Saturday, May 30, 2020

PKPB sampai bila agaknya eh

Ada messages kat grup kerja aku. Alahai x berminatnya nak join the conversation skarang 😂. Bagus juga blog ni tak ada siapa tahu, boleh aku meluahkan isi hati dgn bebas. Hahah

Ni esok dah masuk June. Company aku masa puasa hr tu target nak start beroperasi bulan June ni. Cuma tak pasti bila selagi tak bole rentas negeri kan. Cumanya td aku tengok berita dia dh tarik rentas negeri. Dah boleh rentas negeri atas alasan kecemasan. Termasuk alasan kerja lah tu. Kenapa cuma eh? Hahaha Dah melangok duduk rumah berbulan2 ni kau rasa tak berat pungkoq nak keja balik?

Hadoi.. Nilah kelemahan iols. I'm very good at wasting time you know. Berbulan2 melangok pon aku ada je benda nak buat. Walaupun aku dah nak 3 bulan xkeluar rumah langsung oke. 

Lepas Sky Castle hr tu, aku dah habiskan 1 lagi drama. Tajuk dia Beauty Inside. Drpd 10 bintang, kak long bagi 6 or 7 may be. Ni cerita light2 je. Plot dia agak meleret bagi aku. Ada part yg mcm predictable sgt dan bosan. May be sbb aku dh biasa tengok cerita yg heavy dan banyak berfikir kot. Haha

Cuma, heroin dia mmg lawa lah. Like, effortlessly pretty. Lawa dia level2 SNSD. Bila aku Google bio Seo Hyun Jin tu, baru aku tau dia former idol kat SM. No wonder lah ada aura2 idol sikit kat situ. Dah la lawa, berlakon pon oke, xnampak kaku. Hero dia pula yg mcm kaku sikit aku rasa. 

Pasal update weight loss mission aku, harap maaf. Nampaknya aku agak binge eating bila dah tak puasa ni. Haha Tapi esok hari ke 4 dah aku puasa ganti. This time puasa ganti awal, bulan syawal dah start. Kalau ada rezeki, dpt lah pahala posa 6 sekali, amiin..

Hr tu berat aku betul dah loss 5 kg. Tapi semlm aku timbang mcm naik 1-2 kg camtu. Satu, sbb aku binge eating. Byk mkn snack merepek, benda2 manis. Haih. Dua, macam biasa lah masalah pencernaan yg sedikit slow. Aku amek juga clenx tea kadang2. Tak tiap hari lah, aku minum setiap 3 atau 4 hari camtu kot. Sebelum ni ada fibre juice omak aku punya, tu pun dh habis aku minum. Ni aku duk perabih clenx tea dia pula. Anak jenis apakah ini? 😆 Tiga, aku rs ada sedikit overeating juga di situ, hence my bloated body these days. Aku rasa aku troma nak timbang dah. Aku habiskan ganti posa dulu lah.

Oh. Empat, aku da mula malas workout. Bercintanya nak start balik ya ampun. Tapi 3 hari lepas aku cuba kumpul motivation balik utk start workout balik. Bole lah.. Slow2 find my pace. Baru aku faham org yg ada six packs pon bole jd one pack aka boroi kalau dah x workout rupanya 🤭

Buat masa ni aku try buat squats ngn crunches sblom tido (sbb guilty byk mkn snacks malam2), cardio aku buat petang.. Tapi ni baru start balik few days.. Tak tau motivasi ni berkekalan ke tidak. Harapnya istiqomah la. 

Oke uols. Sekian melaporkan utk diri sendiri. Bai! 

Monday, May 25, 2020

Eid 2020

Today is raya pertama uols. Alhamdulillah selesai dah Ramadhan tempoh hari. Mudah2an ibadah kita semua diterima Allah.. Amiin..

