Wednesday, May 13, 2020

Sky Castle

Sebelum ni aku mmg pernah terbaca somewhere tak igt kat mana, yg drama Sky Castle tu rekod tertinggi dlm sejarah drama kat korea. Sampai lah drama World of The Married tu tayang, rating dia jd bwh sikit. Kira skarang, yg paling top World of The Married lah.

At first, aku x berapa teruja sgt pon dgn Sky Castle ni, tp aku ada baca juga la synopsis dia dekat mana ntah. So aku tau lah sikit Sky Castle ni cerita psl kehidupan orang2 kaya yg berlumba nak masukkan anak2 kat university yg paling top kat korea. Cari tau sbb curious je kenapa rating dia tinggi kat korea. Kenapa org korea suka sgt dgn drama Sky Castle ni.

To be honest, aku sejenis yg lebih suka drama omputeh. For some reason, aku tak berapa minat dgn drama korea sbb pada pendapat aku drama korea ni mcm byk yg cliche pastu jenis yg kita boleh agak perjalanan plot dia. Haha Tapi ada juga lah beberapa drama korea yg aku terjebak juga contohnya Goblin dgn cerita Kim Woo Bin dgn Suzy tu tajuk Uncontrollably Fond eh kalau x silap. Ermm selain 2 tu ada la lg few yg aku terjebak but tak ingat dah apa tajuk dia. 

Since zaman belajar, aku jenis yg layan drama omputeh. Dulu aku die hard fan The Vampire Diaries. Bila habis belajar, aku jumpa The Originals pula. Kira minat teruk juga la sampai stalk and follow insta casts dia apa semua. Korek utube cari TVD dgn The Originals py casts interview, gigih taw mak dulu. Minat py pasal. Kalo yg jenis layan drama omputeh mesti tau kan drama diorang jenis byk season. Kira kalau kau layan drama tu season 1 masa kau study first year, kau sempat habis degree lah baru drama tu habis kekdahnya. Mcm contoh TVD, ada 8 seasons okeh. 8 tahun py perjalanan drama beb! Kau bayangkan betapa lamanya aku angau layan TVD dulu. Hahaha Lepas tu The Originals ada 5 seasons. Kalau beranak, dah masuk sekolah rendah dah budak tu. Lols

Anyways, dek kerana musim PKP ni aku terpaksa mengadakan pekerjaan sendiri memandangkan tak dpt bekerja dgn company bos lg buat masa ni, tak pasal2 aku terlayan Sky Castle. Belum khatam lagi ya, aku sekarang tgh episod 12. Dia ada 20 episod. Baru 2 hari tengok, aku dah sampai episod 12. Eh 3 hari kot. 2 atau 3 hari lah rasanya. 1 episod sejam, kdg2 lebih sikit. Berapa jam sehari aku layan drama ni. MashaAllah sister... 

Masa aku tengok episod 1, aku takde rasa attached lg dgn mana2 unsur yg dia cuba portray dlm drama tu (eleh rata2 drama mmg cemtu mula2 kan). But, somehow aku makin tertarik nak teruskan sbb rasa tak masuk akal yg membuak2 bila tengok part parents yg terlalu taksub dgn grades anak2, terlalu taksub nak anak2 diorang continue apa yg diorang labelkan sebagai 'legacy'. Contohnya, one of the parents ni pakar orthopaedic, graduated from top university dekat korea, SNU. So both the mother and father mcm will do whatever it takes spy anak diorang akn msuk med school dekat SNU. Even nenek budak tu pon siap ugut2 menantu dia spy cucu dia tu msuk med school. Lepas tu, yg annoying nya lg 1, budak perempuan tu pula karakter dia ya ampun.. Sejenis yg, kalau dlm kelas tu, ada budak yg slalu jd top scorer, tapi eksyen dia pon sama naik. Dah la rude, sejenis show off, berlagak pula tu, pandang rendah org lain.. Ish aku mmg alergik lah tengok watak budak perempuan tu hahah. Jadi manusia yg bijak pandai ni bukan masalah, tp attitude tu kalau boleh biarlah seiring dgn kepandaian tu kan, baru sedap sikit mata ni memandang.. Amboih membebel kemain ya? 

