Saturday, August 30, 2014

Tauk la tajuk suka hati uols :))

Assalamualaikum..

Hari ni hari Sabtu kan? Kalau siapa ada terbaca kat mana2 hari ni ade mcm talk or program kat Putrajaya International Convention Centre (PICC) selama 2 hari. Bidadari kalau tak silap tajuk program tu. Ada Prof Muhaya, ade Wardina..  N siapa ntah lagi tak hapal pulak. Adik pompuan aku suka program2 mcm tu. Makanan rohani gituuu.. Kakak die?? Kuang kuang kuanggg

So ibu aku pon dah belikan la tiket adik aku utk pg program tu. Disebabkan program nya 2 hari, maka takkan lah kita nak bermalam di bawah sinaran bulan di pinggiran tasik depan Alamanda tu kan? Maka secara otometiknya, ibu aku telah merekruit aku n adik laki aku skali utk tido hotel kat Putrajaya. 1 malam pon jadiklah. Kesempatan yg ada utk makan angin mcm ni haruslah tidak disia-siakan begitu sahaja.

Bergerak lah kami 4 beranak tadi pagi. Adik aku ni ya ya je nak gerak pkol 8 pagi dari Melaka. Nak daftar nya pkol 8.30 pagi. Mcm lah kita ni nak naik roket kan 30 minit belesup dah smpi Putrajaya.
T______T

Tiba-tiba pulak kat area mana ntah rasanya dekat2 Nilai sekali dengar bunyik beletup mcm langgau something atas jalan. Berderau kejap darah aku. Aku bukannya boleh bnda2 mengejut ni. Kang aku bersilat kang. Bersilat takpe lagi, kot lah tiba2 siaran kuda kepang kang tak pasal2 je.. Wakakaka *merepek merepek*

Ended up keluar kat tol Senawang, laju2 cari kedai tayau. Sebelum tu mmg sempat cek la kat perhentian mmg tayau belakang satu tu dah kempis sket.


Macam paham nau je Datin cekak pinggang menghadap org pomen tu. Hahah

Sah tayar langgau paku. Adik aku kata byk gila paku kecik2 tapi dalam aa kat tayau tu. Terus Datin bukak cite dulu2 pernah femes pasal org jahat tabur paku kat ats jalan nak kenakan org. Bila org benti, die pon sibuk lah konon nak tolong. Lepas tu tolong samun org tu. Kesian kan? Macam2 akal org2 trait jahat ni.


Ni lah pemandangan dari tingkap hotel kitorang. Sementara adik aku gi dengar talk, kitorang lepak2 kat bilik tengok Running Man. Tiba2 pulak bukak tv ade Running Man, layannnn

Oh ya. Tu kat Everly Hills.














*krik krik krik*















Lepas kompemkan kat kad hotel ni, sah2 aku delusional. Kah kah kah

Tulah. Teringin sgt nak menjejakkan kaki ke Beverly Hills. Asal ade bunyik pon dah rasa syok. Kesian kat diri sendiri. 

Nama hotel ni sebenaunya The Everly Putrajaya. Hahah


Ooo mak aii muka aku mengalahkan piring free beli Colgate ye.

Sebenaunya tuha shawl tu aku baru beli ngn membe aku Azie die ade biz shawl nama Fairyrosewardrobe. Menarikk wehh koleksi shawl dieee. Ni yg kuning ni betapa aku sukanya smpi rs mcm nak bawak tdo je... Hihi

Aku jarang kalau nak beli baju or tudung yg kaler kuning taw. Sekali beli shawl ni rasa mcm cantik jugak kaler kuning ni yee.. Lps ni bole la berjinak2 dgn kaler kuning lagi. Muahaha *petanda akan bershopping*

Kalau korang nak usha koleksi membe aku, cari je Fairyrosewardrobe kat fesbuk ada, kat instagram ada.. 
 Yg ni pulak link >>>>>> BLOG AZIE (kat sidebar pon ade.. )

Rasa seronok pulak tengok membe baik aku sorang ni makin berkembang bisnesnya. Rasa mcm inspired je tgk makin lama makin org notice biz die.. =)

Tu la kan, dalam hidup ni.. Tak semestinya apa yg kita fikir kita akan jadi or apa yg org fikir kita akan jadi, akan jadi kenyataan. Itu lah roller coaster kehidupan. Only Allah knows best because He's the greatest planner after all.

