Sunday, March 25, 2012

Curi sedikit masa

Hi all!

Dah brape lama aku x jenguk blog ni, dah berhabuk dah (fuhhhh fuhhhh tiup sket). Hehe Bukan sengaja x nak jenguk, tapi sbnanye aku out of town.. Kat tempat aku pre-klinikal tu xde internet. Aku punya broadband plak belum bole guna, makanya ni je lah kesempatan yg ada kalo aku nak menaip kat blog.

Lepas zohor ni nak balik Koja balik sebab malam ni aku oncall. Ecehh..bunyi oncall macam kan dah keje pulak ye. Padahalllllll.... kahhh! Malas aku nak cite lebih.

Oncall kitorang tu sbnanye jaga malam. Jaga malam tu singkatan die "jamal". Memang utk PADAS (pre-klinikal) ni patutnya kitorang observasi je semua tindakan terhadap patients. Tapi kalau ada peluang, memang boleh je kalau nak buat, macam suntik-menyuntik ke...betulkan infuse ke... Tapi ambik vital sign tu rasanya semua org memang akan kena buat jugak. Itu hari aku jamal kat penyakit dalam, kena TTV (tanda2 vital) patients satu bilik. Lepas sorang, sorang.. Tapi misi yg student akademi kebidanan yg tgh praktikal kat situ cakap dulu dia sorang-sorang ambik TTV semua bilik dari hujung ke hujung.. Huhu Siryes misi2 memang sangat terer bab2 cucuk-mencucuk dan skil-skil yg lain.. Memang memula masuk sepital tu aku rasa mcm bodoh je. Haha

Kalau kat Indo ni pon dah rasa bodoh, kat Malaysia sok siap2 je la tadah telinga kan.. Siren berbunyi lah every single day. Tapi takpe, tu supaya aku serius sket belajar. 

Semalam bagai nak rak buat status patients utk obgyn, paediatric, internal med, dgn ilmu bedah. Perghhh nak buat status punya berjam-jam. Siryes detail gila maklumat die mintak. So sepanjang kitorang kat hosp hari tu dah jadi mcm jurnalist dah la, tanya macam-macam soklan kat patients. Dah la kitorang ramai, satu hari sampai brape kali trip ntah orang duk datang kat patients nak tanya macam2. Kalau aku la patient, mau nak muntah aku jawab soklan sama je berkali-kali. Tapi alhamdulillah la, patients yg aku dapat utk buat case study sume cooperative.

Dalam pada sibuk-sibuk minggu ni, sempat jugak tu aku keluar semalam dgn membe2 yg jadual free utk weekend ni. Hehe Lepas tension sket... Malam ni kan nak jamal lagi, rilek rilek lu.. :D

Aku tak dapat nak taip banyak sgt ni, ni pon dah cukup membosankan aku rasa. Ha3 So next time kalau ada lagi masa yg boleh dicuri, aku akan hupdate lagi.

Adios amigos! Jangan tacing-tacing. Daaaaa..........

Thursday, March 15, 2012

Terlalu sibuk dgn kehidupan

Roommate aku takde skang ni. Tinggal sorang2 sambil layan album boy band kesayangan macam ni memang buat aku teringat zaman aku sekolah dulu. Sweet jugak kadang-kadang. Hehe

Siryes balik cuti kali ni lain feeling dia berbanding balik lepas cuti yg sebelum2 ni. Kali ni punya naik cuti memang menguji mental dan fizikal aku. Penat weh dalam seminggu sampai 2 kali pindah-randah. Last week pindah rumah baru kat Jakarta ni. Belum sampai seminggu niha nak kena pack barang untuk pindah ke Koja plak sebab nak buat status patient kat hospital kat situ.

Barang-barang kat rumah ni pon belum setel habis, nak kena fikir barang-barang nak bawa ke rumah kat Koja plak. Siapa pnah pindah rumah sure tahu camne penatnya pindah-pindah rumah ni. Huhu

Dengan kuliah status tiap-tiap hari balik petang, kadang-kadang sampai lebih masa kuliah. Balik rumah bukan bole rilek-rilek layan cite Merlin sangat pon, adaaaaa je benda nak kena buat. Sampai nak menyenangkan keja pon aku malas. Patutnya aku laju bab nak menyenangkan keja sendiri, ini lain pulak yg aku rasa. Macam tadi, membe2 pergi pasar nak suh tukang jahit oter baju bedah. Malas punya pasal, aku sanggup duduk kat rumah oter sendiri je seluar baju bedah aku. Tapi kalau kira-kira balik, ada jugak part rajin nya tang oter sendiri instead of suh tukang jahit buatkan. Tapi hasil oter sendiri tu al-maklum lah die punya ketidakhalusan tu kan. Haha

Ni pon mata aku dah pedih-pedih mintak penyepak. Ngantuk sbnanye. Letih kot badan aku. Belakang aku pon senang sangat nak sengal lately ni. Silap pusing sket kang tegang la terpeleot la.. Rasa mcm warga emas plak. Boleh la apply rumah orang tua-tua lepas ni. :P

Skang bole lah aku pg tdo. Gudnite bg sesiapa yg tgh blogwalking waktu malam tu.. ;)


Monday, March 12, 2012

Isnin

Salam..

