Thursday, July 31, 2014

Aku nak buat entri raya, tapi aku up teaser je lah dulu

Assalamualaikum..

Knock knock knock! Kami datang nak rayeeeee......~~
Gitu.
Aku selalu heran ngn budak2 yg gigih beraya rumah ke rumah mcm tu. Aku tau mengkome sbnornya nak duit rayee je kaaannn?? *sbnanye dengki sbb dah tua, dah x layak nk dpt duit raya wahaha*

Selamat hari raya korangggg... Mintak maaf zahir n batin. Batin2 takde kot inshaAllah.. :P

Aku sbnanye nak cite la banyak2 kat buhlog ni pasal raya this year sbb aku raya pertama raya dlm keta je sbb nak balik kampung kat Terengganu. Mcm agk special n lain sket drpd rutin raya2 sblom ni.. 

Ya, sbnanye aku mmg ade kaum kerabat kat Terengganu, so basically aku half Melaka half Terengganu. Tapi aku x pnah duduk Terengganu dan x bole cakap Ganu pon. Kalau aku try cakap Ganu, terer sgt kang smpi org tak paham ape aku cakap. Kah kah kah

Tahun ni aku raya ngn famili. Last 2 years aku raya kat Indonesia sbb xde cuti panjang nak balik Mesia sbb waktu tu tgh clinical year.

Walaupun begitu, lots of things have changed dan ape yg aku expect aku akan rasa raya this year...ummm aku rasa mmg berbeza lah. Tapi takpe, yg penting aku still dapat mentekedarah juadah raya di mana sahaja yg bole makan free raya2 ni. Miahaha 

Pastu bila perut rasa senak n seluar makin sempit mula lah nak nyanyi lagu mental menangis tepi tingkap kan? Siapa suruh kau makan banyak2? Hns hns hnss (saja torture diri sendiri haha)


Ni bukan Saloma ye uols. Ni tuan tanah kedaung blog sememeh ni. Selendang labuh tutup perut taw, baru boleh makan banyak2 tanpa khuatir penampakan perut akan berlaku.

Walaubagaimanapun (guna BM proper baru otai beb), tuan tanah nak ucap salam aidil fitri, minal aidin wal faizin, eid mubarak kat semua Muslim yg baca buhlog ni. Memang sbnanye nak mencece byk psl raya tapi data blom ciap lagi. Wahhh data taw. Perasan je keja ala2 programmer kan? :P

Till next entry, babaiiiii jgn tacing2 dan salam 0-0 uols!!
Ai lebiu.
Eh.

Tuesday, July 22, 2014

Kopi SUPER

Assalamualaikum peeps..

Elhamdulillah.. It's 25th day of Ramadhan Kareem.. I'm fasting today, I managed to get my suhoor this morning. InshaAllah everything will be smooth today.. :)

So what did u guys ate for suhoor this morning? Hehe

Rite, nowadays  world is like no more a peaceful planet to live on. Especially with the war that's going on right now. Many civilians, innocent people, children.. are killed by those laknatullah on daily basis. Like everyday ok, everyday!

Sungguh syaiton sekali, bukan? Dah la bulan puasa. 

Tambah pulak berita mengejut ttg pesawat komersial Malaysia, MH17 yang terhempas hari tu kat Rusia. Ya Allah dugaan ape ini, ya rabb?

*lets make a quick dua and recite suratul Fatihah for the victims*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hari ni sbnanye aku nak buat entri tentang suatu jalan alternatif bagi semua penggemar kopi campuran brand Nescafe sebab well, you know that brand is on the Israelis products list which we have to....you know, boycott.

Aku tau betapa sukarnya nak elak sbb.. Aku adalah seorang coffeholic. Sepp skettt!!!

Anyway, aku nak share ngn korg kalau korg suka kopi, ni ade kopi buatan Malaysia yg aku rasa sedap, layak utk replace that "N" brand. Pd pendapat aku lah.. hihi

Ada byk lagi brand kopi campuran lain but this is the one that I recently keep drinking it. So yeah baby!

Thanks to makcik promoter kat mn ntah waktu tu sbb perkenalkan kopi brand Super ni. Sedap rupanya kopi Super ni. Try it out u coffee lovers out there. But I guess it's not yet available outside Malaysia though. :D

Aku saje try beli kopi ni that day and it turned out I love it yeay!