Tiba-tiba bunyik2 mcm ceramah. 

Hihi

Oke korang. Babai!

PEACE!!!

Wednesday, August 27, 2014

BerLondon Weight Management

Assalamualaikum readers..

Ohhh Aku rasa sungguh bersalah sbb tak berjaya menghupdate belog minggu lepas. Rasa mcm nak bg penumbuk sedas kat muka sndiri. Gaaaaahhhhh Why like this?? Whyyyy????!!

T__________T

So hari ni aku nak menebus kembali perbuatan aku yg tak menghupdate belog tu.

Nak dijadikan cerita, one day aku main laptop lah mcm biasa. Aku terkenal dgn ke"random"an yg boleh tahan buat org jd awkward pause tak pasal-pasal. Hehe So one day ni entah apa aku tekan2 kan tiba2 aku sedar2 aku tgh buat kuiz ape ntah utk menang voucher membeli-belah kat Giant. Yes, aku pon tak tahu apesal aku beriya nau nak voucher Giant tu. Nak kate nak shopping barang anak2 takde jugak.

Lepas tu alih-alih je aku termenang free slimming treatment kat London Weight Management. Wahhh org abis pantang bersalin pon blom tentu pg buat treatment kat London taw. Memang lah mengada kan? Tapi dah die bagi pree gila kau tak nak terima? Nak2 dapat kat aku, of krosss lah layannnn.. Kata pree kan? Kau jgn aku dtg buat treatment lepas tu ko suh bayau beratus, aku terbalikkan meja kaunter kau nanti.
Hns hns hnsss

So semalam aku telah merekruit bala tentera (haha tipu tipu) utk drop aku kat Mahkota Parade Melaka utk free treatment hunting lah. Jgn x tau, setengah jam aku sesat dlm MP. Ye, silalah gelak beramai-ramai. Aku pon dah gelakkan diri sendiri semalam.

Nama je org Melaka. Kat tempat sendiri pon sesat. #Apapontakboleh

Dah bajet-bajet tourist pulak aku telaah directionary dekat ngn tiang2 ngn escalator dlm mall tu. Aku tengok tourists pon x tengok directionary mcm aku. Hahaha

Yg lagi buat malu company nya kan, aku salah pergi salun weh. Aku ingatkan kat Marie France! Ye ye je masuk bagi nama siap duduk tunggu bagai... Tiba-tiba bila amoi kat Marie France tu dah curiga sket die pon minta tengok nombo yg call aku sbb nama aku takde utk appoinment kat situ. Haaaa kan dah salah kerop.

Udah tu, sengih2 tanya "emmm kat cni ade lagi slimming centre lain ke? Kat floor mana ye??"..

Ksian kau amoi dapat customer tak jadi mcm aku. Dah le dtg nak buat treatment free, nama salun apa pon tak hapal! Ya robbiiiiii.... *geleng-geleng kerut dahi pejam mata*


Crappy gila back camera henpon aku kalau lowlight. Dia punya kualiti antara lowlight ngn under sunlight beza mcm langit ngan bumi. Nak hanta ganti kamera mcm malas pulak.

Btw, lepas dah jumpa salun tu die suh bagi IC n duduk kejap tunggu. Then, die suh aku masuk bilik consultation. After few minutes, consultant aku pon masuk. Baru aku tau rupa-rupanya diorang akan provide personal consultant utk setiap customer. Uwauuu Terasa VIP sekejap.

Aku bukannya concern nak kurus sangat pergi ke London ni. Memula mcm malasnya nak layan. Tapi last-last aku datang lah jugak sbb amoi yg call aku tu ya ya kata rugi. 

Tapi bila die explain diorang punya treatment tu aku rasa mcm betoi ka diorg ni bagi free treatment kat orang ramai ni kan. Nak2 ade satu machine tu kalau pakai campor ngn obat die nak dekat 800-900 hinggit. Tapi die buat promo kasi free treatment je kat orang. Tak takut rugi ke diorg ni? Haih

Consultant aku tu ramah la jugak. Umo 25. Tua setahun drpd aku. Dah ade anak sorang. Tapi body die mcm single. Patutlah jadi consultant kat London.


So basically treatment yg aku dapat hari tu adalah steam bath, sea salt scrub yg diikuti dgn hot body wrap, lepas tu treatment ngn serum ape bnda ntah nama die guna some sort of machine.