Alhamdulillah, aku dah pindah rumah dgn jayanya hari tu. Hari ni kira dah 3 hari aa kat tempat baru. Still blom rasa biasa lagi, ambil masa la sket sbb aku tinggal kat rumah yg sebelum ni dua tahun jugak. Bila keluar jalan-jalan kat area rumah baru ni rasa mcm asing je.. Macam kan tak pnah datang area sini je plak. Ceh.

Dua hari ni aku blom bole tidur macam biasa. Otak melayang lagi duk ingat kat bilik lama. Banyak nau kenangan kat bilik tu gamaknya. Haha

Pengalaman pindah buat kali ke-4 ni agak lain daripada biasa sebab kitorang punya proses tu bermula dari jam 10 pagi dan selesai pada jam 3 petang. Ada braaaannnnn???? Muahaha

Itu pun certain things terpaksa tumpang kat rumah lama sebab kekurangan space. Ibu rumah lama tu tengok barang-barang kitorang, dia pon naik pening. Siap kasi "tazkirah" kat aku berbunyi, "itu lah cewek..asal mauuu aja beli, asal mauuu aja beli, makanya barangnya banyak..". Aku hanya mampu garu kepala je laa.. Hehe

Sekarang ni kat rumah baru ni pon tengah celaru lagi sebab blom sempat nak kemas betul-betul. Hari ni pulak dah nak stat padas. Padas tu mcm pre-klinikal la kat sini, blaja buat status pasien (i mean patient, malas plak nak backspace) dgn baik. Aku harap Dia permudahkanlah aku untuk blaja n paham dgn baik.. :)

Semalam ibu dan ayah aku dah bertolak ke Istanbul, Turki. Nanti kendian baru they all pergi Madinah lepas tu Mekah.. Sama-sama la ye doakan orang tua aku dan jemaah selamat dan sehat selalu, moga perjalanan sume selamat pergi dan pulang ke tanah air hendaknya..amin..

Macam mana la adik-adik aku kat rumah tu, nak kena call ni tanya kabau. Walaupun ibu ayah dah mintak tolong org kampung tengok-tengokkan tapi takkan aku nak buat dek je. Jangan diorang bergaduh dah la.. (dah besau-besau pon nak bertekak jugak)

Ekceli, ada lagi benda aku nak taip ni tapi nak stop kat sini dulu sbb nak kena ready pg kampus. 6.30 in the morning already maa.. 

Next time sambung.. 

Friday, March 9, 2012

Sambil tunggu hujan berhenti

Hari ni non-stop berjalan ke hulu ke hilir setelkan macam-macam, jumpa orang tu, jumpa orang ni.. Tetiba rasa macam ada syarikat perniagaan sendiri, jalan-jalan jumpa customer. Hehe

Pening dan serabut tu memang ada lah, nasib baik aku minat kalau keluar-keluar rumah ni. Oh ya, semalam aku tekan satu iklan kat blog tentang android Samsung. Lepas tu aku menyesal sebab tekan iklan tu. Tau sebab apa?

Alaaa..aku dah try google dah tapi tak jumpa plak url yg ada kaitan dgn bnda yg aku nak cite ni. Sebenarnya aku tertahu daripada iklan samsung tu kalau beli salah satu produk dia (which aku tak ingat phone model yg mana) boleh dapat free set headphone jenama Dr Dre! 

Weird plak sebab aku lagi tertarik dgn hadiah free die daripada benda alah Samsung tu. Haha Sebab orang kata brand Dr Dre ni bagus, bunyinya die memang tip top habis.. Orang la kata, lagipon aku pnah la tertahu harga barang-barang Dr Dre ni mahal bedaah. Takkan la mahal-mahal tu saje-saje je kan? Mestilah sebab kualiti die pon tip top. Tapi ye lah, aku boleh cakap je sebab aku sendiri blom pnah try dengar macam mana sedapnya bunyi headphone dia.

Lama pulak hujan ni ye, aku nak kena pg rumah kawan ni nak plan cane nak letak-letak barang. Esok dah nak move out to new place. Dah la homesick, kena pindah-pindah plak.. Wuwuwu

Ok, mungkin sekarang dah boleh keluar rumah.

