Wednesday, April 29, 2015

Tebiat yang Kemakcik-makcikan

Hye!

Aku admit aku mmg kadang2 ada tebiat mcm makcik-makcik sket. 

Antaranya...


Yaitu bergelumang dgn losyen limau nipis & halia ni sebelum tidur. Haha

Aku taktau la ni dah masuk level nenek-nenek ke tak, tapi memalam aku akan bau limau nipis ngan halia ah. Mendapat la aura2 bau bidan or tukang urut kat kampung.

Losyen ni ekceli elok guna untuk buang angin satu, lepas tu sbnanye bagus untuk ibu-ibu lepas bersalin. See? Taste aku makcik-makcik nau kan..

Tapi aku suka sebab rasa best and selesa. Macam detoxify body pon ada feeling die kalau pakai losyen ni.

Beli kat Mydin je tak sampai 15 hinggit.

Memula aku kenal losyen ni sbb tengok my mom yg pakai. First time try panik jugak sket sbb losyen2 halia ni mmg panas. Efek panas die tu very instant. Tak sampai seminit ko sapu dah rasa panas kat kulit. So jgn terus sapu banyak2 ah memula nak guna, sapu sket dulu lps tu adjust la sampai rasa panas die tu comfortable kat kita.

Aku rasa tak bersalin pon mmg takde masalah nak guna losyen ni. Dia macam minyak angin atau bam je lebih kurang. One of my favourite lotion at the moment. Tapi aku favie die bukan sebab melembutkan kulit, tapi sebab die panas.

Sekian,

Makcik

Sunday, April 26, 2015

Elo bebeh

Assalamualaikum readers..

Macam ralat pulak kalau tak update bila tengok everyday ada views. Macam poyo kan kan? Ah lantaks. Perasaan aku yg ralat, bukan perasaan ko. Mihmihmih

Biarlah views ciput pon, yang ciput tu la aku appreciate sesangat. Thank you.

Tadi aku gi keyel. So schedule today full siang hanya kat keyel dan dalam kereta sahaja. Aku pergi career talk dekat Institut XXX. Wah macam kan rahsia sulit kerajaan sangat nak guna nama samaran bagai.

Bukan apa, aku masih dalam proses permohonan. Macam tak best la kalau aku cerita beriya tapi last2 tak jadi kan? Betul tak?

Aku sebenarnya menyimpan cita-cita ni boleh tahan lama. Tapi sebab dunia aku sebelum ni kat med school. Med school weh, mmg macam tipis lah harapan nak menggiatkan diri dalam bidang yg aku desire ni. Yaitu bidang ehem ehem.

Sabarr.. Tunggu one day bila ianya pasti, I'm sure gonna share it here. Who knows cerita aku bole bantu other people yg ada dream yg sama dengan aku ke..

Tapi for now, aku belum bole ter-over eksaited sebab belum official.

Sama-sama doakan aku ya. :)

Watermark tepek kat dagu kot la ada double chin tanpa disedari, boleh buat tutup2 sket. Kakakaaaa

Aku sebenarnya patut dah tukar BB cream or may be change into foundation ke kan for fuller coverage. Tapi punya lah berchenta nak menghabiskan BB cream Holika Petit yg aku beli kat Jakarta dulu. Dah couple years ago still banyak lagi kat dalam tube tu. Sayang la pulak nak campak camtu jek. Jauh-jauh die diterbangkan dari Korea, kita pulak dah beli tak pakai kasi perabis. Huhu

Gambau from Google jek. Kuasa aku nak menyenap BB cream aku.

Tuha yg pepel tu la hat aku pakai. For moisture.

Kejap. Pehal entri ni dah jadi entri review produk pulak ni? Haha 

*sambung balik*

Aku tak ingat la ape ke tajuk kedai aku beli BB cream ni. Pasal dah lama benau rasanya. Harga pon da terhilang dah memorinya dalam pale otak aku. Yang aku ingat, aku beli ni sebab die tgh promo n mmg berbaloi la beli sbb banyak, dalam tiub tu ada 30 ml. 30 ml tu kalau ikutkan dah kategori banyak dah kalau BB cream yg dalam tiub travel mcm ni. Buktinya, aku punya dah brape taon tak abes2 lagi.

Bau die wangi. Ada fragrant sket la agaknya BB ni. So, those yg x suka produk muka yg ada fragrant mungkin tak kenan la kot tang ni. Tapi aku kategorikan bau die as light and sebenarnya a pleasant smell for a cosmetic product. Sbb die bukan bau mcm bau certain foundation/BB cream yg mcm bau bahan kimia tu. No, bukan bau kimia.

