Wednesday, November 30, 2011

X-ray

Tak..tak.. Entri ni tak bersifat ilmiah pon.. Saja je nak cerita pengalaman aku belajar cara-cara nak baca x-ray. Asek kena tinggal je blog ni kan? Ciannya dia.. Huhu

Siryes sibuk kot lately ni. Mana nak belajar untuk OSCE nya, mana nak belajar utk integrasi nya, dengan ujian skill lab lagi, pastu aku secretary..kena la buat slide pleno.

Ditambah pulak penyakit selesema yg bukan main eksyen datang time2 macam ni kan.. Double trouble betul.

Eh. Bukan...ni bukan entri emo mahupun entri mengeluh.


Pernah tak korang terfikir apa yg dokter tengok kat foto x-ray korang? Apa agaknya yg diorang tilik tenung dekat gamba takde kaler tu? Hitam putih je kan.. Bila tengok banyak-banyak, sekali pandang macam sama je semua..

Minggu ni aku belajar cara-cara nak report x-ray. Kebanyakan foto yg kitorang kena baca (mcm pelik je baca foto) adalah foto yg ada kelainan patologis. Kalau 3 4 foto takpe lagi la agaknya kan? Tapi, kitorang dapat 13 foto x-ray, tahu?? Yaaaaa....TIGA BELAS.

Muahahaha... Masak lah memasing.. Tenung jangan tak tenung..

Kebetulan aku dapat tutor yg nak sambung specialist bahagian radiology, kira dia lebih paham la drpd dokter umum kan? Alhamdulillah..oke la die terangkan cara-cara nak baca, urutan perkara yg kitorang kena ikut waktu nak baca x-ray tu..

Jujur aa aku cakap, sebelum ni aku ingatkan dokter umum takde la kena tahu precisely about x-ray findings.. Rupanya kena tahu jugak..

Tapi ye la kan, sedikit sebanyak kena la tahu. Takkan semua kes nak refer ke specialist je kan? Hurmmm... Macam mana la nak masuk co-ass ni, aku tak rasa kompiden pon. Cuak gilaaaaa...

Aaaaaaaaaaaa.........~~~

Btw, harap-harap rumour tentang banjir besar melanda jakarta januari 2012 tu tak berlaku.. Kakak senior cerita zaman diorang dulu smpi tak boleh nak keluar mana-mana kot. Bekalan makanan pon susah nak dapat. Nak beli megi pon tak bley. Wuwuwuuuu...tamo tamo tamo!

Oke, smpi sini lu. Baibai! 

Friday, November 25, 2011

Macam-macam pulak symptom yg timbul

Bulan Oktober dgn bulan November ni aku rasa macam-macam hal pulak.. Sana lenguh, sini terpeleot.. Lagi byk benda nak kena fikir, lagi mengada-ngada pulak badan aku ni aku rasa. Tapi mungkin jugak perasaan aku je kot. Stress ke agaknya.. Kalau stress kan, bole timbulkan simptom2 jugak kan?

Tapi aku ni memang... Stress je lebih.. Ahahaha

Bangun pagi tadi, rusuk kiri kanan pulak sakit. Bile tekan sakit, pastu bila gelak ngan ketawa pon terasa sakit sket. Kat mana silapnya ek?

Nak kata terlanggar pape time tidur, mcm takde sebarang kemungkinan je.. Takkan osteochondritis kot? Nafas oke je, tak rasa sakit pon time nafas. Sesak pon takde, demam pon tak.. Hurmmm.. Ke aku ni psikosomatik ni?? 

Hujan takde, ribut takde.. *apa entah kaitan hujan ngn ribut ngan cite aku*

Rumet aku dah tido, aku je yg belum shut down lagi. Bila aku tak tahu nak buat apa, membuntang pulak bijik mata ni. Bila aku nak stadi, bukan main lagi die punya ngantuk. Siap pedih-pedih mata bagai.. Amboi amboiiii... Ko main-main ngan aku ye, bijik-bijik mata sekalian?

Hummmm.... (tak tahu apa lagi nak taip)

Kay ah. Gudnite all~ Jangan tacing-tacing..

Wednesday, November 23, 2011

Tak tau nak letak tajuk apa

Boohoohoo...

