Thursday, September 11, 2014

Port Dickson

Assalamualaikum..

Ingat hari ni nak pg Econsave belakang rumah sbb nak beli instant coffe kegemaran yg dah few days kehabisan stok kat umah ni dgn nak beli few other things. Sekali tiba-tiba dah petang je.. Tengok lah lps Maghrib karang ke aku rekruit lah sape2 ajak kuar kejap.

Ini namanya intro pesen belog-makcik-suka-hati-makcik ya.. Harap takde siapa2 yg tersentuh dgn intro sebegini rupa. Ngahaha

Ekceli semalam kan, eh bukan. Dua hari lepas hari Selasa tiba2 je pagi tu dapat mesej from ibu kate kalau nak ikut gi Port Dickson silalah mengemas barang yg patut sebab ibu ada program kursus kat PD. So probability nak tido hotel semalam mmg tinggi. Bukan probability lagi dah, mmg kena tido hotel pon sbb program kerja ibu aku tu buat 2 hari.

Nak pergi ke tak nak nak ke tak nak... Emm pergilah.


Dengan harapan adik laki aku tak tacink ngn kitorg. Haha Kasi can lah nak jenjalan all ladies je kali ni. Gituu

So bergerak keluar rumah pkol 6.15 camtu. Supposedly dlm pkol 7 lebey dah smpi. Tapi aku ngn Dak Aina dah lapau benau gamaknya. So singgah makan kat restoran "Jom Singgah Makan" kat PD. Betul2 singgah makan ni nampaknya.

Tengah2 makan tu hujan le pulak.. Tempias pulak tu kena kat makanan kitorang. Oke jom lah pindah meja. Eh. Bukan ni yg aku nak cite sbnaunya.

Aku nak cite kitorang sesat kat PD-Teluk Kemang-PD-Teluk Kemang. Hahah Pkol seploh malam lah jugak baru betul2 smpi hotelnya. Cis. 

Kan jalan Teluk Kemang ke PD tu takde belok2 dah. Lurus aje.. Go head gostan go head gostan je lah kitorg nak mencari signboard hotel tak jumpa2.

Kughang hasam betul. Google map aku search pon boleh tak jumpa.

Rupanya hotel tu Rumah Peranginan Persekutuan pehtu tukau nama jadi Puteri Beach Resort. Patutlah aku search kat Google Maps asek tak jumpa. Kalau mcm tu smpi esok pagi pon aku search mmg takkan jumpa lah.

Aku dah la tak tahan nak pg toilet waktu tu. Main sesat2 pulak.. Ggrrrrr

At last jumpa jugak hotel tu.


Boleh tahan lah kan view die?

Rasa tenang je aman damai.. Pagi2 bukak tingkap nampak laut, dengar bunyik ombak pastu angin belebus-lebus menghempas pipi.. Fulamakkk ni yg nak nyanyi lagu Di Penjara Janji nih! Kataku di dalam hati.

Tengok pool die rasa mcm nak terjun terus drpd tingkap bilik hotel aku niha. Tapi kompem tak masuk lam kolam. Oke kensel.

Aku nampak sign "POOL CLOSED" kat hujung kolam tu. Nasib baik aku tak bawak baju basahan nak berenang (kau reti berenang ke? =P), kalau aku well prepared drpd rumah.... Pedulik apa aku kolam die open ke close ke aku kata nak berenang nak berenang lah. Hahah

Korang nampak kan laut die depan nuh? Macam bes je macam cantik jeee..

Petang esok nya tu beriya aku ngan Dak Aina nak cari pantai tu kan.. Jalan dah betul dah area belakang hotel tu..

Sampai lah satu simpang empat ni. Ke kanan pantai Tanjung Biru, ke kiri Pantai Cermin. Kalau terus entah le tak tau menghala ke mana,

Aku kompiden sebelah kiri pantainya. Sebab hotel kitorang sebelah kiri.

Dah masuk lorong kiri tu...

