Monday, March 23, 2015

Entri Promosi Tuan Tanah Lagi :)

Hey hey hey...

Happy Monday peeps! Sepatutnya today aku keluar dan mengerjakan misi-misi aku tapi nampaknya misi tergendala ya. Entah apa angin aku jejak dapur pagi tadi terus capai beras nak buat nasi goreng. Ini sungguh ajaib sekali. Aku bukan jenis memasak punya orang ya. Paling gigih pon goreng daging burger or buat maggi.

Sebagai agen Ifrasya Perfume House yg berdedikasi (perasan je oke), bila bos buat sales maka haruslah kita sebagai agen mempromosikan dgn gigih ya kawan2.


Kalau korang jenis selalu beli perfume kat kaunter (mall), korang mesti tau kan range harga perfume original kat sana. I would say within 150-500 ringgit la lebe kurang. Ada yg lebih mahal jugak drpd tu.

Perfume yg kitorang jual ni perfume reject. Reject means sama ada dah terlalu lama kat kaunter, or ada minor defects kat packaging die, mungkin botol calar sket, or reben die senget, or anything similar. Basically perfume kat dalam botol is 100% original ya, cuma disebabkan dia tak perfect utk jual kat kaunter maka dia masuk kat reject. Hence the price is so much cheaper.

Aku pon pernah jenis beli kat kaunter jugak. Dan aku pernah try jugak perfume grade yg Dubai tu. Kalau org tanya aku, aku sbnanye prefer ori reject. Bukan bias, siryes bukan. Sebab bila kita pakai perfume yg quality die sama tapi kita dapat harga yg affordable compare dgn the exact same thing yg kita beli dgn harga berganda lebih mahal..macam...tak worth it. Itu aku la. But yes, tengok jugak jenis reject die, sometimes mmg ada yg bau die dah berubah may be sbb the chemicals inside it gone through some reaction causing it to smell weird and doesn't last long as it should be.

But point aku kat sini is, beli ori reject ni is a good option if you're a huge perfumes collector. Set2 yg beli banyak sgt perfume but tak pakai semua sekaligus selalu.. Just pakai mana2 ikut mood dan suasana yg bersesuaian..you know what I mean.

Kitorang jual banyak brand, utk harga promo bole campur2 don't worry. Yg penting 110 dgn 110, 130 dgn 130.. Boleh pakat ngan membe2 or family utk beli banyak, nak request alamat lain2 pon bole. Ni aku share few of our perfumes collections.

Jemput cuci mata.








For more details, you can click the link to my igshop at the side bar on this blog or

Btw, if you notice aku pnah bercerita ttg seorang budak ni yg aneh kat dalam previous entri bertajuk "Muak". Kemuakan aku nampaknya bertambah disebabkan kejadian sehari lepas. Last week aku mmg tak bagi can kat die. Aku push die minta jugak refund trip yg tak jadi tu. At last Sabtu lepas ada deposit dlm akaun aku.

Tapiiii..............

Dapat separuh je. Are you kidding me, kid? Tak lawak okeh. Takkan la org yg depositkan duit refund tu tak tau berapa amount yg die patut depositkan? Eh hellooo... Kau yg punya trip mestila kau tau berapa bayaran utk satu kepala. Obviously something is off kat situ.

Furthermore, adik aku yg tak minta refund pon takde dgr khabar ape pon pasal bila trip tu nak berjalan. End of last year kau kata tunda to January or February. Now ni dah bulan berapa? See? Aku bukan nak tuduh2 ke apa, aku cerita bnda apa yg berlaku je. Aku tak kira. Selagi tak setel selagi tu aku cari kau. Nak sgt berdrama kan? Ko ingat ko sorang saiko? You ain't know nothing about me. 

Cubaan meng-capture hasil self-makeup hari ni.

Abaikan kening, dan eyebag dan some bumps here and there.. That was just minimal coverage using a thin layer of BB cream and pressed powder. Ni sbnanye simple eye makeup yg aku selalu guna kalau nak keluar. Camera ni tak berjaya capture the actual color tapi the highlight part does come out okay for me. Hurmm biasa kalau keluar nak simple aku buat camni, tapi kalau nak special sket aku buat smokey eye and lagi pekat. Cumanya aku punya eyelid tak luas n bila buka mata eyelid tu is quite deep so bila buat smokey eye makeup pon sbnanye tak nampak sangat. Last2 simple eye makeup ni la yg aku lenjan ke mana saja dan di mana saja. Haha

Mula menyimpang2 dah nampaknya aku menaip ni.

Dengan ini, aku tutup dulu cerita hari ni ya. Len kali stori lain pulak.

