Tuesday, March 31, 2015

Kuiz

Aku selalu ada masalah nak describe pasal diri sndiri bila org tanya. Bila aku kena explain utk menjawab soalan org lain aku tend to jadi vangang sket nak jawab eventho soalan tu pasal diri aku sendiri. Tapi bila aku bercerita, at random times laju je semua keluar. Penyakit kot.

Last few days aku ada buat kuiz kat website apa ntah namanya. Alah biasalah kat Facebook diorang ni macam2 ada. Jual spenda pon ada kat Facebook tu. Meluas sgt skop maklumat die. Maklumat yg merepek penipu pon berlambak. Sama-sama lah kita bijak memproses dan menerima maklumat yg org sebarkan kat Facebook tu ya.


"...meant to guide the world with your words". Wah bedevaaass kebabooo gitu ayat die. Saje je aku nak tgk apa kuiz ni analyze occupation yg sesuai dgn aku based on my answers.

Realitinya, aku memang suka menulis. Tapi menulis style mcm ni lah. Bukan menulis benda2 yg ilmiah yg berpandukan hasil thesis dan buku2 tebal ya. I do enjoy writing but I can't be sure that I always write about useful things. 

Honestly, tak nampak celah mana aku boleh jadi penulis profesional. Tapi takpe lah. Aku terhibur dgn hasil kuiz ni. Hahah

Lagi satu kuiz aku buat ni pasal picture story telling. Dia akan suh kte interprate gamba yg dia bagi then pilih jawapan mengikut apa yg kita fikir bila kita tengok gamba tu. Ada seploh soklan kena jawab.

So at the end of the test, I got....


Hurmmm.. Ada hantu ke ek tolong analyze kan jawapan orang2 yg jawab kuiz kat website ni ek? Sebab sebenarnya banyak jugak ayat-ayat die yg mcm betul. Aku tak kata totally betul ya. Not like 100%, tapi ada yg macam betul.. Gitu.

Lepas tu, aku excited and jawab another test pulak..


I am 68% emotionally stable yaw.. Oke lah tu lebih 50%, kira tak fail la ni kan. Tak payah resit. Kah3.

Agak-agak the other 32% yg tak stable tu mengganggu tak jawapan2 aku kat kuiz2 yg aku buat sebelum aku buat kuiz ni? Oh, crap.

So how am I gonna know the truth if it's like this?

Orang lain macam aku ke ek?

Sometimes aku rasa aku terlalu banyak berfikir. Tapi tak reti nak suruh otak tu slow2 fikir satu satu. N otak aku sentiasa berfikir lompat-lompat. Sampai kadang2 aku terlupa benda yg previous aku tengah fikir yg sebenarnya lebih penting drpd benda yg aku tgh fikir. Kalau korang paham la apa aku menceceh ni.

Macam semalam sebelum tdo, aku fikir pasal makanan ape yg aku nak makan kalau aku pg majlis barbeque. Luls. 

And the last thing that came into my mind before I passed out was...... SWEET CORN.

Sebelum aku betul2 tak sedarkan diri tu (into deep sleep), aku boleh teringat pasal Harry Styles sebab die suka makan sweet corn. Boleh?

Aku tau sebab few years ago aku follow 1D punya video diary kat Utube.

Takpe, nti ada pasau malam aku nak cari jagung kukus.

Good food never dissapoint living things you know.. Hihi

Sunday, March 29, 2015

Sungguh Mengada

Heyyy....

Dua hari ni aku mencari pasal dgn diri sendiri. Tulah gatal lagi nak tengok cite horror. Kau ingat kau berani sgt ke makcik oi?

*penyesalan tak bertepi*

Semalam aku boring2 aku search la cite2 yg berunsurkan kesaiko-an yg ada unsur2 thriller gitu. Pastu aku bernasib baik sbb cite yg aku tgk tu cite tahun 1994. Apa lah sangat zaman 90-an punya film effects kan. Banyak part takde background sound pon so kdg2 aku rasa mcm tengok the making je. Aku terbayang cameraman ngan sound director sume ada kat depan set tu. Wah kengkonon aku pon terlibat la tu ngan shooting. Jadi tukang siram air kat atas bumbung time scene hujan. Mbahaha

So overall cerita yg semalam aku tengok tu bole handle lagi la keseraman die. Tajuk Silent Fall aku rasa kalau tak silap. Nak tengok pi ah search kat Utube.

