Sunday, January 29, 2012

Lots of things to tell, but too lazy to type about 'em

Hooooohohoooo!!!!!

Apa kabar yaww?? Sori sebab aku asek la malas nak hupdate blog. Memang tak patut pon sebab apa, sebab ekceli aku dah habis semester 7. Hip hip hoorayyyy!!!!

i own nothing. this pic is from GOOGLE. Heee

Dan fakta sebenar adalah aku dah start cuti hari Jumaat lepas lagi. Masih banyak alasan untuk update blog, kan? My bad...big fat lazy cat! Haha

Alhamdulillah, aku akhirnya berjaya mengharungi semester terakhir untuk teori dgn jayanya. Kiranya lepas ni aku dah jarang datang kampus (agaknya..) sebab aku dan kawan-kawan akan mula tahun klinikal. Woooooohoooo!! Maka bersedialah teman-teman, untuk menghadapi alam klinikal!

Tapi bukan dalam masa terdekat ni la, kita cuti-cuti dulu.. Lagipun, kitorang akan ada PADAS. PADAS tu macam pre-klinikal la kat sini. Takkan dah selesai teori main serbu je hospital kan? Lari pulak semua patients kat sepital tu karang, takut tengok dokter2 muda yg blom pernah treat patients nih.. Har har har

Aku sebenarnya kan, rasa cuak sangat2 nak klinikal. Siryes! Sebab alangkan blok yg lepas-lepas aku blaja pon aku ingat-ingat lupa, apatah lagi yg tahun-tahun lepas punya pelajaran. Macam mana nak klinikal ni weii?? Wuuuu.. Cuakkk gilaaaaaaa

Bila baca pengalaman abang2 dan kakak2 senior UKRIDA yg dah keje kat Msia, laaaaaaaagi lah bertambah cuak. Double triple punya cuak. Tapi itu alam kerja mcm jauh lagi jadi kita cuak untuk klinikal ni dulu. Heh

Memang kena siap mental dan fiizikal, sebab jadi dokter ni silap-silap boleh sakit jiwa jugak dibuatnya. Penat tu toksah cakap la kan, memang benda yg pasti.. Sampai makan pon tak sempat, terlupa pon ada.. Lepas tu, kena maki pulak tu.. Tu yg Fatin Liyana cite kat blog die yg die sampai jadi emotionless dah sebab selalu sgt kena marah.. Boleh berangan benda lain lagi time kena marah dgn dokter padahal die tengok dokter tu eyes to eyes lagi.. Huhu

Fatin Liyana yg bijak pandai pon kena marah, apatah lagi aku yg malas nak blaja nih. Buahaha Masak lah esok agaknya. *statement jatuhkan diri sendiri..haha*

Btw, sepanjang aku dok umah asek melopong tengok laptop ni, ku terjumpa satu boy band yg bes gila pada pendapat aku. Tadaaaaaaaa

ONE DIRECTION!!! <3 <3 <3

Haaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh *pengsan*

Hari-hari aku asyik layan diorang punya diaries kat utube. Apesal entah diorang comel sangat. Bukan sebab diorang comel je, aku memang minat muzik diorang. Kalo korang berminat ce dengar lagu diorang, "What Makes you beautiful", "One thing".. Diorang ni ekceli masuk X Factor UK bukan secara berkumpulan pon. Masing-masing masuk sebagai peserta solo tahun 2010 kalo aku x silap. Tapi Simon (one of the judges) dan juri-juri lain buat keputusan utk kekalkan diorang kat dlm X Factor tapi secara berkumpulan. Maka wujudlah One Direction!

Memula aku terjumpa Cimorelli band, yg 6 beradik pompuan tu buat cover lagu diorang ni, lepas tu bila aku tengok the real music video, aku tak rasa suka pon sebab diorang macam....errr.....bromance, like..gay or sumthing? Oh, sungguh tak patut aku judge diorang berdasarkan luaran. Haha Las-las, aku pulak yg nak fan lebih-lebih. Ceh.

