Sunday, May 28, 2017

Paling Simple Paling Malas

Salam Ramadhan dan hai semua..

Nak cerita, tadi kan, kak long pergi interview. Sekali ter-interview dengan dokter.. Hah sudah, mmg sikit lagi nak berpeluh aku menjawab soklan cepumas dia. Aku ingat nightmare aku dah berakhir takat sesi soal jawab je, sekali si polan mintak kak long buat blood taking pulak.. Rasa macam sudah ku baca doa pendinding tadi, tapi nampaknya mmg kena hadap jugak. Aku iya kan je dia suh buat blood taking tadi. 

Padahal dalam hatiku, "aku dah nak 3 tahun tak pegang needle woi!". Hahah

Dia pon panggil staff nurse dia bawak nelbeken (whatever la aku dah xigt ejaan dia mangkuk bentuk kidney tu), alcohol pad dan.... jeng jeng jenggg needle saiz besorr sekali. Aku jet jet tadi dia nak suh amek sikit je nak test power. Sekali dia suh amek penuh syringe pastu tunjuk centrifugate machine utk buat ape ke namanya tadi. Tengok dah lupa dah pon. HAHA

Oh ya, PRP eh? Aku da x teringat aku pernah dengar ke tak terms tu. Lepas tu sempat kena gelak tadi sbb aku xtau natang ape tu. Aku buat tak dengar je.. Siap dia pesan kat aku, baca la pasal PRP tu. Ya la ya laaaa nanti aku baca. -_-

Anyway, interview is over, interviewer aku okay la, x garang pon tapi aku nervous macam ape dah tadi. Lain menggigil nak jawab soklan, menggigil nak blood taking. Ya hampun. 

Balik sakit kepala nyut nyut tapi sekarang dah okay.

Aku bukan tak pernah pg interview taw, tapi mmg penyakit nervous berlebihan tu adaaa je. Even aku set dalam kpale aku "I can do this, I got this, I've done this many times.. bla bla bla", tapi still.. Kalau aku bertenang, sbnanye aku bole buat kot.. Aku sorang ke orang lain pon ada penyakit ni?

Aku rajin sikit hari ni. Nak share mekap paling simple, paling malas kalau aku takde mood sangat. Just letak colors sahaja kat muka, tanpa eyeliner or mascara. I don't even do my eyebrows.


Untuk base, aku akan guna wet sponge/beauty blender dan apply BB pact. BB pact tu kanan atas which aku pernah cerita kat entry Talent Cosmetics sebelum ni. Tahun bila tu? Lama gila pulak nak habis pact ni. May be sbb aku alternate dgn foundation atau CC cushion kot. BB pact yg aku beli ni ada glitter. Personally aku rasa guna wet beauty blender lagi best kot drpd apply kering as powder.

Kalau aku feeling extra, aku amek powder brush pastu apply lagi sikit on top of my base tadi.

Then, aku apply highlighter (gamba kiri bawah) kat pipi atas dekat mata, dahi n dagu sikit, dan hujung hidung biar dia silau ting ting gitcheww..

Pastu aku buh blusher Mary Kay beli kat girlfriend aku hehe.

Untuk lip, recently aku in love pulak dgn lip liquid especially nude colour, dalam gamba atas tu aku punya brand in2it nombo 2. Aku recommend jugak lah lip liquid ni. Ada 4 ke 5 kaler harga bole la RM20 je. Tahan lama jugak aku rasa. Cuma a bit dry, so may be kena selet sikit lip balm. Dia bukan kering susah nak apply taw, dia kering bila produk tu kita dah siap apply (if you know what I mean). Tapi overall okay!


Dan.. Untuk mata.. Jangan tak tahu, palete ni dah bertahun tak habis2. Aku beli kat Sasa tahun bila ntah dah lupa. Pigment dia the bomb! Style aku guna eyeshadow sekarang very simple. Prinsip aku, one brush for everything. Haha Aku mix biasanya 2 colors and blend properly kat mata. Then aku selet sikit je lagi untuk letak kat line bawah mata. Kalau ada lebih2 bekas yg aku blend kat kelopak sebelum tu pon bole je xyah selet lagi kat palete, Simple je, nak cepat sikit siapnya. Dulu rajin la smokey2 apa semua, now dah al-malas.

Oh, ya. Warna yg aku biasa guna dalam palete The Balm ni adalah warna brown, warna orange (kiri bawah), and sometimes aku suka jugak black, grey, ngan purple tu. Tapi serious, palete ni, ko guna very slight amount of product pon cukup dah untuk everyday look. Kalau kau pro, may be ko tau camne nak handle eyeshadow yg pigmented camni. Aku tak pro. Beli palete ni pon dulu waktu tu bukannya reti pakai pon. Lama2 banyak tengok beauty utubers buat tutorial, baru reti sikit2.

