Wednesday, May 20, 2020

Keterujaan Lols

Semalam aku saja je naik penimbang kat rumah. Berani betul. Padahal baru lepas moreh mee bandung mak den, pakej nescafe panas. Haha

Sekali... Sekali... Sekali aku terkejut beruk beb. Nombor dia bergerak ke kiri dari nombor yg biasa aku nampak tiap kali timbang!! Wah mak rasa terkejut mcm tak percaya!

Kalau ada yg pernah terbaca kat blog ni, dulu aku ada cerita experience aku try London Weight Management. Tapi yg aku try tu treatment free dia (tapi kau kena racun juga join membership, terbang RM500 tsskkk). Ha, aku igt, time tu berat aku was 57 plus kalau tak silap.

Aku tak compliance pon dgn LWM tu. Sbb aku pon start keja apa semua la la la last2 aku ignore je tiap kali staf dia call. Macam malas. Lagipun hujung2 kena diet juga.

So.. Since LWM tu, rasanya berat aku turun naik. Pernah turun jd 54 sekejap sbb aku keja kat KLIA kalau tak silap. Sebab byk berjalan kaki, pastu kerja letih hari2 ramai org wuwuwu tak sanggup nak ulang, siryes!

Tapi, lps dia turun sikit tu, berat aku naik balik sbb aku kembali kepada fitrah. Fitrah suka makan. Haha! Aku mmg suka makan. Ada masa2 dia suka junk food, makan manis2 mcm donat, ice cream, dessert, roti2 kat kedai pastry tu, belum lg fast food tak tinggal every 1 or 2 weeks, lepas tu hari2 minum coffee dlm tin nya. Mmg menternak lemak lah cerita dia.

Tu kira few years ago py turun naik lah berat badan ni kan. Sampai lah last year berat aku 60 kilo. Ya, 60 kilo. Macam mak mengandung kan? Kah kah. Ada org kata 60 kilo tak berat sgt, tapi masalahnya aku ni rendang. Berat ideal patutnya dlm range 49-52 kg gitu je. Ni sampai 60 perginya omaigad.. Time aku nampak berat aku 60 tu mcm tergamam le juga. Terlupa yg aku duk makan macam2 selama ni. Sebelum tu rasa seronok je makan sedap2 tak hirau pun berat. Ingatkan tak de la smpi cecah 60. Sekali one day terjadi juga. Tahniah di ats pencapaian mu haha.

Oke, so since last year lah ni cerita dia. Yg aku mcm nak slow2 start misi lose weight nya. Aku tak aim byk pon, kalau boleh nak less than 55. Sbb aku tau tahap istiqomah aku, jadi kita chill2 je. Kalau misalnya tercapai bwh 55, baru aku rendahkan lg target tu. Kira safe game lah ni.

Dalam nak dekat2 hujung tahun camtu kot last year yg aku try buat portion control, pastu try pilih coffee yg low calorie kalau nak minum kopi tin (still struggle utk skip coffee, masih minum kopi every day until now), aku cuba tak mkn berat malam, cuba kurangkan fast food, try detox drink.. Aku dah cuba few stuff juga lah gara2 berat badan dah mencecah 60 waktu tu.

Sammmpai lah bulan 3 2020 ni, tetiba PKP diberlakukan di Malaysia. Maka banyak lah waktu terluang yg aku ada setiap hari. Time ni lah aku mula berjinak dengan exercise. Yg aku cerita dekat post sebelum ni. Lebih kurang sebulan camtu aku buat workout kat rumah je, ada la notice inch loss kat waist. Mcm bloated tummy tu berkurang lah dr yg sebelum ni. Sambil tu, memang aku ada buat intermittent fasting juga, dgn portion control. Tapi aku masih makan benda2 yg aku suka kadang2. Masih susah ya nak tinggalkan makan benda2 tak berkhasiat terus. Lagipun, kat rumah ni konsep dia, apa yg dimasak tu itu lah makanan ko. And menu kitorg menu biasa je, bukan menu healthy diet makan salad lah, chicken breast dgn broccoli.. Oh bukan ya. Lauk kitorg biasa lah sambal, masak kicap, goreng, and kuah2 semua tu. Takde maknanya bakar rebus sahaja tanpa minyak. Heh.

Sebelum puasa hr tu rsnya aku timbang, berat aku ada lah kurang. May be 57-58 camtu kot. Fluctuated.