Macam tak percaya pula dah 2 bulan lebih PKP ya. Pejam celik pejam celik, ramadan pon sudah, raya pon dah. Padahal itu hari rasa mcm baru je masuk 2020. Belum habis memikirkan betul ke 2020 nih? Dah almost half a year. Phewww...

Menu raya rumah kitorang raya pertama ni is sambal ayam, rendang daging, kuah kacang, lodeh, ngan nasi impit. Petang td my mom tambah buat nasi minyak pula.. Sempena PKP ni rumah kitorang tak terima guests sangat, ada lah mkcik ngn pkcik aku aje berdua yg visit. And diorg mmg org mlaka je pun... 

Biasanya kalau raya pertama, slot kitorang keluar dari pagi sampai tengah hari. Petang rest, malam raya kedua biasanya ada sedara mara akn ziarah. Malam raya kedua biasanya boleh tahan full house lah sbb kdg2 yg dari belah my dad dgn my mom akn clash sbb waktu mlm diorang akn dtg antara lps isyak sampai pkul 10 lah camtu. Jarang diorg nak stay lama2 sbb biasanya ada budak2 kecik yg nak kena tido awal kan.. Raya kedua pula biasanya kitorang konvoi pergi Muar, ziarah ramai kerabat belah arwah nenek aku belah mak. Raya kedua biasanya petang baru ada rumah.. Lepas tu raya ketiga onwards baru freestyle sikit. Kalau ada yg nk dtg ada lah.. Kalau tak, takde lah.. Kira family aku peak hours dia 1st and 2nd raya je biasanya.. Kdg2 raya ke3 ada yg dah start puasa 6 pula...

Kalau cerita pasal open house pula.. Tak tentu, ikut availability sedara mara kitorg. Sbb diorang ada turn beraya kan. Kalau turn raya mlaka, boleh lah parents aku buat open house. Kadang2 malam raya kedua tu kira sekali jalan lah jamu open house nya. Ada orang kan mmg purposely buat open house hari tertentu so even ada relatives yg dh dtg pon boleh dtg lg sbb open house. Malaysia ni kalau raya mcm pelik xde open house. Tapi raya kali ni takde istilah open house. Ralat tapi it's necessary during this kind of situation.

Status aku masih tak pasti ni bila boleh start keja. Sbb blom habis pkpb yg extended 4 mggu ni kan. Tp aku ada rasa mcm smpi end of june pon masih pkpb. But I don't know, aku agak je. Tapi keadaan ekonomi skarang ni agak membimbangkan juga kalau berterusan lama mcm ni kan. Diorang akan buka sektor2 lain slowly rasanya. Tak tau lah bila wellness industry akn dibenarkan beroperasi semula pula.

Aku cuba pandang situasi ni dari sudut pandang yg aku may be xpernah terfikir sebelum ni. Aku anggap cuti PKP ni mcm cuti bersalin. Hahaha Why? Sebab selama few years ni aku kerja terus menerus, tak pernah rasa cuti bersalin sampai 2 atau 3 bulan mcm org lain. So aku rasa it's fair for my situation. At least its a positive point of view kan? Lols.

Aku kerja 6 days per week. My body needs a break juga utk healing. My job requires me to do physical work so I really think that this is a good opportunity for me to let my body heals from all the exhaustion. And 1 lagi, aku rasa minda aku pon perlukan some clarity. You know, aku jumpa mcm2 org masa kerja, ada yg positif, ada yg tak berapa positif. Semua tu akn efek dekat aku secara langsung atau tak langsung. So aku rasa bila cuti mcm ni, dia mcm reset balik jiwa dan minda kita supaya kita akn come back fresh in a better state. Ewah.

