Tuesday, December 27, 2011

Cubaan memakai SK II facial mask

Aku tahu produk SK II memang dah lama femes meletop-letop. Dek kerana kualiti produk, dan juga dari segi harganya yg tak boleh nak mahal lagi *taip dgn perasaan tacing sbb tak mampu nak beli SK II*.

Aku tak tahu la mana datang pe'el suka produk2 kulit ni semua. Padahal aku ni dulu bedak nyonya pon punya la malas nak tepek kat muka. Apatah lagi nak ber'compact' powder bagai.. Lipbalm2 ke lipgloss ke laaaaagi aku tak sentuh. Yg minat benda2 cmni dulu adalah adik perempuan aku. Tapi sekarang ni dah terbalik. Aku pulak yg asal sikit nak usha product, asal sikit nak usha product.. Sampai asek kena bahan je dgn adik perempuan aku tu.

Tadi petang mood nak menggodek aku datang tiba-tiba. Apalagi, dengan lajunya tangan aku bukak tutup bukak tutup laci almari ibu aku. Bukan curi-curi la, ibu ada je lam bilik tu.. Hehe

Sekali aku jumpa banyak pulak stok SK II dalam almari die. Aku sedar diri aku ni siapa, takat nak berangan pakai SK II tu boleh la kan.. Tapi, aku tetap test2 jugak ibu aku kot2 die bagi can nak amik satu untuk try kan.. Ayat punya ayat, ibu aku pon kasi la green light untuk satu pack facial mask. Macam dalam gamba bawah ni:

Mask ni dalam bentuk topeng, bukan yg wash off tu..

Waaahhhhh.... Aku punya excited dapat try SK II toksah cakap la kan, terus terkinja-kinja macam beruk dapat bunga! Kahhh!!!

Pastu dah bukak pack tu, tetiba aku rasa cecair dalam tu mcm lain macam sket. Die mcm berlendir and bau die tak brape nak sedap. Time tu aku terpandang plak MFG date die... Sekali tahun 2009 daaaa.. Ni dah nak masuk 2012. Dah nak 3 tahun dah bnda alah tu. Konfem dah expired! Wuuuuuuu.. Hampa tak terkata!

Ibu aku punya gelak terbahak-bahak memang buat aku rasa terpukul je, tahu? Tapi kemaruk sangat nak merasa guna SK II punya pasal, aku tampal jugak lah mask tu kat muka tapi hanya untuk beberapa saat. Hahaha Pathetic!

Untuk mengubati hati yang lara, aku pon bukak luggage dan capai face shop punya seaweed mask. Tepek laju-laju tanda protes.

Gamba from google je. Entah tahun bila la seaweed pack aku ni nak habis. Banyak kot!

Begitu lah cerita pengalaman aku mencuba SK II facial mask yg dah expired. Engkorang hado??

Wuuuwuwu.. Takpe lah, blom rezeki leteww nak pakai SK II. 

Tapi bila fikir balik betapa gelojohnya dan betapa jakunnya aku sebentar tadi, memang macam sakai jugak sebenarnya. Hahaha

Moral of the story is, jangan jadi jakun macam saya. Sekian.

Sunday, December 25, 2011

Hati sangat girang!

Kalau 3 januari tu takde PBL, dah lama aku panjangkan cuti krismas ni dengan izin diri sendiri. Oh...pandai jugak cekgu-cekgi UKRIDA ni ye. Pandai die buat PBL hari Selasa tu bior bebudak takde can nak memonteng. Takpe..takpe.. Nasib baik aku memang tak brape nak rajin memonteng walaupon kadang2 aku ponteng jugak sbnanye.. Ngahahahah *lagi mahu kantoikan diri sendiri ponteng kuliah..ceyt*

Bes woh balik umah. Nak2 sekarang ni semua ada kat umah. Ibu aku cuti sakit, so memang semua ada kat rumah. Dah lama kitorang tak berkumpul macam ni. Kalau ada special occasion baru la dapat nak berkumpul camni. Cerita nak gebang macamkan adik-beradik aku ada seploh je kan? Padahal 3 orang je..wakakaka