Dia punya rasa bukan white coffee yg biasa tu taw, sebab die tulis kat situ charcoal roasted kan so rasa die ade mcm panggang2 sket. Aku tak tau la make sense ke tak aku cerita ni tapi rasa panggang tu buat die ummmphhh gilaaaa. Gaaahhh cmne aku nak explain pon aku x reti.

Dia unik la. Just try la kalau teringin nk rasa. Memang sedap.

Pastu aku perkenalkan kat besfren aku si Champ (bukan nama sebenar), dia pon suka :)

Lepas tu si Champ pon beli dia punya simpanan sendiri tapi perisa Hazelnut.

Pon sedap! Tak pcaye tanya Champ. Kan Champ? Ai lebiu. Eh.

So brand Super ni pon ade yg mcm light, rich, black and brown sugar kalau tak silap.

Aku try yg rich hari tu. Beli sepaket sbb stok kopi aku dah menyikit. Babe, hardcore babe die punya rich. Nisbah kopi die 3/4 (kalau korg perasan biasanya blkg paket tu die ade mention nisbah kopi, gula, ngn creamer die). Well, selaku seorang yg cerewet, aku mmg suka nak belek2 segala jenis wrap or packaging. Btw, yg rich tu memang piaauuu habis!

Piau maksud aku pekat and...pahit. Just go for yg lain kalau tak tahan pahit. Seriously. 

Tu baru betul rich.

Tapi aku takkan beli yg rich tu utk daily morning coffee kot. Kalau aku rasa aku perlukan sejumlah kafein yg serius dalam darah, baru aku akn minum yg tu. Tapi, sbnanye kadang2 aku belasah jugak anytime anywhere. Bahaha

So, that's it. Ini cerita aku dan kopi. Gitu..

And...preorder perfume kitorang dah buka lagi. Batch 21 July smpi 5 August oke uols. Go click the instagram button kat sidebar utk skrol perfumes.

And....thank you for reading. Byeee!!!
=)

Thursday, July 17, 2014

Interview

Salam to all muslims out there..

Satu dunia tgh kecoh pasal tindakan Zionis Israel yg tak berperikemanusiaan kat Gaza sana. Thanks to the technology nowadays too many videos at facebook and youtube, google, everywhere.. Kita boleh dapat maklumat mcm mn gambaran realiti yg terjadi kat sana. Sedih sangat n marah sgt dgn golongan laknatullah tu. Ya Allah sayu nya tgk budak-budak kecik dah tak bernyawa diorg kerjakan. Takkan kau takde anak sendiri yg kau sanggup bunuh budak-budak tak berdosa mcm tu?

Together we pray hard for them, and do whatever we can to at least threaten the bad guys. Kalau tak boleh perang sama, kita usaha je lah, sikit pon Allah nampak punya.. Kalau boleh boikot, boikot.. Kalau boleh derma, derma.. Tak kisah la what races or religion pon, bnda ni bukan hanya soal agama sahaja lagi dah. Org bukan Islam pon ade je yg diorg bunuh. Ini dah jadi soal hak asasi manusia. Even Jewish kat New York pon bantah ape yg Israel buat tu. So?

And kat Malaysia pulak bulan mulia ni dilanda dgn kisah hangat perempuan berkereta Peugeot (aku tak tahu lah eja btol ke tidak :P). Heeeeeebbohhh sana sini pasal akak tu. Semua keyboard warriors mcm berlawan berdentum-dentam memaki, mengutuk, mencerca, sume2 lah yg tak elok kat akak tu.

Haihh. Apa nak jadilah Malaysia ni. 

Tulah. Suka sangat tengok drama. Tak dapat jadi artis berlakon watak jahat, kat facebook pon jadi lah nak tunjuk bakat.

Honestly, aku x tengok pon video akak tu. Aku takut. Aku takut kalau aku akan turn to judge the people involved in that video. Bila baca komen2 semua negatif, laaaaaaagilah aku tak nak amek tau pasal video tu.

So, dengar kata kes ni dah reda kan, dua2 pihak dah bagi keterangan. Akak tu dah minta maaf terang-terangan, bkn sahaja kpd uncle tu, tapi kepada semua rakyat Mesia kan. So mana2 yg masih butthurt dgn akak tu, maafkanlah dia. Sorry lah ye, but aku rasa those yg kata tak baik pasal die pon sepatutnya kena minta maaf jgk dgn akak tu.