Bila puasa ni, aku cuba teruskan reduce sugar dan buat portion control. Utk part workout, aku ada try workout masa awal2 puasa hr tu, tp aku perasan dia ada efek utk aktiviti tarawih aku. Memandangkan bulan Ramadhan ni sekali je setahun, aku buat keputusan utk tinggalkan dulu workout, just to prepare my body more for aktiviti2 ibadah. No, aku bukan muslimah contoh ke apa ya, anggap je la ni effort aku. Hehe. Aku tau ada juga org yg still tak tinggal workout walaupun puasa, tp ntah lah. Badan aku mcm blom cukup fit utk terima lifestyle mcm tu. Maklumlah, selama ni hidup nak dekat 30 tahun mana pernah workout. Alih2 nak workout sambil puasa terus, dia jadi tak reti adapt la. 

Jadi, balik ke cerita aku tiba2 tergerak nak timbang berat semlm. Berat aku jd 55-56 gitu. May be 55 plus. Sbb timbang kat rumah ni kdg2 x accurate juga. Tp tu je yg ada, bole la nak buat anggaran kira2 berat tu brape kan.. Tiap kali nak naik kena calibrate balik jarum dia kat 0. Pastu aku agak2 tolak mee yg aku mkn mlm tu, ada kot 55 kg kan? Muahahaha

Over taw baru turun 5 kg dh excited. Org lain turun 10kg rilek je. Hehe. Sebabnya, aku dah carry excess weight ni quite sometime, lepas tu sebelum ni bila cuba buat itu ini, mcm xde efek pun. Jadi, tak sangka pula this time dia nak turun. Tu yg mak teruja tuh. 

Bagi la can nak seronok sikit kan. Tak tau bertahan sampai bila progress ni. Tapi aku igt, aku cuba lg la at least smpi target asal aku, bawah 55. Kalau aku rajin aku update sini ya. 

P/s: mlm td mlm ke 27, dari waktu sahur smpi after subuh hujan sejuk aje.. :) selamat meneruskan ibadah Ramadhan semua

Monday, May 18, 2020

Worth

Pernah tak korang tiba2 terfikir kan, what you worth in this world? Kalau nanti 1 masa, ajal kita sampai, agak2 kita akn pergi dlm keadaan lega because we feel like we did enough when we lived, atau kita akn rs the other way? Nauzubillahiminzalik...

Pernah tak rasa mcm, we never did enough no matter how hard we've tried. Teruk kan rasa dia? Macam rasa helpless nya, apa pon tak boleh. Aku pernah.

Utk org2 yg selalu busy dgn life, may be x berapa sempat nak deep thinking mcm ni. That's why aku rasa sometimes it's good being busy with life. Dia boleh distract kita from overthinking. Kadang2 sebenarnya benda2 yg takde apa pon, kita je overthinking. 

Tapi, if we see it from another perspective, we can call it muhasabah diri la kan. Sbb mcm aku personally, even when I'm doing good in life, kadang2 rasa mcm ada something yg aku terlepas pandang. May be aku lupa nak bersyukur ke sbb Allah bagi aku rezeki, atau mungkin aku leka sbb seronok ke.. Entah, rasa mcm aku terlupa sesuatu walaupun life is treating me well at the moment. That kind of feeling...

Selalunya, time korang rasa camni, korang buat apa ya?

Kalau aku, biasanya aku akn start berfikir, pastu aku start niat dlm hati, mcm berkomunikasi dgn Allah, kenapa aku rasa mcm tak cukup? Walaupun kadang2 aku xtau apa benda yg x cukup, padahal byk lg org yg sgt susah dlm kehidupan dia kan. Aku question diri aku, tak malu ke asyik nak meminta2 especially benda2 keduniaan ni padahal dunia ni sementara je. Instead of asking for more in life, aku cuba remind diri utk bersyukur byk2 n merendah-rendahkan diri aku di depan-Nya, supaya aku sedar diri aku ni hamba je. Aku x tau la org lain, tapi bila aku cuba paksa diri aku utk rasa kecil, rasa hina depan Allah, aku akn makin mudah nak redha dgn byk benda.

Sampai kena paksa diri sendiri utk sedarkan diri yg aku ni hamba Allah je. Tak pasti lah level taqwa aku kat mana bila fikir balik.. Haha MashaAllah.. 

Aku ada 1 akak blogger ni yg aku agk rajin juga baca tulisan dia sampai skarang, few years terakhir ni dia mmg rajin kongsi pelajaran2 agama kat blog dan status ig dia. Aku byk terinspirasi utk muhasabah diri antara salah 1 sebabnya, drpd tulisan2 dia lah. Kalau ada yg nak baca blog dia, korang Google je Diana Ishak, confirm jumpa punya. 

