Sunday, March 17, 2013

Semangat dan Inspirasi

Salam.

Ewah! Dah abaikan blog ni lama2 tiba2 update tajuk nak serius kan?? Hehe Memandangkan hari ni hari Ahad dan aku asik la termengong-mengong depan laptop ni, jadi adelah baiknya kalau aku menghupdate sedas hari ni. Ohoi bukan senang aku nak ade keinginan mcm gini sejak 2 menjak ni.

 Kadang2 aku ade tabiat suka bukak n belek2 balik benda or barang2 yg aku simpan, like diary ke.. pakaian ke... or benda2 kecik2 mcm keronsang/brooch, even name tag lama2 aku. Nanti bila pegang je benda2 tu tiba mcm2 memori menerpa dalam benak fikiran. Ewah, mcm dalam filem pulak. Engkorang ade tak tebiat mcm aku?

Anyway, pnah la aku godek2 balik entri lama2 dlm blog ni.. Nak2 yg waktu aku mula2 blogging dulu.. Bila aku baca2 rasa macam.. E ehh ade jugak bunyi2 innocent kat dalam tu kan. Itu maksudnya aku skarang makin tercemar ke eh? Haha

Oiii langsung takde kaitan ni dgn tajuk.

Ok okkk sbnanye tahun ni umur aku da nak masuk 23 tahun. Ye adik2, umo saya dah makin tua (ade pulak orang yg makin muda kan?)

Makin byk bnda yg aku experience, makin aku dpt rasa yg aku ni bukan jenis orang yg bersemangat tapi selalu ada inspirasi. Hoho Bnda apa aku carut ni kan?

Emm.. Ada jenis org yg aku perhatikan slalu ambitious, slalu energetic utk beraktiviti setiap hari. Dia tahu apa yg die nak, n die willing nak bg effort utk dpt ape yg die nak dlm hidup die. Setiap hari die maintain spy die slalu on track utk dpt ape yg die nak. Yg ni jenis yg semangat.

Aku x rasa org yg semangat ni dgn tiba-tibanya bersemangat. Mesti ada sesuatu yg inpired die sampai die jd semangat mcm tu.

But the question is, I'm a type of person who always get inspired by things/people but never constantly being full of spirit so why is that?

Even a random picture like this can inspire me. Ade x org lain mcm aku?

Lagu yg simple pon bole bg aku inpirasi. Dan kadang2 lirik lagunya lain, tp inspirasi yg aku rasa lain drpd maksud lagu tu. Seems like I'm having some kind of delusion, kan?

Dari kecik aku mmg ade penyakit suka berfikir dan bertanya bnda2 yg random. Org2 yg pnah atau skarang ni berkawan dgn aku akan perasan bnda ni. Kadang2 aku rasa mcm aku ni ada masalah jiwa pon ye jugak. Tp x nak la aku sakit jiwa. Hew hew

Otoke?? (Ewah, gara2 byk sgt tgk running man skarang aku asik melatah bhs Korea je uolss) =P

p/s: Ni ape yg terlintas dlm fikiran aku, maka aku taip.. Lalala~

Saturday, February 23, 2013

Terabai

Hye!

Wahh lamanya aku abaikan blog sememeh ni. Mcm mana aku bole tergamak tinggalkan blog ni smpi mcm ni skali?? I'm very very sorry dear blog. Mama's too busy doing nothing in this few months. 

Santai sgt ke sampai takde buat apa kan? Biasa je.. Kua umah pkol 6 pagi, balik kadang2 sblom zuhur, kadang2 30 minit atau sejam lepas zuhur. Pastu balik sambung aktiviti2 penganggur terhormat kat umah. Dasarrr... Patut pon dokter tanya, aku cengah-cengih je. Ini rupanya keja aku. Hew hew

Kejutan budaya ke apa aku ni. Dapat stase yg x payah jaga emergensi malam2 je bukan main lagi goyang kaki kau ye? Tapi aku menganggap bahwa benda ni kita kena jalani je. Bak kata ada dokter tu, time santai kita santai laaa time busy, jalani ajaaa

Sbnanye aku malu ni. Waaaa mana gua nak taruk muka gua mcm ni.

E eh cam cute plak singa ni main totop2 muka kan? Cuba kalau aku buat mcm tu? Mmg ada gaya nak mintak pensepak sedas.

Takde la, bukannya malu apa. Segan je kot sket. Segan dgn viewer yg singgah lepas tu blog ni mcm para tempat lepak tunggu durian gugur di musim yg bukan musim durian. Ha punya la panjang perumpamaan aku nak melambangkan betapa lama aku "hibernate"kan blog ni.

Mungkin sbb rasa lama sgt aku jadi student buat aku rasa kurang semangat nak buat semua benda termasuklah update blog. Ish3 teruknya aku.

Kadang2 memang ada membe yg menyarankan supaya aku update blog tapi apakan daya, intoksikasi vitamin M telah membuatkan aku leka dgn dunia mengong-banyak-masa-tapi-xbuat-pape aku. Ouhh blame me blame me. It's all my fault.

P/s: Aku dah bole mengundi tahun ni. Tp masalahnya, my political knowledge is like almost ZERO! Aigoo jgn la aku kena buang negara. Har har har

Thursday, December 13, 2012

Menghibur hati di kala 12/12/12 dan Life of Pi

Salam and hi to all

Kadang-kadang tak semestinya tarikh cantik, semua yang berlaku hari tu cantik. Ouh tidak. Tak semua orang sebertuah itu. Hew hew

Ada orang buat jenaka ttg filem 2012 tu. Konon-kononnya panitia kiamat mengalami kesilapan teknikal dan kiamat diundur ke tahun yang lain. Jangan buat main kiamat2 ni hadoy. Mungkin they all semua tak percaya ttg hari kiamat so diorang saja berlawak jenaka. Gila. Mcm nak meremang bulu roma ai uols.

