Wednesday, May 30, 2012

Lampung yang permai

Salam

Ewah ewahhh....tajuk dah bunyi-bunyi macam tajuk lagu dalam silibus matapelajaran muzik kat skola rendah dulu. Ni kalau takde isi penting jugak dalam entri ni kira memang dah tahap kena jalan itik keliling padang perhimpunan dah ni.. Heh heh

Maap la tuan puan, saya baru je tengok rancangan super spontan.. tu yang mood nak meloyar buruk datang secara spontaneous reaction tu. Harap tuan puan tidak annoyed dgn cara penulisan sebegini.

Kali ni sbnanye nak update tentang tempat baru, suasana baru, orang-orang baru sebab aku kan baru pindah ke Lampung. Baru tak baru sangat la sebab ekceli kitorang dah minggu kedua dah kat Rumah Sakit Mardi Waluyo ni..haha Takde masa sangat gamaknya nak menghupdate belog. Bukan takde masa, tapi berukband punya line kat sini punya la slow. Strength paling maksima pon takat 60% je, tu pon kalau nasib baik. Kalau nasib tak baik, dapat le takat 40% je. Daripada duk melanguk tunggu nak loading website, baik le aku tdo..

Tapi tetibe hari ni aku rasa serba tak kena sket sbb dah lama benau tak hupdate belog. Terus gigih bukak belog. Harap2 aku tak putus asa la nak upload gamba kejap lagi. Kah kah kah

(.............................PROSES MENGUPLOAD GAMBAR BERMULA DI SINI.........................................)
























Punye la berejam-rejam aku tunggu upload gamba2 sekali ni je hasil yg aku dapat. Nasib laa.. Yg penting dpt tunjuk suasana kat sini. Ekceli lebih kurang kampung aku kat Melaka je.. Tapi transport umum kat sini x semudah kat Jakarta la. Nak ke pekan kena naik beca, kalau naik angkut kena jalan kaki la sket nak sampai ke ada satu supermarket ni. Nak wayang kaluuu... kena sewa kereta pg bandar. Satu jam jugak nak sampai katanya..


Abaikan mak buntal kat bawah pokok tu, yg penting sekeliling tu kawasan bilik sewa kitorang. Ada air cond taw, ingat kek kampung takdo ekon ko? Haha :p


Ni membe satu posting ngn aku, Jiha. Gembira la da dapat pg supermarket beli groceries sket. Luas jugak sbnanye kawasan bilik sewa kitorang ni.. Campur laki pompuan tapi bilik air kat dalam. So tak mengundang rasa serba salah sgt la kalau nak ke toilet. Lagipun tuan punya tempat ni muslim. Makanan pon kitorang order je kat ibu tu nanti die masakkan.



Dua gambar last tu gambar hiasan la mungkin. Penulis pon tak tahu motif sebenar letak gambar2 tu. Oh ye, nak tunjuk kekreatifan masyarakat setempat mungkin. Ada senior kitorang cakap, masyarakat sini memang kreatif-kreatif belaka.

Yang signage tu sbnanye maksud die ada sekolah rendah dekat2 situ, ramai bebudak. Kira tanda suh hati-hati la takut terlanggar ke apa ke.. Kat sini "budak" tu maksud die kuli. Memang diorang sebut "anak", tak sebut "budak". Ni bukan kat Lampung je gini, tapi memang Bahasa Indonesia macam tu.. Gigih tak aku explain? Ha3

Kecewa jugak sbnanye dapat update ni je, tapi takpe takpe.. Ada masa lagi utk kumpul poin, bley sumbat kat next entry.. Aku memang tak selalu update lepas ni.. Takpe kan? Huhuiii Takde orang kisah pun aduii.. :P

Okay, till next entry, buhbye sume!

2 comments:

Aqilah Ali said...

nanti boleh bukak ruangan segmen belajar bahasa indon =D

i care.. i care.. :P

Si DauN CeRi said...

ahahaha



ada jugak org care.. sob sob sob