Takde motif sbnanye..mcm ni lah jadinya.

Dah cukup dalam dah aku tenung skrin laptop ni. Tapi tak dapat2 jugak idea nak update pasal apa. Kenapa eh? Oh ya, mungkin terkesima tengok bola tadi. Ngahaha Jauh tu beza saiz fizikal antara pemain Msia dgn Syria. Energi diorang pon opkos berbeza dgn pemain2 Msia. Ikut firasat aku la.. Tak tahu lah pulak kalau teori die lain.

Aku kan, rasa kagum bila tengok ada rakyat Msia yg bersungguh-sungguh nak harumkan nama negara. Macam mana hebat pon saingan diorang, diorang tetap teruskan jugak. Tak give up pon.

Pastu, bila dah tengok ada org susah-payah nak sumbang sesuatu utk tanah air, mulalah bermain-main dalam kepala otak aku, yg aku ni pulak ape ke hey nya? Apa benda yg aku dah sumbangkan? Lagi nak menyumbangkan keadaan ada lah.

Tak payah tengok jauh-jauh sebenarnya. Tengok dari dalam diri kita, kan? Apa je yg kita dah buat utk diri kita, lepas tu apa pulak yg kita dah buat utk keluarga kita pulak...dan seterusnya sampai ke komuniti yg lebih besar.

Kadang-kadang kita rasa mcm kita ni hidup, sekadar nak rasa nikmat hidup, nikmat berseronok dgn org2 sekeiling kita. Tapi takkan kita hidup untuk itu aje kan?

Takde motif pon, las-las berperenggan-perenggan jugak aku taip. Entah mana pangkal, entah mana hujung pon tak dapat nak dipastikan. Heh2

Dah la wei, takde siapa yg nak baca pon ko taip panjang2..*bebel kat diri sendiri*

P/s: lapar, tapi tak tahu nak makan apa..hmmm

Tuesday, November 22, 2011

Bingit!!

Bangun tido je dah kena dengar makhluk ni memekik. Paham tak bingit tu apa? Akai ada?? Manners ke laut.. Kang aku pancing kang, dapat jugak makan ikan masak stim tiga rasa. Heihh..

Btw, alhamdulillah...puji syukur kepada Ilahi atas kemenangan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011 di Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta malam semalam.. (ada macam reporter tak?)

Ngauman Harimau Malaya selepas dinobatkan sebagai pemenang pingat emas, ibu segala pingat.

Tak senang duduk jugak aku semalam. Sekali kena penalti pulak tu.. Dah macam nak gugur jugak jantung aku. Nasib baik yg tendangan terakhir tu akhirnya terlepas oleh penjaga gol Indonesia. Bukan main comel lagi bergolek ke dalam lubang gol...dan apa lagi? GoooooooooLLLLLLLLLL!!!!! Muehehe.. Ingat aku kememeh camni tak pandai tengok bola ke? *emo takde motif*

Pemain Indonesia sebenarnya main oke jugak.. Aku tengok diorang tak kurang hebatnya. Tapi, pertahanan ada kurang sket, mungkin. Pengulas sukan kat tv1 semalam pon ada cakap mcm tu..

Pape pon, mmg hepi ar menang game tu semalam. Hari Rabu bila entah ada perlawanan dgn Syria pulak kan? Utk kelayakan masuk ke Olympics pulak.. Go Harimau Malaya, go go!!

P/s: Hopefully kat sini takde amukan-amukan warga setempat.. Tak pasal-pasal kena balik Msia karang. Hee

Sunday, November 20, 2011

Bella akhirnya jadi vampire! wooohoooo


Haaa... Ini yg aku nak meroyan ni. Kahhh!!

Da tengok tak Breaking Dawn?? Aku baru tengok semalam. Dapat seat dua dari depan. Tegar sungguh kitorang. Depan pon depan laahh.. Vampire punya pasal.. Sanggup kaww teleng-teleng tengok skrin. Apa ada hal?