Aku ni bukan lah org bijak pandai sangat. Cuma aku rasa mcm kelakar tgk gelagat org ramai psl kes ni.

Hurrmmm... Sebenarnya hari ni aku ada interview. Tapi aku tak pergi.

Sebab aku trauma.

Skarang tgh fikir mcm mn nak react dgn my mom.


Btw, jeng jeng jengggg... Chanel aku dah smpi semalam. Kemain eksaited first time dpt pakai Chanel taw. Sbnanye nak belikan ibu aku Kenzo tu, tapi skali terbelikan diri sndiri jugak sebotol. *Alasan alasan*

Maka dengan itu, boleh lah aku menyelitkan iklan perfume kat cni kan? Muahaha
Sapa2 nak order perfume original dgn aku, boleh lah bgtau ya.. nti aku kasi details selanjutnya. Sebotol RM 110 sahaja termasuk postage. Semua original, rejected sbb packaging error.. I've tried them, no regret. So just in case ada yg berminat, can pm me :)
TQ

Oh ya, aku belek2 brg2 atas meja lam bilik aku sekali terjumpa ni.


Sumsong ye kawan2.. Nampak nau cap ayam nya. Kah kah kah

Hurmm... Hati still tak tenang nak jawab ape ngn ibu aku ni aku x dtg intebiu. Huwaaaaa

:(

Sunday, July 13, 2014

First time

Salam..

Hye uols. Hari ni hari Ahad. Tiba-tiba rasa nak menulis menaip menulis menaip. Menaip blog. Sebab aku malas nak backspace, so kekeliruan aku utk menggunakan perkataan menulis atau menaip td last2 aku taip je semua. Senang cite. *emo tak tentu pasal*

Orang lain dah start usha baju kain tudung kasut raya ke?

Ni yg aku teruja nak poyo nih. Tahun ni kan, first time aku btol2 takde napsu nak beli baju baru utk raya! First time beb! Aku eksaited sbb aku rs mcm ni. Sebab aku kan jakun, org jakun mn bole tak eksaited nak raya dowh. Musti mau gelabah punya nak beli baju baru.

But tetibe tahun ni aku takde rasa nak beli baju baru utk raya pon. "Wah, ini sesuatu yg baharu!", I said to myself.

Mungkin jugak sbb aku baru sudah melalui fasa kemurungan dlm hidup, maka segala kehendak, keinginan, maupun kejakunan aku dah meleset dgn kadar yg agak tinggi. Tapi, it's okay.. Somehow, I feel like it's a good thing actually. Buat aku rasa lebih bersyukur dgn apa yg aku dah ada, instead of melayan napsu2 (well u know women have 9 napsu, right??) aku nak bersoping.. Lalalala

Oke, setakat ni ada yg dah loya tekak tak baca luahan hati aku yg poyo hari ni? Ngahaha

Tapi ye lah... Kita kan manusia biasa, mungkin satu masa kita rasa mcm gini, nti tiba2 eh rasa mcm gitu pulak..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sejak dua menjak ni kan, kulit aku meragam lagi. So secara tak langsung puasa Ramadhan ni mengajar aku erti kesabaran utk menjaga kulit yg sensitif. Pheww

Hari-hari krim2 nilah peneman setia.. Sebelah bantal mau ada, sambil ngigau pon boleh sapu ubat kalau sblom tidur terlupa (oke tu tipu)
Mungkin aku kena amek extra supplement utk kulit pulak kan? You know.. those corticosteroids cream are not good for long term applications. Oww tidak bagus tidak bagus.. 

Sbnanye mmg aku dah ade risik2 dah produk suplemen utk kulit ni, tapi blom smpi seru lagi nak membelinya. Takpe satu hari nti may be aku akn beli jugak..

Oh ya, aku jugak nak menceceh pasal emas.

Thanks to Google I found this gold picture which looks like chocolate candies to me. Mesti sbb puasa ni. 

So, kalau ade yg berminat utk membeli emas dan dapat passive income setiap bulan dgn belian emas anda, boleh lah contact iols. But please, utk yg serius sahaja.. Saya boleh share info lebih lanjut. Kalau lah suka nak beli emas yaa..

Oh dan utk preorder perfume original yg murah meriah itu, we're really sorry ya sayangs2 sekalian, preorder utk bulan Ramadhan dh tutup 9 July hari tu.. But 21 July sampai 6 August kita masih ambik preorder tapi postage sume lepas raya pulak ya..

