Wednesday, May 30, 2012

Lampung yang permai

Salam

Ewah ewahhh....tajuk dah bunyi-bunyi macam tajuk lagu dalam silibus matapelajaran muzik kat skola rendah dulu. Ni kalau takde isi penting jugak dalam entri ni kira memang dah tahap kena jalan itik keliling padang perhimpunan dah ni.. Heh heh

Maap la tuan puan, saya baru je tengok rancangan super spontan.. tu yang mood nak meloyar buruk datang secara spontaneous reaction tu. Harap tuan puan tidak annoyed dgn cara penulisan sebegini.

Kali ni sbnanye nak update tentang tempat baru, suasana baru, orang-orang baru sebab aku kan baru pindah ke Lampung. Baru tak baru sangat la sebab ekceli kitorang dah minggu kedua dah kat Rumah Sakit Mardi Waluyo ni..haha Takde masa sangat gamaknya nak menghupdate belog. Bukan takde masa, tapi berukband punya line kat sini punya la slow. Strength paling maksima pon takat 60% je, tu pon kalau nasib baik. Kalau nasib tak baik, dapat le takat 40% je. Daripada duk melanguk tunggu nak loading website, baik le aku tdo..

Tapi tetibe hari ni aku rasa serba tak kena sket sbb dah lama benau tak hupdate belog. Terus gigih bukak belog. Harap2 aku tak putus asa la nak upload gamba kejap lagi. Kah kah kah

(.............................PROSES MENGUPLOAD GAMBAR BERMULA DI SINI.........................................)
























Punye la berejam-rejam aku tunggu upload gamba2 sekali ni je hasil yg aku dapat. Nasib laa.. Yg penting dpt tunjuk suasana kat sini. Ekceli lebih kurang kampung aku kat Melaka je.. Tapi transport umum kat sini x semudah kat Jakarta la. Nak ke pekan kena naik beca, kalau naik angkut kena jalan kaki la sket nak sampai ke ada satu supermarket ni. Nak wayang kaluuu... kena sewa kereta pg bandar. Satu jam jugak nak sampai katanya..


Abaikan mak buntal kat bawah pokok tu, yg penting sekeliling tu kawasan bilik sewa kitorang. Ada air cond taw, ingat kek kampung takdo ekon ko? Haha :p


Ni membe satu posting ngn aku, Jiha. Gembira la da dapat pg supermarket beli groceries sket. Luas jugak sbnanye kawasan bilik sewa kitorang ni.. Campur laki pompuan tapi bilik air kat dalam. So tak mengundang rasa serba salah sgt la kalau nak ke toilet. Lagipun tuan punya tempat ni muslim. Makanan pon kitorang order je kat ibu tu nanti die masakkan.



Dua gambar last tu gambar hiasan la mungkin. Penulis pon tak tahu motif sebenar letak gambar2 tu. Oh ye, nak tunjuk kekreatifan masyarakat setempat mungkin. Ada senior kitorang cakap, masyarakat sini memang kreatif-kreatif belaka.

Yang signage tu sbnanye maksud die ada sekolah rendah dekat2 situ, ramai bebudak. Kira tanda suh hati-hati la takut terlanggar ke apa ke.. Kat sini "budak" tu maksud die kuli. Memang diorang sebut "anak", tak sebut "budak". Ni bukan kat Lampung je gini, tapi memang Bahasa Indonesia macam tu.. Gigih tak aku explain? Ha3

Kecewa jugak sbnanye dapat update ni je, tapi takpe takpe.. Ada masa lagi utk kumpul poin, bley sumbat kat next entry.. Aku memang tak selalu update lepas ni.. Takpe kan? Huhuiii Takde orang kisah pun aduii.. :P

Okay, till next entry, buhbye sume!

Saturday, May 19, 2012

Entri paket hemat

Salam

Hari ni aku harus update dgn gigih sebab hari ni hari terakhir aku kat Jakarta sebelum aku berangkat ke Lampung. Stase ilmu penyakit jiwa dah pun selesai. Ujian hari tu harap2 markah oke la. Aku tak sempat nak berinstinct-instinct waktu tu sebab aku xm ngan doctor tu kejap je. Aku orang terakhir xm hari tu, doctor mungkin nak balik cepat so kejap je la aku ujian. Orang pertama ngan orang kedua xm ngan doctor 1 jam sorang kot. Jauh gila beza waktu ujian.