Aku rasa kalau aku boleh record aktiviti sepanjang cuti ni, aku nak record je sebab aku tak tahu la bole balik lagi ke tak lepas ni..wuwuwu Hari tu time balik Msia, kat epot aku balik ngan sorang akak batch 2006 ni. Die baru je angkat sumpah doktor sehari sebelum tu. Kira die balik msia sebagai seorang doktor la. Terjumpa akak tu kebetulan time check in, yg aku ni sbnanye tak perasan akak tu batch 2006 yg dah lulus jadi doktor. Rasa mcm mintak penampar jugak tanya kat die, "akak batch brape ye?". Aishh.. Maap la kak, saya ni jalan pandang bawah je..memang tak kenal orang. Hahaha =P

Kakak tu macam blur je kat epot sebab die kata dah 2 tahun die x balik Msia. Patutlahhh... Memang tak pelik lah kalau senior pon boleh jadi lupa2 jugak apa nak buat kat epot kalau nak balik Msia. 2 tahun tu bukan kejap oke.. Alangkan aku yg baru balik raya puasa hari tu pon rasa macam nak nangis guling-guling sebab homsik, apatah lagi kalau x dapat balik 2 tahun?

Baru je balik hari Khamis hari tu tetiba dah hari Ahad. Wuwuwu Knape cepat nau ni? Lambat-lambat sket pliss.. =(

No more homesick!

Eeewahhh.. Tagline bukan main. 

Okay kawan2, jangan tacing2 ye. 
Till then, buhbye!!

Tuesday, December 20, 2011

Menghitung hari nak balik umah..say what??!! HOOORAYYY!!!!

Lalalalalaaaaaaalalalalalllaaaaa.......~

Boleh rasa? Perasaan gumbira di hatiku ini? Heh. Pesen2 dah besau panjang tak sedar diri memang macam ni lah gayanya. Macam kan tak pnah balik. Ceyt!

Punya bersusun aktiviti yg aku nak buat sepanjang cuti krismas sok. Tapi itu lah kan..manusia hanya merancang, tuhan yg menentukan segalanya.. Ecehh. Dan dan guna kata-kata teladan, padahal memang kaki membuta kalau dok umah. Heihhhh....tak boleh tak boleh. Aku kena berlibur jugak sebaik mungkin. Ni mungkin peluang terakhir aku nak holiday sakan  Jadi, marilah kita meronggeng sakan, jangan sampai gila dah la ye. Karang tak pasal-pasal bercuti dekat hospital sakit jiwa. Buahahahaahh

Sejak semalam, mood hindustan aku dah datang balik. Dan dan rasa nak tengok cite tu, nak tengok cite ni. Tapi sume cite lama2 la, cite hindustan zaman millenium ni banyak yg dah modernized sangat. Tak hindustan la kalau takde menari satu lagu sampai sepuloh kali tukar sari, pehtu guling-guling atas bukit.. Nijam punya hindustan mcm cite hollywood je, betul tak? Nak main comolot-comolot jugak mcm omputeh..boring betul. Aku lagi suka cite2 hindustan zaman aku sekolah dulu..zaman 90 an sampai awal tahun 2000..

Antara video feveret aku yg aku selalu replay bertubi-tubi adalah kat bawah ni. Ce teka cite apa..


Walaupun tak logik punye lah jauh beribu batu jarak antara dua org insan (insan kawww..) tetibe boleh muncul depan kereta kau, lepas tu tetibe nampak si dia main gitar (aku tak sure nama alat muzik lam video klip tu) atas kereta kuda dalam hujan kan.. Siap boleh bawak menari-nari pulak tu.. Tak logik kan? Tapi at least ada identiti lah bahawa itu lah pesen2 cerita hindustan.. Bukan senang nak jumpa cite oldschool mcm ni skarang. Aku rasa producer bollywood takkan rugi pon kalau diorang buat cite2 pesen oldschool camni, aku yakin ramai org masih suka cite2 pesen camni. Daripada bollywood yg dah di 'modernize' kan, yg identitinya kian pudar..

