Monday, January 9, 2017

My Kind of Me-Time

Hai and assalamualaikum..

I realized that everything needs efforts so I decided to work on this entry. Probably because suddenly the memory of the beginning of this blog appeared on my mind today. Biasalah bila umur dah bertambah ni, hari2 nak ada flashback masa-masa lalu. Eh, taakk hari ni bukan besday iols. Tapi kot ada nak send gift kita bole pm address. Kah kah kah *ingat lawak ke puiii*

Me-time for me means a productive day, a day when I could entertain my interest and chill out. Oke la kadang2 tak productive sangat pon tapi still me-time la bagi aku. Contohnya hari2 aku cuti yg dipenuhi dgn maraton variety shows dan dengar muzik. Oh itu sungguh la me-time bagi aku especially kalo minggu-minggu bz banyak appointment kat tempat keja. Rasa macam dapat terlentang dengar muzik kuat-kuat pakai earphones tu habis syok dah weh.

Macam today, aku hang out ngan colleagues kat tempat keja. Movie time!!! Last tengok movie dengan girlfriends tahun lepas. Tapi tadi kitorang tengok cerita yang tak berapa hit, tajuk dia Icebreaker. Bole lah kalau jenis mudah terhibur macam aku. Layan jugak la suspen2 pasal iceberg dia real gilaa. Bikin berdebau la juga sikit-sikit.

Sempat sambar dua helai baju tengah sale pre-CNY dekat Brand Outlet. Suka hati je pre-CNY. Hehe Btw aku suka style baju-baju dekat BO. Rasanya lately mmg byk baju-baju aku beli kat situ je. And semua time ada SALE! Itu yang penting.

Oh. Tadi aku try sushi kecik2 yg jual kat food court AEON tu. Seketul RM 1.50. Aku amek perisa timun ngan salmon amenda ntah. Dah jatuh centa pulak dgn benda alah tu. Macam terasa pulak lagi kat anak tekak ni sushi tu. Dia macam kimbap kan? 

Balik umah haruslah seround nasi my mother masak. Feveret forever and ever tuh.

Aku sbnanye ingat nak cari contour atau shading pallet. Korang mesti tau kan Maybelline punya contour duo stick tu? Ha aku dah beli yg tu. Tapi aku nak cari yg powder form sebab... Emm sebab tengok cam best je beauty youtuber guna bronzer/contour yg powder. Haha Senang betul terpengaruh.

Anyway, I ended up buying this concealer stick by Essence. Oke jugak not bad. The texture is smooth senang nak blend despite that it's a cream stick. Macam Maybelline duo stick tu honestly dia agak dry in terms of texture, jadi for me who's dealing with dry skin ni agak mencabar la nak blend the product without making it looks cakey.

Lepas tu, concealer stick tu RM 10.90 je uols. It's quite good for the price. Sorry la aku mmg cheapskate sebenarnya. Nak beli Tarte punya concealer tu memang takde la. Mahal. Dapatnya cenonet je brape gram. Tapi aku tau memang bagus la Tarte tu. Heh. Sape byk duit terlebih bole la pergi cari kat Sephora. Lagipun, Melaka mana ada Sephora. Sobs~

Last few months aku ada cerita kat sini aku beli Rice Water Bright Cleansing Water ni kan? Aku punya dah nak habis. May be sisa tu cukup utk padam lipstick je kot.

I've been loving this cleansing water since the first time I used it! Senang je nak remove make up guna ni, memang bersih la semua foundation tu. I loike! Lepas tu, bila muka dah kering and kulit dah absorb the product kan, nampak macam glowy and moist je muka. Hihi Tapi aku cleanse lagi sekali dgn cleansing foam la. Double cleansing uols~ Cumanya cleansing water ni tak sesuai guna utk remove eye make up guys. It stings! 

So, utk eye make up, aku guna Body Shop niha.

Dia memang gentle taw sebenarnya. Rasa sejuk je mata ni and bersih la semua eyeshadow even waterproof mascara. But lately aku rasa pedih-pedih sikit guna remover ni. Heran jugak. Mata aku semakin sensitif ke apa ni?

Rupa-rupanyaaaaaaaaa

Dah expired!!!

Beli masa aku dok Indonesia dulu. Punya lah lama aku guna remover ni. Pasal dia memang best and soothing. Sekali dah expired since last year. LULS Sekarang ada jual lagi ke tak remover ni. 

Lepas remove make up and cleansing, sapu toner sket lepas tuuu.... It's masker time!!!

Patut ke aku buat haul post next time? Mana la tau kot lepas-lepas ni aku ada terborong lagi dekat Face Shop or Etude House.

Masker BIO-CELL yg atas ni promoter Face Shop yg recommend. Dia kata sekeping sheet mask ni sama dengan 3 keping regular sheet mask. Price belas-belas ringgit la sekeping lupa pulak. Aku pon beli lah 2 keping that day, saja nak try. Mana tau best.