Bubye RSKO Cibubur, halo Lampung. Tak sangka plak kejap betul rasanya perjalanan satu stase ni. Dah la minor, lagi la terasa kejap. Tau-tau dah minggu terakhir je.. Hurmmm

Group aku xm patutnya hari Rabu tapi doctor postpone hari Jumaat. So Rabu malam Khamis tu kitorang yg frust sbb xm tunda ni pergi la bawa diri ke Puri. Bawak diri ke mall aje, cobe la bawak diri ke tempat2 yg lebih bermanfaat sket kan.. :P

Aku ngan Tikah makan kat Kopitiam malam tu. Berdua je, sebab mek lagi dua orang tu g dulu beli tiket wayang n makan kat kedai lain.


Lepas ni entah bile la dapat jumpa mek ni. Sebab kitorang terpisah plak kali ni. Tikah dapat stase Radiologi kat Jakarta.


Sebelah sana tu Kenny Rogers. Pakkal le kena pg Lampung. Perbelanjaan harus dihadkan. Kalau tak akan mengundang penyesalan tak bertepi nak nak elaun lambat lagi ni baru masuk. 


Tapi Lau's kopitiam ni tip top apa, makanan sume oke, service cepat, mmg tak payah tunggu lama. Sampai bareng-bareng, so enak dong bisa makan juga barengan.. Aku order air mango soda, Tikah punya iced lychee tea. Air aku sedap! Tikah pon puji. Memang kalau aku g Lau's kopitiam ni aku selalu order air ni je.


Apa entah tajuk makanan Tikah ni, tak hapal plak. Tapi die banyak mushroom ngan seafood la kat dalam. Makan ngan nasi putih. Sedap jugak..


Nasi lemak aku. Huhuuuiii Memang puas hati ngan nasi lemak ni. Sedapppp


Kaya toast yg bes. Tak rugi pon order. Ada saiz medium ngan large. Yg ni medium. Pon dah cukup banyak utk sorang makan aku rasa. Nasib baik ada Tikah, ley tolong perhabis.


Lepas tu, tengok cite Dark Shadows plak. Baru aku tau dalam cite tu ada Johnny Depp. Bes la jugak cite tu. Untuk org yg suka cite2 saiko ni bley la layan cite ni. Johnny Depp ni slalu je berlakon cite2 pelik ni kan? Apesal entah..


Petang habis ujian tu, kitorang bincang2 pasal tiket flight nak gi Lampung sume..bla bla bla pastu aku ngan Ika pon mintak diri sebab dah janji nak gi facial. Lepas facial, bahagia je rasa..rasa kulit hidup kembali gituu.. Ahaks!


Malamnya pulak, gi Chilis ngan Nani. Memang dah sebut2 lama dah ngan Nani nak gi makan situ. Tu yg kemain lebau senyum kawan aku sorang ni. Ye la kan Nani, lepas ni entah bile la ley jumpa hang out mcm malam semalam. Nani asek la sebut lepas ni siapa nak keluar malam2 ngan die lagi.. Sebab jalur koas kitorang mcm dah lain-lain je skang ni.


Grilled salmon ke apa nama makanan Nani ni, tapi ikan die sedap. Kering sket tapi still sedap. Black beans tu aku memang aku favie on the spot la kan sbb aku mmg penggemar red bean dan bean2 yg rasa mcm red bean. Hehe


Aku order country fried steak. Tapi seolah-olah aku makan jagung je. Sebab yg lain sume tak habis. Roti tu pon aku jamah sket je. Nani yg habiskan. Nak kata kenyang sangat, tak jugak. Perut aku mmg suka kembung2 sejak kebelakangan ni. Tu yg kalau makan cepat senak sket. Last2 aku bugkus je sebab tak habis. Lagipon makanan kat Chilis ni memang style omputeh, sekali serve gedebaaakk banyak penuh terus pinggan. Pinggan dah la besau, lagi besau drpd muka aku.