Takkk...tak, diorang bukan bromance, tapi diorang best friends je..Betuuulllll!!! *haha over!!*

Kay ah. Sure bosan layan pe'el aku skarang nih. 
Selamat hari-hari utk semua!
Jangan tacing-tacing.
Baibai~

Monday, January 23, 2012

Instinct

Korang percaya tak dgn instinct? Pernah x bila korang nak hadapi sesuatu ataupun nak buat keputusan utk sesuatu benda, tiba-tiba mcm ada gerak hati suruh pilih yg satu ni instead of the others.. Lepas tu gerak hati tu rupanya betul. Pernah? Aku pernah. Banyak kali jugak la..

Kalau di'google'-'google'kan tentang instinct ni, antara yg aku terjumpa ialah tentang teori instinct. Kebanyakannya berkaitan dgn psikologi. Boleh ke tak ea nak percaya benda ni?

Aku ingat lagi dulu waktu skolah kan, bila beratur nak amik makanan kat dewan makan asrama, siap aku ber'instinct" nak dapat ayam besar la, nak dapat yg banyak lauk or banyak nasi, or tembikai yg besar..etc etc.. Tu pasal la aku ni dah macam ikan buntal. Selagi boleh makan, makannn... Kekeke

Tapi kan, selalunya apa yg tergerak kat dalam hati aku tu, itu lah yg betul. Bukan lah tak pernah salah, tapi selalunya betul..

Kalau aku tengah jawab exam pon camtu. Bila dah abes xm, kat umah mula la aku teringat-ingat soklan xm, pastu bila aku cek balik notes, rupanya betul jawapan yg dah tergerak kat dalam hati aku sebelum aku bulatkan jawapan yg xberapa nak betul.. Hahaha Takde rezeki mungkin~

Sepatutnya tak boleh percaya kan kalau ramalan-ramalan tentang apa yg akan berlaku, nak2 kalau tilik-menilik ni..kan kan? Macam mana dengan instinct ek? Kalau instinct kita tu kuat sampai kita rasa macam nak percaya yg benda tu akan jadi, berdosa ke tak eh?

Ada siapa-siapa yg tahu?

Saturday, January 21, 2012

Sejak akhir2 ni aku selalu sgt mkn chewing gum

Tajuk tak boleh nak sakai lagi? Har har har

Aku rs cam dah lama sgt tak update blog. Satu, aku betul2 bz blok forensik ni. Sila percaya. Untuk org yg x reti nak paham sgt makna bz tu cane, well..sistem kampus kitorang kat cni ekceli takde lah nak membizikan murid2 sangat sbnanye. Tapi blok 30 ni sistem pbl die lain sket drpd blok2 lain. Tiba-tiba aku jadi bz plak blok ni. Congratulations to myself, i make it to the xm week! Yeayyy..!!

Dua, kemalasan mungkin. Plus, takde idea nak mencarut apa kat blog.

Maklumlah, life aku kat sini takde apa yg menarik sgt pon kalau aku nak cerita. Paling pun, aku bole bagitahu yg cuaca kat Jakarta dah panas balik. Tak sampai 3 bulan pon aku rasa musim sejuknya. Wuwuwu Dengki taw tak nak bagi aku tido dengan hebat. Cis.

Sebut musim sejuk tak nak kalah. Macam kan aku ni duduk kat obersea ada salji-salji bagai. Hakikatnya? Non hadooo

Tapi kan, musim hujan kat cni bes jugak sbnanye. Sebab, ia membuatkan aku x kesah sangat nak jalan kaki pg kampus. Sebab tak berpeluh. Hahaha Dasar pemalas nak exercise mmg mcm ni lah, lagi mahu kantoikan diri sendiri. Ceh.

Hurmmm... Benda apa pulak aku nak makan malam ni ek??

Haaa...tengok, baru sebut malas nk exercise. Tapi lepas tu terfikir pasal makanan pulak. Eh, aku ni species apa eh sbnanye? Polar bear agaknya.

Sunday, January 15, 2012

We own nothing in this world

Semalam aku memang rasa nak keluar sangat2. Stress tiap2 minggu kena bergadang tidur lambat untuk buat case studies. Kalau jadi secretary, double punya bergadang. Cape dehhh.. So, petang semalam aku dah bergiat menghantar sms ke teman2 kot2 ada yg sudi nak teman aku keluar jalan2.. Yes! Berjaya cekup sorang. Haha


Berseronok-monok di depan cermin sementara menunggu sms dr teman? Done! 
Ahhhh...soooo a typical girlfriend~ 


Caaakk?? Hehe Ni lah peneman aku semalam. Thanks tikah.