It was a great experience lah sbb semua treatment tu mmg bes sangat, relaxing jeee.. Start dari steam bath tu lepas tu hot wrap tu mmg mantap lah die buat kita berpeluh kan.. Rasa mcm pergi merentas desa die punya berpeluh. Eh tapi kalau aku merentas desa pon takde berpeluh mcm tu. Rilek je lenggang kangkung makan cekedis. Ngahahaa

Amoi tu explain kat aku hot body wrap tu utk ape bnda ntah tapi die mempraktikkan prinsip osmosis. Tapi yg jawdrop nya kan, lepas steam bath ngn hot wrap tu, amoi tu suh timbang taw.. Tanjat iols tengok berat dah minus 1.7 kg. Almost 2 kg just from the first treatment?! Perghhh Memang osmosis betul nih gamaknya. Habis sume air die wapkan.

Lepas tu buat treatment yg machine tu pulak. Die ukur taw utk measure lilit sebelum dgn selepas. Memula amoi tu pasang n set up machine tu aku cam ek eleh bnda apa mesin ni takde rasa ape pon? Lepas tu tetibe bbbuzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!

Kat tempat die pasang alat mesin tu kan rasa mcm kena karen sket. Memula mcm terperanjat lah jugak oh mak kau karen apa pulak nih? Tapi lama2 badan kita mcm dah get used to it and rasa oke je mcm kena massage je. Siap bole berangan lagi ade kat Beverly Hills. =P

Tapi kalau ade ape2 bole je bgtau consultant tu. Jgn sampai kejung sndiri pulak kesakitan. Tak pasal2 masuk paper. Luls

At the end of the day, akhirnya aku sign up jugak for membership. Sebab mcm mengujakan jugak die punya offer and dapat banyak free treatment. Awal2 amoi tu dah ckp bayar member fee once in a life time. Jgn risau, kalau die tipu, siap lah aku datang bawak parang kontot. 

Aku takde lah beriya-iya pon nak buat treatment kat London ni memula. Tapi sebab treatment die bes and lepas tu rasa fresh and rasa ringan sket.. So mcm terpengaruh pulak utk buat another treatment. 

Disebabkan diorang ade birthday treat utk member, aku pon terdapat lah lagi satu free treatment sebab besday aku bulan ni. Muehehehe

Oke sampai cni aku dah blur nak buat ayat penutup.

So yeah kawan-kawan. Till next entry, have a nice day everyone!

Peace!!

Monday, August 18, 2014

Almond Londonku tinggal 2 pieces je lagi

Assalamualaikum.....

Siapa nak klik kat home sbb nak tau cite psl Almond London aku ni die ohsem. Luls Tak. Sbnanye aku mmg dah x reti nak bubuh tajuk ape.

Yes. Hari tu raya mmg ibu aku order 3 tupperware Almond London dgn auntie ni (membe ibu). Aku rasa sejak bbrp tahun lepas ni mmg every raya tetiap tahun msti ibu order Almond London ngn auntie ni. N tetiap tahun rasa die akan sama. Exactly the same! 

Aku tak ingat pulak mmg dari dulu aku favie gila ngn cookies auntie tu. Tapi aku ingat la cookies die mmg sedap. But this year aku rasa betul2 suka makan Almond London die. Entah knape rasa mcm pehal sedap sangat ni? Hari2 aku mesti makan Almond London ni.


Nilah die rupa dua bijik Almond London yg skang dah tinggal sebijik je. Satu lagi dah sodaqallahula'zim.. Sob sob sob

P/s: Snapshot atas iron board pon bolehhh. Kau ade? =P

Whatever ur name, auntie pembuat Almond London ni, I just wanna say that ur cookies are really delicious. I love 'em so much. They made my raya felt even better. Wahhh gitewwww.. Emm.. Bole x nak request order di luar waktu raya?

Auntieee.....ohhh auntie.... where are you????

Ape kuih feberet engkorang kalau raya ye?

Aku rasa mcm old school lah jugak this year aku suka benau makan Almond London ni sebab mcm dah tak "in" dah kuih ni skang kan? Almond London ni btol2 booming dah few years back dulu waktu die baru2 up. Huhu

Anyway, Syawal dah nak melabuhkan tirai. Syahdu pulak rasa tiba-tiba. 
T___T

Oke korang. See you next entry. Peace!
:)

Friday, August 15, 2014

Jual Kain Japanese Cotton Grade AAA Online

Pesanan Tuan Tanah: Maaf, saya dah tak jual lagi cotton jepun ni. Tapi anda masih boleh beli through Facebook page ni >>>>> COTTON KEKABOO
Kat situ, bole tengok list dan gamba stok cotton yg latest dan boleh deal tros dgn tauke. Thank you ^^


Assalamualaikum..

