Thursday, October 8, 2015

Benda Best Nak Share, Great Deals!

Assalamualaikum readers..

Aigooo mcm kekok jeeee hahaha Dah lama tak update, ada membe kata dah nampak sarang labah-labah dah kat belog ni. Hikhik

Thanks la kat membe ai sorang tu, buat diri tersedar dari lamunan, off day terus tergerak nak update sket. Luls

Alhamdulillah aku now dah over a month kat Tanjung Wellness Spa which is pepandai la korang waze kalau berhajat nak menyantai menyepa ya. Wah menyempat promo tempat spa kita pulak. Oke la so far, surrounding okay, kerja pon oke.. Cuma line telefon je yg tak okay. Hutan bebenau gamaknya. Jangan kata 3G, E pon kadang-kadang tak dapat weh. Ada pernah emergency call only terus. Ada ke patut. Nak tanya password WiFi mcm serba salah pulak. Ye la, aku kan budak baru situ. Nanti lah, kot dah terjana ukhwah yg lebih mantap, aku try la jet2 ty password WiFi situ. Haha

Eh, korang dah daftar Mykad belum ni?

Pernah dengar Mykad Smart Shopper Program?

Yang ni..


Daftar percuma je, skali seumur hidup, takyah renew2 bagai. Haa lepas tu, gi kat playstore, donlod application MSSP (mykad smart shopper program) ni. Bukak situ bole semak senarai kedai2 berdaftar dan.... apa lagi?? Berbelanja lah.. Bole dapat discount, boleh dapat point.. Point dalam bentuk ringgit RM lagi. Boleh guna untuk perbelanjaan seterusnya. Memang great deals ni! Don't miss it, people!


Haa tuu tengok atas tu, hotel ada, butik ada, kedai makan ada, kedai omeh pon adooo.. Macam-macam adooo.. 

Untuk yg belum tau tu, ini lah dia fungsi Mykad yang ke-50 which is berbelanja. Mykad kita bukan je sebagai tanda pengenalan diri, nak shopping pon boleh guna okee.. Canggih tak canggih zaman skarang ni.

DAFTAR SINI: 

Oke, now go click the link and register your Mykad.
Daftar jgn tak daftar!

Will update more to you later. Babai readers..

:)

Thursday, September 17, 2015

Unpredictable

Assalamualaikum..

Sekarang musim jerebu. Satu mesia jerebu. Negeri korang punya IPU berapa? Agak2 teruk tu pakai je la face mask keluar. Kang kena respiratory tract infection tak selesa nak bekerja or apa2 lah korang nak buat.



Ni lah dunia aku sekarang. Bermain dengan minyak, essential oil, produk2 body treatment.. Ya, now aku berkecimpung dalam industri spa. Baru sangat lagi. Tak layak nak state brape lama experience aku. Nyahahaha

Ermmm... But kalau ada kawan2 kat sini nak treatment bole roger2 ya.

Life is unpredictable, guys. 

Aku pon tak pasti how I end up doing spa therapy.

Tapi mcm best if one day I can operate my own muslimah spa kan? Who knows.. (amiin.....)


Saja nak sedapkan mata sendiri tengok belog berupdate. Takla berhabuk berdebu aje kena tinggal.. Ckckckckck


K bai korang.

Thursday, July 23, 2015

Semudah A B C

Assalamualaikum...

Tajuk tak nak cliche lagi. Ahahajakhkhkashauf

Ingat nak buat entri wordless Wednesday tapi tetibe aku terdapat ilham nak share benda ni khususnya utk ladies kat luar sana. Hikhik so kensel lah buat wordless Wednesday ya.

Topik hari ni ialah Double Cleansing. Pernah dengau? Macam familiar kan kan? Semenjak aku blaja modul facial treatment (requirement and procedures) ni kan, ilham nak share pasal beauty sokmo. Warghahaha Mengada. Lempang nak?

Aku pon sblom ni bajet2 cam paham konsep double cleansing tu tapi hakikatnya tak berapa paham pon.

So basically to those yg gemar pakai make up kat luar la especially yg selalu full make up dgn foundation, highlight, concealer, mascara 3 lapis, dgn segala tok nenek bronze blusher etc etc tu, haaaa memang sepatutnya setiap kali nak cuci make up mmg kena double cleansing.

Pasal ape, bila kte pakai make up especially peminat tegar foundations, uiiii mak aii jaga-jaga sangat pasal senang nak dapat clogged pores ya teman-teman. So, kat situ la pentingnya double cleansing ni utk make sure sume make up tu betul2 dah terangkat atau pun totally removed from our skin. Plus, die penting utk stabilize back our skin's pH. 