Tu pendapat peribadi aku je, bukan nak bajet bijak pandai sangat pasal industri perfileman kat India ye.. Aku pon bukannya pandai cakap hindustan. Tapi kalau ko suruh aku nyanyi, oihh bolehhhh... Tapi die punya kadar ketepatan bait kata aku dgn lirik sebenar tu memang jauh tahap kena naik kapal terbang doploh jam jugak sbnanye. Kira kalau Kajol ke SRK dengar aku nyanyi, diorang boleh jatuh ke dalam kondisi sakit kepala hebat tanpa mual muntah aa.. Kaaahhh!!

Eh, ngomong2, aku pon dah rasa malas nak menaip ni.

Rumet aku tu. Besok kelas terakhir, besok jugak die cau balik Msia. Aku balik the next day.

Pesanan terakhir utk hari ni, HAPPY HOLIDAY!!!!! Dan jangan tacing-tacing~
Baibai. 
=)

Thursday, December 15, 2011

Latte, mocha or cappuccino?

Hari ni aku nak membebel pasal kopi lah pulak. Korang layan kopi tak? Suka kopi hitam ke kopi tak hitam? Jom lah share kalau sudi.. hik2

Sekarang ni aku ditemani oleh Nescafe Latte, produk baru Nescafe kat Indonesia ni. Sebelum ni kalau ade pon mochacino. Kat sini takde mcm kat Msia yg tiga warna tu, yg mild, regular, dan high. Diorang ada Nescafe pas atau original, dengan yg nescafe ice tu kalau tak silap aku. Dari segi variety of products, aku rasa Msia lagi oke.. Sebab memang macam2 ada..betul tak? Antara 3 in 1 cap Nescafe yg memang feveret aku ialah................jeng jeng jeng *konon abes suprise dah ni*

Alamak gamba blurr.. maklum lah, copy url from google je kan.. I own nothing~ Yg siri 3 kaler ni, aku suka yg hijau, muehehe.. Pahit tu nikmat y'all!!

Siryes marveles wa cakap lu.. Dalam die ada bijirin, sesuai la ngan nama die kan, Nescafe breakfast. Memang ummmmpphhhhh!!!!

Memula aku pandang remeh jugak time Nescafe baru2 release yg white coffee ni taw. Sebab aku rasa mcm dah byk sgt product white coffee kat pasaran. Macam sama je semua.. Tapi aku beli jugak la nak rasa kan. Sekali.....memang sedap jugak rupanya. So, I dig it instantly. Hehe

Yg canned coffee ni semuaaaa pon aku suka sangat. Sedap!

Kenapa mesti 3 in 1? Jawapannya mestilah sebab aku malas nak bancuh sendiri. Wargggahaha.. *bukan gelak bangga, tapi gelakkan diri sendiri sebenarnya*

Kadang-kadang kalau datang angin aku nak beli yg serbuk tu, aku beli jugak. Tapi selalunya memang aku beli yg sachets je.. Masak air, bila dah mendidih, amik mug, curah serbuk, curah air, rodek2.. Siap dah kopi aku. Kan mudah keja aku tu? Heh2

Misal kata ada kopi bes2, sila lah kongsi ek.. Sebab aku memang gila kopi.

Btw, mari sama2 doakan ibu aku ek.. Moga cepat mencapai kesembuhan dgn baik.. Amin..

Okay y'all, sori kalau entri ni bias sebab cite pasal brand Nescafe sahaja. Tak bias pon, saya panggil ia "pengkhususan". Tujuannya ialah supaya skop entri lebih kecik. Kalau tak, sampai esok pagi pon x abes. Hehe

Okay papai. Jangan tacing-tacing.