Sekali hari ni aku tak bernasib baik. Aku terjumpa satu cerita Philipines ni, cite ni dalam bahasa Tagalog la tapi ada subtittle English.



Cis. Nasib baik aku tengok time siang.

Aku tau sbnanye cite2 saiko n antu style klasik cmni mesti seram punya. Kan betul.

Cuma satu benda aku tak puas hati dgn cerita ni. Pelakon2 die apesal sume lawa2 hensem2? Macam kompius je aku nak sakit hati ke tidak ngan laki saiko dalam cite ni. Actresses die pon sket punya cun.

Lepas tu, bila part last2 tu sbnanye aku mcm tertanya2 jugak sbnanye polis tu kena posessed ngan roh laki saiko tu ke atau pun mmg die lah laki tu. Sbb bila budak pompuan tu dapat diselamatkan n time orang tanya2 tu die jawab mcm die tu sbnanye the other girl yg ekceli dah kena bunuh lama dulu. N part polis tu jalan pastu die tgk budak pompuan tu pastu kejap muka laki saiko tu pastu muka polis tu.. Ha kat situ aku kompius.

Haha spoiler alert to those yg nak tengok cite The Road ni.

Tengok ah. Best jugak bagi aku.

Eh, siapa tahu cmne nak ubah email address kat akaun Nuffnang eh? Hari tu aku ada hantar ticket kat Nuffnang nak tanya cmne nak tukar email ni. Sbb kat setting tak jumpa pon option nak tukar email. Sobs

Mengada nau nak tukar email pon hantar ticket kat Nuffnang. Ingat org tu takde keja lain gaknye nak melayan soklan remeh-temeh aku kan?

Hoih cepatlah hilang efek cite saiko ni woi. Tak larat otak aku nak layan.

Wednesday, March 25, 2015

I Like Colours! :)

Nak kata Pendidikan Seni kat skolah dulu selalu score, tak jugak. No no nehi haii,, Sesungguhnya aku memang bukan seorang yg berseni sejak kecik. Tapi manusia kan berubah-ubah. Hatinya, sifatnya, sikapnya..seiring dgn masa. Giteww

Perubahan yg ketara aku perasan sejak aku masuk university. Aku jadi suka dgn benda2 berunsur seni. Tak semua benda la tapi. Kalau lukisan mcm calit2 tu yg jual pon bole beratus USD tu mmg aku tak reti nak nampak la tang mana seninya.

Tahun 2010 aku nekad nak belajar main gitar. Memang aku betul2 belajar. Tapi cegu2 aku sume kat internet, mostly kat Utube la. Free je diorg ajar main gitar. Hehe Maceh cegu. Kira ada unsur seni la tu kan?

Sekitar waktu yg sama jugak, aku mula rasa minat dgn makeup. Aku sendiri tak perasan n tak ingat mcm mn bnda ni bermula tapi makin lama makin kuat aku rasa yg aku minat dgn produk2 kecantikan ni. Sampai adik aku one day tu die gelak kat aku sbb die kata aku la dulu org yg slalu ejek die sbb die suka melaram. Sekarang aku pulak yg main makeup. People change..  Ahakhak

Aku rasa tahun 2012 kot, aku mula minat dgn hair colors. Rasa teringin nak explore different hair colors makin lama makin kuat. And I did start to color my hair since then. 

First shade yg aku try waktu tu was medium golden brown by Revlon.
Yg ni, nombor 43.

Ofkos sebelum aku buat keputusan utk start dye rambut aku dah ty dulu org bole ke tak sume, in fact adik aku ada gi tlg tanyakan kat ustad die lagi. Bila dah yakin dan kompiden baru la aku beli hair dye box ni. Yahuuu

I watched tons of reviews and tutorials and done my research about it too before I decided on which product and shade should I go for. Dan akhirnya aku try Revlon.

