Friday, October 19, 2018

TIPS INTERVIEW KERJA

Ewah ewah kak long hari ni nak tulis entri bermakna sikit daripada biasa. Malum lah, bulan ni adalah bulan pencarian nafas baru dalam dunia pekerjaan aku kan. Jadi terasa mcm nak membebel pasal interview kerja kat sini. Belum berpuluh lagi interview keja yg aku pnah attend, tapi bole la nak cerita few experiences.

NOMBOR SATU

Pakaian yang kita pakai time interview ni aku rasa effect juga la first impression interviewer kat kita. Tengok lah kau interview untuk position apa; trainee, executive, or non-executive, professional ke tak professional ke. Kalau boleh attire yang formal, sopan, yet still nampak menarik orang tengok. Tak perlu colorful sangat, 2-3 colors concept pon dah oke, asalkan nampak menarik. Kalau pakai baju yg kena gosok, gosok lah sikit walaupun kita malas. Orang tengok ko pakai baju tak gosok bergaris-garis, msti rasa mcm "emm ni pemalas ke camne cerita dia sampai pergi interview tak iron baju.." Gitu.. So pakai la kemas2 sikit. Kasut kalau boleh senonoh le, kalau position non-executive, rasa tak perlu pakai kasut bertutup sangat, boleh je pakai sandal, tapi proper sandal la, selipar jamban is a big NO okay..

NOMBOR DUA

Dah pakai santek-santek smart-smart tu, jangan la datang bawak perut je, jangan lupa bawak resume copy dan certificates korang. Benda first biasanya interviewer nak adalah resume lah apa lagi. Simpan dokumen penting nak bawak pergi interview dalam fail, senang tak berterabur atau tercicir nanti.

NOMBOR TIGA

Sebelum hari nak interview tu, selain usaha doa mintak restu family semua, jangan lupa buat research sikit2 pasal company yg kita apply tu. Interviewer akn suka bila kita amek tau info pasal company, diorang akn rasa mcm kita serius and ada effort nak cari tahu kan.. Ni macam bonus point la. Lagi satu buat research pasal company ni bagus juga spy kita tak kena tipu dgn company scam. Banyak je scam kata buat keja sales and marketing, rupanya kena pg outdoor jual benda tak jelas, ada pula company yg katanya offer keja sales juga rupanya company main saham, sekali lingkup ofis pon shut down, tetiba dtg keja ofis dah tutup kau rasa...?? Bahaya wey.. Berhati-hati dan buat lah research mana yang patut sebelum apply sesuatu kerja..

NOMBOR EMPAT

Prepare lah skrip basic pasal introduction diri, pengalaman kerja, kelulusan ke apa semua yang berkenaan pasal kita. Benda first biasanya dia tanya memang self introduction. Kalau self introduction pon sangkut, tak dapek den nak nolong nya.. Kalau rasa mmg jenis gugup sgt, takut nti blur nak bercakap, practice lah sebelum hari interview tu depan cermin. Takpe lah nampak macam orang gila sikit, asalkan persediaan tu ada..

NOMBOR LIMA

Masa interview, jangan lupa baca bismillah and doa2 apa yang patut.. Jangan lupa senyum, greeting dulu interviewer, bila disuruh duduk baru duduk okay.. Nampak la sopan and ada adab.. Bila menjawab soalan, jawab dengan yakin, suara jelas, jangan gopoh-gopoh sangat menjawab. Rileks, biar orang paham apa yg kita sampaikan. Eye contact penting. Tak yah kenyit-kenyit der. Tengok interviewer masa bercakap, tu buat kita nampak serius, fokus, dan confident (walaupun time tu ko nervous gila). Jawab yang patut-patut je, jangan mencelah kalau interviewer belum habis bercakap. Dengar dulu sampai habis, bila kena jawab soalan, baru jawab. Tak payah add on byk sgt cerita tak perlu yang lari drpd topik. Interviewer tu bknnya byk nau masa nak melayan ko, jadi jawab la apa yg patut je. Jawab dgn ikhlas dan jujur. Tapi tak yah jujur sangat ya. Hahaha Interviewer ada trick, kita pon yg nak jawab interview ni kena ada trick untuk tackle their hearts spy diorang consider utk hire kita okay.. Kalau kita ada strength kat mana-mana aspek, if needed kita boleh mention, takpe it's okay to up sell diri sendiri sometimes. That is our efforts kan, ada rezeki ke tidak tu nanti kerja Tuhan..

NOMBOR ENAM

Dah habis interview, say thank you. Senyum, pastu balik lah dgn sopan okay. Lepas interview, doa baik-baik and tawakal..

Selamat mencuba people. Sesiapa yg ada nak pergi interview tu, aku wish all the best ya. Fighting!!!

Monday, October 15, 2018

Whatsapp Punya Pasal

Haha nampak tak sumber ilham nak update blog ni random gila?

Cerita dia, whatsapp aku ni da brape hari la asek remind suruh update. Tapi aku tak koser nak layan aku ignore lah sampai la pagi tadi betul2 klik je ikon whatsapp tu terus dia keluar suruh upgrade, xde butang cancel. Fine, aku klik ah dgn perasaan annoyed sbb xdpt bukak group gosip. Eh.

Pastu, da klik suruh update, dia pending tak sudah2. Aku on off henfon sama je tak jalan jugak. Aku delete terus whatsapp pastu igt nak terus download the latest version la ni. Sekali berjam2 aku tengok pending tak gerak2.

Cache data dah berkali2 aku deep clean and delete mn patut. Ko nak aku clean camno lagi ntah. Pakai berus sabut?