Btw, hari ni aku makan 2 kali. Perut aku dah bloated mcm apa dah ni. Nak tengok cermin pon seram. Haha Tadi sebelum naik aku dah minum fibre. Siap lah besok membuang. Aku rasa sbb aku practice portion control ms puasa hr tu, jd bila tak puasa ni aku makan lebih sikit terus senak habis rasa dia. Rasa mcm terik mcm mn ntah perut tu. Mcm mn dlu aku boleh makan non stop pagi smpi mlm eh? Haiyoo

Aku mcm nak try buat extended fasting. Beriya tengok utube org puasa smpi 2 hari lah seminggu pon ada. Tapi water fasting lah, bkn no food no water. Naya pengsan2 karang... Aku pon takut nak try. Tapi diorg kata once start makan semula, possibly akn naik smula berat tu unless kita mmg teratur puasa pastu workout. Rupanya puasa ni antara cara yg terbaik utk fat loss eh. Kira Islam ni dah ajar the best way for everything lah boleh kata. Sebab kita dah lama puasa setiap tahun, non Muslim baru2 je jumpa benefits berpuasa kan... Subhanallah...

Oke guys. Nak pukul 1 dah. Amenda ntah aku membebel kat sini. Hehe. Bai! 

Wednesday, May 20, 2020

Keterujaan Lols

Semalam aku saja je naik penimbang kat rumah. Berani betul. Padahal baru lepas moreh mee bandung mak den, pakej nescafe panas. Haha

Sekali... Sekali... Sekali aku terkejut beruk beb. Nombor dia bergerak ke kiri dari nombor yg biasa aku nampak tiap kali timbang!! Wah mak rasa terkejut mcm tak percaya!

Kalau ada yg pernah terbaca kat blog ni, dulu aku ada cerita experience aku try London Weight Management. Tapi yg aku try tu treatment free dia (tapi kau kena racun juga join membership, terbang RM500 tsskkk). Ha, aku igt, time tu berat aku was 57 plus kalau tak silap.

Aku tak compliance pon dgn LWM tu. Sbb aku pon start keja apa semua la la la last2 aku ignore je tiap kali staf dia call. Macam malas. Lagipun hujung2 kena diet juga.

So.. Since LWM tu, rasanya berat aku turun naik. Pernah turun jd 54 sekejap sbb aku keja kat KLIA kalau tak silap. Sebab byk berjalan kaki, pastu kerja letih hari2 ramai org wuwuwu tak sanggup nak ulang, siryes!

Tapi, lps dia turun sikit tu, berat aku naik balik sbb aku kembali kepada fitrah. Fitrah suka makan. Haha! Aku mmg suka makan. Ada masa2 dia suka junk food, makan manis2 mcm donat, ice cream, dessert, roti2 kat kedai pastry tu, belum lg fast food tak tinggal every 1 or 2 weeks, lepas tu hari2 minum coffee dlm tin nya. Mmg menternak lemak lah cerita dia.

Tu kira few years ago py turun naik lah berat badan ni kan. Sampai lah last year berat aku 60 kilo. Ya, 60 kilo. Macam mak mengandung kan? Kah kah. Ada org kata 60 kilo tak berat sgt, tapi masalahnya aku ni rendang. Berat ideal patutnya dlm range 49-52 kg gitu je. Ni sampai 60 perginya omaigad.. Time aku nampak berat aku 60 tu mcm tergamam le juga. Terlupa yg aku duk makan macam2 selama ni. Sebelum tu rasa seronok je makan sedap2 tak hirau pun berat. Ingatkan tak de la smpi cecah 60. Sekali one day terjadi juga. Tahniah di ats pencapaian mu haha.

Oke, so since last year lah ni cerita dia. Yg aku mcm nak slow2 start misi lose weight nya. Aku tak aim byk pon, kalau boleh nak less than 55. Sbb aku tau tahap istiqomah aku, jadi kita chill2 je. Kalau misalnya tercapai bwh 55, baru aku rendahkan lg target tu. Kira safe game lah ni.

Dalam nak dekat2 hujung tahun camtu kot last year yg aku try buat portion control, pastu try pilih coffee yg low calorie kalau nak minum kopi tin (still struggle utk skip coffee, masih minum kopi every day until now), aku cuba tak mkn berat malam, cuba kurangkan fast food, try detox drink.. Aku dah cuba few stuff juga lah gara2 berat badan dah mencecah 60 waktu tu.