First time aku dye waktu tu I wasn't really expecting any dramatic result sbb ye lah, apa lah sgt nak expect utk virgin asian hair like mine kan, unless you bleach it first. Ofkos lah nehi haii nak bleach2 ni. Aku tak seberani itu. Membayangkan betapa harsh nya the bleach could be. So waktu tu aku fikir, ala saje je la nak try. Just go for it.

Tapi it turned out that my hair absorbed the colour pretty well. Aku pon tak sangka. Mungkin pigmen kat rambut aku sebenarnya not that dark ke entah la. 

Lepas tu, honestly aku da try macam2 brand lain and try different shades jugak.. Tapi personal favourite aku tetap Revlon. Sebabnya, satu die takde ammonia. Ammonia ni bau die super tajam n kalau kita guna hair dye yg ada ammonia ni mmg tak bole buat keja dlm ruang tertutup. Alamatnya xbole bernapas la kau. Tengik! 

Kedua, rambut tak rosak sangat pakai dye Revlon ni. Chemical die tak sekuat brand2 lain yg aku pnah cuba. Nak2 conditioner die tu aku suka sangat. Bau wangi, bila lepas guna conditioner die rambut nampak sehat lembuuuuttt je.. 

Ketiga, kaler die tahan lama. Revlon Colorsilk ni mmg permanent hair dye. tapi ikut pengalaman aku, se-permanent mana pon hair dye tu, die tetap akan fade jugak setiap kali kita shampoo rambut. Utk slow down kan proses fading tu, boleh la guna produk yg khusus utk maintainkan rambut berwarna. But as for me, tak kuasa aku nak layan. Hahaha Apa yg ada tu la yg aku lenjan.

Keempat, dalam banyak2 hair dye yg aku pnah try, Revlon ni la sebenarnya kaler die yg turn out the closest to the shade shown on the box. Die ikut jugak condition rambut kita before coloring tapi kat rambut aku, brand ni la yg paling oke. It might be different to other people though.

Baru-baru ni aku try nombor 150 in red.

Revlon ada another range of hair dye iaitu yg Colorsilk Luminista ni lah. Yg Luminista ni katanya khusus utk dark hair. Dia la tulis kat situ. And color choices pon a bit different than the other Colorsilk range. Aku tak tau la ape aku fikir waktu pilih merah ni. Kakaka

Bukannya teringin nak rambut Rihanna red pon. Aku terpukau kot tgk mata model kat box tu. Cantik kan mata die? *tiba-tiba*

Anyway, lepas guna shade 150 ni aku dapat membuat satu kesimpulan. Sebenarnya this shade really works wonder to my hair. Selain roots aku yg lebe kurang 1.5cm waktu tu, rambut aku sbnanye mmg dah colored with another brown shade yg aku slalu guna. Tapi suprisingly dari roots sampai ke tips the color blend so well and I can barely see any brown tints on it. Even antara roots dgn the under parts pon tak nampak beza. Takde belang pon, very even. Yahuuuu

I can't be convinced that my readers are all ladies so showing you guys the result is something that doesn't seem to happen. Huhu I'm sorry..

Tapi aku tunjuk gambar yg lebih kurang sama lah ya.

Ermm lebe kurang camni lah kot.

Not too red, yg penting bukan orange. Aku mcm tak jumpa gamba yg exactly sama tapi gamba ni close la, mungkin merah lebih sikit je drpd ni. Tapi aku tak gojes mcm model dlm gamba tu lah. Hahaha

Yg penting, berhias for nobody but yourself, okay ladies. Yg dah ada husband tu bercantik utk husband lah kan.

Orang pompuan ni tend to do a lot of things for self satisfaction. May be that explains why I love to color my hair. Gyeahh



Sekian,
a lady who loves colourful things,
Madam Teressa

Monday, March 23, 2015

Entri Promosi Tuan Tanah Lagi :)

Hey hey hey...

Happy Monday peeps! Sepatutnya today aku keluar dan mengerjakan misi-misi aku tapi nampaknya misi tergendala ya. Entah apa angin aku jejak dapur pagi tadi terus capai beras nak buat nasi goreng. Ini sungguh ajaib sekali. Aku bukan jenis memasak punya orang ya. Paling gigih pon goreng daging burger or buat maggi.