Oke baaaaiii....~

Tuesday, March 17, 2015

Sabuuunnn di bilik mandi sabuuunnnn

Assalamualaikum n hye to all..

Dengar lagu Growing Pain by Suju Donghae & Eunhyeuk ni tetibe ada mood nak blogging. Ntah apa kaitan growing pain ngan blogging pon aku xtau. Haha

Nah aku letak link, nak dengau, dengau la. Tanak sudah. 



Dulu waktu zaman stadi, bebudak batch aku ramai jugak fans Suju. Time tu aku x layan korea so aku xtau sgt lagu diorang.  2 3 tahun ni je pasal aku tengok Running Man kan, tetibe terjebak ngan dunia kpop. Ceyt.

Aku sebenarnya today nak cerita pasal sabun yg lately menjadi kegemaran. Sebab sabun lain buat kulit aku meragam. Sabun ni je setakat ni bertahan aku guna da nak masuk buku ketiga dah. Sebelum ni aku ada cerita pasal sabun Oilatum kan, kalau terbaca lah.

Sabun ni la aku pnah cerita before ni.

Sabun Oilatum ni mmg bagus utk kulit eczema prone. Tapi masalahnya, sebuku dalam 12 hinggit camtu. Kalau jenis sket2 cuci tgn pakai sabun mcm aku, mcm x ekonomis je kan. Kalau byk duit bole la pakai sabun ni hari2. Macam aku, nak tak nak kena cari alternatif jugak sabun lain yg oke selain Oilatum ni.

Dan finally aku jumpa brand ni.

Medimix nama diberi.

Time aku memula beli sabun ni, aku saje je jalan2 kat Mydin. Pastu nampak sabun ni tgh sale kat Mydin. Kemain banyak die susun lambak2. Aku tertarik memula sbb sale. Lps tu bila ambik belek2 terbaca plak ayurvedha kat packaging die. Aku pnah dgr pasal Ayurvedha ni, die mcm terapi pakai herba2 gitu lah. Dalam sabun Medimix ni, ada 18 herbs. Kira natural product la jugak.

Aku dah buat survey kat few supermarket. Kat Mydin paling murah. Sebuku RM 2.90 je uols. Muahaha

Memula aku try sabun Medimix ni aku cuak jugak. Sbb kulit aku ni al-maklum mengada sensitip die. Eh tapi rupanya okeee sangat~~

Skang dah jatuh cinta dah ngan sabun ni. Now aku alternate between those three. Supaya tak bosan kan. Hihi

Yg hijau tu yg original. Bau die mcm sabun buku hijau zaitun tu yg dulu2 kita selalu jumpa tu. Kalau korang pnah jumpa la sabun zaitun tu. Ha camtu la lebe kurang bau die. Yg tak suka bau ala-ala herba ni mungkin tak suka bau die.Yg hijau tu elok utk overall kebaikan kulit.

Kalau yg kuning tu yg tulis Sandal tu bau die lebih soft drpd yg hijau. Tapi lebe kurang sama je sbnanye tapi lebih mild. Yg ni best. Dia utk reduce masalah kulit mcm acne, hyperpigmentation, or even any skin infection.. Kalau nak compare ngan yg hijau, aku personally lebih suka yg kuning ni.

The third one is yg kaler hijau muda tu. Yg ni lebih utk mosturize kulit. Yg ni aku baru je cuba pakai. Utk yg suka sabun yg wangi fresh, aku recommend this one. Bau die is waaaaangiii uols. Dia wangi yg fresh tu taw. And antara ketiga2 ni, mmg yg hijau muda ni kalau pakai, kulit tak rasa kering sgt. Aku ada baca certain review cakap Medimix yg hijau tu buat kulit diorg mcm kering. Kalau aku, disebabkan aku mmg ada part yg extremely dry dan part yg normal, so aku just bole ckp yg sabun ni tak buat kulit aku bertambah kering la.

Oh ya, lagi satu.. Aku tau zaman skang ramai org guna sabun jenis liquid kan sbb senang n banyak buih. Aku pon dulu guna sabun liquid. Tapi sabun Medimix ni dah merubah pandangan aku terhadap sabun buku. Haha *over*

Siryes sabun ni baaaanyak buihhh~~ Aku pon tergezut jugak koq bisa? And lagi satu, senang nak bilas. You know jenis sabun yg susah nak bilas tu yg dah bilas pon rs cam lekit tu kan. That thing doesn't happen with this soap. Another point for me to stick with this soap for a long time.

Ni aku punya. Aku potong pasal die gedabak sgt.

Kalau tengok warna die mcm lutsinar camtu kan? Mcm obor-obor.. Dah la wangi. *tiba-tiba*

As additional information, sabun Medimix ni antara brand yg tertua di India. Yes, sabun ni made in India.