Untuk seorang yg kuat berfantasi mcm aku nih, kalau tengok cite vampire-vampire ni memang boleh demam ah kan. Memang terbukti pon. Bangun tidur, lepas subuh siap tak boleh tidur tuu.. Terus on laptop, layan behind the scene pulak.. Mak oihh ini macam ni telinga aku ni mau kena ceramah dulu ni, bior sedar diri balik, bior kembali ke alam realiti. Haha

Nasib baik cite tu bes. Kalau tak, memang aku lari umah dah semalam. Mana tak nya, restoran aku ngn kawan aku singgah semalam servive macam ciscake! Buat aku nak mencarut lagi ada.. Ciscake!

Dah la aku tengah lapar. Dalam air aku ada kumbang. Oke lah, kau tak sengaja..mungkin. Bila dapat makanan aku, pehhh.. Eiiihh.. Panas je mulut aku.. Nak je aku panggil supervisor (supervisor ke manager ke sape entah laki yg pakai semat2 dok ke hulu ke hilir lam kedai tu), sound direct. Macam mee semalam oke rasa die. Dengan ada bau masam nya lagi.. Memang la cibai. Kan tak pasal2 dah amukan aku malam semalam. Sian membe aku kena dengar aku membebel. Kawan tu dah la tengah excited nak tengok vampire.

Heihh.. Malas dah aku nak cite pasal restoran tu lelebih. Yang penting, lepas ni, memang kensel la aku nak jadikan option kalau nak pilih tempat nak lepak makan. KENSEL!!

Kay bai. Sori ah aku amukan mmg lebih sket nak2 kalo bab makan. Tapi twilight bes woh! 
:D

Friday, November 18, 2011

Money can drive people nuts

Salam.

Lama jugak aku tak merepek meraban kat blog. Maklumlah, sejak dah ada rumet skang ni, keja aku merepek dgn rumet je.. Aku pon rasa macam nak berubah jd saiko sekarang ni. Sebab bila kita merepek, kita akan ada rasa mcm nak saiko orang lain. Ada orang pnah rasa macam aku tak? Ke aku sorang je? Demmm..

Tadi ada sorang pompuan ni hantar IM kat aku kat pesbuk. Chat punya chat.. Tetibe dia tanya, "kenapa, muka mak saye ada macam cegu sekolah awak ke?". Time tu aku dah pelik dah.. E eh ape pasal pulak die cakap pasal mak die pulak nih?

Ternyata rupa-rupanya yg chat dgn aku tu bukan tuan punya account pesbuk, tapi anak beliau yg berumur 11 tahun. Amboihhh... Bukan main sakan main pesbuk mak.. Bila aku tanya, "mak tak marah ke main pesbuk die nih?". Pastu budak tu pon jawab, "tak, mak tak marah..main 6 jam pon mak tak marah..".

Dalam hati aku terdetik, adakah mak die mmg tak marah ataupun mak die tak tahu pon yg anak die tgh berpesbuk guna account die.. Hmmm.. Ada jugak rasa nak kasi ceramah free kat budak tu, tapi bila fikir-fikir balik, tak payah la masuk campur hal rumahtangga orang kan. Ngahaha

Bukan cite pasal "anak mak curi-curi guna pesbuk mak" yg aku nak cite kat sini sebenarnya.

Sebenarnya, memang aku nak membebel pasal duit. Siapa yg tak suka duit kan? Nak-nak zaman sekarang ni, majoriti keperluan hidup tu memerlukan duit. Nak terkucil pon kena bayau jugak tuh. Dulu dapat la seposen. Nijam mana dapat lagi.. Doploh sen woh! Ada tu, nak buang air besar lain pulak harga, nak mandi pon lain harga. Entah apa yg berkira sangat agaknya *amukan amukan*

Aku paham la harga barang nijam banyak dah naik.. Aku paham bayar duit nak masuk toilet tu untuk maintainance toilet dan jugak upah pekerja. Tapi aku masuk toilet, berkeladak je.. Nak kata bersih bebeno tu takde pun.. 

Eh, tapi sebenarnya bukan jugak pasal jamban toilet yg aku nak cite. Asek laaa lari topik.