Tu my point of view je lah kan. Aku belum habis lg tengok drama ni. Tapi yg buat aku muhasabah diri is, part parents yg terlalu taksub dgn kejayaan anak2 tu lah. Entah, buat aku terfikir mcm mana lah esok kalau ada rezeki aku ada anak, what kind of parent I will be nanti? Actually byk lah jugak pengajaran yg kita boleh ambil drpd drama Sky Castle ni. Another thing is, aku rasa faktor umur pun ya juga buat aku tertarik dgn drama ni. Kalau drama ni hot time aku awal 20an, aku tak rasa aku minat nak layan Sky Castle ni. Sebab cerita ni pada aku sangat dewasa. Aku tak rasa orang2 muda remaja akan minat genre yg mcm ni. Too heavy to process. 

Oke lah. Kena rehat sbb nti nak sambung marathon :P

Annyeong! 



Friday, April 24, 2020

Ramadan 2020 dan Olahraga 🤪

Assalamualaikum readers, dan salam Ramadhan..

Wah gitu.. Luar biashe ya update blog nampaknya. Biasa malam2 buta baru nak menaip, kali ni jet2 morning person menaip pagi2 eh?

Maklumlah nak cuba meningkatkan produktiviti duduk rumah ni, nak2 semalam PM dah umum PKP lanjut lg 2 minggu. Sila lah buat jadual memasing apo nak buek duduk rumah ni ya, yg nak kena buat menu sahur ngn berbuka ke apa, jadual mengemas ke, or jadual tugasan ke bg yg work from home tu.. Harap2 ramai yg make full use waktu2 yg kita ada sepanjang musim corona ni.

Aku sebenornya tgh fikir ni. Macam mn aku nk atur exercise aku during Ramadhan ni ya sbb posa kan. Aku blom pnah cuba lagi buat exercise masa puasa, not even while doing intermittent fasting. 

Ekceli, mak pun terkejut dgr diri sendiri sbb tetiba nak berjinak2 dgn exercise taw. Sebelum ni, aku seorang yg mmg xminat exercise, sbb xsuka sgt berpeluh2 pastu panas tercungap apa semua. Mmg since zaman sekolah dulu jenis geng mengelat aje time acara sukan atau merentas desa. Asal ada lari2 je kang aku angkat tangan nak duduk tepi, cakap lelah. Lelah apa ntah. Haha Mungkin lelah dgn kehidupan. Padahal daku tidak mengerti lagi erti kehidupan yg sebenar pd waktu tu.

Sepanjang hidup aku before this, rasanya belum pnah lagi aku betul2 tempted to do exercise secara rutin taw. But i tell you what, sepanjang PKP ni, I do workout pretty much everyday! Rasa mcm buang tebiat pon ada juga hahah.

Mula dia sebenarnya sbb satu hari aku perasan berat aku naik byk since my last weight that i remember. So bila tengok angka tu, aku mcm terkejut and panik "eh betul ke ni siryes aa??". Padahal yg aku duk makan macam2 hari2 tu aku bole tak sedar dah mcm pemakanan ibu2 mengandung, rupanya aku hanya menternak lemak ya.

Since then, pintu hatiku rs diketuk2 gitu.. "Adakah ini petanda aku kena buat benda2 yg aku xminat, like kontrol makan dan workout? Oh no, daku tak rela", hatiku berbisik waktu tu. Masa tu corona belum outbreak ke dah ya, aku pon dah lupa the exact time aku mcm rs nak start lose weight. Tp yg penting, aku start workout masa hujung PKP fasa pertama. Itu lah first time aku exercise kali pertama in years, memula tu ko bayangkan baru 10 minit aku rs nak give up dah, pdhal I was doing a very light walking exercise taw. Time tu rasa mcm oh maii lemahnya stamina mak..

Aku rasa start dari last year kot, aku ada amik fibre ngan few detox tea, and apple cider vinegar lah.. Konon2 nk try supplements dulu mana la tau xyah do the 'traditional' way iaitu exercise dan diet. Little that I know yg 'traditional' way tu lah yg the most healthy way. Aku ni nama je sekolah kedokteran tp kdg2 ke laut juga.. Hahaha Manusia itu tak pernah lari dari kesilapan uols.