Sammmpai lah bulan 3 2020 ni, tetiba PKP diberlakukan di Malaysia. Maka banyak lah waktu terluang yg aku ada setiap hari. Time ni lah aku mula berjinak dengan exercise. Yg aku cerita dekat post sebelum ni. Lebih kurang sebulan camtu aku buat workout kat rumah je, ada la notice inch loss kat waist. Mcm bloated tummy tu berkurang lah dr yg sebelum ni. Sambil tu, memang aku ada buat intermittent fasting juga, dgn portion control. Tapi aku masih makan benda2 yg aku suka kadang2. Masih susah ya nak tinggalkan makan benda2 tak berkhasiat terus. Lagipun, kat rumah ni konsep dia, apa yg dimasak tu itu lah makanan ko. And menu kitorg menu biasa je, bukan menu healthy diet makan salad lah, chicken breast dgn broccoli.. Oh bukan ya. Lauk kitorg biasa lah sambal, masak kicap, goreng, and kuah2 semua tu. Takde maknanya bakar rebus sahaja tanpa minyak. Heh.

Sebelum puasa hr tu rsnya aku timbang, berat aku ada lah kurang. May be 57-58 camtu kot. Fluctuated.

Bila puasa ni, aku cuba teruskan reduce sugar dan buat portion control. Utk part workout, aku ada try workout masa awal2 puasa hr tu, tp aku perasan dia ada efek utk aktiviti tarawih aku. Memandangkan bulan Ramadhan ni sekali je setahun, aku buat keputusan utk tinggalkan dulu workout, just to prepare my body more for aktiviti2 ibadah. No, aku bukan muslimah contoh ke apa ya, anggap je la ni effort aku. Hehe. Aku tau ada juga org yg still tak tinggal workout walaupun puasa, tp ntah lah. Badan aku mcm blom cukup fit utk terima lifestyle mcm tu. Maklumlah, selama ni hidup nak dekat 30 tahun mana pernah workout. Alih2 nak workout sambil puasa terus, dia jadi tak reti adapt la. 

Jadi, balik ke cerita aku tiba2 tergerak nak timbang berat semlm. Berat aku jd 55-56 gitu. May be 55 plus. Sbb timbang kat rumah ni kdg2 x accurate juga. Tp tu je yg ada, bole la nak buat anggaran kira2 berat tu brape kan.. Tiap kali nak naik kena calibrate balik jarum dia kat 0. Pastu aku agak2 tolak mee yg aku mkn mlm tu, ada kot 55 kg kan? Muahahaha

Over taw baru turun 5 kg dh excited. Org lain turun 10kg rilek je. Hehe. Sebabnya, aku dah carry excess weight ni quite sometime, lepas tu sebelum ni bila cuba buat itu ini, mcm xde efek pun. Jadi, tak sangka pula this time dia nak turun. Tu yg mak teruja tuh. 

Bagi la can nak seronok sikit kan. Tak tau bertahan sampai bila progress ni. Tapi aku igt, aku cuba lg la at least smpi target asal aku, bawah 55. Kalau aku rajin aku update sini ya. 

P/s: mlm td mlm ke 27, dari waktu sahur smpi after subuh hujan sejuk aje.. :) selamat meneruskan ibadah Ramadhan semua

Monday, May 18, 2020

Worth

Pernah tak korang tiba2 terfikir kan, what you worth in this world? Kalau nanti 1 masa, ajal kita sampai, agak2 kita akn pergi dlm keadaan lega because we feel like we did enough when we lived, atau kita akn rs the other way? Nauzubillahiminzalik...

Pernah tak rasa mcm, we never did enough no matter how hard we've tried. Teruk kan rasa dia? Macam rasa helpless nya, apa pon tak boleh. Aku pernah.