Oke, lepas tu dah siap!

Aku dah lama tinggalkan mascara dengan eyeliner. Struggle sgt nak apply those things sbb aku tak nampak. Cuba jadi rabun power 800, then ko akan paham apa aku rasa. Hahaha

Oke cantiks semua, selamat bertarawih!

Tuesday, May 23, 2017

Cleansing Routine Update 2017

Salam dan hai semua

Hari ni kak long pg jalan2 usha job dan membeli-belah sikit. No, bukan baju raya tapi liquid lip mate raya je hehe. Baju raya nampak gayanya mcm akan tak ada utk tahun ni al-sebab nya baju kurung sebelum ni buat tak pernah pakai ada lagi. Ya Allah kalau lima tahun cemni kompem jimat berganda uols. Bole simpan duit utk beli aset yg lebih bermakna nilainya amiin3...

Banyak sbnanye blouse2 and baju2 kemahen lawa tadi jalan kat mall. Gila kau tak berkenan. Bergejolak jugak emosi rasa nak beli. Tapi berkat keazaman yg tinggi tertahan jugak impulse reaction aku nak membeli segala baju tu.

My skin tak berapa behave lately ni. Hormonal pimples here and there, kjap kang kering menggelupas, kejap kang rasa oily pulak, masalah kusam dan tak glowing langsung. Tak kompiden aku nak keluar bare face haha. Untunglah sape kulit cantik, sarung shawl selempang sikit, selet lip balm dah bole keluar pg Jusco dgn rasa yakin dan selesa. That's not the case for me.

Aku mmg tgh dlm pencarian skin care yg cocok utk kulit aku yg byk ragam ni, tapi tu slow2 lah aku buat research and cari. Ni nak cerita how I cleanse my face. Sebelum ni aku pernah cerita but ini kengkonon aku update versi terbaru lah. Aku admin kan, aku punya suka lah. Buhahahaahhh *gelak puaka*


Memula remove make up with cleansing water. Aku guna niha Garnier punya micellar ni tapi dah tinggal few drops je. I was obsess okeh dgn bnda alah ni. Sebab dia sgt berkesan utk remove segala make up. Ada dua jenis kan, satu lg kaler biru tu tp for oily skin, aku amek yg ni sbb dia pink lebih mild kot. Tapi micellar water ni mmg best!


Kalau aku kat luar, takkan aku nak angkut cotton pads dgn micellar water tu kan mcm lecehnya lahai. So, ini alternatif aku la utk remove make up. Pon feveret aku jugak wipes ni. Aku SANGAT RECOMMEND purederm argan wipes ni sbb dia very gentle on skin. Kulit aku kadang sensitif dgn certain wipes yg ada chemical tertentu, tapi yg argan ni alhamdulillah kulit aku tak pernah iritasi pon. Kuasa utk hilangkan make up dia kurang sikit lah kalau nak compare dgn micellar water tu, kadang2 aku guna 2 helai utk remove betul2. But I still love this facial wipe very much. Ini dah pack ke-4 atau ke-5 kot. :)


Kalau aku kat rumah, dan aku feeling extra, aku guna gel ni lps remove make up. Ala-ala double cleansing lah ni cerita dia.


Lepas tu, aku cuci muka pulak dgn cleanser. Sebelum ni aku guna Senka py cleanser jugak tapi yg perfect whip ke apa eh nama dia. Cleanser foam Senka la sng cerita. Eucerin ni aku beli sbb dia tgh promo, kebetulan aku mmg cari cleanser, and waktu tu ntah knape tergoda benau aku baca kat tiub dia tulis for sensitive skin kan. Tapi, hakikatnya kulit aku x sesuai pon dgn cleanser ni. Tapi volume dia sangat banyak aku xtau nak bagi sape. Sayang pulak kalau campak camtu je kan. Every other day kalau aku rasa berlengas sangat, aku tenyeh je la cleanser ni nak cuci minyak2 n dirt2 kat muka kan. 


Ahaa yang ni best! Tapi ni bukan aku punya. Adik aku punya, tapi memandangkan dah ada dlm bathroom, maka otometik dia jadi hak bersama haha. Sbnanye aku rasa dia takde lah blackhead clearing sangat, it's more to rasa fresh bila cuci dgn ni. And not bad lah nak exfoliate kulit mati kan. Guna every day pon oke kot aku rasa pasal dia py scrub halus2 je.

