Thursday, December 13, 2012

Menghibur hati di kala 12/12/12 dan Life of Pi

Salam and hi to all

Kadang-kadang tak semestinya tarikh cantik, semua yang berlaku hari tu cantik. Ouh tidak. Tak semua orang sebertuah itu. Hew hew

Ada orang buat jenaka ttg filem 2012 tu. Konon-kononnya panitia kiamat mengalami kesilapan teknikal dan kiamat diundur ke tahun yang lain. Jangan buat main kiamat2 ni hadoy. Mungkin they all semua tak percaya ttg hari kiamat so diorang saja berlawak jenaka. Gila. Mcm nak meremang bulu roma ai uols.

So apa yg berlaku pada tanggal 12/12/12 ni kawan2? Apa aktiviti korang siang tadi? How was the whole day? Oke ke tak oke?

Hari ni aku mengalami kepala nyut-nyut sbb esaimen tak siap. Haha Itulah die kalau penghidap kelebihan vitamin 'M' yang dah kronik mcm aku ni mmg slalu ada trouble nak siapkan esaimen. Kalau kena rotan baru nak gigih agaknya. Tapi aku x nak la kena rotan uols. Auch.

Heih apa aku merepek ni hadoy.

Macam ni cite die... Sbnanye tadi aku keluar dgn Azie Azra sbb aku rasa teringin nak pergi menghiburkan hati yang lara dgn berjalan-jalan dan berborak-borak kat mall. Kalau nak harapkan aku pergi menghibur hati dgn acara panjat gunung ke or berkhemah kat hutan ke...mmg tak dapek la kan. Aku indoor orangnya. Mungkin istilah sebenar ialah 'inmall'. Hehe


Teruja nak letak gamba air yg kitorang minum ni sebab warna die menarik n gelas air aku tu unik. Nilah first time aku minum air dalam gelas mcm bekas jeruk. Bila fikir secara cepat, rasa mcm tak senonoh pon ada jugak. Jadi aku pon fikir lambat2 sket supaya bole minum dgn rasa x bersalah. Gahaha

Ouh ye. Kitorang makan kat Ramen.


Azie dapat posting kat Ear and Throat kat hospital yg skarang ni lepas ni. Agak gembira di situ.
Aku: "Bes la azie lepas ni dapat BY lagi...santai.."
Azie: "Hmm...aah. hehe" *buat muka tgh fikir sesuatu*
Aku: *buat muka nak tau apa yg azie fikir*
Azie: "Azie x jaga malam lepas ni. Kalau tqa ajak azie kua, azie sentiasa free...hehe"
Aku: ................

Kitorang tengok Life of Pi.

Siryesli, cite ni sangat sangat sangat sesuatu. Mendalam mesej die. Aku x tau nak huraikan mcm mana, tapi yg penting kitorang enjoy aa wayang tadi. Sampai dah kat lua mall pon masing2 termenung teringat kat cite Life of pi ni. Konsep die simple je. Just nak cite pengalaman seorang budak laki yang survive daripada kejadian kapal karam yang dah meragut nyawa semua penumpang kecuali budak tu, dan empat binatang liar milik bapa die n tikus mondok yang ada kat dalam sampan darurat yang die naik tu. Tapiiiiii....dia punya bermain dengan emosi dan fikiran tu memang top markotob. Dalam betul.

Kitorang tengok yg 2D. Dia ada yg 3D. Konfem bole mabuk kalau aku tengok yg 3D. Dia punya illustration superb!

Rasa mcm nak download cite ni n simpan buat koleksyen aku.

Tulah die 12/12/12 aku. Sesuatu banget.

Cubaan meletakkan gambar muka senget. Seram tak? Har har har

Pergh. Blog jugak yg siap. Esaimen gua tak siap2 gimana sich? T_T

Sunday, December 9, 2012

Biskut krim

Aku bukan jenis yg suka sangat makan biskut. Nak-nak biskut krim. Dulu waktu kecik2 aku blaja makan biskut kat kampung sebab petang2 biasanya nenek akan buat kopi O pastu cecah dgn biskut pingpong yg keras tu. Kalau x, biskut kering or ada yg panggil biskut lemak. Sbnanye biskut kosong yg HupSeng tu. Kalau xde jugak, cecah dgn biskut marry. Rasa perfect dah even biskut cecah kopi O je. Waktu tu aku x kenal makanan-makanan orang kaya lagi. Muahaha

Bila aku masuk form 1, aku mula masuk asrama. Haaaaa zaman2 asrama la yg byk mengajar aku makan biskut mcm tu je kalau xde benda nak makan. Sebut je nama biskut apa waktu tu, inshaAllah aku tau. Sebabnya, dulu duk asrama budak2 dorm mmg suka offer2 makanan antara 1 sama lain. Secara x langsung ko akan dapat tau biskut ni sedap, biskut ni x s brape nak sedap. Sharing is caring la katakan.

Tapi aku mmg jarang makan biskut jenis sandwich, yg ada krim kat tgh die. Sebab aku rasa krim tu buat muak. Nti kalau beli sepaket besar, msti aku x kan habis. Las2 masuk tong sampah. Better aku beli biskut yg sekeping-sekeping je. Antara yg biskut krim yg aku bole telan is Oreo. Sebab die pahit. Suka!

