Thursday, October 30, 2014

Off day and non stop cleaning at home

Assalamualaikum..

Apa kabau readers semua? Wah tak sedau diri dah berkurun tak hupdate ada hati nak ty khabar readers kan? Hahah

Dah 2 minggu sebenaunya aku masuk keja kat dot dot dot. Saje.. Amek pengalaman sambil buat duit. Aku tak plan utk keja kat tmpt skang aku keja ni utk jangka waktu lama pon but yeah, family mcm rimas agaknya aku asek duk umah 24 hours doing online business and stuff.. So oke lah aku keluar rumah lah. ;P

This whole new lifestyle is like 360 degree different than what I used to live with. Plus I have zero friend here and kat tempat keja pon hanya bertemankan bos2..it's not easy jugak sebenaunya. But no stress lah. Bos pon pandai bergurau n tak seram pon. 

Ada give and take la kat situ. Bila kita korbankan certain things utk dapatkan apa yg kita nak, kita akan dapat apa yg kita nak but kena face the other side of it jugak lah kan. Gituu

Last week aku takde off sbb bos aku sorg tu cuti Deepavali so aku ade spare cuti sehari which aku blom ada plan nak guna bila.

Hari ni off macam2 pulak la nak bersihkan kat umah ni. Nak cuci toilet sebijik pon pakai pause2. Kjap lagi sambung. Haha Udah le back pain aku belum baik. Nak menyental toilet tu bongkok2 rasa mcm golongan veteran je sbb back pain ni.

Cite psl Maybank before this akhirnya dah setel. Dapat refund akhirnya, alhamdulillah..

Yahuuu!!

So far everything is just fine.

Okay, kjap agi nak sambung cleaning process. *boring kan?*

Anyeonggggg

Monday, October 13, 2014

Sakit hati

Assalamualaikum wbt..

Aku bengang gila dgn Maybank. Tak sangka pulak bukan aku sorang je kena camni.

Korang pernah tak kena charge apa2 dgn Maybank secara autodebit? Selama ni aku x perasan pon. Tiba-tiba Allah nak tunjuk agaknya semalam aku ada buat online transaction lah utk something. Alih-alih aku tgk baki dlm akaun kurang RM 100. Watdehek??

Hantu mana pulak guna atm kad aku? Last transaction pon online kot. Aku mmg kompiden duit dlm akaun aku tinggal brape byk. Jgn nak main2 dgn org OCD mcm aku. Seposen pon aku perasan ya.

Pastu aku dah gelabah2 + amukan ablasa tu, aku ty besfren cmne nak tgk full transaction history. Sekali on the same day aku tgk ade another transaction tulis "DEBIT ADVICE".

Dah nak debit amenda pulak ni? Aku takde sign up apa2 insurance pon la stupid!

Aku igtkn baru kena. Sekali tgk few months ago mmg ade mnda alah tu deduct RM 100 setiap 12 hb rasanya. Eyy mangkuk hayun betul.

Kau jgn nak pau duit org sesuka hati boleh tak?

Kau igt duit tu dtg dr langit, suka hati je nak deduct2 automatik.

Wuwuwuwuwwuu

Tak pasal-pasal dah buat aku merempan kat belog.

Aku google2 semalam. Antara mangsa2 debit advice ni ada yg sbb insurans la sbb sign up apa2 yg membolehkan die auto deduct sejumlah wang drpd akaun kita.

Aku mmg takde amek apa2 insurans kot setakat ni. Kurang ajau betul siapa yg tarik duit aku tu. 

Hopefully boleh refund.

Aku dah pg bank ty td. Mengada tak boleh trace lah kunun. Aku tau sistem kau bole trace online je. Suruh aku bawak statement la whatever. Padahal akak first yg aku jumpa td rilek je go through akaun aku kat komputer die.

Cam cibai.

Kalau drpd bulan 6 means dah 400-500 jugak die amek. Gila lah manusia ni.

Sumpah marah!

Patut lah before this aku ingat ada one day tu aku perasan mcm baki duit lam akaun mcm kurang 100, but aku igtkn aku yg pakai.

Rupanya mmg duit tu lari ke mana pon tak tau.

Esok aku nak pg bertenggek lagi kat Maybank. Kau jgn smpi aku memekik kat situ. Terbalik jugak meja kau karang aku buat.

*Sabau tiqah sabau...*

Okey. Hopefully next entry adalah entry gembira.

Bukan lagi entry merempan mcm ni.
Oh please, life treat me nicely.. :((

Thursday, October 2, 2014

Nasihat

Assalamualaikum wbt..