Tapi, after experimenting with few detox drinks and products, aku rasa mcm dah malas nak consume benda tu semua tiap hari. Rasa mcm bosan dgn the taste pon ya, rasa mcm lecehnya nak kena commit to those products every day. Plus, I even got affected by the side effects from consuming a detox tea. Satu hari tu sampai amek MC sbb dah muntah terbelahak plus ada symptom vertigo. Tak bole toleh kepala at one side, nti rasa dunia ni mcm berpusing2. Hamek kau. Terus troma. Lepas tu, detox tea tu aku consume alternate days atau 2 hari sekali camtu kot..

Tapi ada juga product aku ambik yg actually not bad. Bagus especially utk pencernaan lah. Since pencernaan aku xbrape bagus semenjak umur meningkat ni, badan pon rasa berat, energi menurun, and kulit kusam. Itu tanda2 banyak toksin la tu. Nanti lah kalau ada kerajinan aku may be akan post juga review product yg aku pernah consume utk weight loss tu. Tak janji ya. Hehe

So, basically aku stop amek produk kurus lah at one point. Sbb dah malas pon ya. Cut story short, sampai lah musim corona and MCO ni, tetiba tergerak pula nak try workout sbb ada masa duduk rumah kan. Memula aku try workout tu, sbnanye rs mcm give up la sbb xde stamina kan nk buat betul2. Baru few minutes aku dh zoned out. Rasa mcm jantung aku mmg xmampu nak pump harder dah time tu. 

Pastu masuk PKP fasa kedua, time ni aku dah balik rumah parents kan.. Aku cuba lagi exercise, aku buat walking exercise yg ni.. 

https://youtu.be/cvEJ5WFk2KE

Cuba ko klik ada keluar x video dia, aku menaip guna henfon ni xtau la apa jadi bila post karang. Haha

So, masa aku try buat this time aku berjaya sampai ke penghujung video. Tapi, honestly aku rasa struggle lah 30 mins tu. I was surprised by how much I sweat that day, my heart was pumping so fast. Belegup belegup jantungku. But I did it! Rasa mcm mission accomplished sbb berjaya buat full video. Time ni aku sedar yg ohh sebenarnya aku boleh la exercise kan? "Nanti esok nak try lagi lah", benak hatiku.

Dan esok nya aku workout lagi, dan lusa nya juga dan seterusnya.. Hari2 aku cuba spend at least 30 mins utk workout everyday. Ada juga few days yg aku skip, tp rs mcm guilty pula, lps tu aku ganti 30 mins tu dgn few minutes abs workout kat atas katil. Bole la kan..

Most of the time aku buat cardio workout. Emm.. Satu bnda aku perasan, bila workout ni, endurance kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Tapi dia boleh fluctuate juga la ikut conditions badan kita. Tapi macam aku, yg xpernah exercise regularly ni, memula try workout mmg hazabedah la kan nak pengsan semput semua ada, tapi lps few days tu, aku rs aku makin oke, siap bole tambah masa kadang2 aku exercise sampai nak dekat sejam, pernah sejam lebih kot. I would say a week la, utk badan aku adapt dgn new exercise routine ni. Lps tu, siap bole syok sendiri create gerakan sendiri to make it more harder so that aku boleh burn more calories. Kadang2 aku fikir, biar betul aku ni. Macam xpercaya yg aku boleh enjoy buat exercise. Padahal I hated it before. Huhu

Oh ya, ada hari yg aku skip tu mostly sbb my left ankle hurts so bad. Tahap nak jalan pon rasa sore. Aku rasa ankle aku terpeleot time workout. Yg kanan oke sikit tapi still sore, tapi yg kiri mmg adu duu.. Maklum lah org xpernah exercise kan. Lagi satu, aku rs sbb aku buat walking exercise jd byk pressure kat ankle, jd dia sore plus mmg terpeleot kot. Tapi alhamdulillah lps few days, dia oke balik, pastu boleh exercise semula mcm biasa. Cuma aku lebih berhati2 lah spy xcedera kan diri sendiri pula kan..