Bila dah cuci skrub apa semua, baru lah kita boleh pg tengok TV atau terus tidur dgn harapan ada mimpi best malam tu. Mimpi g shopping kat Paris ke... Eh.

How do you cleanse your face? 

Monday, May 15, 2017

Bukan Entri Bias Lol

Salam and hai semua

Buat apa tu? Sihat ke? Aku baru balik makan angin dua hari lepas. Lepas tu kena virus. Agaknya ms dlm flight or dekat airport kot ntah. Nasib baik demam dia tak berapa panas mcm yg aku kena few months ago. Tobat sampai semayang pon duduk. Punya panas. Kali ni masih oke lagi la pasal bole menaip kat blog ni kan. Sepatutnya aku menaip esaimen taw, bukan blog tapi apakan daya, macam memanggil-manggil pulak blog ni ha.

Kak long takde nak cerita apa, nak cerita pasal minyak wangi sikit. Rsnya few yg pernah terbaca entri2 lama ada kot terperasan aku cerita psl ori reject aku jual kan, dekat ig nama leparfum_bysoul (kat side bar ada jugak link). Sekarang ni aku lebih fokus dekat #thelabparfum sbb aku sendiri dah terjatuh chenta dgn the lab parfum ni.

Apa benda the lab parfum ni ya?

The lab parfum ni sbbnanye nama brand inspired perfumes by founder Ifrasya Perfume House yg sblom ni aku jual ori reject tu jugak. Setahun lebih yg lalu kot bos dia launch The Lab ni. Konsep dia inspired perfumes, tapi hanya limited list sahaja lah, Tapi ada jugak formula yg bos ilhamkan sendiri kot beberapa jenis so that ada identiti sendiri la The Lab ni uols.

Hari tu aku pergi Jakarta, jalan2 dekat mall, perfumes dekat Mark & Spencer ada offer la pulak kennn, sengaja nak menghasut daku membazir duit kat sana. Cis. Memula aku ajak my mother utk share2 pasal dia ada buy 2 or more dapat harga Rp 199,000 satu botol. Kalau beli sebotol harga Rp 279,000 kalo tak silap. Rupanya perfume yg aku berkenan tu tak termasuk harga promo kuanghasam. Oke, pendekkan cerita, aku beli yg 30 ml edp akhirnya pasal mmg suka benau la gamaknya bau tersebut.

Sebelum ni, aku pakai The Lab perisa Jean Paul Gaultier for women. Kebetulan nak habis (alasan je tu nk beli baru lol), tu yg aku terfikir nak beli perfume lagi.

 Ini The Lab aku punya, sikit lagi nak habis.

Ini Rosie, yg aku beli kat M&S hari tu. Eh wangi gila sbnanye cuma slack sbb x lasting kat aku je. Sayang pulak nak kasi perabis..

Masa aku try tester yg M&S punya perfume tu, sumpah aku da balik hotel cuci2 tangan ape semua pon still bau lagi. Suka sangat. Rs tazabar nak pakai perfume baru esoknya. So esok aku pon try lah perfume baru. Spray la dekat neck and baju sikit kan. Tapi agak keciwa pasal longevity nya tak sama dgn tester yg aku try kat mall. Padahal tester dia edt, aku beli yg edp.

Sebelum ni mmg leader group perfume aku pernah share ilmu yg biasanya tester akn pekat sikit perfume dia biasanya utk tarik customer. So aku takde terkejut sgt. Cumanya psl aku beli edp so I thought oke la may be at least longevity dia akan setara dgn tester edt tu. And it didn't happen :(

Honestly, The Lab yg aku pakai jauh tahan lama. Kalau aku spray dekat baju, jawabnya sampai esok pon aku still bole bau perfume tu. Bukan nak gebang, tapi sbnanye aku pon eager nak tau team The Lab guna minyak apa utk formulate perfume yg tahan camtu.

Untuk comparison
M&S yg aku beli tu price lebih kurang RM 55 utk 30 ml
The Lab RM 60 utk 30 ml

Packaging as shown in pics above. Kotak The Lab tu aku dah lama buang, and packaging latest sbnanye ada riben kat botol, aku punya packaging lama so takde riben. Mana lagi comel, terserah pandangan masing2. Tapi for longevity, aku rasa The Lab wins. 

Andai kata ada yg nak look for more details about The Lab Parfum, jenguk lah ig daku leparfum_bysoul jangan lupa klik follow ya. Aku privatekan ats sbb tertentu. Bos rajin buat promo tu. Bole beli lebih sikit utk diri sendiri mahupun insan tersayang. Eceh.

Bai korangss...