Friday, October 7, 2011

Pssttt.... exam dah habis~

Salam..

Muehehe..... *menyeringai. kalau engkorang tengok mesti bulu roma meremang. haha*

Hurmmm... Memang lah lega dah habis ujian. Tapi jadual kuliah next week utk blok 28 dah dapat dah. Ye. Sejurus selepas bangun dari kerusi, terus pergi ambik kertas jadual blok baru yg pack tak reti nak agak-agak.

Kelas full dari pukul 7.30 sampai 4.00 petang. Full yaaa... Means, waktu recess pon dia buat kelas jugak. Memang tersangatlah great nya.

Ini namanya mental harassment ni. Tapi takpa....takpaaaa.... Bagi can la sket kat dia nak buli aku kan.. Heh heh.

Niagara Falls, Ontario.

Aaaaaaa... Bes kan, cantik kan air terjun Niagara tu? Punya la besar. Kalaulah dapat pergi sendiri..alangkah bes nya.

Dari pembacaan aku, Niagara Falls ni merupakan sempadan Ontario dengan U.S state of New York.. Ontario tu kat Canada.. Entah betul entah tidak, tapi aku tulis balik je apa aku baca tadi. Maklumlah, orang buta geografi (bak kata ayah aku..haha) mcm aku ni, nak harapkan menghafal peta tu idak le kann.. Absorb je laa apa yg aku jumpa.. Kalau salah, tolong le betulkan ye.. *mood mak nenek*

Victoria Falls, South Africa.

Cantik taakkkk??? Cantik kannnnn... Huhuhuhh *gosok-gosok tangan kengkonon terasa udara sejuk kat Victoria Falls*


Haaa yg atas ni jgn x kenal pulak ye.. Bukan kat Mumbai maupun London. Tapi kat Hilir City. 

Tau tak Hilir City tu kat mana?? Haha

Hilir City tu Bandar Hilir laaa.. Kat Melaka.. Aku kan orang Melaka.. Keh kehs.

Eh aku ni berhajat nak jadi Menteri Pelancongan ke apa nih kan?? Dah la, wa nak pergi picit jerawat. 

Kay bai.

Tuesday, October 4, 2011

Keyword yang mengundang kekeliruan dan rasa sesak nafas

Aku tak boleh tahan lah daripada menghupdate tentang keyword yg aku jumpa semalam. Tetibe terus jadi rajin nak buat screen capture taw. Boleh tahan penangan keyword ni eh?


"MENGAPA KITA DIEJEK SAKAI"

Bercampur-baur jugak la perasaan aku bila jumpa keyword ni. Kau orang mungkin rasa macam takde apa sangat keyword ni. Takpe lah sebab aku je yg paham perasaan ni kan.

Tak sangka blog aku mengandung jawapan kepada persoalan mengapa seseorang itu diejek "sakai". Demmmmmm.. 

Like...seorang remaja muda merasa hairan kenapa teman-teman sekolahnya sering mengejek sesama mereka dengan perkataan "sakai". Lalu remaja tersebut yg penuh dgn perasaan ingin tahu menggugel selaju mungkin apakah yg menyebabkan seseorang itu diejek dgn perkataan "sakai".

Dan selepas beberapa saat butang "search" diklik.. BAAAMMMM!!!! 

"Inilah jawapannya!!!", maka blog aku pon terpampang dalam hasil carian.

HAHAHAHAHAHAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

How fun is that?? And now i am making fun of myself.

Oh sori uol.. Minggu xm aku memang selalu mengalami personality disorder. Hehe

Monday, October 3, 2011

Exam lagi dan lagi

Assalamualaikum..

Membe lama masa duk matrik dulu kata aku asek exam je.. Kejap2 aku chat ngan die, esok nak exam la, next week nak exam la.. Apa takde keje lain ke kampus aku ni kan? Exam je manjang.. Kapan belajarnya dongg??? Haa kan dah keluar bahasa keramat gua.. Kahhh!!