Wah Kak Jemah nijam dah pandai bisnes taw. Kah kah kah

Eh udah-udah la ye.. Aku ni bukan boleh. Makin lama makin naik hantu kalau menaip blog. 

Oke.. Till next entry, assalamualaikum..tak jawab dosa, kalau jawab sayangg (eh mcm Maria Elena py tagline je..hahah kantoi fans Kak Maghia)

:P

Saturday, July 5, 2014

Honestly

Salam Ramadhan to all Muslims out there especially those who read this (abes tu kau nak ucap kat org x nmpk cmne? Duuhhh)

Did I just typed what I said in my mind? :P

Okay.. how are u guys doing? Ramadhan is awesome? Everything is just great, yes? Alhamdulillah..

Hurmm I don't really have any important thing to share with u guys in this particular entry but I just want to say thank you for reading this stinky blog of mine..heheh Thank you, gracias =)

Memula aku berblog empat tahun dulu aku tak pernah terfikir pon akan dapat mencecah 1000 lebih views in one month (ni bukan nak poyo taw, ni dari hati gitu). Aku dah la jakun. Eh.

Dulu waktu aku mula2 berblog, time tu blogging ni mmg tgh ngetrend gila-gila. Dan-dan semua orang nak ade blog taw. Sekarang sebab dah ade teknologi dan applications yg mcm-mcm tok nenek, hanya yg setia dan mmg suka je lah yg masih rajin blogging dan rajin blogwalking.

But honestly, aku mmg tak pnah terfikir akan ade reader yg mmg baca buhlog aku yg whatever gila ni wakakakakaaa (gelakkan diri sndiri)

Utk some random girl like me, view sebanyak 50 sehari tu pon dah kira mcm fuiyooohhh gila kot. Tu sbb aku tacing gila tengok everyday ade je sejumlah views yg jengah blog aku. Cam...kalau org dtg dpt door gift ke takpe jugak, ni dtg dapat baca entri-entri aku yg brape persen je yg berfaedah ni wakakaka. Berfaedah kah?

So again, thanks guys. Have a blessed Ramadhan and jgn lupa bangun sahur ye. Heheh

Wednesday, July 2, 2014

Orang kata ape tu.. Life is all about choices ea

Salam Ramadhan to all good morning..

Wah intro ai sopannya sopannya.. hehe

Tahun ni aku rasa byk masa aku bercuti, sedikit masa aku bekerja, tapi benda paling besar telah berlaku setakat aku hidup doplohpat tahun ni.. Huhu

Dulu aku selalu tertanya-tanya how it feels to be different? Sebab aku rasa hidup aku mcm flat je journey die.. Mcm landai aje.. Takde dinamik gitu.

Mengada sangat.

Tiba-tiba tahun ni jeng jeng jeng... Aku dilanda gejolak yg menyebabkan aku mengalami depression. Aku tak pernah rasa mcm tu, sedikit perasaan ke arah mcm tu pon tak pernah. Never in my life taw. Huu First time aku rasa mcm takde purpose gila hidup ni, rasa tak bersemangat, rasa taknak buat apa2, mmg sepanjang waktu rasa murung, xde positive energy langsung lah yg aku bole rasa dlm diri aku ni.

Memang really dark dark place to get into lah kalo uols nak I describe mcm mn depression tu. Akibatnya, aku jadi trauma dgn faktor kemurungan aku tu.

Makin lama makin senak otak sbb semua orang sekeliling kau akan cuba dgn bersungguh-sungguh utk convince kau bahwa kau bole get through alam yg kau trauma tu. Kepala rasa ketat, timbul lah idea-idea negatif yg aku xnak sebut kat cni.

Apa yang aku alami sekarang ni mmg aku rasa tekanan jiwa sgt. Mungkin jugak sbb first time aku ade krisis hidup, so die py tekanan tu dahsyat sket.

Tapi aku cuba lawan. Dan aku akan terus cuba lawan.

Wah mcm puisi pulak nih.

Aku dah buat keputusan. Aku kena buka lembaran baru. Walaupun berliku-liku, aku kena belajar redha supaya Allah redha juga.. sebab aku dah decide.

Satu nasihat hamba Allah ni yg selalu bermain-main dlm hati aku:
"Allah akan duga kita dan terus duga kita, sampai kita terduduk, sampai kita tersungkur, tapi DIA takkan pernah tinggalkan kita.."