Macam pjg je pula niha, dah la tu ya. Moral of the story is, aku rasa exercise ni bagus utk badan kita for overall health la. Kalau ada yg mcm aku, xpernah exercise, tapi nak cuba, xpayah gentar xpayah gusar, cuba je buat. Start buat simple dulu, nanti pandai la korang adjust intensity workout korang kalau rasa endurance dah makin better.

Aku still rasa macam xpercaya yg aku tgh post pasal the benefits of exercise kat blog ni. Haha

Selamat berpuasa korang 😉

Tuesday, April 21, 2020

Ada Apa dengan 2020

Hai yalls..

Hahaha Dah nak hujung April 2020 now guys. Sehari dua lagi Ramadhan. Woah so many things happened since my last entry dekat blog ni. I almost forgot that this blog ever existed.

Just for the memories. Situasi sekarang ni adalah situasi di mana dunia dilanda wabak virus yg diberi nama Covid 19. It's a pandemic, and most of the countries all over the world are on lockdown now, be it total lockdown or partial lockdown, depending on the virus situation in each country. So yeah, dekat Malaysia we call it Perintah Kawalan Pergerakan or PKP.

Gara-gara PKP ni, banyak industri terpaksa diberhentikan dari beroperasi buat sementara waktu, kecuali industri essential which is ko google la sndiri macam malas pula aku nak elaborate kat sini. Bukan ada sgt pon org nak baca. LOL.

Anyway, industri kesihatan alternatif merangkap bidang pekerjaan aku skarang pon termasuk dlm industri yg kena berhenti dari beroperasi sepanjang PKP ni. So, sejak 18 March hari tu, aku mmg dah duduk rumah la sbb tempat kerja tutup. It's been more than a month already, the first 2 weeks aku stay kat rumah sewa kat tempat aku keja now. Meanwhile kebanyakan staf kat tempat keja aku termasuk bos dah zasss balik kg. Aku sebenarnya pergi Perth waktu PKP dah nak diumumkan tu, by the time aku sampai Malaysia, PKP dah mula dah. Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia yg bertanggungjawab, aku kena la ikut peraturan kan. Kena mengasingkan diri atau self quarantine selama 14 hari utk memastikan diriku ini bebas dari wabak corona. And alhamdulillah aku sihat walafiat sampai lah saat aku menaip niha.

Akan tetapi, setelah 14 hari, aku balik ke rumah parents atas sebab tertentu. Aku pun confident time tu to travel back to my hometown sbb aku sihat dan tak ada sign and symptoms covid. So sejak 31 March, aku berkurung dekat Melaka lah ohoi.

Hrmm.. Akibat lama benau duduk rumah ni, tetiba teringat pulak pasal  blog ni. Dasyat efek PKP sampai buat aku post entry kat blog. Aku rasa 2019 xde post apa2 langsung, padahal byk juga kejadian tahun lepas. Tapi wajar la, 2020 ni memang WOW gila kot since the beginning, macam2 benda terjadi. And covid 19 ni memang one of the biggest events lah.

Eh aku rasa tadi aku sbnanye nak cerita benda lain. Last2 jadi entri covid ni apahal.

Should I make travel post pasal Australia hari tu? Or is it irresponsible sbb covid belum berakhir?

Tapi aku punya kerajinan ni belum tentu ni rasanya. May be rajin dia sekarang je, esok lusa jadi kemalasan. Haha So, xnak janji lah any travel post or even any other topics. We'll see apa pula tajuk selepas ni. Tajuk "Getting Married" ke kan.. Eh.

Kay ah bai~

Tuesday, October 23, 2018

Hostel

Since sekolah menengah, aku mmg dah terbiasa dgn konsep tinggal asrama/hostel ni. Form 1, aku dah dihantar masuk asrama. Ingat lg masa Form 1 dulu, parents aku pergi Haji, rs sebulan kot, ke 2-3 minggu gitu lah, while my parents pergi Haji tu, orang kampung aku lah yang take turn ziarah aku kat asrama.