Bila aku kecik-kecik dulu, aku takde pon fikir pasal duit. Sebab apa aku nak, semua hanya perlu mintak elok-elok kat parents. Bila parents kasi green light, aku dapat lah benda yg aku nak. Tapi mcm mana parents nak dapatkan sesuatu benda tu, ataupun mcm mana parents dapatkan duit nak beli benda yg kitorang adik-beradik nak, itu semua tak masuk dalam skop pemikiran aku.

Tapi sekarang ni, baru terasa mcm mana rasa 'tercekik' kalau tak cukup duit. Rasa mcm kemahuan kita tersekat-sekat sebab kita memang rasa nak benda tu, tapi at the same time kita kena menyimpan duit jugak. Kalaupun kita beli benda yg kita nak tu, nanti hujung-hujung still rasa macam kesempitan duit jugak. Option terakhir, mintak duit parents.

See? Kat mana kita menapak pon, sejauh mana kita merantau pon, hujung-hujung orang tua jugak yg kita carik.. Eh, ini pon macam dah lari topik jugak sebenarnya. HAHAHA

Pokoknya, inti aku ialah orang baik mcm mana pon, bila dah terdesak sebab duit, maka keluarlah perangai-perangai yg pelik-pelik. Kadang-kadang tu, bukannya desperate sangat, tapi die punya rasa insecure tu sampai buat org sekeliling pon ikut tertekan.

Hanya kerana sekeping kertas, orang boleh hilang pertimbangan. Hilang kepercayaan, hilang norma-norma asas kehidupan. Haa kann..dah terkeluar BI aku. *read: BI = Bahasa Indonesia*

P/s:  Kadang-kadang berdenyut jugak kapla aku dibuatnya..haih

Sunday, November 13, 2011

Ini adalah sebuah entri request

Salam..

Hape pesen tajuk entah aku ni. Macam tak cukup perkataan je aku rasa. Cuba lah teka brape kali aku tukar2 tajuk daripada tadi? Taip sket, backspace balik, taip lagi, backspace balik, taip, backspace, taip backspace.. Kesudahannya, jadilah satu tajuk yg macam ayat tak siap. Pffftttttt....

Memang betul pon ni entri request drpd hosmet aku, Cik Balqis.. ^_^

Aku ni bukan selalu nak dapat2 hadiah ni sume.. Dulu kecik2 ye lah boleh tahan selalu jugak muka aku naik pentas amik hadiah.. Tapi bila umur dah banyak ni, jarang sangat2 dah nak berhadiah bagai. Kalau takde special occasion, memang non hado lah jawabnye..

Tetibe ulangtahun aku tahun ni dapat hadiah pulak daripada hosmet2.. Apa lagi, memang terpacu lah kejakunan aku kan..

Aku tahu, mungkin engkorang kat luar sana, hadiah2 ni mungkin benda biasa je.. Tapi bagi aku, boleh kembang jugak montot bila dapat hadiah. Ekau ado??


Terima kasih kat Champ sebab belikan aku diari berkotak kaler hijau ni. Memang imej luaran diari ni nampak macam tak sesuai untuk umur aku. Ye, ye aku tahu tapi apa boleh buat....tahi kambing bulat... HAHAHA Champ yg ajar aku ayat tu, blame her!! Heh2
Tapi pape pon kan Champ, terima kasih woh belikan aku diari kaler hijau, kaler feveret aku tu.. :)
Dan kartun tu comel kowt. Tak salah kalau org yg comel mcm aku ni nak dapat benda comel2 ni.. *buat dah perasan syok sendiri*


Lepas tu, tiba-tiba je hosmet aku lagi sorang ni pulak hulur satu kotak berbalut. Pastu die cakap, "nah, hadiah besday kau". Aku pon memula blur lah, eh aku rasa birthday aku dah lama dah lepas tetibe dapat hadiah pulak kan. Rupa-rupanya hosmet2 aku tu diorang postpone hadiah besday aku.. Tak tahu la apa motif diorang sebenarnya. Ngahahaha
Terima kasih Nadiah. Mentang-mentang aku ada rupa pingu sket2, ko belikan aku frame gamba pingu yek.. Nasib baik comel. Hehe Oh ye, frame tu bukan ada dua tapi depan belakang die gamba lain lain. Hee


Hot tak kaler merah? Hehe Aku ni ekceli tak tahu pon pasal bnda alah ni. Yang aku tahu, Angry Bird ni sejenis game. Kan? Tapi kenapa die femes, I'm not really sure..
Tapi Balqis kata, takpe lah kalau aku tak tahu Angry Bird tu mcm mana yg penting kalau aku tengok diari tu aku ingat kat die.. Wulamak aii.. Sweet muit betul lah hosmet2 aku ni. Makin berumur ni, jadi makin sweet pulak eh..
Terima kasih, Kak Qis.. ^_^


Cayang Kak Qis ketat-ketat.. hikhik *bodek letewww*

Selesai jugak entri request ni.. Kay, papai semuaa~

Have a nice weekend!