Nani kata aku stat slow makan bila ada satu group omputeh ni datang makan kat situ jugak. Kebetulan diorang duduk kat meja depan meja kitorang. Kira aku mmg menghadap meja diorang la. Masalahnya, yg datang tu hensem-hensem belaka. Aku ni dah la senang distracted. Memang indah la permandangan aku semalam kan. Haha

Tapi mungkin Nani je rasa mcm tu, sbnanye memang perut aku kembung pon. Statement back up diri sendiri. :D

Rasa-rasanya mcm dah cukup panjang dah entri ni. Aku pon tak kemas barang lagi. Esok kena keluar rumah awal pagi sebelum matahari naik. Belum apa-apa, aku dah rasa rindu kat Tanjung Duren. :(

May Allah ease everything~

Wednesday, May 16, 2012

Orang post pasal Hari Guru, aku pon nak jugak lah

Ayah ngan adik pompuan aku, gamba tahun lepas.

Comel tak ayah saya? Baru saya sedar mana datangnya sifat comel dalam diri (krik krik krikkkk)
.
.
.
.
PAAAANNNNNGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!

Eh eh siapa lempang aku ni? Kah3 Oke tak lawak.
Sbnanye nak cakap "Selamat Hari Guru" jugak kat ayah.. Walaupun beliau dah menamatkan khidmatnya sebagai guru, tapi jasa beliau selama ni memang patut dihargai. Ecieee.. Pakkal le ayah sendiri khaannnnn... :P

Trime kasih ayah, walaupun dulu time ayah keje sibuk fikir pasal anak2 murid kat skolah, ayah tak pernah lupa didik kitorang kat rumah jugak dengan begitu tip top sekali. Sampai sekarang pon ingat especially time kecik2 dulu, macam mana ayah ajar supaya hafal sifir dgn baik.. Huhu

Walaupun cara didikan kitorang cam lain-lain jugak sbnanye, takpe la kte terima sbb kte rasa ayah lagi tahu cane nak ajar kitorang adik-beradik. Kang kalau didik diri sendiri, sampai bila pon tak jadi orang agaknya. Eh.

Nampak gayanya, ini sudah menjadi pesen2 entri Father's day ye jadi oleh sebab itu, aku nak tutup dgn ucapan "Selamat Hari Guru" kat semua cikgu-cikgu yg pernah mengajar aku walaupun sbnanye cikgu-cikgu aku taktau pon agaknya yg aku nak wish "Selamat Hari Guru". Dan untuk semua insan yang bergelar guru/cikgu/teacher/ustazah/ustaz, "Selamat Hari Guru"!

May Allah bless you all, goodnight.

Sunday, May 13, 2012

Sunday sharing, especially for ladies!

Happy weekend y'all!

Hari ni aku takde nak taip banyak2, just nak share video on how to apply blush for beginners yg baru takat2 baby steps mcm aku ni. Hehe Aku minat banyak benda, makeup sbnanye salah satu benda yg aku minat. Minat je ye..suka suka main dgn warna. Aku bukan seorang yg kreatif pon. Dulu pendidikan seni slalu dapat C je. Heh2

Oke, mari tengok tutorial cik Cassandra Bankson!

Saturday, May 12, 2012

Hampir selesai satu, tinggal exam je..

Salam.

Heyyy.. Sudah lama jugak since d last entry. Penat la ulang-alik Cibubur-Tg Duren-Cibubur 5 days every week. Udah cape cape, pulang...malam langsung tidur. Tapi bikin tugas juga sih kalau ada presentasi besoknya.. *pehal beriya taip bahasa Indo ntah*

Semalam adalah hari terakhir di RSKO Cibubur (dgn harapan takde sangkut la kan. haha), balik lambat tapi hati senang. Kalau tak, asek la tanya bile nak balik ni bile nak balik ni. Tapi semalam semua orang mcm tak kisah pon balik lelambat sket. Lagipun kena siapkan revisi dulu, pastu dah mintak diri dgn dokter baru bley balik..

On the way balik tu kitorang yg naik kereta sewa ni punya la pakat nak beli makanan2 yg bes sepanjang jalan kat Cibubur tu. Memula berenti beli nasi kebuli dulu, ada yg beli ayam goreng jugak dah alang-alang kedai tu dekat kan... Pastu berenti lagi kat gerai pisang coklat. Banyak gila semalam kitorang beli piscok (singkatan utk pisang coklat). Dah singgah gerai piscok tu, takkan nak tengok je kedai gorengan kat sebelah kan? Apa lagi, sekali harung la beli keledek goreng ngan tahu goreng.. Nasib baik la last day.. Kalau hari-hari sebelum tu kitorang macam tu, alamatnya bajet besar utk makanan je la.. Tapi rasanya memang dah cukup besar dah pon bajet utk makanan saja. Haha


Soalan: Cari perbezaan antara gambar di atas dgn gambar di bawah.