Wednesday, March 7, 2012

Update on Cosmoderm tea tree product

Sejak aku buat satu entri review tentang produk tea tree dari Cosmoderm, dekat SINI.. Aku terima ramai sangat viewer yg datang utk cari tahu tentang Cosmoderm. Setiap hari mesti ada viewer yg datang dari kata kekunci yang berkenaan dengan Cosmoderm. Terima kasih la Google sebab beri peluang entri review aku untuk disenaraikan dalam hasil carian.. Secara tak langsung, bertahan la jugak trafik blog aku yg byk merepek ni ha.. Hahaha

Pape pon, terima kasih jugak kat siapa2 pon yg pernah singgah sini. Sori sebab saya dah melecutkan chatbox yg kaler peach tu sebab satu hari tu die hang lepas tu mcm takde harapan je nak function balik. Tapi takpe, ruang komen pon bisa aja.. 

Dan satu hari aku telah dapat respon dari HalalCosmoderm tentang entri review aku tu..

Kurang jelas kaluuu...kasi tekan juga itu gambaaaaaa

Kalau korang pergi dekat website die, dekat tab korang akan tertera Halal skin care, etc etc.. Jadi secara otomatiknya kita akan tahu bahawa produk ni halal, kan ke dah jadi satu advantage utk kita as muslims.. Yeayyy

Aku pon x sangka pulak ada orang Cosmoderm nak perasan entri aku tu, maklum lah ini bukannya blog retis..blog biasa je.. Tapi terima kasih ya.. :)

Ada yg personally inbox aku kat fesbuk tanya betul ke Cosmoderm ni bagus, ada yg tanya berminyak ke muka kalau pakai Cosmoderm ni, pencuci muka apa yg bley di combinekan dgn antiblemish ni dan sebagainya.. Ada jugak yg cakap Cosmoderm ni berkesan kat kulit muka dia.. Respon-respon sume quite overwhelming bagi aku, nak-nak aku ni jakun kan.. Hahaha

Jadi ada yg aku dah jawab kat komen dan inbox message, aku harap sedikit sebanyak dah membantu la bagi yg bertanya tu.. Kalau jawapan aku x membantu, aku galakkan utk pergi ke official website Cosmoderm kat SINI. Kat situ mungkin ada jawapan yg lebih profesional~

Sampai sekarang ni, Cosmoderm antiblemish masih lagi ada dalam simpanan peribadi. Ada yg cakap kulit kita akan resistant dgn produk yg kita guna after sometime, tapi aku pnah quit guna antiblemish ni lama jugak la lepas muka aku baik sket dulu kan.. Alhamdulillah sekarang aku still guna produk ni and I have nothing to complain about.

Aku baru je beli Cosmoderm hari tu sebab musim pimple aku datang lagi.. :(

Kalau tenung2 kat dagu aku tu ada pimple yg tengah ranum macam tunggu masa nak meletup. Aku tenyeh antiblemish Cosmoderm masuk hari ni dah 2 hari aku sapu antiblemish tu, pimple tu dah nak kering dah! Dia macam x jadi nak mengganas. Same goes to some other pimples on my cheek and forehead. Huhu

Disclaimer: Apa yg aku tulis kat sini adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakan Cosmoderm dan juga respon kulit muka aku terhadap produk ni. Hasil penggunaan produk mungkin tak sama pada orang lain sebab kulit kita kan lain-lain..

Okay, thank u for reading, bagi yg nak mencuba, selamat mencuba!! Have a nice day uolss! :)

Sunday, March 4, 2012

Satu lagi entri takde motif

Tiba-tiba tengok kalendar, dah masuk 4 mac. Gila pantas masa berlalu, macam tuuu je dia tinggalkan aku. Maksud aku ialah sang masa. Kangkadang aku tak tahu la apa aku buat...tup tap tup tap ehhh cuti tinggal lagi brape hari je.. Haihh

Baru aku tahu beza waktu kat Msia ngan London dalam 8 jam camtu. Sejak aku set additional clock kat lappy ni, tiap kali on laptop mesti nak jeling kat London tengah pkol brape. Hahaha Nak pergi sana entah bila, dapat terbayang kat sana tengah siang ke malam ke kira orait lah tuu..

Makin dekat nak stat kelas ni makin berdebau hati aku, neves nak pre-klinikal. Bila aku fikir banyak sangat, rasa nak cabut lari pon ada. Punya la neves.

Siang tadi gi jenjalan ngan famili, ibu cite pasal membe dia. Membe dia kata kalau ibu x sms dia, henpon dia senyaaap je sebab anak-anak dia nijam main SEKAIP. Hahaha Aku ingatkan apa benda la SEKAIP SEKAIP ni ghope-ghopenya SKYPE!!! Cis, penat aku konfius walaupun beberapa saat. Tu laa, slang canggih benau.. Haha

Hmmmm ni aku rasa takmo tido ni sebab sayang sangat tinggal lagi brape hari je cuti. Camne ni camne niii wuwuwu

Gambar hiasan

Oh ya, aku ingat nak post satu entri bermotif 29 februari hari tu. Bukan tiap tahun ada 29 februari, demm knape lah aku tak rajin hari tu. :(

Habis dah rasa nak merepek, jadi mari kita tekan butang post. Yeayyy