Monday, May 18, 2015

Talent Cosmetic Malaysia

Salam..

Mihmihmih.. Pernah dengar Talent Cosmetic from Korea?. Aku pon baru tau semalam. Semalam gi jenjalan ngan my mom kat DP. Dah nak balik tu lalu lah satu kedai ni, aku nampak kat luar die ada skrin TV keluar girl group 4 minute tu. Aku memula perasan sbb nampak Hyuna. Dari jauh aku ingatkan kedai tu kedai ape la.. Ingatkan kedai perfume.

Lalu sebelah dekat2 pastu nampak pore cleanser yg mcm electronic device tu yg ada brush kat kepala die tu. Tgh hot jugak kat instagram. Ada yg untuk massage, ada yg untuk cleansing.

Eh, ni bukan kedai perfume kooott. Alih-alih je aku tak sedar kaki aku dah masuk dalam kedai tu.

Masuk-masuk je aku heran jugak nampak banyak poster kpop kat dalam tu. Nak kata kedai DVD, takkan jual pore cleanser.

Pastu ternampak ada BB cream.

Laaahh beauty store rupanya Talent Cosmetic tu. Yg gamba2 selebriti tu sume mcm duta2 la lebe kurang..

Aku rasa that day mmg hari aku nak spend utk cosmetic kooottt. AGAIN.

HAHA

Aku sbnanye mmg cari powder or apa2 la two way cake ke kan sbb aku skang guna pressed powder je. Nak cari yg coverage better lah kengkunun.

Dah pulak jadi bersembang dgn akak promoter tu abes sume die cerita. Aku dengar SNSD ada datang time launching diorang apa sume dah ter-eksaited dah time tu. Haha Aku bukan boleh korean beauty store ni mmg hantu sket. Sekejap je round dalam tu bole naik syeikh.

Alaa aku tak snap gamba kedai die that day. Carik kat gugel pon cam xde la plak.

Tapi aku beli....


BB Pearl Pact (yg shimery).

Dia ada yg tak shimery ngan yg shimery, ofkos lah aku pilih yg shimery. Aku kan ske bling bling. Muahaha

Rupanya semalam last day diorang promotion. Harga asal BB pact ni dalam RM 80 plus plus jugak, time aku beli tinggal RM 40 something. Kira 45% jugak kot kalau tak silap. 

The other one compact die dlm bentuk foundation. Yg lembap tu.

Aku beli yg powder form je lah sbb sbnanye cam malas jugak yg sticky2 tu. Lagipun kalau aku nak proper aku guna BB dulu pastu powder.


Blemish balm ni my guilty pleasure la sbnanye.

Bukan main intention aku pon tapi sbb aku tau aku akan pakai, so aku grab jugak. Harga RM 30 something. Tak ingat specific dgn sen2 die. 

Diorang ada 2 jenis BB, satu lagi tiub pink untuk kulit combination. Aku amek yg putih ni sbb yg ni untuk kulit sensitif, die ada repairing property kat dalam tu. Mmg tu lah yg aku aim kalau cari produk sbnanye. Hihi

Lagi satu yg buat aku tertarik ngan Talent Cosmetic ni, kalau korang teliti packaging tu, ada tanda HALAL. Selalu kte gi Etude House ke Face Shop ke.. mana ada tanda halal kan? Aku just fikir yg organic products supposedly do not contain any animal sort of ingredients, so sblom ni mmg aku tak pernah query pon. Korean products kan terkenal sbb diorang guna bahan semulajadi, less chemical. Bila akak promoter semalam tu bagitahu, aku baru macam BINGGG!! Ini sangat bagus nih! :)

Talent Cosmetic ni diorang punya head quarters kat Kuantan. Kat Melaka yg aku pergi tu is the first beauty store diorang kat Malaysia. Akak promoter tu kata baru dalam 3 4 bulan camtu. No wonder la aku tak pernah perasan sblom ni.

N yg best nya semalam promotion diorang tu kalau kte follow instagram @talentcosmeticmalaysia pastu post selfie sedas ngan produk yg kita beli, dapat another 5% discount! Menggagau aku tumpang log in instagram kat npon ibu semalam. 5% discount punya pasal.

Korang yg gila produk Korea kalau datang Melaka bole la usha Talent Cosmetic kat DP. May be diorang nak bukak beauty store lain jugak kat negeri lain, but so far ada kat DP je. Tetibe rasa cool gila dapat menyopping kat satu-satunya beauty store Talent Cosmetic kat Malaysia ni. *kasi can la sekali-sekala*

P/s: Bukan entri berbayar, sepenuhnya untuk tujuan berkongsi. Sharing is loving yawww

Babaisss

2 comments:

Dayana AZ said...

Ooo nampak menarik :D , nanti bgtaula result dia eh.

Si DauN CeRi said...

one fine day nti sy share.. hihi :)