Salam 1 Malaysia, selamat hari raya aidilfitri, Eid Mubarak, salam Jumaat, selamat petang, dan salam hari-hari untuk sape2 yg baca pada waktu yg takde dlm ucapan2 tadi. Hihi

Mungkin yg dah pernah terbaca sebelum ni ade perasan (kalau perasanlah haha) aku ade jual perfume original reject kan. So I just decided to add up another business which is...........................yup! Kain cotton pasang! Hoorayy!!

Siapa suka kain cotton?
*saya saya sayaaaaaaaaaaaa!!!*

Oke let's cut the crap.
Details seperti berikut:

>>> Kain cotton Jepun grade AAA
>>> Material baik, sedap pakai, tak tebal sangat, tak nipis sangat, tak mudah konyok atau lusuh lepas basuh
>>> Sangat sesuai utk kita yg duduk Mesia iklim panas lembap ni, just nice nak buat baju kurung
>>> Motif yg pelbagai pilihan. Manis2 comey2 belaka ^^
>>> Semua material READY STOCK

HARGA SEPASANG (4 METER) : 
RM 75 FREE POSTAGE (SM)
RM 78 FREE POSTAGE (SABAH & SARAWAK)

HARGA BORONG 10 PASANG/40 METER : 
RM 550 FREE POSTAGE (SM)
RM 580 FREE POSTAGE (SABAH & SARAWAK)

Boleh nak beli permeter, tapi contact saya utk harga.

Boleh order melalui:
Whatsapp/ SMS 0108982584 (call tidak akan dilayan, and serious buyers only)
Email: atiqah.jamaludin@yahoo.co.id
Wechat ID: tiqasoul

Ini koleksi cotton kami:

















Bole pm saya jika berminat atau nak tengok details pic material.

Selamat mencuci mata y'all!

Peace!

Tuesday, August 12, 2014

Memandangkan...

Assalamualaikum wbt..

Hahaha Aku msti nak tersengih kalau igt ni. Dulu waktu aku kat Indonesia, aku kalau baca pape slalu terjumpa perkataan Waktu Indonesia Barat yang disingkatkan menjadi WIB. Dan setiap kali aku baca nombo jam yg letak WIB kat belakang nombo tu aku msti terbaca warahmatullahiwabarakatuh.. Luls

Tak kira la baca dalam hati ke kuat2 ke tapi mmg dlm kpl hotak aku yg berjambul ni msti akan interprate WIB tu sbg kepanjangan dari wbt lepas bagi salam. Hehe

Gigih pulak aku nak cerita pasal bnda ni kan.

Emm... Memandangkan aku skarang ada banyak waktu free selain berbisnes sbb aku business from home gitu, so aku berfikir utk meningkatkan frekuensi update blog. Ada org suka ke eh dengar berita yg aku war-warkan ni? Haha

Tak kisah lah tu.

Danggggg knape gamba kopi ni lain ngn kopi yg aku tgh minum skang ni? Aisemennn

Ekceli aku tgh minum kopi brand Super mcm dlm gamba ni, tapi lain perisa. Yg dlm gamba tu brown sugar, aku minum yg classic tapi white coffee jugak lah. Sedap gilaaa habaq hang.

Lately kopi Super ni rajin kua iklan dlm sokabar ngn tv. Aku ade up entri pasal kopi ni few weeks before this. Seee??? So can I declare that I got some taste, huh? Ayyeeeee.... *kadar perasan meningkat ke tahap tinggi*

Tapi semua ni sbnanye thanks to makcik promoter yg promote kopi Super kat aku ade satu hari tu. So you won, auntie. You won!!!

Dah pehal aku naik syeikh pasal kopi ni tetibe kan?

Mungkin sebab ni lah aku berblog. Aku mmg secara semulajadinya mmg suka bercakap weh. Tapi masalahnya aku suka bercakap kalau aku sorang dan kalau jumpa membe yg sekepala. Ataupun aku dah rasa masuk ngn org tu tak kira la baru jumpa ke atau dah lama kenal.