Miss promoter tu bagitau ada sejenis bunga dalam ingredients mask tu yg nama madecassoside tu die mmg khusus utk soothing, especially masalah kulit sensitif macam aku yg ada mild eczema at certain area on my face. Jadi, aku dah cuba lah mask ni. And memang bole rasa beza dia. 

Satu, the mask itself feels different. Dia very thin and gel-like texture. So bila tepek atas muka memang fefeeling "mask mahal" tu ada lah. 

Kedua, part eczema dekat atas mulut aku rasa soothing and tak pedih. Yg ni aku mmg happy sangat sebab sebelum ni biasanya aku kena potong mask kat bahagian atas mulut tu sebab pedih kalau terkena mask. You did a great job with this mask, Face Shop *clap hands*

Ketiga, muka rasa well hydrated, moist, and nampak plump and glowing sikit-sikit gituuu... Best! Cubalah! Aku rasa berbaloi BIO-CELL mask ni. Walaupun quite pricey for a piece of face mask, but I believe the ingredients worth it. Kak Nora bagi 9 bintang. Lagi 1 bintang tu kurang sebab lupa nak letak mask dalam fridge sebelum pakai. Kalau tak, mesti laaaagi soothing.

Terlalu semangat mencuci beauty blender sampai terkoyak. Tsk tsk Baru perasan tadi. 

Aku lately suka apply foundation guna beauty blender yg dah dibasahkan dengan air. Macam lagi senang nak blend, lepas tu less cakey. Itu may be kulit aku la kot. Sebelum ni aku guna beauty blender gitu je, so sekali try guna cara lembapkan beauty blender terus syok dengan hasil dia.

Yg aku pakai ni Cathy Doll punya. Aku memang recommend lembapkan dulu baru apply foundation sebab kalau kering die keras sket. Ada jual dekat Guardian kot, harga rasanya RM 16 kalau tak silap la.

Selang-seli menaip dengan dengar muzik, last-last siap pon karangan. 

Nampak tak BTS telah men-conquer playlist aku?

Oke dah tak de benda nak cerita.

Nunyte!

Sunday, January 1, 2017

1.01.2017

Assalamualaikum all

Hey.. Happy New Year guysss!!! Fuiyooooo aku update on the 1st of January kaww HAHA Eksaited punya pasal, terus teringat kat belog. Kalau tak....hareemm 

Anyway, aku takde buat specific list azam 2017 pon, but I just feel genuinely happy to celebrate new year. Tak celebrate pon weh. Tadi je la aku pergi A Famosa Outlet with le family utk tengok suasana tahun baru kat luar rumah. Nyampah kena parking kat belakang padahal takde la tgh hari sangat pon aku sampai. Orang datang shopping centre sebelum subuh ke apa. 

Aku rasa setiap tahun baru ada rasa special dia masing2. Bagi aku la, but I bet it's the same to everyone. Macam aku, contohnya 2013 was special because I graduated from med school.. Time tu ya Robbi punya seronok sbb dah bole balik Malaysia for good, but rasa cuak2 sket sbb fikir nak kena kerja dah hehee. Lepas tu 2014 pulak.. Aku rasa 2014 was a not-so-flop-but-not-so-great year for me. Buaaaanyakkk la yg terjadi 2014 which malas nak cite. To sum it up, 2014 is a year when one of the biggest things that ever happened, happened to me and aku rasa aku takleh lupa.

Tapi 2014 still tahun yg special bagi aku sbb what happened that year made me become a person I am today, I feel like I kinda evolved a little bit since then. Yeke? Sikit laaaa. 

Lepas tu 2015 pulak.. Oh 2015 aku sambung blaja benda baru which aku rasa mcm everything pon interesting time tu. Aku masuk dlm satu komuniti baru. Walaupun komuniti kecil, tapi I remember feeling nervous because everything was fascinating to me. Macam new start yg buat ko rasa ada butterfly in stomach gituu.

And then comes the 2016 yg baru je kita tinggalkan semalam. 2016 pon special jugak sebab boy group feveret aku menang Daesang award kat MAMA 2016. Boleh?? LOLL

BTS TERCINTA ehek ehek mintak tampar

BTS ni bukan dari company besar2 kat Korea taw, so diorang start dari bawah. Time diorang menang Daesang hari tu dengan aku aku sekali meleleh ayaq mata dengar award acceptance speech diorang wuwuwuuu Hati kakak pon tisu jugak macam korang T__T

Dengarlah music diorang, best gilaaa weh (penuh sifat bias HAHA). Genre pop R&B and hip hop okeh. Akak skarang SWAG taw layan lagu rap siang malam..

Buarghhhaahaakkkk jom lah kita muntah sama2 

Oke stop cerita BTS sebab nanti kang aku tak reti berhenti pulak.

Ehem. Sampai mana dah tadi cerita aku? 2016 ek. Oke so 2017 pulak... Cerita dia belum siap la sebab ni hari first yeeehaaaa!!

Okay korang happy new year taw!

;P