Semalam sempat jugak die berkongsi kisah sedih die kat aku. Korang, sama2 doakan sekali utk arwah tuk dia okayy.. Moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan dekat dengan-Nya, amin..
Cerita dia buat aku celik mata semula. 
O Allah, terima kasih atas semua orang yg Kau hadirkan dalam hidupku, elhamdulillah~
Seriously, aku x tahu la cmne aku nak hidup kalau takde org2 yg dekat dgn aku, terutama family.. :(

Tapi ye la kan, kita kat dunia ni x punya apa2. Semua Allah punya. Bersyukur lah Dia x jadikan kita seorang diri terkapai-kapai. Selalu ada orang2 di sekeliling kita. Alhamdulillah..


 Kalau pg makan kat Secret, aku mmg slalu order kat atas ni, Prawn macaroni with cheese. Tapi kat Msia mcm lagi sedap je.. Semalam aku makan, cheese die mcm cair sket, lepas tu little bit oily, so ada potong stim sket kat situ. Heh.


 Tikah makan Noodle in tom yum chicken. Pon cair jugak. Tapi oke la masih terasa tomyam die. 
Orang sangat ramai semalam kat Central Park.
Gilaaa, aku dah lama sangat tak rasa pg mall berlaga-laga siku nih. Semalam aku rasa sesak betul!


Boleh celen ke pipi aku? Takley kan, kan? Haha

Bole nampak kan org ramai kat belakang aku tu? Perghhh... tempat makan lain ada yg lagi ramai drpd tu. Bersesak-sesak. Tapi disebabkaan aku memang beriya sangat nak keluar semalam. Pandang sebelah mata je lah sesak pon, yg penting aku dapat jalan2..

Esok dah hari Isnin balik. Huaaaaaaarrghhhhhhh!!! Kemalasannya nak pg kampus!

T__T

Friday, January 13, 2012

Kadang-kadang kita memang terpaksa hadap org yg racist

Nasib baik hari ni aku takde mood sangat nak meroyan. Pasal aku baru setelkan esaimen grup PBL. Rasa lega bukan kepalang. Tak sabar nak lagha. Haha

Dulu aku selalu heran kenapa orang Msia dengan orang Indo mcm tak ngam dan tak berapa boleh nak get along. Tak sangka pulak aku akhirnya belajar kat Indo ni. Bila sampai sini, mula-mula tak perasan sangat sebab tengah sibuk nak beradaptasi dengan kehidupan baru sebagai pelajar kat tempat orang.

Dah lama-lama sket duduk sini, baru aku perasan rupanya memang betul ada orang-orang Indo yg memang tak suka dgn Msia. Cukup diorang menyampah dengan org Msia ni kekdahnya. Agaknya kalau aku tanya kenapa diorang tak suka Msia, entah-entah diorang pon tak tahu nak jawab apa. Dia punya benci tu ooo mak aiii... Kalau menyumpah seranah tu agaknya sampai dah tak jumpa dah perkataan yg "terbaik" untuk digunakan.

Tapi...tapi tapi.. Bukan semua orang Indo macam tu. In fact, ramai je orang Indo yg mengaku bahwa pemikiran negatif dan mentaliti rendah di kalangan segelintir masyarakat kat sini tu memang wujud. Mungkin jugak tu semua permainan politik, ataupun pengaruh media massa yg cukup besar dalam melaga-lagakan Msia dengan Indonesia. Aku pon tak sure motif diorang.

Aku harap orang-orang Msia takde lah naik sama ikut pemikiran yg negatif tu. Dah kalau kita pon menonong je nak membenci, nak memaki-maki jugak tanpa asas, bukan ke dah sama je mcm segelintir masyarakat Indo yg terpengaruh dgn anasir negatif tu?? Orang demo, kita pon nak demo..buang masa je. Baik duk umah main kucing. Haha

Tapi tu lah kan, bila kita berdepan dengan org yg ada masalah racism ni, memang teruji jugak kesabaran. Alah, panas2 telinga sket takpe lah.. Diam je lah.. Diam tu lebih baik~

Tuesday, January 10, 2012

People can say it hundred times but no one can really do what they say

Aku dah lama tak menulis dalam english. Kalau ada salah grammar ke, ejaan ke kat tajuk maupun entri, sori la ek.. 