Lepas tu, consistency die thick on hand, but bila you apply rata kat muka, die boleh jadi nipis. Depends mcm mana kte blend kan BB cream kat muka la. Standard BB cream after few hours of application, die mmg akan turn to be a bit greasy sbb BB cream bukan mcm foundation, BB cream tu ada mosturizer sort of cream kat dalam, tu pasal la greasy sket. Daripada semua BB yg aku pernah pakai, Holika petit ni lebe kurang je dgn yg brand lain dari segi ni.

Overall, out of 10, aku kasi....emmmm..... 7.5 bintang kot.

Surely ada banyak lagi yg lagi better drpd Holika ni but yeah, kot la ada yg nak cari tau pasal Holika ni kan.

Kan dah termulti-purpose dah entri ni. 

Oke ah. Sambung lenkali.

Babaisss.

Saturday, April 25, 2015

Soul's Rant

Orang kata ape tu, "you can never be happy if you don't stop comparing yourself to other people". Benda ni tersangatlah betul. Kau takkan puas kalau asek nak compare bnda yg kau ada dgn org lain, sebab akan sentiasa ada orang yg ada benda yg lebih baik daripada kau.

Tapi fitrah manusia ni kan mmg byk yg tak senonoh. Tamak, hasad dengki, iri hati, dan yang sewaktu dengannya.. Semua tu memang fitrah manusia pon. Takkan jumpa lah manusia yg secalit pon takde rasa2 tu sume. Nabi yelah sebab baginda tu maksum. Isteri2 baginda Rasulullah pon ada perasaan jeles-jeles sesama diorang, apa lagi manusia biasa weh.

Aku pon xtau apesal tetibe aku nak menaip serius2 camni.

Angin kot.

Aku terjumpa quote ni kat Google.

Untuk mereka2 yg masih mencari-cari tapak untuk menjejakkan kaki kat real world luar sana, bak kata pic ni, "STAY COOL".

Give yourself sometime to relax and think.

Tapi never ever compare diri kita ngan orang lain taw. Plis jangan. Nanti lagi rasa down. Bagi masa untuk diri sendiri sambil ikhtiar.

I hope I can be a person with a lot of stories to tell and inspire people but I'm still on my way to become that person. I know I have to be patient until that day comes.

Dan sambungan cerita semalam, akhirnya aku berjaya menghadirkan diri ke kerja kawen membe matriks aku tadi. Dah la datang kenduri belah pihak laki die, suka hati je lepas amek door gift tanya pengantin pompuan katne sbb nak jumpa. Wah selamba jek naik tangga umah orang ya.. Hamoi hamoi hamoiii

Takpe yg penting kompiden kate kooo..

P/s: Aku tak tau le siapa viewers dari Rusia, California, Hongkong la bagai.. Dah le aku taip bahasa orang kampung je niha, mengkome kalau paham meleis takpe la. HAHA

K bai.

Friday, April 24, 2015

Pikun

Orang Indonesia bilang pikun itu penyakit kakek2. Kan da terkeluaq bahasa Indon aku. Hihi

Pikun tu maksud die nyanyuk. Masalah betul lah minggu ni aku apehal ntah. Disorientated ke apa. Today mati2 aku ingatkan hari Sabtu. Sabtu ni ada kerja kawen aku ingat nak gi memeriahkan (read: menyemakkan) majlis. Punya la beriya iron baju mandi pepagi siap2 ape sume.

Sekali lepas start enjin keta, tengok npon: FRI 24 APR 2015.

Terus tercengang kejap dalam kereta. Aku mimpi ke apa ni?

Bukak pintu tros tanya ayah, "ayah, hari ni hari Jumaat ea??", muka kompius.

Tuan haji jawab aah hari ni hari Jumaat.

Daaayuuuummmmmm... Apeeekahhh???

Dah le da siap pakai baju kurung. Kalau aku dah tersampai umah kenduri tu karang tak ke tercengang2 tuan rumah tu dengan khemah blom siap setting apa sume?

Hish.

Tapi aku tetap keluar jugak. Main tekan jek minyak tapi dalam kpale otak takde arah tuju pon.

Masuk Tesco parking kat paling ujung sekali biau dekat dengan AEON. Lepas tu termenung dalam kereta.

Eh tak jadik lah.

Tros keluar parking balik.

Last2 aku pergi Econsave belakang umah jek.


Ni la die makcik yang pikun tu. Menyempat pulak snap gambau kat kedai orang. Mentang2 akak2 tu tgh sibuk nak bukak nasi campur memasing. Hahah


Ekceli aku mmg nak beli shampoo pon. Sket lagi habis la shampoo aku yg aku pakai skang. Aku dah baca kemain banyak org promote Sunsilk pink ni kat blog. Macam tergoda pulak nak terai.

Anyone pernah pakai shampoo Sunsilk pink ni? Best tak? Share plisss