I know I know.. it's been long since my last entry. Traffic blog ni dah la sepoi-sepoi je, bila tak hupdate lagi lah mcm pig snail. Haha

Tapi wa takde hal. Wa bukan artis bro. Takde sape kisah pon wa py belog ni. Kdg2 wa senirik pon tak kisah psl belog ni. xoxo

Hari ni last day preorder perfume. Ingat cam nak chillex je lah. Tapi alhamdulillah rezeki Allah mmg suka buat seprais2 ni. Haha So tadi dah setel order customer. Walaupun last minute, rezeki tetap rezeki haruslah bersyukur.. Gituu

Who knows I would entertain customers like what I'm doing now kan?

Aku pon tak pernah terfikir one day aku akan berjinak-jinak dgn bisnes. Aku dah la mmg sejak skolah dlu ade masalah sosial sket. Nak2 ngan org tak kenal mmg selalu sgt awkward sendiri. Padahal org tu chillex je biasa jek.

Sbb aku yg low self esteem agaknya.

Bila masuk universiti dulu after several months baru aku mcm oke sket lah. Aku rasa sbb surrounding kat Jakarta dulu jugak. Kat sana walaupun aku tgh kat med school, surrounding die takde lah mcm siryes sgt, semua org hadap buku n notes doploh pat jam n stadi sokmo. Takde pon gitu. Ceria je sume org. Nakal je bebudak medik kat sana. Kadang-kadang aku tak rasa pon mcm kat med school.

Ada kaitan ke ada kaitan ke apa aku menceceh ni?

Anyway, aku sebenarnya wonder adakah zaman sekarang budak2 skola menengah punya pendedahan terhadap profesionalism or kos2 kat universiti dah membaik ye? Kalau baik, baguslah.

Zaman aku dlu, aku rs pendedahan ttg alam kerjaya dan bidang2 yg ada kat luar tu mcm tak berapa mantap sgt. Ended up ramai students yg pilih kos based on what people said as "kos yg bagus", "kompem ada kerja", "masa depan terjamin".. and etc etc.

Dulu internet pon dial up. Nak tunggu die dial pon kdg2 berkali2 nak kena ulang asek tak dapat je. Kadang2 terputus la kena dial balik. Aku bet budak zaman skang kalau kena duduk zaman aku dulu mau menangis meraung sbb internet terbatas gila. Haha

Sekarang ni nak search tentang apa sume kat hujung jari je. Mcm2 information or even kuiz2 personaliti lah kuiz kerjaya lah kau boleh buat online je. Dulu? Non hadooo. Hang nak kuiz2 personaliti la bagai pg lah kat bilik cegu kaunseling tanya. Tu pon kalau ade lagi kertasnya. Kalau tak hang kena tunggu cegu fotostet dlu ye harap maklum.

Untuk readers yg muda-mudi kat luar sana andainya adik2 baca entry ahkak kau ni, tolonglah mulai dari zaman sekolah lagi dah explore ur interest. Memang kat sekolah kita akan tak fikir masa depan sgt, fikir nak enjoy seronok dgn kengkawan je.

But plis lah at least you can figure out course that you're interested to, or even better kalau ada masa lebih tu buat la research sket pasal course2 yg ada kat luar sana at least you tau apa bidang yg you bole shortlist kan sbg ur options bila nak apply masuk universiti nanti.

Aku admire org yg mmg sentiasa bermatlamat dlm setiap bnda yg die buat. Nampak die passionate dgn bnda yg die buat, happy dgn apa yg die buat. Tu lah true satisfaction.

Siryes kalau korang awal2 dah fikir ke depan, inshaAllah jalan nak membentuk karier tu lebih teralur gitu.

Jgn sekali-kali pilih sesuatu bidang tu sbb org lain okay? Make sure your choice is what you're passionate about and what you would want to do for living, orite? Pastikan the reason that you pilih sesuatu tu sbb yourself, because after all it's you who's gonna live ur life, not others.

Of kros harus ada nawaitu lillahi ta'ala, kepentingan family dan sebagainya di sebalik keputusan kita, but diri sendiri pon kena fikir juga ya.. :)

Macam siryes je aku menceceh mlm ni kan?

Tp I really need to write this and let it out from my chest. 

Oke dah malam.

Thanks for reading andddd have a nice day or night whenever you're reading this.

Peace!

^___^

Friday, September 19, 2014

Bella

Assalamualaikum wbt..

Patutnya siang tadi aku ada appointment ngan salun London dekat Bandar Hilir taw tapi cam males pulak nak perginya pun aduhai.

Mesti si Venner tu naik boring ngan aku asek tak dtg appointment jek. Dah le tepon tak hangkat.

Jangan marah aa amoii.. Marah cepat tua taw. Nanti muka u kedut2 sana sini siapa nak jawab puuunnnnn... Kataku sendirian.