Kalau aku kat luar, takde la nampak peramah nau pun sengih memanjang ke apa kan. Kang org igt aku gila pulak. Dah kerang busuk, gila pulak tu. Eh.

Kadang2 tu aku pon x perasan aku duk ralit beratib sorang2 depan cermin. Entah apa aku menceceh pasal produk la pasal rambut la pasal ape la. Ala2 masuk tv show gitu. Seram tak?

Hahahaha 

Btw, Alhamdulillah.. Aku rasa bersyukur sbb walaupun ada banyak masa aku rasa negatif, aku rasa mcm Allah selalu tau n buat aku rasa oke balik. Macam semalam, kan aku cite aku depressed kan. Tapi later that day banyak la benda yg buat aku tersenyum and rasa mcm tak keseorangan. Allah is like the sweetest ever, He always know how to make a little servant like me feel better whenever I feel down and lost. Alhamdulillah~

I ma go do something else after this.
See u guys later, inshaAllah.
Whoever or whenever you are, I always appreciate people who read my blog. U guys inspire me for some reason so THANK YOU ^^

Dan, kalau nampak iklan2 kat blog ni kan... ce tekan ce tekan. Muahaha
Siryes korang ohsem kalau tekan iklan kat blog ni.

Bye y'all..

Peace!

Wednesday, August 6, 2014

Yes, dari segi fakta, kau menang..tapi...

Aku baru terbaca satu post pasal boikot. Boikot produk makanan segera yg tgh berlangsung seantero dunia sekarang ni. Mesti dah terlintas dalam kepala otak korang kan boikot apa yg aku maksudkan? I guess korang teka betul lah tu.

So post yg aku baru terbaca tadi secara teknikalnya menggambarkan secara teori ttg latar belakang produk "X" ni dan berapa banyak jumlah franchais nya kat seluruh dunia dan berapa jumlah pekerja bwh syarikat ni...berapa persen keuntungan bersih daripada bisnes syarikat ni.. bla bla bla Dan hujung-hujungnya persoalan kat kesimpulan dia is adakah Israel akan amek port dgn keuntungan sebesar 0.07% yg datang drpd bisnes mereka di Malaysia? Adakah keuntungan sebesar tu even sampai untuk menyumbang keperluan Israel utk membunuh rakyat Palestin?

Aku tak tau lah apa yg owner tu fikir sebetul-betulnya. Adakah dia terlalu tahu byk bnda so mmg sbnanye dia bole interprate things so differently than what world is seeing right now? Or die sbnanye mata-mata yg merupakan org penting dlm syarikat "X" tersebut yg risau dgn isu boikot ni? Or die sbnanye tak boleh nak tinggalkan drpd meng-consume produk "X" ni sbb mmg feveret die sangat2?

Tapi, the thing is.. this boycott thing is really working. Gila kau Israel tak goyah bila satu dunia pakat bantah tindakan diorang, pakat boikot produk yg support diorang? Goyah beb. Diorang tu bangsa penakut. Allah mmg dah tulis dlm Quran yg diorang sbnanye kat dlm mmg penakut. 

Kalau kita fikir sorang2 je yg nak duk boikot mmg lah mcm tak meyakinkan die punya dampak kan? Tapi benda ni worldwide. 

Oke lah Mesia sumbang 0.07% je keuntungan drpd bisnes "X" ni, tapi kalau gabung dengan keseluruhan hasil boikot seluruh dunia, aku yakin ade kesan dia. Dan bagi org berbisnes, kerugian 5% tu pon dah bole buat pening tau x? Mcm mana kalau jumlah kerugian tu makin meningkat? Macam mana persepsi org ramai ttg produk die? Mcm mana die nak buat org ramai tak pandang buruk lagi pasal syarikat die?

Nak bayangkan betapa gelabahnya Israel bila seluruh dunia mengecam diorang, diorang siap serang port orang2 media kot.. Supaya media tak dapat keluarkan lebih banyak cerita ttg realiti kat Gaza. Tau kau nak ketar lutut sebab nak tutup kejahatan2 yg kau dah buat, kan?

Aku harap ramai org yg panas dan berapi-api pasal boikot ni akan terus dan istiqamah dan jgn pedulikan kalau ade org nak kata bnda ni tak efek ke apa ke.. Allah's watching us. He knows better, sekecil mana pon effort kita utk tolong sedara2 semuslim kita, Allah akan nampak n Dia takkan sia-siakan usaha kita walau sebesar zarah sekalipun.