Utk org2 yg selalu busy dgn life, may be x berapa sempat nak deep thinking mcm ni. That's why aku rasa sometimes it's good being busy with life. Dia boleh distract kita from overthinking. Kadang2 sebenarnya benda2 yg takde apa pon, kita je overthinking. 

Tapi, if we see it from another perspective, we can call it muhasabah diri la kan. Sbb mcm aku personally, even when I'm doing good in life, kadang2 rasa mcm ada something yg aku terlepas pandang. May be aku lupa nak bersyukur ke sbb Allah bagi aku rezeki, atau mungkin aku leka sbb seronok ke.. Entah, rasa mcm aku terlupa sesuatu walaupun life is treating me well at the moment. That kind of feeling...

Selalunya, time korang rasa camni, korang buat apa ya?

Kalau aku, biasanya aku akn start berfikir, pastu aku start niat dlm hati, mcm berkomunikasi dgn Allah, kenapa aku rasa mcm tak cukup? Walaupun kadang2 aku xtau apa benda yg x cukup, padahal byk lg org yg sgt susah dlm kehidupan dia kan. Aku question diri aku, tak malu ke asyik nak meminta2 especially benda2 keduniaan ni padahal dunia ni sementara je. Instead of asking for more in life, aku cuba remind diri utk bersyukur byk2 n merendah-rendahkan diri aku di depan-Nya, supaya aku sedar diri aku ni hamba je. Aku x tau la org lain, tapi bila aku cuba paksa diri aku utk rasa kecil, rasa hina depan Allah, aku akn makin mudah nak redha dgn byk benda.

Sampai kena paksa diri sendiri utk sedarkan diri yg aku ni hamba Allah je. Tak pasti lah level taqwa aku kat mana bila fikir balik.. Haha MashaAllah.. 

Aku ada 1 akak blogger ni yg aku agk rajin juga baca tulisan dia sampai skarang, few years terakhir ni dia mmg rajin kongsi pelajaran2 agama kat blog dan status ig dia. Aku byk terinspirasi utk muhasabah diri antara salah 1 sebabnya, drpd tulisan2 dia lah. Kalau ada yg nak baca blog dia, korang Google je Diana Ishak, confirm jumpa punya. 

Anyway, zaman sekarang ni social media lain lagi hot, tak mcm awal2 tahun 2000 dlu, blogging ni mmg jadi trend time tu. Era2 tu lah aku pon gatal juga nak berblog. Haha Eh tapi xde lah awal 2000 sgt, mcm 2005 ke ats gitu lah, zaman2 kegemilangan blogging. 

Kalau tulisan aku bermanfaat, alhamdulillah.. Kalau yg tak bermanfaat tu maafkan aku, and abaikan je lah. 

Bai! 

Wednesday, May 13, 2020

Sky Castle

Sebelum ni aku mmg pernah terbaca somewhere tak igt kat mana, yg drama Sky Castle tu rekod tertinggi dlm sejarah drama kat korea. Sampai lah drama World of The Married tu tayang, rating dia jd bwh sikit. Kira skarang, yg paling top World of The Married lah.

At first, aku x berapa teruja sgt pon dgn Sky Castle ni, tp aku ada baca juga la synopsis dia dekat mana ntah. So aku tau lah sikit Sky Castle ni cerita psl kehidupan orang2 kaya yg berlumba nak masukkan anak2 kat university yg paling top kat korea. Cari tau sbb curious je kenapa rating dia tinggi kat korea. Kenapa org korea suka sgt dgn drama Sky Castle ni.

To be honest, aku sejenis yg lebih suka drama omputeh. For some reason, aku tak berapa minat dgn drama korea sbb pada pendapat aku drama korea ni mcm byk yg cliche pastu jenis yg kita boleh agak perjalanan plot dia. Haha Tapi ada juga lah beberapa drama korea yg aku terjebak juga contohnya Goblin dgn cerita Kim Woo Bin dgn Suzy tu tajuk Uncontrollably Fond eh kalau x silap. Ermm selain 2 tu ada la lg few yg aku terjebak but tak ingat dah apa tajuk dia. 