Pernah dengar tak ayat ni, "jangan judge orang"..?? Aku rasa sejak aku habis matriks (tak tahu kenapa nak spesifikkan habis matriks bukan waktu2 lain), aku selaaaaaaaaaaaaaalu sangat dengar ayat tu.

"Jangan judge orang, kau bukannya tahu keadaan sebenar orang tu."
"Tak baik DOWW menghakimi orang lain, yg layak menghakimi dan menghukum tu hanya tuhan DOWW".
"Tak payah la kau nak berdentum-dentum cakap die salah la itu ini, engkau pon bukannya betul sangat"

DOWW tu kena kasi hurup besarr sket.. Saja tribute kat Afdlin Shauki dgn Harun Salim Bachik. Ngahaha Aku paham sangat2 mesej yg diorang cuba sampaikan dlm sketsa diorang kat MLM tu.. Aku sendiri pon guna jugak perkataan DOWW ni. Bila fikir2 balik, pedas jugak sebenarnya. Tapi biasalah kan, siapa makan cili, dia lah yg rasa pedas. Siapa makan cheese, takkan rasa pedas plak kan.

Gila, aku dah lari topik nih.

Sebenarnya ea, mana2 manusia pon dengan akal yg waras akan dapat menerima bahawa kita ni masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2. Sebab itu kita tak layak nak judge2 orang sesuka hati kita. Sebab mungkin orang tu salah pada waktu tu, tapi kita tak tahu andai kata kita di tempat die, apakah kita akan buat perkara yg sama atau tak. Betul tak?

Sebab tu dalam Quran sendiri (sama ada Quran atau hadith, bole semak sendiri dan betulkan aku kalau aku salah kat sini) ada menyatakan sifat-sifat manusia antaranya jahil, tamak, dan yg lain aku tak ingat. 

Kiranya sifat2 tak baik tu memang dah ada dalam diri kita. Tipu lah kalau anda cakap anda tak pernah rasa mcm nak menyombong, tak pernah rasa mcm nak menyaiko orang lain. Aku sebagai manusia yg banyak sangat benda yg aku belum dan tidak tahu, mengaku memang ada masanya sifat2 mcm tu terasa kuat dalam diri.

Kita boleh cakap apaaaa je pasal orang lain, kita boleh fikir apaaaaa saja pasal org lain. Tapi kesudahannya, bukannya kita dapat apa pon. Betul?

Kesimpulannya ialah.............................................dot dot dot. *soklan fill in the blank*

Haha Kay bai. Jangan tacing-tacing.

*entri hanya berdasarkan pendapat dan pandangan individu penulis*

Monday, January 9, 2012

Soklan ujian di fakulti perubatan yg menguji pengetahuan am aku

Hye koranggg!!!! *sila hepi bersama saya, kalau x, saya akan mengalami depresi*

Perasaan bercampur-baur skarang ni. Tadi baru habis xm Integrasi 1 blok 30 (Emergency Medicine II). Time jawab soklan forensik bole tahan lagi, sekali bila masuk paper ilmu bedah, saraf, ngan subjek yg specialist occupational medicine tu ajar je, aku terus sampai tahap x reti nak relate apa yg aku baca dgn apa yg soklan tanya.

Soklan tu tanya pasal fumaroles yg terhasil setelah letusan gunung berapi mengandungi apa? Lepas tu dia tanya lahar tu terdiri daripada apa? Lepas tu die tanya kawasan yg jauh dari gunung berapi masih boleh terdedah kepada apa?

Dan jawapan-jawapan die berbunyi gas sulfur dioksida, steam volkanik, fluorin bertekanan tinggi, dan lain-lain. Menyesal aku tak belajar geografi betul-betul time PMR dulu. Huhu

Walaubagaimanapun, apa yg dah lepas tu lepas la kan. Aku merempan banyak2 kat blog pon dah xde guna dah. Melainkan aku buat yg terbaik untuk Integrasi 2 sok.

Sori la kat sape2 yg mengharapkan entri yg lebih rileks, sebab aku sampai dah xde modal dah nak buat entri santai pasal apa.

