Wednesday, February 18, 2015

Promosi

Assalamualaikum..

Boring betul umah aku (eh bkn umah aku, umah mak aku) ni takde air pulak. Dah few days ni suka nau kejap2 air paip x keluar. Few weeks lepas air paip asek merah je. Ntah ape die godek asek betulkan paip je aku pon xtau. Nak masak air pon pikir 4 kali oke.

IKLAN TUAN TANAH

Aku salah sorang agen Ifrasya Perfume House ya. Now tgh promosi first anniversary. So boleh la anda2 sekalian jenguk my ig ya mn tau kot ada berkenan.

Perfumes sume 100% original, from their origin country tapi mostly from France. Sume direct shipping from oversea dan preorder items ya. Ada ready stock tapi tak semua lah. Bole contact aku utk tanya apa2 psl perfume. Harga pulak takde tambah postage. Postage FOC. So maknanya misalnya beli 2 botol Rm 200, bayau 200 sahaja. Harga normal sebotol Rm 110, kalau brand yg up sket Rm 130 sebotol. Kitorang ada jual perfume set hantaran jugak tapi tak pos la, utk self pick up or COD sahaja. Brand ada banyak, bervariasi.. Celebrity and designers fragrance semua ada.. Tapi stok bole berubah jugak ikut availability ya. Setiap pembelian perfume akan dapat the original box dan free gift. So, utk penggemar2 perfume kat luar sana sy jemput singgah igshop saya ya.


Tadi aku log in kan, ada reader komen pasal video konsert tribute Beyond yg aku tepek kat belog ni dulu. Tak sangka ada reader aku yg tau pasal Beyond. In fact she's a fan of Beyond kot. Uwaaaaaaa Dia bagitau pasal mcm mana Wong Ka Kui tu meninggal dulu. Tragic jugak bila baca.

Aku punya vitamin 'M' kemain menebal nak letakkan link post tu kat sini. Haha

Takpe lah. Lagipun persoalan yg terjawab dgn komen tu sbnanye adalah persoalan aku sndiri. Aku mmg teringin nak tau mcm mana Ka Kui tu meninggal dulu tapi punyalah bercinta nak search.

Okay. Takat ni dulu utk hari ni. Kendian aku cite bnda lain pulak ya.

Thanks for reading ^^

Thursday, February 12, 2015

Si "Atiqah Doktor"

Assalamualaikum readers..

Past few days aku privatekan blog ni sekejap sbb nak amek napas. Sambil siapkan entri ni. Bbrp hari lepas, ada satu hari tu aku tgk kat notification berderet friends add kat fesbuk. Lah pehal pulak ni. Diorang ni terpeleot jari ke apa. Sbb sorang pon aku xkenal kat situ.

Lps tu, tetiba ada akak tu inbox aku kat fb bagitau yg ada sorang hamba Allah ni die py fb nama aku lps tu gamba aku n mesej bukan2 kat orang. Akak tu drpd group ibu2 berpantang lps bersalin. So obviously target mangsa makhluk penipu tu semua perempuan la kan.

Tercengang aku baca apa akak tu bagitau aku. Aku sgt berterima kasih la kat akak tu sbb bgtau aku bnda ni. N die kata ksian kat aku n tanya aku elok2, "is that you, adik?". Waaaa thank you so much, sister. Walaupun aku x knal die, n probably die pon sbnanye tak knal aku kan.. Ada jugak org yg tergerak nak inform. Sob sobs

Aku pon xtau mcm mana, tapi akk tu kata ada org letak link fb aku kat komen so that org tau la aku yg sbnar bukanlah that makhluk jahat tu. Hmmmpphh semoga kau berubah lah menjadi lebih baik whoever you are.



Ni lah acc tu. Yg tak bole blah nya, die guna nama betul aku pulak tu. Saiko betul! Ekceli aku rasa aku tau gamba tu mn die dapat. Rasanya dlm entri lama2 kat blog ni. Sbnaunya gamba tu ada watermark blog ni, tapi aku rasa die crop watermark tu. Amboi gigih kau ya.