Sebagai agen Ifrasya Perfume House yg berdedikasi (perasan je oke), bila bos buat sales maka haruslah kita sebagai agen mempromosikan dgn gigih ya kawan2.


Kalau korang jenis selalu beli perfume kat kaunter (mall), korang mesti tau kan range harga perfume original kat sana. I would say within 150-500 ringgit la lebe kurang. Ada yg lebih mahal jugak drpd tu.

Perfume yg kitorang jual ni perfume reject. Reject means sama ada dah terlalu lama kat kaunter, or ada minor defects kat packaging die, mungkin botol calar sket, or reben die senget, or anything similar. Basically perfume kat dalam botol is 100% original ya, cuma disebabkan dia tak perfect utk jual kat kaunter maka dia masuk kat reject. Hence the price is so much cheaper.

Aku pon pernah jenis beli kat kaunter jugak. Dan aku pernah try jugak perfume grade yg Dubai tu. Kalau org tanya aku, aku sbnanye prefer ori reject. Bukan bias, siryes bukan. Sebab bila kita pakai perfume yg quality die sama tapi kita dapat harga yg affordable compare dgn the exact same thing yg kita beli dgn harga berganda lebih mahal..macam...tak worth it. Itu aku la. But yes, tengok jugak jenis reject die, sometimes mmg ada yg bau die dah berubah may be sbb the chemicals inside it gone through some reaction causing it to smell weird and doesn't last long as it should be.

But point aku kat sini is, beli ori reject ni is a good option if you're a huge perfumes collector. Set2 yg beli banyak sgt perfume but tak pakai semua sekaligus selalu.. Just pakai mana2 ikut mood dan suasana yg bersesuaian..you know what I mean.

Kitorang jual banyak brand, utk harga promo bole campur2 don't worry. Yg penting 110 dgn 110, 130 dgn 130.. Boleh pakat ngan membe2 or family utk beli banyak, nak request alamat lain2 pon bole. Ni aku share few of our perfumes collections.

Jemput cuci mata.








For more details, you can click the link to my igshop at the side bar on this blog or

Btw, if you notice aku pnah bercerita ttg seorang budak ni yg aneh kat dalam previous entri bertajuk "Muak". Kemuakan aku nampaknya bertambah disebabkan kejadian sehari lepas. Last week aku mmg tak bagi can kat die. Aku push die minta jugak refund trip yg tak jadi tu. At last Sabtu lepas ada deposit dlm akaun aku.

Tapiiii..............

Dapat separuh je. Are you kidding me, kid? Tak lawak okeh. Takkan la org yg depositkan duit refund tu tak tau berapa amount yg die patut depositkan? Eh hellooo... Kau yg punya trip mestila kau tau berapa bayaran utk satu kepala. Obviously something is off kat situ.

Furthermore, adik aku yg tak minta refund pon takde dgr khabar ape pon pasal bila trip tu nak berjalan. End of last year kau kata tunda to January or February. Now ni dah bulan berapa? See? Aku bukan nak tuduh2 ke apa, aku cerita bnda apa yg berlaku je. Aku tak kira. Selagi tak setel selagi tu aku cari kau. Nak sgt berdrama kan? Ko ingat ko sorang saiko? You ain't know nothing about me. 

Cubaan meng-capture hasil self-makeup hari ni.

Abaikan kening, dan eyebag dan some bumps here and there.. That was just minimal coverage using a thin layer of BB cream and pressed powder. Ni sbnanye simple eye makeup yg aku selalu guna kalau nak keluar. Camera ni tak berjaya capture the actual color tapi the highlight part does come out okay for me. Hurmm biasa kalau keluar nak simple aku buat camni, tapi kalau nak special sket aku buat smokey eye and lagi pekat. Cumanya aku punya eyelid tak luas n bila buka mata eyelid tu is quite deep so bila buat smokey eye makeup pon sbnanye tak nampak sangat. Last2 simple eye makeup ni la yg aku lenjan ke mana saja dan di mana saja. Haha

Mula menyimpang2 dah nampaknya aku menaip ni.

Dengan ini, aku tutup dulu cerita hari ni ya. Len kali stori lain pulak.

Oke baaaaiii....~