Thursday, November 26, 2015

Sakit Tekak

Hai babe

Takde Strepsils plak. Tetibe je tekak perit. Tadi main hujan sket kat luar. Jumpa membe aku time hosmen kat Pilah dulu, ex-rumet sbnanye kat kuarters. Teringat zaman orientasi ngan tagging dulu. Skang, die dah sukses. Sukses bisnes, sukses ho-ship jugak (tak lama lagi abes tu), and dah nak nikah awal tahun depan. Jumpa die amek aura positif sket. Pastu, bulan depan amek aura positif kat China pulak. Eh.

Cerita pasal sakit tekak tadi, mungkin sebab kena hujan time cari kedai pecel lele tadi. Atau pun air bubble tea yg aku beli sebelum jumpa membe aku tadi tu tak bersih. Sebab, aku ada bad experience ngan air kat kedai bubble tea tu. Jumpa lalat lam bubble tea aku. Boleh?

Aku pon gatal. Dah tau pnah jumpa lalat lam air kat kedai tu, still nak jugak beli air kat situ. Hish.

Tapi mungkin jugak bukan sebab air bubble tea tu semata-mata.

Aku cek kat henfon suhu kat China skang amboi kemain sampai cecah -6 degree celcius. Hopefully semua yg terlibat utk trip tu nanti sihat walafiat lah. Tak kuasa nak hadap flu or batuk dgn cuaca sojuk camtu ya tuan-tuan puan-puan.

Aku tadi beli Oxy 10. Baik nau pulak jerawat nak membiak 2 minggu terakhir ni. Ada je lagi Oxy 5 kat umah tapi aku terpedaya dgn tulisan "for stubborn acne" kat packaging Oxy 10 tu. Dalam hati aku, jerawat yg tumbuh sekarang ni dalam kategori degil lah jugak. Memang nak kena hajar.

Sekali kan, aku balik umah tengok2 belakang box tu die tulis "may bleach hair and dye fabrics". Panik la kjap. Macam ganas je efek die. Haha Pastu nak tepek kat muka. Hurmm Tapi dah tepek dah tadi. Puhh puhh puhh Semoga kau hilang lah esok lusa..

Aku terjumpa talent baru hari ni ni. Iaitu meniru gaya watak hero dlm drama "The Greatest Love", Dok Go Jin. Aku baru perasan td time sembang ngan adik aku pagi tadi. Aku nak memeriahkan suasana je sbnanye. Pastu adik aku kata sama pulak reenactment aku. Kah kah kah

Oh ya tak ya. Episod final belum abes tengok lah. Tengok sekerat jalan je tadi sebab ngantuk. Ada ke patut.

Nak abeskan tengok drama ni, pastu... Tido lah kot. Cam ngantuk je pulak.

Lupa nak warning entri ni entri sembang2 je.

Kalau dah terbaca sampai sini, terima kasih.

Oke bai. 

Good bam.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)