Ada sekali aku ingat lagi nenek sedara aku dtg ngan makcik aku, tapi makcik mana dah lupa la pulak. Diorang tak tau asrama perempuan kat mana, jadi diorang tunggu kat ada mcm living room yg ada sofa kerusi rotan kat blok asrama lelaki. Nak tak nak aku pergi juga lah melepak jumpa family kat living room asrama lelaki. Malu gila la. Budak lelaki ada je jalan-jalan la lepak la apa kat luar tu ha. Haha Dah la aku dulu budak kelas arab, pompuan semua. Pehal tetiba sorang2 lepak kat living room asrama lelaki. Tapi time tu redha je dgn harapan org nampak aku duduk dgn family so diorang x heran sgt.

Macam-macam cerita la kalau ingat zaman duduk asrama dulu kan. Dari cerita hantu, cerita budak kena sampuk, skodeng sana skodeng sini (xde keja betol), drama series bergaduh dengan member, sesi pulau-memulau orang, terkantoi dgn warden x pergi riadah sbb nak basuh baju (hahaha kira aku baik la juga terang-terangan ngelat drpd ada member aku dulu sanggup menyorok bawah katil time sport check), eh banyak lagi lah cerita zaman duduk asrama dulu.

Itu zaman sekolah, masuk matriks lain pulak cerita dia. Tapi bagi aku personally, zaman matriks byk memori manis lah. Walaupun 10 bulan je dulu duduk matriks (program 1 year), struggle blajar bagai nak rak la jugak, tapi siryes syok sbnanye zaman matriks ni. Time matriks lah aku sama praktikum dengan Fatin Liyana. Hahah Korang mesti tau blogger yg isteri Dr. Anwar Fazal tu kan? Dia dulu ex-classmate gue laa. Tapi aku tak berapa rapat pun. Gitu-gitu je, aku tau dia orang nismilan. Eh, tapi turn out that she is my mother's friend punya anak! Ibu aku yg bagitahu. Ada satu hari tu, my mother tunjuk gambar Fatin ke gamba mak Fatin, aku lupa dah. Tapi time tu la aku dpt tahu yg Fatin tu anak kawan ibu aku. Kecik je dunia ek.

Bila habis matriks, aku pernah masuk kursus Arab dekat UKM Bangi kejap. Rasanya sebulan dua kot kat UKM. Lupa dah. Time tu kengkonon aku nak pergi Egypt buat denstistry. Under private punya company yg bawa students fly overseas, time tu mmg tgh trend sangat parents hantar anak belajor overseas guna agent ni. Termasuk lah aku. Time tu apply blajor dentistry kat dalam Msia x lepas kan, solusi nya try agent lah blaja kat luar negara. Masa blajor Bahasa Arab tu duduk asrama Rahim Kajai kat UKM. Tapi pasal dia sekejap je time tu tak banyak sgt lah kenangan. Aku tak pergi pon Egypt.

Zaman study, life aku honestly sangat bebas. Takde peraturan apa pun yg menghalangi sbb aku duduk rumah sendiri-sendiri menyewa dgn kawan-kawan. apa nak buat semua tergantung atas diri sendiri. Kalau nak jadi jahat, jahat lah tapi apa2 consequences tanggung sendiri. Kalau nak jadi budak baik, berbahagia lah family kat Malaysia sbb anak-anak diorang behave walaupun jauh dari rumah. So, basically zaman kuliah aku sangat-sangat bebas, and aku mmg happy tinggal kat Jakarta dulu. But drama tu mmg adalah, nama pun duduk ramai-ramai, macam-macam kepala, macam-macam perangai ada. Semua pulak tengah muda, kalau dtg musim bergaduh tu bergaduh jugak. Tapi satu benda yg kitorang sedar time tu was, kitorang takde family yg dekat kat Indonesia tu, kalau jadi apa-apa, sesama kawan juga yg ada utk tolong pun, that's what made us strong and stayed together until we finished our degree. So, actually kenangan manis juga tu zaman degree.

Even zaman aku bekerja sekarang pon, aku tak dapat nak mengelak drpd berjauhan dari rumah. Untung lah siapa yg boleh bekerja dan tinggal dengan family. Sebab tu bila aku ada peluang untuk ambil cuti, mmg aku akn spend utk balik rumah family. It soothes my heart in a certain way, rasa mcm semua stress and kepenatan bekerja tu hilang kejap bila balik rumah family. Home is heaven, indeed.

Elok lah tu, lain tadi aku nak cerita sebenarnya. Lain kali aku cerita.