Salam Ramadhan dan hai semua..
Nak cerita, tadi kan, kak long pergi interview. Sekali ter-interview dengan dokter.. Hah sudah, mmg sikit lagi nak berpeluh aku menjawab soklan cepumas dia. Aku ingat nightmare aku dah berakhir takat sesi soal jawab je, sekali si polan mintak kak long buat blood taking pulak.. Rasa macam sudah ku baca doa pendinding tadi, tapi nampaknya mmg kena hadap jugak. Aku iya kan je dia suh buat blood taking tadi.
Padahal dalam hatiku, "aku dah nak 3 tahun tak pegang needle woi!". Hahah
Dia pon panggil staff nurse dia bawak nelbeken (whatever la aku dah xigt ejaan dia mangkuk bentuk kidney tu), alcohol pad dan.... jeng jeng jenggg needle saiz besorr sekali. Aku jet jet tadi dia nak suh amek sikit je nak test power. Sekali dia suh amek penuh syringe pastu tunjuk centrifugate machine utk buat ape ke namanya tadi. Tengok dah lupa dah pon. HAHA
Oh ya, PRP eh? Aku da x teringat aku pernah dengar ke tak terms tu. Lepas tu sempat kena gelak tadi sbb aku xtau natang ape tu. Aku buat tak dengar je.. Siap dia pesan kat aku, baca la pasal PRP tu. Ya la ya laaaa nanti aku baca. -_-
Anyway, interview is over, interviewer aku okay la, x garang pon tapi aku nervous macam ape dah tadi. Lain menggigil nak jawab soklan, menggigil nak blood taking. Ya hampun.
Balik sakit kepala nyut nyut tapi sekarang dah okay.
Aku bukan tak pernah pg interview taw, tapi mmg penyakit nervous berlebihan tu adaaa je. Even aku set dalam kpale aku "I can do this, I got this, I've done this many times.. bla bla bla", tapi still.. Kalau aku bertenang, sbnanye aku bole buat kot.. Aku sorang ke orang lain pon ada penyakit ni?
Aku rajin sikit hari ni. Nak share mekap paling simple, paling malas kalau aku takde mood sangat. Just letak colors sahaja kat muka, tanpa eyeliner or mascara. I don't even do my eyebrows.
Untuk base, aku akan guna wet sponge/beauty blender dan apply BB pact. BB pact tu kanan atas which aku pernah cerita kat entry Talent Cosmetics sebelum ni. Tahun bila tu? Lama gila pulak nak habis pact ni. May be sbb aku alternate dgn foundation atau CC cushion kot. BB pact yg aku beli ni ada glitter. Personally aku rasa guna wet beauty blender lagi best kot drpd apply kering as powder.
Kalau aku feeling extra, aku amek powder brush pastu apply lagi sikit on top of my base tadi.
Then, aku apply highlighter (gamba kiri bawah) kat pipi atas dekat mata, dahi n dagu sikit, dan hujung hidung biar dia silau ting ting gitcheww..
Pastu aku buh blusher Mary Kay beli kat girlfriend aku hehe.
Untuk lip, recently aku in love pulak dgn lip liquid especially nude colour, dalam gamba atas tu aku punya brand in2it nombo 2. Aku recommend jugak lah lip liquid ni. Ada 4 ke 5 kaler harga bole la RM20 je. Tahan lama jugak aku rasa. Cuma a bit dry, so may be kena selet sikit lip balm. Dia bukan kering susah nak apply taw, dia kering bila produk tu kita dah siap apply (if you know what I mean). Tapi overall okay!
Dan.. Untuk mata.. Jangan tak tahu, palete ni dah bertahun tak habis2. Aku beli kat Sasa tahun bila ntah dah lupa. Pigment dia the bomb! Style aku guna eyeshadow sekarang very simple. Prinsip aku, one brush for everything. Haha Aku mix biasanya 2 colors and blend properly kat mata. Then aku selet sikit je lagi untuk letak kat line bawah mata. Kalau ada lebih2 bekas yg aku blend kat kelopak sebelum tu pon bole je xyah selet lagi kat palete, Simple je, nak cepat sikit siapnya. Dulu rajin la smokey2 apa semua, now dah al-malas.
Oh, ya. Warna yg aku biasa guna dalam palete The Balm ni adalah warna brown, warna orange (kiri bawah), and sometimes aku suka jugak black, grey, ngan purple tu. Tapi serious, palete ni, ko guna very slight amount of product pon cukup dah untuk everyday look. Kalau kau pro, may be ko tau camne nak handle eyeshadow yg pigmented camni. Aku tak pro. Beli palete ni pon dulu waktu tu bukannya reti pakai pon. Lama2 banyak tengok beauty utubers buat tutorial, baru reti sikit2.
Oke, lepas tu dah siap!
Aku dah lama tinggalkan mascara dengan eyeliner. Struggle sgt nak apply those things sbb aku tak nampak. Cuba jadi rabun power 800, then ko akan paham apa aku rasa. Hahaha
Oke cantiks semua, selamat bertarawih!
1 comment:
Hii...So amacam interview? Selamat Hari Raya Aidilfitri MZB :)
Post a Comment