Tapi tiba-tiba kat sini aku kenal 1 lagi biskut krim yg sedap.

Julies cheese sandwich.

Biskut ni baru wujud ke apa aku pon xtau. Satu hari pon aku bole habiskan sepaket. Tapi paket aku beli kat cni kecik sket drpd yg dlm gambar.

Kat Indonesia ni takde Munchys. Wuuuu Sedap kot biskut2 Munchys. Dah brape tahun aku x makan Munchys. Untungla sape2 yg duk kat Msia bole makan biskut Munchys hari-hari *tetibe*

Monday, December 3, 2012

Malam ni aku rajin nak hupdate

Salam and hi to all

Haha gasak korang lah tekan kat home sebab tajuk entri ni mcm kan hangat sgt topiknya. Padahal tak hangat pon. Suam-suam mcm air kolam jakuzi tu. Tapi aku x pnah merasa jakuzi tu cane, kalau salah jgn memarahkan aku nye pun.

Tadi baru pekena kopi mahal sedas, tu yg agak aktif menceceh skang ni. Errr...utk mahasiswa tajaan (nti da keje kena bayar balik T_T) mcm aku ni, Jco tu kategori mahal oke. Tora bika 3 in 1 pon dah kira shukorrrr...  Daripada tak dapat kopi langsung. Sebab aku mmg ada kecanduan kopi sket. Tiap2 hari mesti cari kopi. Kalau mcm tu kategori kecanduan byk ke sket ek?

Eh apa aku cite ni.

Minggu lepas aku balik Tg Duren. Seronok la jumpa membe2 yg skarang ssh nak jumpa mcm dulu2 sbb masing2 beza hospital. Kecuali Azie Azra. Now aku sama hospital dgn Azie Azra. Kenal kan? Tak kenal gi google. Kalau malas google, link die ada kat sidebar. Haha



Gigih taw aku pindah2 side nak bergambar ngan membe2 aku tu. Tu pasal kejap aku sebelah kanan, kejap sebelah kiri. Beriya pegang mug bagai. Ha3 (aku mmg suka mempersendakan diri sendiri). Seram tak tengok perkembangan badan aku skarang? Sob sob sobs. Patutnya stress2 jadi kurus, aku makin tak kurus plak. Gamba pon kat kedai makan. Makan selera aje. Hadoy

Nama kedai tu Shabu Slim. Dia pesen2 stim boat la kot. Tapi kuah die kaler merah ala2 tom yam gitu. Konsep die dr jepun. Nanti kita duduk kat meja, sebelah meja ada pinggan2 kecik berjalan kat sebelah. Kau pilih la ape benda kau nak, pastu dah amik2 tu campak je sume kat lam periuk. Jangan lupa bukak api. Kang sampai bil sampai fishball kau x masak2 lagi. Haha 

Sambil2 tunggu nak menggelegak blup blup blup tu, bole la pergi bersiar-siar kat buffet kat tepi2 tu. Amik la mee ke kuetiaw ke popia goreng ke pape la yg berkenan di hati. Dia bagi 2 jam kalau x silap, ke 1 jam setengah. Satu kepala Rp100.000 plus plus, convert la sndiri yep.

Aku first time mkn kat situ hari tu, bolelaaaaa nak saje2 try. Kalau x nak makan byk better pg restoran biasa je sbb nti x berbaloi kalau makan sket je..


Atas ni gambar kenang-kenangan kat stase Paediatrics hari tu. Time nak tunggu baby sectio lahir utk resusitasi. Specialist je yg ikut masuk hari tu sbb nti menyemak je geghamai kat dlm tu dgn koas O&G lagi. Takpe la kitorang dah puas hadap sectio time stase O&G hari tu. Buahaha *poyo


Orang kata kalau gi Bandung, kena pergi Trans Studio kan? Die mcm times square kat Msia, tempat main2 sambil menjerit terpekik telolong sbb die lambung2 ko. Aku tau aku patut letak gamba yg lebih tepat utk menunjukkan bahan bukti aku dah jejak sana tapi apakan daya, gamba game belajar lesen keta ni jugak yg aku copy. Haha 

Aku gi hari tu berdua je ngan Syulan. First game kitorang Giant Swing. Ingatkan buai-buai manja je sekali hamik kau. Memula naik bole gelak2 skali bnda alah tu dah bergerak, sunyi sepi kat atas. Ekstrim jugak Giant Swing ni. Kughajaq betoi. Tak sempat nak warm up. Heh

Time game keta tu pulak, sbnanye tu mcm racing cars la kan tapi ada track n kita bawak keta sndiri. Tapi ended up mcm blaja lesen keta. Haha Berat hati nak mengulasnya. Korang bayangkan la sndiri jalan cite die.

Gambar hiasan. ;P

Takde orang nak beli patung2 tu. Orang kedai pon heran dlm byk2 bnda kat dlm kedai die, patung2 tu jugak yg kitorang beli. Tapi bukan utk kitorang, nak buat cenderamata kat klinik je.. Yg gajah tu aku x tau la efektif ke x nak menceriakan kanak-kanak. Lagi melalak agaknya patients tengok. Hehe

Tak sangka dah nak half way praktikal. Rasa-rasa mcm kekok je lagi kat sepital. Huhu

Hokayyyyyy selesai jugak satu entri. Till next time, thanks for reading. Have a good day, cau cin cauuuuu