My name is Atiqah. I'm from Malaysia and I support Palestine.
#supportGaza #prayforPalestine #prayforGaza

Peace! 

Tuesday, August 5, 2014

Blog vs Vlog

Assalamualaikum..

Today aku nak menceceh pasal antara blog dan vlog.

Sebelum aku reti main internet dulu, aku x pnah tau yg selain drpd tengok movie atau drama atau baca novel, komik, atau buku2, kita bole tau cerita life org lain dgn cara lain which is through vlogs and blogs. Dulu, dunia aku hanya apa yg aku tengok sekeliling aku so aku bole cakap la yg aku sangat naif dulu. Suci sangat habaq hang. Hihi

Sebab aku xtau banyak benda lah jugak, bila aku dah masuk alam 20-an ni, aku byk fikir why i did that, why i did this dulu, knape aku decide gini knape aku decide gitu waktu tu.. Knape aku dulu x bole fikir mcm org lain fikir, knape aku mcm takde pendirian dulu.. Knape aku tak bole decide apa yg aku nak waktu tu bla bla bla.. Banyak lah benda yg aku slalu tanda tanya lepas semua benda tu dah berlalu.

Tapi aku rasa bnda tu normal kot.

We must be young and stupid before we can be old and wise. Kan?

Aku xtau sama ada aku sorang je yg rs mcm ni or ade org lain jugak rs mcm ni. Aku suka tau cerita life org lain sbb sometimes cerita diorang bole bg aku inspiration n bole buat aku berfikir ttg satu benda tapi dgn pandangan dari pelbagai sudut. Aku xtau la org lain, tp aku rasa positive vibes tu kadang2 mmg kuat drpd cerita org lain. Of kross bukan maksud aku kat cni aku suka sengaja nak korek2 cerita org lain ttg cerita yg org lain x willing nak share ya. Maksud aku, cerita2 yg org mmg suka nak kongsi dgn org lain through blogs and vlogs.

Aku ingat waktu aku memula dtg Jakarta dulu tahun 2008, waktu tu umur aku tak sampai 18 tahun lagi. Uwauuu muda tak muda tak? Hihi

Waktu tu aku budaaakk sangat. Aku x sedar yg aku sbnanye pg oversea utk stadi dan aku sbnanye pg sana bawa setangki besar harapan drpd byk org. Aku tak pnah ade rasa sikit pon mcm tu waktu tu. Aku just rasa mcm pg skola berasrama. Cuma nak pg asrama tu kena naik kapal terbang. Hahah

Masuk semester berapa ntah, aku jumpa blog ada sorang akak ni. Honestly aku baru btol2 pandai guna internet sejak ada laptop sndiri yaitu waktu mula blaja amek degree dulu lah. Anyway, akak blogger tu dia dah blogging sejak tahun 2006. Dalam blog die mcm diari die la. Readers die sangat ramai..termasuklah aku sendiri. Sampai sekarang aku masih baca blog die.

Dalam blog die, banyak sangat kisah hidup die yg die share.. Aku kagum dgn dia sbb aku bole feel the emotions dlm setiap entri-entri dia. N aku kagum dgn pendirian dia. Byk kali org try nak kondem die kat blog tapi die tetap cool dan blogging mcm biasa. Sampai tahap sekarang ni, boleh kata die dah jadi mcm rujukan pulak sbb ramai jugak reader yg suka tanya2 pendapat die. Semua persoalan berkenaan hidup. Benda2 yg kau takkan jumpa dlm buku. Dia punya 2 cents selalu affect aku in a good way.

Aku tak tau akak tu sedar ke tak yg blog die dah jadi inspiration kat ramai orang. You have my respect lah kak. Ai lebiu so much. Ceh, mcm akak tu baca je kan? :P

Ada link blog akak tu kat sidebar. Ce cari ce cari.

Daannnnn........ Bila aku dah besar sket lagi, aku pandai maraton video kat Utube. Aku mula jumpa dan berjinak-jinak dengan dunia vlogs. Yup, videos-blogs >>>>> vlogs. Lebih kurang lah.