Akak tu bagitau aku ada mangsa kena tipu ngan makhluk tu screen capture conversation diorg then sebarkan spy takde lagi org kena tipu ngan die. 

Sbnarnya, rasa nak tergelak pon ada. Mmg saiko. Tapi kan...hahaha. Kot ya pon nak menipu, jgn nampak sgt bangangnya boleh? Hahah

Nak check up cancer amenda pakai pm pm je? Aigooo Org nak screening cancer kat klinik or hospital lah, bukan kat fesbuk. Kau nak aku ceramah kan kau pasal pap smear ke? Eyyy

Lagi satu kan dik. Ko nak cek apa tengok gambar panties dgn bra? Luls

Even though doctors mmg terpaksa jugak tengok aurat patients in order to perform physical examinations and stuff, but we learnt about ethics too okay? We do use blanket to cover patient's body. Tolong jgn tak senonoh sgt boleh?

Apa dah takde keja lain nak buat ke agaknya diorang tu?

Tu la ada member aku cakap, I'm lucky enough to know about this. Org lain yg terkena dan tak tau pape tu?

So my fellow readers if you ever seen this fake account, please do me a favor by clicking the block button and report it if possible. Thank you so much.

Ala, bnda ni bole jadi kat siapa2 je.. You know, orang berniat tak baik ada di mana2.

So, last but not least, be careful kat mana2 je ada berada. Stay healthy. Keep smiling.Till next entry, bye bye and thank you for reading.

^___^

Sunday, February 1, 2015

What I Do to Fight Boredom

Assalamualaikum..

Sambil tunggu adik aku pg 7 Eleven belikan aku twiggies ni tiba2 je pulak rasa nak menceceh kat belog. Ya. Aku masih lagi gemarkan makanan2 cekedis seperti Twiggies.

I say Twiggies you say Yum! 
Twiggies! 
(Yum!) 
Twiggies! 
(Yum!)


Dulu ada perisa coklat ngan vanilla je masa aku kecik. Tiba2 aku dah besau tengok2 ada perisa Tiramisu dgn Raspberry. Tiramisu aku dah cuba dah. Raspberry belum.

Tiramisu sedap.

Tadi kan, aku naik atas nak masuk bilik. Adik aku kan keluar pergi kedai. Aku jengah bilik adik aku kat laptop die tgh main cite Doraemon! Kah kah kah Tak sangka yg aku duk dengau die ketawa dlm bilik sorang2 tu rupanya die tgh tgk cite Doraemon. Budak2 zaman skarang tak tengok Doraemon kan? Power Rangers pon tak kenal agaknya. Apatah lagi Kluang Man dan Usop Sentorian.

Belum blajau ABC dah master main Ipad. *budak2 milenium kata ko*

Apa-apa pon,.. Untuk kawan2 yg baru nikah tu aku ucapkan selamat pengantin baru ya.. Moga murah rezeki sampai syurga ya.. Barakallahulakuma..

Tiba2 nak bagi ucapan selamat pengantin baru kan?

Ini lah die style aku berblog. Nama die freestyle. Datang mood aku nak cerita hantu, aku cerita hantu, datang angin nak cerita kucing, aku cerita kucing, datang angin nak menceceh mcm hari ni, merasa lah korang entri Twiggies dan ucapan selamat pengantin baru.. Luls

Malaysia kan negara berdemokrasi.

Hurmm.. aku teringin nak main basikal lah. Sekarang basikal kalau sebijik brape harga eh? *tanya mcm kan kau dapat harga doploh hinggit je sebijik basikal kan*

Dulu apak aku belikan basikal utk pg skola kaler hijau, nama die Cat Bob Cat. Aku xtau ape mslh kat skola rendah aku dlu, budak2 jahat pg longgarkan skru amenda ntah kat basikal aku. Smpi satu hari tu rosak basikal aku kot. Nak pg tuisyen separuh jalan je. Terpaksa tambat basikal kat masjid pastu gi sekolah naik keta apak aku. Kebetulan apak aku lalu jalan tu. Kalau tak jalan kaki lah jawabnya.