Since zaman belajar, aku jenis yg layan drama omputeh. Dulu aku die hard fan The Vampire Diaries. Bila habis belajar, aku jumpa The Originals pula. Kira minat teruk juga la sampai stalk and follow insta casts dia apa semua. Korek utube cari TVD dgn The Originals py casts interview, gigih taw mak dulu. Minat py pasal. Kalo yg jenis layan drama omputeh mesti tau kan drama diorang jenis byk season. Kira kalau kau layan drama tu season 1 masa kau study first year, kau sempat habis degree lah baru drama tu habis kekdahnya. Mcm contoh TVD, ada 8 seasons okeh. 8 tahun py perjalanan drama beb! Kau bayangkan betapa lamanya aku angau layan TVD dulu. Hahaha Lepas tu The Originals ada 5 seasons. Kalau beranak, dah masuk sekolah rendah dah budak tu. Lols

Anyways, dek kerana musim PKP ni aku terpaksa mengadakan pekerjaan sendiri memandangkan tak dpt bekerja dgn company bos lg buat masa ni, tak pasal2 aku terlayan Sky Castle. Belum khatam lagi ya, aku sekarang tgh episod 12. Dia ada 20 episod. Baru 2 hari tengok, aku dah sampai episod 12. Eh 3 hari kot. 2 atau 3 hari lah rasanya. 1 episod sejam, kdg2 lebih sikit. Berapa jam sehari aku layan drama ni. MashaAllah sister... 

Masa aku tengok episod 1, aku takde rasa attached lg dgn mana2 unsur yg dia cuba portray dlm drama tu (eleh rata2 drama mmg cemtu mula2 kan). But, somehow aku makin tertarik nak teruskan sbb rasa tak masuk akal yg membuak2 bila tengok part parents yg terlalu taksub dgn grades anak2, terlalu taksub nak anak2 diorang continue apa yg diorang labelkan sebagai 'legacy'. Contohnya, one of the parents ni pakar orthopaedic, graduated from top university dekat korea, SNU. So both the mother and father mcm will do whatever it takes spy anak diorang akn msuk med school dekat SNU. Even nenek budak tu pon siap ugut2 menantu dia spy cucu dia tu msuk med school. Lepas tu, yg annoying nya lg 1, budak perempuan tu pula karakter dia ya ampun.. Sejenis yg, kalau dlm kelas tu, ada budak yg slalu jd top scorer, tapi eksyen dia pon sama naik. Dah la rude, sejenis show off, berlagak pula tu, pandang rendah org lain.. Ish aku mmg alergik lah tengok watak budak perempuan tu hahah. Jadi manusia yg bijak pandai ni bukan masalah, tp attitude tu kalau boleh biarlah seiring dgn kepandaian tu kan, baru sedap sikit mata ni memandang.. Amboih membebel kemain ya? 

Tu my point of view je lah kan. Aku belum habis lg tengok drama ni. Tapi yg buat aku muhasabah diri is, part parents yg terlalu taksub dgn kejayaan anak2 tu lah. Entah, buat aku terfikir mcm mana lah esok kalau ada rezeki aku ada anak, what kind of parent I will be nanti? Actually byk lah jugak pengajaran yg kita boleh ambil drpd drama Sky Castle ni. Another thing is, aku rasa faktor umur pun ya juga buat aku tertarik dgn drama ni. Kalau drama ni hot time aku awal 20an, aku tak rasa aku minat nak layan Sky Castle ni. Sebab cerita ni pada aku sangat dewasa. Aku tak rasa orang2 muda remaja akan minat genre yg mcm ni. Too heavy to process. 

Oke lah. Kena rehat sbb nti nak sambung marathon :P

Annyeong!