Aku ada la sedikit sebanyak recommendation yg pada pendapat aku produk yang baik dan berkesan dgn harga yang berpatutan. Terpulanglah mengikut masing2 nak pakai brand apa, but these are the ones that I use..

STEP 1: REMOVE MAKE UP


Dalam banyak2 cleansing wipes yg aku pnah guna, yg ni paling best. Sedegil mana mascara aku pakai alhamdulillah pakai wipes ni boleh tanggal tanpa aku gonyoh sekuat hati sampai bulu mata aku pon tertanggal sekali (you know what I mean..). Pokoknya, memang bersih, sehelai cukup untuk satu muka, fragrance sgt soft, and kulit rasa smooth je x kesat lepas guna wipes ni.

Fun fact: Biasa org guna remover yg oil based kan, yg cecair die ada 2 layer tu. Memang senang hilang make up kita, tapi sebenarnya die bole buat kulit kte tumbuh oil seed (mcm jerawat, tapi dalam die produk berlebihan dari oil glands kat kulit kita). So, better pilih yg water based for example mcm yg botol putih body shop punya tu atau pun pakai cleansing wipes. :)


STEP 2: CLEANSING LOTION


Sebelum ni aku beli cleansing lotion ni ingatkan bole guna as regular cleanser yg kita pakai lam bilik air keluar buih2 tu. Haha Sekarang baru aku tau, cleansing lotion ni macam pre-cleanser la lebey kurang konsep die. Tak payah guna air or basahkan tangan or whatever, just cuci je muka terus ngan lotion ni macam mana kte cuci muka dgn cleanser.

STEP 3: FACIAL CLEANSER (CREAM FOAM/BUBBLE FOAM)


Haaa Lepas tu baru cuci muka ngan sabun pencuci muka.. Sbnanye better pakai yg bubble foam, sbb lebih hygiene giteww.. especially utk yg kulit oily atau acne prone. Tapi cream foam yg biasa tu pon boleh je..

Cuba uols try buat double cleansing ni kat umah, rasa the difference between kalau kte cuci make up dgn cleanser sahaja, dgn kte cuci make up dgn 3 langkah ni. *wink wink*

SAY NO TO CLOGGED PORES! GYEAHH

Menjak aku mengerti apa itu double cleansing ni dan kepentingannya, now aku dah selalu cuba merajinkan diri untuk buat setiap kali nak cuci make up. Kulit aku tak cantik cam Dato' Siti beb, nak tak nak kena jaga jugak.. Sobs sobs

So, selamat mencuba and thank you for reading.

Love.

Monday, July 20, 2015

Caaakkk??!!!!!!!

Assalamualaikum all..

Hye, selamat hari raya aidilfitri to those yg celebrate eid. Eid mubarak, may all of our prayers and ibadah during Ramadhan will be accepted by HIM, inshaAllah.. Ameen.. :)

Kira aci lah ni entry raya kan, baru syawal ke-4 ni. Hee

Quick update je ni kot la ada yg bengkeq asek tengok entri lama dah nak dua bulan kan. Maafkan beta, beta banyak urusan kerajaan negeri sejak dua menjak ni *read: pura-pura banyak urusan*

Raya tahun ni alhamdulillah la complete family aku semua ada cuti, balik kampung sama-sama, makan besar sama-sama and everything. Ramadhan hari tu mungkin bukan Ramadhan terbaik aku, tapi aku dah cuba buat yang terdaya and tawakal alallah, semoga diterima. Engkorang plak how was ur Ramadhan? Kita sama-sama doa dapat bertemu Ramadhan seterusnya dalam keadaan sihat sejahtera ya, ameen...

Aku dah nak 2 bulan kat tempat blaja baru.

Aku ada 3 bulan untuk complete kan teori n training secukupnya sebelum start practical. 

It's something to do with beauty and wellness. Aku cam tazabar nak dapat that certificate but I need to complete this whole course and sit for the exam first, there's no other way. 

I know, I made a rare decision which was to change from "academic line" to "skill line", even waktu interview pon mmg interviewer tu dah mention kat aku. So, aku mmg dah aware benda ni from the beginning.

But you know what, opportunity tu bukan tak ada, dah ada depan mata, tak salah pon kita grab. Tak gitu? Life is short bebeh.

Oke tetibe tersedau amenda aku membebel ni haha.

Anyway, just to say hi to you after one month plus plus~ I wish you guys a wonderful raya and don't eat too much otherwise you'll get sick. 

I will write more later, inshaAllah.

P/s: Tak tenteram aku menaip pasal ada lipas dewasa kat atas lantai lam bilik niha. Hmmphhh