Video yg org ramai buat ttg random things yg diorang nak share dgn org ramai. Ade yg vlogs pasal isu semasa, review products, tutorial2, ada yg buat daily vlogs cite pasal kegiatan diorang hari2. It's like watching others life on screen. Kalau vlogs yg femes kat Mesia ni Anwar Hadi, Mat Lutfi, ngn Maria Elena la kot. Nak jugak Maria Elena aku kan? Hahah

Tapi kalau vlogs sbnanye aku suka vlogs omputeh buat. Omputeh tak putih sgt lah. Ekceli aku suka tengok vlogs Muslims kat luar negara, majority middle eastern muslims yg tinggal dekat USA. Sebab apa? Sebab diorg Muslim tapi diorg duduk dekat negara barat yg budaya diorg berbeza dgn tempat asal diorang.

Aku suka nak tau mcm mana diorang handle lifestyle kat sana tapi mengamalkan Islam pada waktu yg sama. Stuff like that. Benda-benda ni lah maksud aku yg aku rs aku takkan dapat tahu dgn cara lain. Mungkin lah ade agaknya dalam buku tapi aku rasa vlogs lebih bes sbb die visualised version.

Blog atau vlog? Jawapan dia aku suka dua-dua. Dua-dua pon aku layan..

Cuma kalau aku sendiri nak ber-vlog tu aku rasa takkan lah kot.

Aku lebih suka menaip mcm ni. :)


I can see u reading my blog! :P

Lepas tu, nak selit sket pasal preorder perfume original reject bulan lapan ni ye..


Take note ye siapa yg berminat, bole skrol list perfumes kat link instashop kat sidebar. Oke TQ.

Siapa yg baca sampai abes, anda ohsem!
Byeeee!!!

Friday, August 1, 2014

Eid Mubarak!!! Happy Raya gegirls and boboys sumeee

Salam~

Seperti yang aku telah taip di entri yg sebelum ni, hari ni aku nak menyemadikan cerita raya 2014 dalam buhlog ni. Terimalahh...

Pegang mic btol2..

*nyanyi lagu air mata syawal dgn bersungguh-sungguh*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oke dah. Tepuk lah sket, penat iols nyanyi. Hehe Gediknya plis. Lempang kang.

Oke dah ckop tu.

So korang raya kelima hari ni raya kat mana kah? Ke da stat keja semula? Selamat bertugas kalau dah stat masuk keja balik.. :)

Sape yg kat umah tu, tengok tak MHI pagi tadi kat tv? Ade Imuda ngn Art Fazil kalo x silap nama die, nyanyi lagu Rilek Raya. Tak pasal2 aku kena explain kat adik aku apa beza ukulele dgn gitar.
Oke abaikan. Ni nama die randomization. :))

Nak dijadikan cite, hari last puasa itu hari aku ajak adik aku kuar. Kononnya nak soping, so kitowang pg la Jejesco.. Lepas tu last2 adik aku yg beli baju. Aku tak beli baju apa pon. Takde satu pon yg aku blink blink nengok. Sob sob sob

Disebabkan puasa, maka tak lama lah kat Jejesco. Zaaasss kitorang keluar pg tempat lain. Laju-laju aku ajak adik aku pg Pantai Klebang. Saja amek angin kat pantai. Untunglah kau jemah duduk Melaka dekat dgn pantai. :P


Kita up dulu gamba jakun sedas. Kata pg pantai kan.. haruslah selfie berbackgroundkan bot2 dan pantai.. hihi

Mengkome kalau perasan spek mata aku tu dah layak kena ganti lense die tu. Dah hujan renyai2 aje pemandangannya kalau tengok sekeliling. Luls


 Hari raya pertama lepas makan2 kemas baju n smayang raya sume, kitorang gerak balik Tganu. Tak payah pakai baju raya der.. Kesudahannya membuta jugak dlm keta.. Aku pakai baju kurung cotton pon ayah aku dah tanya, pasal ape pakai baju kurung. Susah nak bergerak katanya.. Jangan risau ayah, dulu kat skola ade cegu tu main bola jaring pon pakai baju kurung, kata aku dalam hati.


Singgah kat Air terjun Gunung Ledang ni rasanya. Diorang ni ade yg blom bekfes. Aku dah makan dulu kat umah. So diorang makan, aku joget gangnam style kat tepi. 
Oke tipu.