Mangkau betul budak2 laki skola rendah aku dulu. Aku tau msti budak laki punya keja. Budak pompuan tak bawak spanar pegi skolah oke. Kitorang pegi skolah bawak cermin. Haha

Haaaa adik aku dah balik uols. Boleh la makan Twiggies yg enak itu.

Sampai jumpa lagi ya kawan2.

Ada sesiapa teringin makan Twiggies lepas baca entri makcik ni? Oke sila beli sekarang kat kedai Cik Kiah belakang sana ya..

Babaaaaiiiii.... ^^

Monday, January 5, 2015

First Ever Entry for 2015!

Assalamualaikum n good evening to all..

Kat sini good evening lah. Kot uols tgh baca time tak evening anggap je lah evening jugak. :D

H H H Happy new year 2015 to all people out there!! Woohoooo aku very the excited nak hadap 2015 ni for some reason pasal last year (oke la last year la sbb hari ni dah 5 January) sgt byk bnda2 tak best berlaku bukan je kat aku sndiri tapi kat sekeliling, kat Malaysia, kat negara2 lain jugak.. So after semua tu berlaku, rasa mcm lega jek dah nak abes 2014. 

Dah lama gila kan aku tak update blog. Tengok2 page views bergerak jugak naik. Probably sbb previous entries yg keluar dlm internet search.

Oh. Apa yg aku buat malam new year hari tu ek?

Owh aku kat umah je hari tu tak pg mana pon. Aku lagi seronok berfestival dlm umah sndiri drpd berlaga2 siku kat dataran nak counting for new year okei. Haha Padahal sbb rs insecure kalau pg tmpt2 yg super ramai manusia mcm tu. T__T

So dah lama aku tak update, apa perkembangan aku ek ek?

Ermmmm nak tau kee...nak tau sangat??

Tang perkembangan badan tu inshaAllah ada perkembangannya jangan risau.. Luls. Dah keja buka tutup peti ais, buka tutup tudung saji kalau tak berkembang badan tu tak sah ya. Lain la kalau metabolisme aku tahap athlete gimrama berpasukan. Ini gimrama sendirian atas katil je takde maknanya. Hmmphh

Sejak satu masa last year kan, aku selalu rs tak senang hati ngan org sekeliling. Ada la sebab musabab yg lebih detail yg aku taknak stori kat sini. Tapi bnda yg aku nak cerita is, aku rs mcm diperalatkan oleh org lain. Even though aku tak pasti diperalatkan utk apa, tapi yg penting dia buat aku malas nak jumpa org especially some relatives of mine.

Bukannya diorang jenis rajin bertegur sapa ngan aku pon.. Tp tiba2 tegur lepas tu last2 tanya psl personal matter. Bila dah tau, ok bai. Nampak sangat bukannya nak bersembang sgt pon, just nak menjawab persoalan dia je.

Aku bukannya artis pon. Yg mengkome curious sgt nak tau psl aku apehal. Aku bole terima kalau betul cara pendekatannya. Well, aku mmg jenis suka bercakap pon. Tp kalau pesen2 buat2 nak tanya khabar tapi sbnanye nak cungkil rahsia lepas tu dah tau blah. Hah pesen2 mcm ni yg aku sumpah tak suka.

Aku harap lepas ni cerita aku dah tak jadi tarikan kat diorang. Haha

Aku harap lepas ni aku tak jumpa lagi manusia2 yg berlakon mcm ni.

Ok dah nak hujan. Just in case, baik aku terus pos entri ni. Kot la nak terpadam letrik ke kan.

Walaupun entah apa2 entri ni, at least you know I'm still living. At least you now that. Wah macam marah je macam marah je. Ngahahahahahhjkkk

Ok bai.