Anyway, zaman sekarang ni social media lain lagi hot, tak mcm awal2 tahun 2000 dlu, blogging ni mmg jadi trend time tu. Era2 tu lah aku pon gatal juga nak berblog. Haha Eh tapi xde lah awal 2000 sgt, mcm 2005 ke ats gitu lah, zaman2 kegemilangan blogging. 

Kalau tulisan aku bermanfaat, alhamdulillah.. Kalau yg tak bermanfaat tu maafkan aku, and abaikan je lah. 

Bai! 

Wednesday, May 13, 2020

Sky Castle

Sebelum ni aku mmg pernah terbaca somewhere tak igt kat mana, yg drama Sky Castle tu rekod tertinggi dlm sejarah drama kat korea. Sampai lah drama World of The Married tu tayang, rating dia jd bwh sikit. Kira skarang, yg paling top World of The Married lah.

At first, aku x berapa teruja sgt pon dgn Sky Castle ni, tp aku ada baca juga la synopsis dia dekat mana ntah. So aku tau lah sikit Sky Castle ni cerita psl kehidupan orang2 kaya yg berlumba nak masukkan anak2 kat university yg paling top kat korea. Cari tau sbb curious je kenapa rating dia tinggi kat korea. Kenapa org korea suka sgt dgn drama Sky Castle ni.

To be honest, aku sejenis yg lebih suka drama omputeh. For some reason, aku tak berapa minat dgn drama korea sbb pada pendapat aku drama korea ni mcm byk yg cliche pastu jenis yg kita boleh agak perjalanan plot dia. Haha Tapi ada juga lah beberapa drama korea yg aku terjebak juga contohnya Goblin dgn cerita Kim Woo Bin dgn Suzy tu tajuk Uncontrollably Fond eh kalau x silap. Ermm selain 2 tu ada la lg few yg aku terjebak but tak ingat dah apa tajuk dia. 

Since zaman belajar, aku jenis yg layan drama omputeh. Dulu aku die hard fan The Vampire Diaries. Bila habis belajar, aku jumpa The Originals pula. Kira minat teruk juga la sampai stalk and follow insta casts dia apa semua. Korek utube cari TVD dgn The Originals py casts interview, gigih taw mak dulu. Minat py pasal. Kalo yg jenis layan drama omputeh mesti tau kan drama diorang jenis byk season. Kira kalau kau layan drama tu season 1 masa kau study first year, kau sempat habis degree lah baru drama tu habis kekdahnya. Mcm contoh TVD, ada 8 seasons okeh. 8 tahun py perjalanan drama beb! Kau bayangkan betapa lamanya aku angau layan TVD dulu. Hahaha Lepas tu The Originals ada 5 seasons. Kalau beranak, dah masuk sekolah rendah dah budak tu. Lols

Anyways, dek kerana musim PKP ni aku terpaksa mengadakan pekerjaan sendiri memandangkan tak dpt bekerja dgn company bos lg buat masa ni, tak pasal2 aku terlayan Sky Castle. Belum khatam lagi ya, aku sekarang tgh episod 12. Dia ada 20 episod. Baru 2 hari tengok, aku dah sampai episod 12. Eh 3 hari kot. 2 atau 3 hari lah rasanya. 1 episod sejam, kdg2 lebih sikit. Berapa jam sehari aku layan drama ni. MashaAllah sister... 

Masa aku tengok episod 1, aku takde rasa attached lg dgn mana2 unsur yg dia cuba portray dlm drama tu (eleh rata2 drama mmg cemtu mula2 kan). But, somehow aku makin tertarik nak teruskan sbb rasa tak masuk akal yg membuak2 bila tengok part parents yg terlalu taksub dgn grades anak2, terlalu taksub nak anak2 diorang continue apa yg diorang labelkan sebagai 'legacy'. Contohnya, one of the parents ni pakar orthopaedic, graduated from top university dekat korea, SNU. So both the mother and father mcm will do whatever it takes spy anak diorang akn msuk med school dekat SNU. Even nenek budak tu pon siap ugut2 menantu dia spy cucu dia tu msuk med school. Lepas tu, yg annoying nya lg 1, budak perempuan tu pula karakter dia ya ampun.. Sejenis yg, kalau dlm kelas tu, ada budak yg slalu jd top scorer, tapi eksyen dia pon sama naik. Dah la rude, sejenis show off, berlagak pula tu, pandang rendah org lain.. Ish aku mmg alergik lah tengok watak budak perempuan tu hahah. Jadi manusia yg bijak pandai ni bukan masalah, tp attitude tu kalau boleh biarlah seiring dgn kepandaian tu kan, baru sedap sikit mata ni memandang.. Amboih membebel kemain ya? 

