feel dizzy almost all the time.. 

Ni pon paksa-paksakan diri ni untuk celik mata. Kalau tak, memang la rasa mcm nak tidur je sepanjang masa. Macam x elok pulak kan tidur tak bangun-bangun. Cuak pulak hosmet-hosmet aku karang. Gahaha

Hopefully, esok aku dah rasa lebih sehat sebab esok dah stat bimbingan dgn doc dari RSKO Cibubur pkol 7 pagi.

Ni waktu PADAS hari tu.. Gudbye gelaran "mbak PADAS"!!

Hmmm... Nak kena blaja ape ye utk esok? Bole tak kalau tak nak baca buku? Hehe

P/s: Nak buat apa ye dgn name tag padas tu? :D

Friday, April 13, 2012

Officially co-ass

Official kah? Masih ada 2 hari lagi sbnanye.. Co-ass stat senin depan. Co-ass tu maksud die co-assistant (sekali tersalah ni malunyaaa la haha), dalam erti kata lain ialah klinikal. Istilah kat sini memang tak sama dgn kat Msia..

Stase (yg ni mungkin stesen, mungkin jugak stage..smpi skang aku pon x sure) pertama aku dapat ni kat Rumah Sakit Ketergantungan Obat Cibubur, stase ilmu penyakit jiwa. Alhamdulillah, tak perlu pindah-pindah dulu buat masa ni sebab kami ada kelas di ukrida dulu. Kendian-kendian baru pergi RSKO tu.

Kebetulan aku kena demam panas sejak hari Khamis. Baru Jumaat pagi tadi pg hospital jumpa dokter. Terlantar je kat bilik. Berat gila kepala ni. Sekarang pon tengah dizzy lagi. Taip sms kat ibu pon asik la silap taip je.. Haha

Nervous mmg nervous la nak mula co-ass ni. Ilmunya mungkin dah ada dalam kepala otak ni tapi ye la bukan semuanya boleh keluar on the spot kan. Bila revise baru teringat balik. Nak recall punyalah payah kan? Belajar dari kesilapan pon takpe, aku bukannya ada magic. Manusia biasa je..

Sket lagi ni memang aku shut down la ni.. Aku tengok benda aku taip ni pon dah mcm ulat kecik2 je... Kawan-kawan tolong doakan aku sehat ye.. Terima kasih. :)

Wednesday, April 11, 2012

Wajah baru

Jeng jeng jeng...

Ni namanya blog pemalas. Asal ada tajuk, ada entri..siap!

Makin lama aku menaip kat blog ni, makin tak kuasa aku nak menghias blog. Ye, memang tak semenggah perangai macam ni, tapi nak buat mcm mana.. Aku ni dah la tak kreatif, makin aku cuba jadi kreatif makin mengarut je hasilnya.. Hahaha

Tapi takpe, aku lagi sayangkan isi blog ni daripada rupanya.. Cieeewah!

P/s: Petang tadi ada gempa bumi kat Aceh, 8.5-8.9 skala ritcher. Plus amaran tsunami.. warga sana masih dalam keadaan panik dan tengah cuba pergi ke tempat2 yg tinggi.. Mari sama-sama doakan semua selamat~