Tapi tapi tapiiiiiiiiiii.... Ada satu benda yg berjaya buat aku teruja skarang ni. Hehe

VAMPIRE DIARIES THIRD SEASON!!

Yahoooo!!! Aku tak sedar yg season 3 cite ni dah lama stat. Hosmet kata dah episod 11 dah. Jauh dah aku ketinggalan rupanya. Tapi takpe, bila dah complete sok, aku cari lah dekat sumber yg boleh dipercayai. Haha

Tak sabarnya nak tahu apa yg berlaku dlm season 3 ni. N mamat yg belah kiri sekali dalam gamba tu siapa pulak ek? Watak baru ke?? Woww.. really exciting!!!

Tengok x cite ni? Tengok aa.. Best!!! 

Friday, January 6, 2012

Minggu yg sibuk dan banjir yg tak diduga

Dum dum dummmm!!! Bukan bunyi mercun, tapi dum dum dum, trafik blogku jatuh merudum. Buahahaha..

Seminggu tak update, biasalah kan. Alangkan kalau berupdate pon dah mmg tak tinggi mana, inikan pula diikut-ikutkan tebiat malas yg menebal. Eh, tapi ada pulak aku kesah?? Ngaaaaaahahaha

Aku ni dah keracunan gas ketawa ke apa asek nak terbahak-bahak aje. Kalau kena tempeleng baru oke sket agaknya.

Hai uolllzzz..aku dah habis cuti dah nak seminggu dah ni. Masuk je kelas, dikejutkan dgn berita esaimen PBL kes-kes forensik yg due date nya selang 2 hari setelah setiap kali perjumpaan PBL. Aishh.. Aku pon redah aje la mana yg boleh diredah. Setakat ni alhamdulillah 2 sesi PBL telah pun selamat diredah dgn jayanya walaupun aku tak pasti apa yg aku dah buat tu betul ke tak. Yg penting aku dah buat.

Esok aku ada sesi Paripurna. Paripurna tu istilah dari Universitas Indonesia (UI), bukan u aku. Kitorang sebut sesi pleno. Berdebar pulak rasanya sebab kengkawan cakap pleno esok presentator doc yg pilih. Aku nak laghiiiiiiiiiii!!! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Oke cukup tu.

Petang semalam kan, tengah kitorang satu rumah sibuk-sibuk pening kepala nak setelkan esaimen. Tiba-tiba hujan turun. Aku pon rasa bes la kan sebab sejuk je. Sekali tiba-tiba Nadiah menjerit-jerit. Aku rilek je la, ingatkan takde pape. Alih-alih aku tengok depan mata aku ada air mengalir dengan segala tok nenek habuk kayu elok je masuk lam bilik aku. Gilaaaa!!!!

Tergamam kejap aku ngan Nani. Air dah nak sampai kat kaki kitorang, baru tersedar dari lamunan. Terus cabut dulu plug-plug pastu selamatkan laptop memasing selaju mungkin. Esaimen tu nak hantar esoknya (hari ni) kot!!!

Padahal kitorang ni duduk kat tingkat dua, bawah elok je tak banjir langsung. Semua gara-gara lubang air kat balkoni atas tu tersumbat sebab kebetulan semalam tuan rumah panggil tukang suh betulkan atap balkoni tu. Sebelum ni tak tersumbat pon. Disebabkan banyak sgt habuk-habuk ngan sampah-sampah bekas tukang tu bekerja, tak pasal-pasal rumah kitorang banjir.

Air banyak sangat sampai tumpah ke dapur kat bawah ikut tangga. Gilaa!!!

Termenung aku memikirkan bila pulak esaimen aku nak setel kalau camni. Nasib baik kebetulan bibik aku pon baru je datang kerja waktu tu. Gotong-royong la kitorang satu rumah dengan bibik, dengan tukang rumah tu semalam. Akhirnya kering jugak lantai.. Pheww~

Sebelum ni aku fikir, kalau banjir pon takpe sebab aku duduk tingkat dua. Tengok, Allah duga dgn cara yg aku tak terfikir pon boleh jadi. Huhu *muhasabah diri kejap*

Esaimen minggu ni dah hantar, banjir pon dah setel, lepas ni nak hadap exam pulak hari Isnin. Nak join? :D

Kay lah. Till then, bai korang. Jangan tacing-tacing! 
^_^