Yg aku nampak ade perigi buta sebijik, motor sape ntah sebijik, ngan tong sampah besau majlis bandaran punya sebijik.. Watdehek??

Nampak lah ade mcm pantai tambak sket belakang tu.. Tapi apesal krik krik krik sangat nih?

Haiyoooo..

Kensel lah. Last2 kitorang pg PD Waterfront terus. Aku ngn Dak Aina je lah. Ibu kena merasmikan penutup kursus kat hotel. Hihi


Tudung tiga generasi gitu. Dari bawal ke shawl ke tudung awning botingkek-tingkek..

Bawal jugak di hatiku. Who's with me angkat tangannnn!!!

Caption: Cubaan menunjukkan seni fotografi 1.

Caption: Cubaan menunjukkan seni fotografi 2.

Caption: Cubaan menunjukkan seni fotografi 3.

Some personal shots kat PD Waterfront itu hari. Bes woh jalan2 kat situ time takde org ramai. Aku pergi time weekdays of kros lah tak ramai orang. Ce aku datang weekdays or public holiday. Mesti berlaga-laga siku nak selfie. Muahahaha

Sayang lah ade mentaliti masyarakat yg masih tak reti gunakan tong sampah. Celah-celah batu besau tu boleh nampak byk sampah terselit-selit org buang. Aku tengok pinggan pecah pon diorg buang kat celah tu.

Bukannya jauh pon tong sampah. Kemon lah kemonnn lah people! Do not litter at public places. Tourists datang jauh2 tengok perangai kita mcm ni buat malu je..

Tempat dah suwit dah, sampah plak merata-rata. Haih.

Oh btw, uols nampak tak pulau kecik kat lam gamba ats tu?

Aku try temberang adik aku nama pulau tu is Pulau Sejemput. Punya seronok die gelakkan aku sbb buat cibong (cerita bohong, bahasa budak kampung uols) kat die. 

So basically dua cubaan aku that day tak menjadi lah.
Pertama, cubaan menjadi photographer (tengok gambau aku pon cam blerghhh)
Kedua, cubaan menjadi pakar sejarah atau tourist guide

Dan... Aku masih lagi mencuba melakukan yg terbaik..



Akhirnya selfie tepi stereng jugak.. This is the best u got huh? *laga-lagakan glove boxing*

Ksian Dak Aina.. Die teringin nak singgah ade satu kedai dekat2 area hotel kitorang tu ada cendol ABC sume.. Tapi otw nak balik hotel tu tetiba ibu call kate dah abes kursus. Zaaassss balik hotel amek ibu. Tak jadi singgah kedai Dak Aina teringin tu..

Tapi takpe, lepas tu kitorang gi makan kat kedai Nasi Arab kat Masjid Tanah.

Bes woh nasi Arab kat kedai tu. Walaupun die kat tepi jalan area hutan, tapi nasi Arab die sedap!

Aku tak dapat nak tunjuk kedai tu sbb waktu tu pon dah nak gelap n aku takde mood nak amek2 gambau dah.

Tapi kalau korang dtg Melaka... Jalan kat area Sungai Udang kan.. Tinggal teruuuuusssss je takde belok2. Korang akan lalu ade kubur sebelah kanan then terus lagi smpi area hutan2 tu tengok sebelah kanan nanti jumpa lah kedai nasi Arab tu. Good luck semua! *tiba-tiba*


Ni gamba lama taw. Aku teruja sgt dpt pegang buah kiwi. Hahah

Rupanya buah kiwi ni kulit die berbulu mcm ni. Aku rs kalau aku pejam mata n pegang buah ni, aku akan fikir aku pegang haiwan hidup. Sebab die berbulu!

Korang pernah pegang buah kiwi??

3 comments:

Ieka Farhana said...

Ieka tag awak

http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

Si DauN CeRi said...

owite.. noted, tq ieka :)

Chekgu Azrine said...

Haha..lawak.jgk citer sis psl goheadgostan tuh..

Rindunya nk bercuti jgk..huhu