So apa yg berlaku pada tanggal 12/12/12 ni kawan2? Apa aktiviti korang siang tadi? How was the whole day? Oke ke tak oke?

Hari ni aku mengalami kepala nyut-nyut sbb esaimen tak siap. Haha Itulah die kalau penghidap kelebihan vitamin 'M' yang dah kronik mcm aku ni mmg slalu ada trouble nak siapkan esaimen. Kalau kena rotan baru nak gigih agaknya. Tapi aku x nak la kena rotan uols. Auch.

Heih apa aku merepek ni hadoy.

Macam ni cite die... Sbnanye tadi aku keluar dgn Azie Azra sbb aku rasa teringin nak pergi menghiburkan hati yang lara dgn berjalan-jalan dan berborak-borak kat mall. Kalau nak harapkan aku pergi menghibur hati dgn acara panjat gunung ke or berkhemah kat hutan ke...mmg tak dapek la kan. Aku indoor orangnya. Mungkin istilah sebenar ialah 'inmall'. Hehe


Teruja nak letak gamba air yg kitorang minum ni sebab warna die menarik n gelas air aku tu unik. Nilah first time aku minum air dalam gelas mcm bekas jeruk. Bila fikir secara cepat, rasa mcm tak senonoh pon ada jugak. Jadi aku pon fikir lambat2 sket supaya bole minum dgn rasa x bersalah. Gahaha

Ouh ye. Kitorang makan kat Ramen.


Azie dapat posting kat Ear and Throat kat hospital yg skarang ni lepas ni. Agak gembira di situ.
Aku: "Bes la azie lepas ni dapat BY lagi...santai.."
Azie: "Hmm...aah. hehe" *buat muka tgh fikir sesuatu*
Aku: *buat muka nak tau apa yg azie fikir*
Azie: "Azie x jaga malam lepas ni. Kalau tqa ajak azie kua, azie sentiasa free...hehe"
Aku: ................

Kitorang tengok Life of Pi.

Siryesli, cite ni sangat sangat sangat sesuatu. Mendalam mesej die. Aku x tau nak huraikan mcm mana, tapi yg penting kitorang enjoy aa wayang tadi. Sampai dah kat lua mall pon masing2 termenung teringat kat cite Life of pi ni. Konsep die simple je. Just nak cite pengalaman seorang budak laki yang survive daripada kejadian kapal karam yang dah meragut nyawa semua penumpang kecuali budak tu, dan empat binatang liar milik bapa die n tikus mondok yang ada kat dalam sampan darurat yang die naik tu. Tapiiiiii....dia punya bermain dengan emosi dan fikiran tu memang top markotob. Dalam betul.

Kitorang tengok yg 2D. Dia ada yg 3D. Konfem bole mabuk kalau aku tengok yg 3D. Dia punya illustration superb!

Rasa mcm nak download cite ni n simpan buat koleksyen aku.

Tulah die 12/12/12 aku. Sesuatu banget.

Cubaan meletakkan gambar muka senget. Seram tak? Har har har

Pergh. Blog jugak yg siap. Esaimen gua tak siap2 gimana sich? T_T

Sunday, December 9, 2012

Biskut krim

Aku bukan jenis yg suka sangat makan biskut. Nak-nak biskut krim. Dulu waktu kecik2 aku blaja makan biskut kat kampung sebab petang2 biasanya nenek akan buat kopi O pastu cecah dgn biskut pingpong yg keras tu. Kalau x, biskut kering or ada yg panggil biskut lemak. Sbnanye biskut kosong yg HupSeng tu. Kalau xde jugak, cecah dgn biskut marry. Rasa perfect dah even biskut cecah kopi O je. Waktu tu aku x kenal makanan-makanan orang kaya lagi. Muahaha

Bila aku masuk form 1, aku mula masuk asrama. Haaaaa zaman2 asrama la yg byk mengajar aku makan biskut mcm tu je kalau xde benda nak makan. Sebut je nama biskut apa waktu tu, inshaAllah aku tau. Sebabnya, dulu duk asrama budak2 dorm mmg suka offer2 makanan antara 1 sama lain. Secara x langsung ko akan dapat tau biskut ni sedap, biskut ni x s brape nak sedap. Sharing is caring la katakan.

Tapi aku mmg jarang makan biskut jenis sandwich, yg ada krim kat tgh die. Sebab aku rasa krim tu buat muak. Nti kalau beli sepaket besar, msti aku x kan habis. Las2 masuk tong sampah. Better aku beli biskut yg sekeping-sekeping je. Antara yg biskut krim yg aku bole telan is Oreo. Sebab die pahit. Suka!

Tapi tiba-tiba kat sini aku kenal 1 lagi biskut krim yg sedap.

Julies cheese sandwich.

Biskut ni baru wujud ke apa aku pon xtau. Satu hari pon aku bole habiskan sepaket. Tapi paket aku beli kat cni kecik sket drpd yg dlm gambar.

Kat Indonesia ni takde Munchys. Wuuuu Sedap kot biskut2 Munchys. Dah brape tahun aku x makan Munchys. Untungla sape2 yg duk kat Msia bole makan biskut Munchys hari-hari *tetibe*