Kampung aku sbnanye kat Wakaf Tapai, ade la 40 lebih km kot drpd Kuala Tganu. Tapi aku tak tido umah tok ki, kitorang tdo hotel je kat KT sebab tau dah betapa ramainya kat kampung tu mcm mana. Family belah ibu aku siryesli mcm Keluarga 69 tu. Sebab arwah nenek ngn Tok Ki aku memasing nikah lebih sekali. So secara otometik kat Melaka ade satu keluarga besar, kat Tganu ade satu keluarga besar. Our genes are everywhereeee... Nguahahaa

Oke jugak hotel kitorang pg hari tu, 3 hari 2 malam x smpi 400 hinggit. KT Beach Resort namanya. Tapi takde bekfes2 lah.. Jalan aje la sndiri keliling2 tu ade banyak kedai makan. Pantai pon dekat je. Uuuu i love pantai. So soothing..


Raya pertama dah habis dalam kereta je. Sampai KT pon dah maghrib. Esok tu raya kedua baru kitorang balik kampung umah Tok ki. Pape pon.. snap dulu lima nam das gambau kat laman hotel kan.. 

Kitorang takde tema2. Free style je.. Nak pakai kaler ape pon, silakan..


Kamera henpon aku ni kalau lowlight cam pelik gila. Dia jadi kaler purple. Aku dah try google dah. Org kate tu masalah hardware so kena hanta htc centre. Aku xtau la bila nak membetulkan kamera tu. Layan je la asalkan under daylight die oke oke je..

Tu sebab aku tak dapat snap gamba lam umah sangat. Terpaksa lah aku edit gamba kat atas tu supaya takde org pk aku beraya kat planet lain. Sob sob sob..

Yg duduk kat tingkap sebelah kiri tu lah Tok Ki aku. Suka die ramai org datang umah die..

Aku dah kate dah ramai. Tu aku snap satu sudut je. Blom campur yg kat ceruk2 lain, kat dapur, kat luar umah, kat dlm bilik.. dalam toilet?? Hehe


Tolonglah maapkan kebulatan muka aku yg melampau kat dlm pic ni.
Jgn salah sangka pulak. Tu bukan piring terbang ye, tu mmg muka aku. T__T


Tak tau plak aku sedara2 aku ni membela kucing jugak. Geraaamm je aku tengok diorg dlm sangkar.


 Ni cousins aku ngn laki die (cousin yg dua dari kiri). InshaAllah bulan 11 dapat ahli baru. Welkam to the club, baby! Yeye aku dah nak naik pangkat jadi makcik terhormat. N dua beradik tu anak Umi aku, makcik yg sama atuk sama nenek.


Raya makan nasi dagang this year sesuatu bangedd.. Hee sebab time family aku raya Tganu yg sebelum ni aku x ikut, tu yg aku jakun makan nasi dagang time raya. 

Lepas makan nasi dagang n semua dah ready, kitorang start pg raya rumah sedara2. Ade la 3 rumah kot hari tu, campor umah Tok Ki jadi 4 rumah la. Petang tu semua dah terlentok2 dalam keta. Letih kate kooo..


Malam makan mcm ni pulak.
My style of eating bread with Nutella. Dip and eat. Muahaha Sedap beb, sampai pejam mata!

Esok paginya kitorang dah gerak nak balik Melaka pulak.





Ayah bawak kitorang singgah pantai Chendor lelepaks makan angin. Dekat2 ngn simpang nak pg pantai Chendor tu banyak gila kedai keropok lekor, satar, n segala jenis makanan. Macam-macam ada... Tapi aku malas nak keluar kereta, so snap gamba dr dlm kereta je. Aku order je kat adik2.. Mem besau sangat kan?

Saja aku snap tajuk2 kedai2 dekat situ. Mana tau korang nak g cari keropok lekor. Boleh pg terjah sana.


Sampai pantai Chendor. Yeehaaaa!!

Seluar hijau pon hijau lah. Baru lah pencinta alam gitu. 



 Puas hati dapat tengok laut, kena angin pantai, lelepaks sambil makan kepok, satar n jelly kelapa yg ummmphhh gilos. Nikmat dunia~

Tapi kan, aku rasa mcm saiz satar nijam dah mengecik lah. Dulu perasan aku kalau beli satar lagi besau drpd ni. Mcm kecik sangat plak sekali ngaaappp jek dah bole makan habis. Sebab apa diorg kecikkan saiz satar standard skarang ye?

Hurrmmm...


Pantai Chendor yg permai.

Nasib lah aku dah berumur. Kalau aku umur ribena, dah selamat aku menjunam kat lam air tuha. Lepas tu kena rembat suh naik darat. Hihi

Yezzaaaaa entri raya done!

Oke jom makan kuih raya skarang  =D