Tu my point of view je lah kan. Aku belum habis lg tengok drama ni. Tapi yg buat aku muhasabah diri is, part parents yg terlalu taksub dgn kejayaan anak2 tu lah. Entah, buat aku terfikir mcm mana lah esok kalau ada rezeki aku ada anak, what kind of parent I will be nanti? Actually byk lah jugak pengajaran yg kita boleh ambil drpd drama Sky Castle ni. Another thing is, aku rasa faktor umur pun ya juga buat aku tertarik dgn drama ni. Kalau drama ni hot time aku awal 20an, aku tak rasa aku minat nak layan Sky Castle ni. Sebab cerita ni pada aku sangat dewasa. Aku tak rasa orang2 muda remaja akan minat genre yg mcm ni. Too heavy to process. 

Oke lah. Kena rehat sbb nti nak sambung marathon :P

Annyeong! 



Friday, April 24, 2020

Ramadan 2020 dan Olahraga 🤪

Assalamualaikum readers, dan salam Ramadhan..

Wah gitu.. Luar biashe ya update blog nampaknya. Biasa malam2 buta baru nak menaip, kali ni jet2 morning person menaip pagi2 eh?

Maklumlah nak cuba meningkatkan produktiviti duduk rumah ni, nak2 semalam PM dah umum PKP lanjut lg 2 minggu. Sila lah buat jadual memasing apo nak buek duduk rumah ni ya, yg nak kena buat menu sahur ngn berbuka ke apa, jadual mengemas ke, or jadual tugasan ke bg yg work from home tu.. Harap2 ramai yg make full use waktu2 yg kita ada sepanjang musim corona ni.

Aku sebenornya tgh fikir ni. Macam mn aku nk atur exercise aku during Ramadhan ni ya sbb posa kan. Aku blom pnah cuba lagi buat exercise masa puasa, not even while doing intermittent fasting. 

Ekceli, mak pun terkejut dgr diri sendiri sbb tetiba nak berjinak2 dgn exercise taw. Sebelum ni, aku seorang yg mmg xminat exercise, sbb xsuka sgt berpeluh2 pastu panas tercungap apa semua. Mmg since zaman sekolah dulu jenis geng mengelat aje time acara sukan atau merentas desa. Asal ada lari2 je kang aku angkat tangan nak duduk tepi, cakap lelah. Lelah apa ntah. Haha Mungkin lelah dgn kehidupan. Padahal daku tidak mengerti lagi erti kehidupan yg sebenar pd waktu tu.

Sepanjang hidup aku before this, rasanya belum pnah lagi aku betul2 tempted to do exercise secara rutin taw. But i tell you what, sepanjang PKP ni, I do workout pretty much everyday! Rasa mcm buang tebiat pon ada juga hahah.

Mula dia sebenarnya sbb satu hari aku perasan berat aku naik byk since my last weight that i remember. So bila tengok angka tu, aku mcm terkejut and panik "eh betul ke ni siryes aa??". Padahal yg aku duk makan macam2 hari2 tu aku bole tak sedar dah mcm pemakanan ibu2 mengandung, rupanya aku hanya menternak lemak ya.

Since then, pintu hatiku rs diketuk2 gitu.. "Adakah ini petanda aku kena buat benda2 yg aku xminat, like kontrol makan dan workout? Oh no, daku tak rela", hatiku berbisik waktu tu. Masa tu corona belum outbreak ke dah ya, aku pon dah lupa the exact time aku mcm rs nak start lose weight. Tp yg penting, aku start workout masa hujung PKP fasa pertama. Itu lah first time aku exercise kali pertama in years, memula tu ko bayangkan baru 10 minit aku rs nak give up dah, pdhal I was doing a very light walking exercise taw. Time tu rasa mcm oh maii lemahnya stamina mak..

Aku rasa start dari last year kot, aku ada amik fibre ngan few detox tea, and apple cider vinegar lah.. Konon2 nk try supplements dulu mana la tau xyah do the 'traditional' way iaitu exercise dan diet. Little that I know yg 'traditional' way tu lah yg the most healthy way. Aku ni nama je sekolah kedokteran tp kdg2 ke laut juga.. Hahaha Manusia itu tak pernah lari dari kesilapan uols.