Friday, November 11, 2011

Berkobar-kobar....berdebar-debar..

Salam aleik..

Ingat tak lagu Vince AF1 suatu ketika dulu, tajuk die "Berkobar-kobar".. Rasanya lagu tu ft Yassin.. Tetibe je aku teringat lagu tuh. Bukannya peminat Vince pon.. hu3

Makin nak habis tahun 2011 ni makin berdebar-debar je jantung aku woh. Pasal bulan 12 ni aku ada satu exam besar nak kena hadap. Memang banyak sgt exam nak kena hadap, dan memang selalu je exam kat sini.. Tapi bulan 12 ni exam BESAR.. Kita mesti tekan caps lock utk tanda penegasan. BESAR ye, BESAR..

Memula aku dapat tahu exam tu bulan 12, aku mcm takde feeling sebab baru habis blok lepas kan.. Bila dapat tahu lebih banyak info pasal exam yg ni, haa baru la aku terasa cuak yg makin menebal..


Ada siapa-siapa nak ajar aku yoga??

Ya, aku pon tak tahu kaitan yoga dengan rasa berdebar-debar sekarang ni. Hehh

Monday, November 7, 2011

Sekali-sekala nak camwhore. Problem?

Salam..

First of all, saya nak ambil kesempatan ni utk ucapkan salam idul adha kepada semua rakan dan taulan yg ada di luar sana.. Semoga kita mendapat barakahNya sempena hari raya kurban kali ni, dan harap2 kita semua dapat menghayati apa erti kurban..

Ehehe.. Sekali-sekala buat ucapan skema mcm ni, rasa mcm jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat pulak ye.. Ewah. Belum apa2 dah berangan nak jadi menteri, kan?

Entri sebelum ni aku ada cakap nak pergi joli2 sebab baru selesai blok 28 kan kan.. Jadi entri kali ni sesungguhnya memang entri gamba. Mungkin ada orang tak berkenan lagi tak kuasa nak layan gamba2 typical students hanging out with friends..jalan-jalan cari pasal.. Makanya, aku mention dulu awal2 supaya org tak berkeluh-kesah dgn entri ni..

Lagipun, blog ni aku anggap jugak sebagai wadah utk aku abadikan memori daun pisang aku..eh. =P


Sbnanye kitorang keluar nak celebrate birthday Mama (nama die lain, kitorang panggil die mama). Mama teringin nak makan Carl's Junior.. Dikarenakan dia birthday girl, maka kitorang pon on je lah.. Gamba atas tu, belah kanan Nani, belah kiri Champ.


Sesungguhnya aku merasa diriku semakin bolat seakan-akan seketul bakso sapi. Haaahh!!


Beratur kat depan pintu masuk mall. Asal bolehh je.. Oh ye. Mallnya bernama Central Park. Eh lama-lama duduk sini, aku rasa aku cakap pon dah macam jawa. Hehe


Kiri tu Mama, kanan tu Ekin. Struggle betul Ekin nak makan burger..


Muka bahagia je dapat makanan.


Turut serta juga, adik-adik batch 09..


"Lu langsi, lu mati!!", kata Nani.
"Azie tak kisahh....", balas Azie *kenyit mata kenyit mata*

Oke tetibe pe'el malas aku dah datang. Time-time free pon die datang, time-time tak berapa nak free pon die datang jugak. Apa benda entah yg die dengki sgt dengan aku. Aku ni bukannya banyak harta, berhutang dgn MARA lagi ada lah.. *tibe-tibe emo menonong-nonong*

Tapi khatam jugak satu perenggan kat atas. Haha

Kay, bai uol.. Thanks singgah ye.. Singgah aa lagik.. Hee

Friday, November 4, 2011

Maka tamatlah blok 28..