Aku try update few other app tengok kot mmg tak cukup memori ke apa, rupanya mmg xbole nak update app lain pon, apa lagi download new apps. Tak bole jadi ni, byk la gosip gosap yg aku akn terlepas nti. 

Daripada aku tak dapat tidur karang, tergerak pula nak search kat utube "play store download pending". Hah ada pun rupanya tutorial nak fix problem ni.

Sekali bahasa hindustan la pulak... Nasib baik ada grafik screenshot bnda apa dia klik kan. Aku hadap la jugak wpon besar kecik besar kecik je aku tengok video mamat tu cakap Hindi. Nasib baik aku ada experience tengok My Name is Khan full movie takde subtittle.. Dalam pada takde subs tu, penghayatan aku smpi keluar air mata juga tau.. haha kau hado?

Aku try la buat apa mamat tu tunjuk. Pergi dekat settings, klik app, klik Play Store, pastu clear all data. Pastu off and on handphone semula, bismillahirrahmanirrahim... Aku pon try la pergi kat Play Store balik search Whatsapp and klik install... Yezzaaaa problem solved!!!

Sekarang aku da bole whatsapp dah. Yahuu

Mana la tau ada orang terkena mcm aku. Ada la juga manfaat kan. Dayumm rasa mcm orang celik IT pula hari ni sbb dpt setelkan masalah Whatsapp ni. Hahaha

P/s: The power of group gosip *emoji tutup mulut hehe*

Thursday, October 11, 2018

Tak Jadi La Delete.. Hahaha

Halo halooo

I changed my mind. Aku x jadi delete blog. At least for now. Ni semua gara2 aku go through few of my previous post and suddenly rasa "eh sayang la pula nak delete terus.. apa kata biaukan dulu" Wah dan dan log in nak taip new entry. Haha berbolak-baliknya hatiku kan.

Aku baru habis tengok dokumentari si Shane Dawson buat pasal Jeffree Star. Dayum so tak sangka Jeffree py masa lalu sangat.... GELAP... Weh serius HITAM DAN GELAP.. Memikirkan betapa kaya dan suksesnya dia skarang, seriously aku x sangka dia depressed mcm tu skali time dia remaja.

Siapa tak kenal Jeffree Star sila google dulu. Yg penting skarang ni dia owner cosmetic brand, product yg colorful (but mostly pink), ada lambang bintang tu product dia lah, Jeffree Star. Bole jumpa kat Sephora. Dia billionaire. Wears GUCCI probably every day, riding fancy cars, living in a freaking huge mansion.. Making millions in a month. God knows how much money she/he owns. Kaya weh. Kaya nak mam.

Tapi setelah aku tengok video Shane pasal dia, aku ada different perspective pasal dia. Rasa mcm.. She/he had been through a lot. No one should been through all that. The fact that she/he still stands and lives, and works hard to pursue his/her dreams, is truly an inspiration. Aku rasa blom tentu seseorang akn survive dgn that much of pain and depression. 

Jeffree ni dia nyah la senang cerita. Badan dia penuh dgn tattoo. And sebenarnya all that tattoos bukan je sbb ada makna tersendiri bagi diri dia, tapi tattoo tu semua cover scars kat badan dia. Dia dulu masa remaja slalu ada suicidal thoughts, habis badan dia kelar2 dgn mcm2 bnda tajam. Some of the scars were so deep, ada yg smpi muscles dan tulang, you can see them on his body if you look closely. Dia tunjuk kot kat dlm video Shane tu I was like oh my goodness.... Serius speechless. Siapa sangka di sebalik all the fancy stuff she/he always shows on media, rupanya..

Hurmm... It made me realize that you can never judge people based on what you see. Aku rasa mcm urgh orang yg claim dia ada depression tp sbnanye hanya mengalami perasaan sedih, they are so wrong, they don't have any idea what depression really is, and how bad it can affect people's lives. Kenalilah characteristic apa2 penyakit pun sebelum claim ada sakit itu ini, apa lagi hebahkan kat social media for whatever reason pun. Tengok mcm Jeffree, dia xpnah cerita kat siapa2 pun sebelum ni pasal scars tu even kat boyfriend dia, sbb dia takut people will use it against her/him, to hurt her/him. Padahal dia patut dapatkan sokongan moral yg kuat waktu tu, patut dapatkan pertolongan (consultation ke apa..). So sad.  Can't imagine how much pain yg dia rasa.

This is empathy guys. Siapa takde rasa empathy, psychologist kata kemungkinan ada tanda2 anda seorang sociopath hahaha

Aku x tau lah, jadi emo pulak bila tengok real life stories mcm ni.. But in a good way lah kot, bkn emo rasa nak tumbuk org ke apa.

Siapa interested pergi ah search channel Shane Dawson kat utube, cari video pasal Jeffree Star.

Tido ah. Da nak dekat pukul satu pagi. Heh

Saturday, September 29, 2018

Should I delete this blog

This is the first time I log in into my blogger account in a year... or two...??? Haha Lama gila weyh aku x pnah jenguk lagi mnda alah ni! Almost terlupa aku ada blog. Hmm takpe itu bermakna aku busy dgn kehidupan. It's a good sign kan?

Awkward pula tu rasa dia menaip kat blog skarang.

Tapi blog ni saksi perkembangan kematangan (matang ke masalahnya? Luls) aku. First post aku was in 2010 kot kalo x silap. Omagaddd 8 yearsss!! 8 freaking years dah ke blog ni.. Damn I feel old tetiba cis.

Saja je tergerak nak log in ntah apa pasal, byknya spam kat awaiting comments. Dah ku delete semua.

Tengok lah. Aku rasa sama ada aku delete atau privatekan je blog ni. Tapi masalahnya aku x tau mcm mn nak privatekan blog ni haha.

Any help?