Hahaha Memang soklan nak kena cepuk la tu. Itu sbnanye membe satu stase penyakit jiwa dgn aku kat Cibubur. Nama kitorg sama tapi nama die pakai huruf 'k'. Dia ni kadang-kadang mudah terpengaruh dgn penyakit "hyper" aku. Aku sbnanye malu jugak bila2 terbuang tebiat di kalangan kawan2 yg tgh serius. Tapi,   mek sorang ni seolah-olah terinduksi oleh penyakit aku tu. Mungkin aku telah menyebarkan virus "hyper" kat die. Tak bagus jugak ye sbnanye. Mana tahu boleh melarat jadi penyakit jiwa? Eh, tak tak..gurau saja. :P


Atas tu adalah hasil kerja keras kitorang semalam. Takde benda sgt nak buat, plus takde artis jemputan utk menghiburkan kitorang, so kitorang pon main la teka-teka gamba. Agak-agak kalau aku tak labelkan jawapan, korang boleh teka dgn betul tak gamba2 tu? Hahaha

Semalam yg jawab paling banyak betul, ialah mek Ika (yg dlm gamba kat atas) tu la. Mek Ika sebilik dgn yg tanya teka gamba tu. Gila lah bley baca pikiran mek lg sorang tu.. Sakit perut aku gelak semalam. Ada la membe2 yg lain bagi soklan teka gamba jugak. Tapi yg paling aku terkesan ialah soklan mek Syulan (rumet Ika) la.

Yg betik separuh masak tu soklan dari Ika. Bley eh bg teka gamba ada perbezaan warna? Haha Layaaaannnn~

Nasi kebuli tu ekceli mcm nasi beriyani cuma beza lah sket dari segi kaler dan rasa. Aku ada snap gamba semalam tapi ada masalah teknikal sket la plak. Tak pat nak tunjuk gamba.

Oke, kesimpulannya ialah..................................aku belum prepare utk exam.
T_T

Bubyebyeee

Sunday, May 6, 2012

Hari Ahad pakat bangun lambat

Hai!

Boleh abaikan tajuk kat atas tu. Penulis mmg ada masalah sket nak reka tajuk. Makin aku struggle, makin pelik tajuk tu jadinya. Haha

Semalam sbnanye aku ada kelas dgn doc penyakit jiwa. Tapi pagi tu aku keluar dgn 2 org membe utk breakfast kat Sarinah, kat mcd. Tujuan utama adalah untuk mengopi. Aku beruntung sbb membe aku sorang ni pencinta kopi yg tegar. Dia mmg ada history coffee addiction. Sekarang pon setiap hari die harus minum kopi. Ini sudah cukup bagus!

Aku tak tahu lah kalau aku ni sbnanye addict ke x. Tapi doc kata kalau ketergantungan tu kena ada toleransi. Means makin lama, makin byk kopi yg seseorang tu harus ambil utk dapatkan efek yg sama. Tapi itu ketergantungan terhadap dadah. Mungkin kalau kopi tak sampai mcm tu.


Malam sebelum breakfast kat Sarinah tu, aku dah amik cappucino masa tengok Avengers dgn besties. Masih bole tdo dgn nyenyak. Semalam pulak, waktu kat mcd Sarinah, aku minum 2 cawan. Atas ni cawan kedua. Sebelum tu aku dah amik latte, lepas tu aku minum mocha plak. Aku mmg suka kopi campuran. Pesen2 latte, cappucino, mocha, n yg ada unsur2 tambahan mcm hazelnut, carrebian nut.. dan nut2 yg lain. Kalau pure black coffee pon aku layan tapi tak brape cinta sgt la. Aku mmg suka mixed coffee. Hee

Kesudahannya, entri ni cite pasal coffee. Tapi takpe, coffee is a legal stimulant agent in the world unlike amphetamine. So, mari minum kopi geghamai!

Saya sudah, anda bagaimana pula? *pesen2 iklan kat tv*

=)