Dengan itu, sekian saja entri sabun kali ini.

Bai bai
^___^

Thursday, March 12, 2015

Paip

Assalamualaikum..

Hari ni aku stress sebab paip shower kat bilik air bocor so shower tu punya air jadi slow. Gggrrrr... Kompem smpi nak tdo kang pon aku duk memikirkan pasal nak beli paip baru. Hmmphh

Itu hari aku keluar tengok wayang. Saje gedik sbb da lama tak tengok wayang. Aku tengok kat social media org kata cite Kingsman best. Terpengaruh pulak nak pergi tengok. 


Ups. Kantoi cite 3 hari lepas. Ahakhak Mmg ingat nak update hari tu lepas tu diserang intoksikasi vitamin "M" pulak. Makanya tonight baru nak bukak cite.

Aku tengok sengsorang je cite ni. Mana ada kwn sgt dekat Melaka ni. Aku kan asek merantau je keja dari zaman skola lagi. Kawan2 byk yg jauh2. Nak ajak jiran plak... Oh aah ek, aku lupa plak aku ada option ajak jiran that day. Halal lah dah tengok dah pon. :P


Hah aku tengok cite niha la. Boleh tahan cite ni. Aku kasi 4.89 bintang. Aku rasa die punya gadget2 dlm cite tu mcm lagi cool drpd James Bond at some point. Kreatip gila producer filem ni. Lepas tu tang pompuan yg kasut die tajam mcm pedang tu cool gila kot. Dia sbnanye kudung kaki aku rasa n die one of the bad guys la dlm cite tu tapi aku still amazed dgn konsep kaki pedang tu. Uwaaa bole melopong jugak tgk. 


Orang kata ape tu, alang2 menyeluk pekasam biau lah sampai ke lengan. Dah alang2 lalu Jco ni, apa kata singgah kan. Puas hati aku dapat hazelnut latte. Sampai menjilat penutup kau. Sebab ada caramel melekat kat penutup cup tu. Kakakaka Sakai tak hingat.


Tadaaaaa.. Ce teka apa yg tak sama.

Atas tu kepala da simetris, yg bawah tu kepala tak simetris. Hmmm betul jugak tu.

Yg gambau bawah tu dgn spek lama, atas spek baru. Aku mcm dah hooked up dgn frame plestik. Mungkin kalau umo aku panjang, lepas2 ni pon aku akan pakai frame plestik je. Sbb frame plestik ni takde byk songeh. Dia x elastik mcm certain frame yg bole terbengkok tu. Die tak fragile so kalo terpelanting jatuh pon probability nak patah tu kecik je. Nak calar pon susah. Warna die pon takkan berubah. Yg berubah lense la mcm spek lama aku tu. Mcm berjerebu aje mata memandang.

Namun, alhamdulillah sekarang tidak lagi. Lepas ni aku da tau psl coating lense. Persoalan misteri aku yg dah bertahun ni akhirnya terjawab. Thanks tu sape ntah orang kat kedai spek tu sbb explain panjang lebau psl coating ngan lense hari tu. Haha

Esok aku ada misi lain pulak. 

Sambung lain kali ya. Babaiii~

P/s: tak sabau nak beli paip shower baru.

Monday, March 9, 2015

Label

Assalamualaikum readers..

Kalau nak baca belog ni, tak boleh mengharapkan entri fakta2 ilmiah ya, pasal penulis merupakan seorang yg bukan fiction person (is that even a word?). Aku suka nak amek tau bnda2 ilmiah kadang2, suka jugak layan dokumentari etc etc, taaaaaapiii kat belog aku suka menceceh benda2 non ilmiah. Hehe

Untuk silent2 reader yg terbaca belog ni, welcome to my world. Hidup aku tak menarik pon, tak sempurna. Pape pon, happy reading lah ya. :)

Hari ni aku nak cerita pasal apak aku. Ada few times kat belog ni aku cerita pasal beliau. Yg pnah terbaca tu tau lah agaknya. Kot. My father is a former teacher. Dulu before die pencen, dia seorang cekgu besau dan juga berperut lumayan besau. Tapi skarang sudah pencen dan perutnya sudah semakin slim. Hobinya kat umah suka main teka silang kata dan main segala jenis kuiz kat dalam sokabar. Berfaedah btol hobi die. Hobi anak die? Ngaaaaaaaa

Apak aku ni mmg teliti sangat orangnya. Memang patut dapat pujian. Aku bukan bias, mmg siryes die sorang yg teliti kalau bekerja. Nak2 bnda2 yg melibatkan dokumen.

