Saturday, April 2, 2016

Just another rambling session

Haaaiiiiii...

Hari ni aku masuk keja pkol 3.00 pm. Diorg start buat sistem shift pulaaakk. Best la masuk lambat tp balik pon da pkol 11.00 pm chuyy. Nasib baik tinggal lg 2 bulan je aku training situ. Dayummmm nak hadap ujian lagi. Model pon xtau nak bawak sape ni. Aiguu

Aku lately teringin nak update itu ini konon kat belog. Tapi kau tau la camera HTC aku kan lowlight keluar warna pepel. Susah aku nak mengekspresikan suasana. Haha Back camera je pepel kamera depan ok. Pai hati HTC tak kasi ganti rugi kat kamera aku yg pepel itu. (padahal aku yg tak hantar henpon time tempoh warranty)

Last month je aku rs aku dah spent over budget utk skincare and cosmetics. Teringin la nak buat review kengkononnya uolsss.

Hurmm tapi takpe. Aku nak tggu ipad mini aku smpi. Mn tau boleh memicu entri2 beauty di ms akn dtg? *semoga aku rajin luls*

Aku bukan beauty guru uols. I'm just a person with sincere interest and passion for beauty and skincare stuff. Gituuu If it ever happens that you're crazy about skincare and makeup like me, than I hope you enjoy reading my blog. Feel free to leave some comments. I like reading them. Hehe

Kawan aku kat Karisma la ni ajar selfie guna filter app. Amboih.

Okey girls. Gotta go.

Will update more.

Baaaaiiii

;P

Thursday, March 17, 2016

Moringa

Hai uols.

Uwah cantik tebal kulapuk kat blog kecik aku ni. Good job miss. Hurmm today aku off. Siang tadi pergi berjalan dgn colleague spa sbb die off sm ngan aku. Manager kitorg bru balik dari kampung. Memula membe aku tu cam x jd nak off, tp last2 die tergoda dgn panggilan kedai Dees kat Jusco.

Ms die menyoping kat Dees aku siuman lagi. Belum ada setan2 yg menghasut utk berbelanja bnda2 tak perlu.

Start bila masuk Daiso. Mula daaahhh nak grab bnda2 like kotak hadiah (kunun nak letak brg2 mekap or accesories kecik2 dsb), pastu razors lah, bathroom suction hook lah. Benda2 yg aku rs sblom ni xde pon oke ja.. Hurrrmmmm

Tp bathroom suction hook yg aku beli kununnya nak letak sponge tu hampeh btol. Tak bgus plak brg die. Asek melorot jatuh je kalau aku letak sponge. Annoyingly not useful. 

Lepas beli2 kat Daiso tu aku ngan membe turun n masuk pulaaakk kat Brand Outlet. Terembat lah seluar 2 pasang. Yg ni aku maafkan la diri snirik sbb dr last year mmg ada niat nak beli seluar pon.

Sekali turun bwh sebelum blah menapak pulak kaki ni masuk Body Shop. Hajat di hati nak beli mist je. Aku cari moringa body mist which promoter tu kata tak pnah ada kat BS Malaysia. Janam btoii. Tp sbnanye aku terpengaruh ngan Eddy youtuber tuha die ckp tu signature fragrance die. Bukannya aku tau pon bau mist tu, igt nak try la sekali takde pulak khaaannnn.. Zzzzzzz

Tp psl moringa tu tak kisah sgt la, yg mslhnya ntah hape aku beli dgn youth drop lotion, pastu another body mist, termasuk yg red musk tu (which aku mmg nak beli la awalnya).. Oh maiii terlupa dah waktu tu aku shud save money for other things. Nasib baik buy 3 free 1, but still.... tsk tsk

Mungkin aku tak cukup baca doa pendinding membazir tadi.

Balik umah tros buat kira2. Mcm Haji Bakhil pulak aku ni.

Please don't judge me. Luls

Dah lah. Esok keja.

Bai gegirls.

Thursday, January 14, 2016

Winter Story

Assalamualaikum.

Cerita bulan lepas ni. Melajak ke tahun depan baru nak stori. Dah nak basi dah. Haha Tapi memori dalam kepala mcm bru hari tu je merasa winter. Amboi.

Alhamdulillah, akhirnya umur aku 25 tahun ni baru berjaya nak merasa cuaca winter. Tu pon kat Beijing je. Europe2 nanti lain tahun inshaAllah. Try test winter kat Asia dulu. Kot la serik terus taknak dah pergi tempat sejuk.

Aku ingat lagi hari aku sampai China hari tu, keluar je flight die punya angin sejuk fuuu mak aii menusuk mcm ke tulang aku rasa. Tobat aku. Mana tak nya, underestimate nau kan, sekali ambikk. Selamba je aku keluar dgn baju selapis je. Baju tebal simpan lam bag konon nti dah kua baru nak sarung. Sekali kuar flight je berketap2 terus gigi. Haha

Pengajarannya, kalo pergi negara sejuk n mmg tgh winter, dah nak landing tu bole sarung dah baju tebal. Jgn eksyen mcm aku ya. Luls

Great Wall of China yg ada salji sket2. Yahuu one of the world wonders checked. :)

Aku gi Beijing 5 hari. Banyak la jugak tempat pergi. Tapi trip family aku hari tu lebih kpd tengok scenery and historical places. Bukan trip bershopping. Ada org yg prefer lebihkan tempat2 shopping, depends lah intention engkorang. Boleh discuss lah ngan agennya. 