Sebenarnya, dulu2.. masa sistem kitorang belum dirombak, kitorang memang exam setiap penguhujung blok sahaja. Tergantung blok tu ada berapa minggu. Kalau blok tu ada 4 minggu, maknanya 3 minggu kuliah dan praktikum, minggu keempat tu minggu exam..

Tapi sekarang ni dah tukar sistem. Satu blok hanya ada dua exam bertulis. Exam pertama tu dia buat kat tengah-tengah blok. Jadi time exam pertama tu kira tak habis belajar lagi semua silibus dalam blok tu.. Tapi kadang2 yang belum dikuliahkan pon, ada soalannya dalam exam. Perasaan?? Rasa macam nak lari rumah jugak la.. Tapi alhamdulillah setakat ni aku takde lari rumah lagi.. Tak tahu la lepas ni kowt2 aku nak lari ke kan.. Heh heh


Apa maksud ayat dalam gamba atas ni eh?? Aku tau copy url je lepas tu tepek kat entri. Kesudahannya, apa aku tepek pon aku tak tau. Haha

Ada orang mungkin heran kenapa aku dah tahun empat kat universiti tapi aku belum klinikal kan? Kalau kat Malaysia, tahun kedua dah mula klinikal kan?

Sebabnya ialah....... Program kitorang kat sini, teori adalah selama 3 tahun setengah. Ye, betul tu 3 tahun setengah. Siap ada setengah.. Nak jugak setengah kan, suka hati kau la labu.. Yang penting lepas 5 tahun, bole balik Malaysia makan burger Ramli puas-puas.. Nyummm!!! Sedapnya woh burger daging spesyel cap Ramli. Kat sini tak dapek la melainkan kau bawak dari Malaysia.. 

Sekarang ni aku dah blok 27, kalau yg aku tahu..... Blok terakhir utk teori ialah blok 30. Jadi sisa yg tinggal masih ada 3 blok lagi. Minggu ni adalah minggu final exam untuk blok 27. Hati berdegup-degup kencang tanda ada rasa cuak.

Mana tak cuak kan, orang dah stat prepare, aku boleh dok termenung lagi fikir nak mula dari mana. Macam la kau tak pernah exam kan? *saja nak bambu diri sendiri*

Okay lah. Wish me luck, guys~

P/s:  Tak sabarnya nak habis exam dan bergoyang kaki di rumah.. Walaupon sekarang tgh goyang kaki jugak, tapi kalau lepas exam dia punya feeling tu jauh lebih bes.. Hihihi

Sunday, October 2, 2011

Mimpi dapat BE dari Nuffnang. But seriously?? It'll never happen anyway..hahah

Salam

Gyeahh.. Cerita itu betul. Memang aku ada mimpi dapat BE itu hari. Orang kata apa yg kita mimpi tu selalunya tak akan berlaku. So, just let it be.. Dreams are just dreams..

Aku ni kalau mimpi memang tak agak. Segala jenis genre pon bole keluar. Mimpi apa engkau orang nak, ce cakap. Fiksyen, fantasi, seram, horror, wahhh semua lah pokoknya. Macam tengok movie je pulak..

Kalau aku cite pasal mimpi aku kat ayah aku kan kan nanti siap dia tanya aku, "mimpi awak tu kaler-kaler ke hitam putih??". Hahaha Ayah kata kalau hitam putih tu zaman tibi takde kaler le tu.. =D

Tapi betul jugak la kowt. Pasal kadang2 memang aku mimpi hitam putih, kadang2 aku mimpi kaler-kaler. Tapi selalunya kaler-kaler lah.. Kowt.

Btw, aku jarang hupdate blog sekarang sebab aku lately ni selalu tak tahu apa nak buat. Masa tu ada je, tapi intention tu yg takde, tu yg aku jadi blogger pemalas tu.. Tapi memang betul pon.

Tapi setiap hari ada je org singgah sini.. Terima kasih woh. Terharu ai taw..

Okay bebeh. Till then !!