Dulu waktu aku nak pergi Indonesia nak blaja dulu, aku rasa 99% hal dokumen2 utk pergi blaja tu beliau yg uruskan. Aku goyang kaki je weh. Nti kalau ada bnda yg aku kena sign or tulis sndiri, beliau akan panggil aku turun buat. Bila aku stori2 dgn membe2 pasal persiapan nak pergi blaja dulu, I felt so bad about myself. Haha

Kalau nak cerita semua, mcm panjang sangat pulak. Meh aku nak tunjuk few things yg might be unsual to other people.


Dulu waktu beliau belum pencen, mungkin beliau takde masa nak buat mcm ni. Tapi, believe me kat umah ni yg menguruskan segala jenis dokumen mcm bil-bil, sijil-sijil, segala tok nenek surat2 penting is him. Aku dulu waktu skola kalau dapat pape sijil mesti kena bagi kat beliau. Beliau lah yg laminate, lepas tu simpan elok2 dlm satu fail. Bukan aku je, semua org dalam umah ni punya sijil pon beliau yg laminate dan simpankan elok2 dalam satu fail. Semua orang beliau buatkan satu fail besar yg berisi dokumen2. Dari aku kecik sampai sekarang taw. Macam rekod patient kat klinik tu. 

Bila beliau pencen, makin byk benda kat umah ni yg beliau organize kan.
Even toilet pon diletakkannya lambang toilet mcm dlm gamba tu. Hehe


I'm not sure if it's just my father's hobby or what, tapi sejak beliau pencen, kebanyakan laci2 n almari kat umah kitorang ni beliau letakkan label.

Fascinating tak?

Hehe


Bila aku tanya apak aku kenapa semua container and laci ada label, beliau jawab "senang, tak payah tanya2, dah ada tulis kat situ". Ringkas kan jawapan die?

Aku xtau la sbb dulu zaman aku blaja n adik aku pon blaja jauh jugak, so bila kitorg balik kitorg slalu ty kat mana bnda tu kat mana bnda ni.. Sbnanye banyak lagi label yg aku x tunjuk kat cni sbb kamera aku x bole capture good photos under lowlight. Tapi sbnanye suis2 kat umah pon berlabel oke. Tak payah tanya mana satu suis kipas or lampu. Dah siap ada label kat situ. Suis yg rosak ada label "rosak" kat situ. Haaaaa

Aku msti byk menyusahkan kan agaknya? Semua bnda malas cari pakai mata, cari pakai mulut. Mungkin dari situ lah timbul idea ni. I am truly sorry, ayah. Sobs

So if siapa2 pergi dapur tanya serbuk kopi kat mana, jawapan die nak kena pelangkung ke? Bukankah sudah terpampang di depan mata anda? :))


Every single laci (laci bahasa omputeh amenda ah?) in the kitchen..


And every tupperware like this too..

Daebak kan my father? Appa saranghae *wink wink*

Dah pehal nak tulis korea?


Ni aku belanja gambau Dak Amok beraksi superman. Amok saranghaeee 


Amok ni second generation kucing kat umah aku ni rasanya. Umo die mungkin 3-4 tahun. Kot. Mcm x sure pulak. Tapi first generation yg tinggal kat umah ni Dak Embang je. Embang takde dlm gamba. Sebelah Amok tu nama die Bella. Bella ni muka lawa. Pernah die beranak sebelum ni tapi tak survive pulak anak2 die..

Amok ni otak die mcm bergeliga sket. Kalau org panggil, die akan berespon. Sama ada die akan kasi kau eye contact, ataupun die akan pg kat kau if possible. Bila die dtg kat kau, first bnda die buat is sondolkan kepala die kat kau. Hari tu aku saje je nak test. Aku hulur kepala aku kat die. Die sondol kepala die kat kepala aku. Wah mcm berlakon filem pulak rasanya. Kuat pulak tu kepala die. Rasa mcm lawan wrestling kepala pon ada. Amok...Amok..


Ini nama die Madam Teressa. Kah kah kah.

Waktu tu kat kawah putih. Dua tahun lepas. Aku senyum macam seronok je kan. Padahal hidung siksa menahankan asap sulfur kat situ. Kemain menyengit bau sulfur.

Rindu jugak Indonesia. Seronok berjoli kat sana sbnanye. Dulu masa zaman stadi, ada fulus je panjang je langkah aku. 

Tengok gambau trobek ni teringat plak kat beg merah legend tu. Dah mana ntah perginya. Banyak jasa beg tu.

Aku rasa mcm menyimpang-nyimpang je entri ni. GPS dah salah jalan agaknya. ;P

Oke ah. Makan jom. Lapau.