Schedule diet die bagi kat aku pon aku wat tanampak aje.. Kikiki

Minggu ni kalau nak disimpulkan, kesimpulannya banyak kisah si Bella aje rasanya. 

Bukan Bella cite Twilight tu, oii kalau aku berkawan ngan Emma Watson mau dah macam KLCC dah tingginya hidung aku ni. Sebabkan bukan la hidung aku tak tinggi mcm tu. *jemah melalut lagi*

Ekceli yg nama Bella tu is kucing aku. Waktu die lahir dlu aku takde kat Mesia. Ibu ngan adik2 aku cite ade baby kucing lahir 3 warna, so aku suh la diorg simpan sbb jarang nak dpt kucing 3 warna. Aleh-aleh je nama die Bella. Dah semua org panggil Bella, mcm tak aci pulak aku nak panggil die Elizabeth tiba-tiba kan.

Memangggg... Kalau nak bg nama kucing kena tauk nama kelas2 sket.. Baru la fefeeling orang kaya Palembang ya.



Sebenaunya kucing2 umah kitorang ni tak tinggal dlm umah pon. Diorang ade kandang asing kat luau. Tapi kalau mak-mak buyung yg dah nak bersalin mmg ibu aku akan memerintahkan diorang utk dibawak masuk dlm. Aku selaku temenggung yang terhormat hanya menjunjung perintah. Ampun tuanku. Eh.

Tapi budak Bella ni masuk wad punya lah lama tak beranak2. Aku rasa 2 minggu jugak lah dia masuk wad.

Within minggu ni itu hari ade la dlm 2 3 hari tu die bleeding n keluar ketuban tapi tak beranak2 jugak. Last2 hari ketiga bleeding tu baru die beranak.

Total yg keluau aku rasa 5. Ke 4 ekor ye? Alamak tak pasti.

Sebab yg 3 or 4 terawal tu aku takde. Ibu aku la cite. So nak dijadikan cerita ade sekor kaler putih tompok2 hitam tu hidup taw.

Bella ni dah kali ketiga beranak. Tapi die ni mmg tak pandai nursery newborn kittens lah. Ke sbb kucing parsi mmg bengap tak pandai jaga n urus anak diorang ek?

Sbb yg sekor hidup tu pon ibu aku yg potong tali pusat n buang uri n tolong bersihkan sket2 n hulur kat Bella smpi die jilat2 bersihkan. 

Tapi sempat sehari lebih sket je kot budak tu hidup. Bella tak pandai nyusukan la. N baby tu pulak mcm tak jumpa cari susu mak die..

Tacing gila. Sebab esoknya tu aku ingat nak bg budak tu susu sbb takut die x survive sbb tak dpt susu mak die. Waktu aku naik amek something yg I thought useful to feed the baby kan, aku dengar baby tu berbunyi lagi taw.

Lepas tu aku turun bancuh susu n prepare susu dlm penitis mata (yes aku guna penitis mata utk feed kitten).. Bila aku amek baby tu alihkan nak bagi susu kan.. Aku tengok die dah tak bernafas. N aku titiskan susu pon xde reaction. Meleleh je keluar susu tu..

Setengah minit lah jugak aku termenung sbb aku baru dengau suara die tak lama sebelum tu. Tacing weh tacing gilaaaaa. Wuwuwuwwuuuuww

N the day that baby tu mati tu mmg ade lagi sekor lahir n tak hidup jugak probably sbb takde sape tengokkan n tolong bersihkan sbb aku ade kat tingkat atas n ayah aku keluar.

Murung je hari tu aku kemaskan n buang 2 baby kucing yg tak sempat menikmati dunia. :(

Bella pulak lepas baby die tu mcm dah tak bunyi n tak bergerak, tak lama lepas tu die keluar sangkar kecik tu n terus pergi kat pintu dapur. Bila aku bukakkan pintu dapur tu die pon keluar.

Macam die tau yg anak2 die tak hidup da..

Aku dah mcm org gaji die pulak tolong hapuskan bahan bukti. Kuang hasam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Malam semalam aku cilok eksrim ayah aku lam esbok. Sedap jugak eh eskrim potong ni rupanya.

Yg tak boleh blah tu translation BM tu "Konfeksi ais perisa keladi dalam konfeksi ais santan kelapa".

LULS

Tolonglah... Ape yg uols cuba sampaikan dlm description tu? Kalau mcm tak munasabah nau tak payah translate terus tak bole ke ya?

Tapi eskrim ni sedap lah.

Aku kasi 5 bintang!

Mengkome ce lah rasa sedas.

Dah. Bai!