Tapi, after experimenting with few detox drinks and products, aku rasa mcm dah malas nak consume benda tu semua tiap hari. Rasa mcm bosan dgn the taste pon ya, rasa mcm lecehnya nak kena commit to those products every day. Plus, I even got affected by the side effects from consuming a detox tea. Satu hari tu sampai amek MC sbb dah muntah terbelahak plus ada symptom vertigo. Tak bole toleh kepala at one side, nti rasa dunia ni mcm berpusing2. Hamek kau. Terus troma. Lepas tu, detox tea tu aku consume alternate days atau 2 hari sekali camtu kot..

Tapi ada juga product aku ambik yg actually not bad. Bagus especially utk pencernaan lah. Since pencernaan aku xbrape bagus semenjak umur meningkat ni, badan pon rasa berat, energi menurun, and kulit kusam. Itu tanda2 banyak toksin la tu. Nanti lah kalau ada kerajinan aku may be akan post juga review product yg aku pernah consume utk weight loss tu. Tak janji ya. Hehe

So, basically aku stop amek produk kurus lah at one point. Sbb dah malas pon ya. Cut story short, sampai lah musim corona and MCO ni, tetiba tergerak pula nak try workout sbb ada masa duduk rumah kan. Memula aku try workout tu, sbnanye rs mcm give up la sbb xde stamina kan nk buat betul2. Baru few minutes aku dh zoned out. Rasa mcm jantung aku mmg xmampu nak pump harder dah time tu. 

Pastu masuk PKP fasa kedua, time ni aku dah balik rumah parents kan.. Aku cuba lagi exercise, aku buat walking exercise yg ni.. 

https://youtu.be/cvEJ5WFk2KE

Cuba ko klik ada keluar x video dia, aku menaip guna henfon ni xtau la apa jadi bila post karang. Haha

So, masa aku try buat this time aku berjaya sampai ke penghujung video. Tapi, honestly aku rasa struggle lah 30 mins tu. I was surprised by how much I sweat that day, my heart was pumping so fast. Belegup belegup jantungku. But I did it! Rasa mcm mission accomplished sbb berjaya buat full video. Time ni aku sedar yg ohh sebenarnya aku boleh la exercise kan? "Nanti esok nak try lagi lah", benak hatiku.

Dan esok nya aku workout lagi, dan lusa nya juga dan seterusnya.. Hari2 aku cuba spend at least 30 mins utk workout everyday. Ada juga few days yg aku skip, tp rs mcm guilty pula, lps tu aku ganti 30 mins tu dgn few minutes abs workout kat atas katil. Bole la kan..

Most of the time aku buat cardio workout. Emm.. Satu bnda aku perasan, bila workout ni, endurance kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Tapi dia boleh fluctuate juga la ikut conditions badan kita. Tapi macam aku, yg xpernah exercise regularly ni, memula try workout mmg hazabedah la kan nak pengsan semput semua ada, tapi lps few days tu, aku rs aku makin oke, siap bole tambah masa kadang2 aku exercise sampai nak dekat sejam, pernah sejam lebih kot. I would say a week la, utk badan aku adapt dgn new exercise routine ni. Lps tu, siap bole syok sendiri create gerakan sendiri to make it more harder so that aku boleh burn more calories. Kadang2 aku fikir, biar betul aku ni. Macam xpercaya yg aku boleh enjoy buat exercise. Padahal I hated it before. Huhu

Oh ya, ada hari yg aku skip tu mostly sbb my left ankle hurts so bad. Tahap nak jalan pon rasa sore. Aku rasa ankle aku terpeleot time workout. Yg kanan oke sikit tapi still sore, tapi yg kiri mmg adu duu.. Maklum lah org xpernah exercise kan. Lagi satu, aku rs sbb aku buat walking exercise jd byk pressure kat ankle, jd dia sore plus mmg terpeleot kot. Tapi alhamdulillah lps few days, dia oke balik, pastu boleh exercise semula mcm biasa. Cuma aku lebih berhati2 lah spy xcedera kan diri sendiri pula kan..

Macam pjg je pula niha, dah la tu ya. Moral of the story is, aku rasa exercise ni bagus utk badan kita for overall health la. Kalau ada yg mcm aku, xpernah exercise, tapi nak cuba, xpayah gentar xpayah gusar, cuba je buat. Start buat simple dulu, nanti pandai la korang adjust intensity workout korang kalau rasa endurance dah makin better.

Aku still rasa macam xpercaya yg aku tgh post pasal the benefits of exercise kat blog ni. Haha

Selamat berpuasa korang 😉