Antara tempat yg aku ingat, Summer Palace, ada lagi satu palace tu tak ingat plak nama die, forbidden palace (aku tak pergi yg ni, family aku yg lain pergi), market ape ntah nama, pastu some weird food market kat tepi jalan, jade store, tea ceremony place, bamboo product store, silk factory, pastu ada jalan lama zaman empayar dinasti ape ntah which kat situ now dah jadi mcm mall jugak la cuma the buildings masih tapak binaan lama. Emm..yg lain mcm biasa2 je kot including some muslim restaurants and mosque.

Oh yes... The incredibly amazing acrobatic and kung fu shows! Oh yang dua ni super awesome korang kalau pergi Beijing wajib tengok show diorang. Melopong2 oke tengok aksi diorang. Mid air tumbling dan segala jenis tumbling live depan mata. Aku taktau la mcm mana diorg buat, but mmg tak mengecewakan btol show diorg. Perghh mmg tak bleh lupa.

Mcm kat Namsan Tower kat Korea pulak diorg letak mangga kat tepi2 tembok besar ni.

Makcik beg merah.

Ni kat jade store kalo tak silap. Konon rilek padahal tangan punya sejuk, hidung aku pon naik kebas bernafas kat sana. Sejuk woi.

Overall, aku puas hati ngan Beijing trip ni. This winter experience akan ku sematkan dalam kenangan hidupku. Ewah.

Beijing mmg tempat yg banyak sejarah. Kalau korang suka nak tengok tempat org, and jenis yg suka nak tengok variety cultures, suka tengok tempat2 sejarah, aku rasa China antara option yg munasabah la untuk korang pertimbangkan.

Btw, aku nak ucapkan happy new year to all. I hope a lot of great things will happen this year :)

Stay healthy, stay happy everyone!

See ya

Thursday, November 26, 2015

Sakit Tekak

Hai babe

Takde Strepsils plak. Tetibe je tekak perit. Tadi main hujan sket kat luar. Jumpa membe aku time hosmen kat Pilah dulu, ex-rumet sbnanye kat kuarters. Teringat zaman orientasi ngan tagging dulu. Skang, die dah sukses. Sukses bisnes, sukses ho-ship jugak (tak lama lagi abes tu), and dah nak nikah awal tahun depan. Jumpa die amek aura positif sket. Pastu, bulan depan amek aura positif kat China pulak. Eh.

Cerita pasal sakit tekak tadi, mungkin sebab kena hujan time cari kedai pecel lele tadi. Atau pun air bubble tea yg aku beli sebelum jumpa membe aku tadi tu tak bersih. Sebab, aku ada bad experience ngan air kat kedai bubble tea tu. Jumpa lalat lam bubble tea aku. Boleh?

Aku pon gatal. Dah tau pnah jumpa lalat lam air kat kedai tu, still nak jugak beli air kat situ. Hish.

Tapi mungkin jugak bukan sebab air bubble tea tu semata-mata.

Aku cek kat henfon suhu kat China skang amboi kemain sampai cecah -6 degree celcius. Hopefully semua yg terlibat utk trip tu nanti sihat walafiat lah. Tak kuasa nak hadap flu or batuk dgn cuaca sojuk camtu ya tuan-tuan puan-puan.

Aku tadi beli Oxy 10. Baik nau pulak jerawat nak membiak 2 minggu terakhir ni. Ada je lagi Oxy 5 kat umah tapi aku terpedaya dgn tulisan "for stubborn acne" kat packaging Oxy 10 tu. Dalam hati aku, jerawat yg tumbuh sekarang ni dalam kategori degil lah jugak. Memang nak kena hajar.

Sekali kan, aku balik umah tengok2 belakang box tu die tulis "may bleach hair and dye fabrics". Panik la kjap. Macam ganas je efek die. Haha Pastu nak tepek kat muka. Hurmm Tapi dah tepek dah tadi. Puhh puhh puhh Semoga kau hilang lah esok lusa..

Aku terjumpa talent baru hari ni ni. Iaitu meniru gaya watak hero dlm drama "The Greatest Love", Dok Go Jin. Aku baru perasan td time sembang ngan adik aku pagi tadi. Aku nak memeriahkan suasana je sbnanye. Pastu adik aku kata sama pulak reenactment aku. Kah kah kah

Oh ya tak ya. Episod final belum abes tengok lah. Tengok sekerat jalan je tadi sebab ngantuk. Ada ke patut.

Nak abeskan tengok drama ni, pastu... Tido lah kot. Cam ngantuk je pulak.

Lupa nak warning entri ni entri sembang2 je.

Kalau dah terbaca sampai sini, terima kasih.

Oke bai. 

Good bam.