Salam aleik..

Maka dengan ini, saya mengumumkan...bahawasanya saya telah tamat pengajian.... *Gedebukkkkk...belakangku didebukkan*

Yela...yelaaa.... Aku sedar aku baru tamat blok 28 je, belum jadi doktor lagi ni.. Jauh lagi perjalanannya.. Nak berangan pon tak buleh. Bluekk

Hey hey heyyy anda di sana yg tengah melopong depan laptop tuu, apa khabar? Sudah makan? Kalau makan roti jala cecah kari, jangan lupa saya kat sini ya. Bawak-bawak lah mengeposkan saya sikit, takpon email je pon takpe, kalau dekat, kita bluetooth je lah ye.. Agagaga

Haihhh.. Bila exam dah selesai, mcm ini lah gayanya aku meroyan. Nak exam pon meroyan, dah habis exam pon meroyan jugak.. Aku pon dah tak tahu lah nak bawak berunding mcm mana lagi dgn diri sendiri..

Bukan takde benda nak cite, memang ada tapi kasi la can aku nak buat entri takde motif hari ni sebab aku lega bebeno ni dah habis xm. Hehe Tadi kitorang exam skill lab balut-membalut dengan exam integrasi dua, sambungan part 1 yg minggu lepas punya.. Exam pon ada part 1 ngan part 2 kaww... 

Overall, oke la alhamdulillah.. Tak banyak gangguan mental maupun fizikal sepanjang exam hari ni. Cumanya masa exam skill lab tadi aku ada la terlupa beberapa hal. Tak tahu lah kesilapan aku tu fatal ke tidak, tapi harap2 doktor yg examine aku tadi tu bagi lulus aa kan.. 

Masa ujian teori pulak tadi, boleh pulak aku nervous dek kerana seorang doktor muda yg mmg aku suka tengok yg amik sign utk kehadiran tadi. Ehehe Kebetulan ada satu soalan tu, dalam jawapan die ada nama doktor tu.. Ehhhh tak pasal-pasal aku senyum sengsorang tengok paper soklan. 

Ada yg org ingat aku riak sebab soklan senang kang.. Heishh.. Mana ada woh. Soalan walaupon ada yg sama dengan integrasi 1, masih di tahap rumit bagi aku. Sampai bedonyut-donyut palo den kat hall tu, tahu?

Hmmm... Malam ni aku nak pergi bersuka-ria pulak. Weehuuuuuu~~

P/s:  Terima kasih dekat sahabat handai yg senantiasa mendoakan saya kat sini. Saya yakin anda tahu siapa anda.. Semoga Allah merahmati.. aminn..

Thursday, November 3, 2011

Pencarian Blog Follower di bawah 500

Salam..

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh KLIK SINI

Saja suka-suka join segmen pulak kali ni, boleh blogwalking ke blog2 yg aku belum pernah tahu.. Moh le join siapa2 yg cukup syarat tu.. Hehe

P/s: Jom lah exam.. :D

Wednesday, November 2, 2011

Aku satu

Salam..

Ecewaaahhh.. Tajuk tak nak kalah! Konon cukup "cewek misterius" dah la tu. Bluekk

Bukan apa, lately ni aku sangat banyak bermain dengan emosi. Bukan emosi pak cik jual nasi goreng yg aku maksudkan. Tapi emosi diri aku sendiri.


Masa berputar...dan berputar...eh berputar ke bergerak ye? Ah lantak! Maksud aku, aku rasa mcm masa dah jauh sangat meninggalkan aku terkapai-kapai, macam lumba antara kura-kura dan arnab tu.. Aku bukan kura-kura, tapi nak ibaratkan situasi aku je nih..*gigih explain*

Aku rasa mcm aku agak terlambat decide aku nak jadi orang yg macam mana.

Rasa mcm aku dah terlepas masa yg sepatutnya.

Aku lupa yg apa yg aku buat, nanti utk kepentingan diri sendiri jugak, utk kebaikan diri sendiri jugak. Bukan setiap masa aku lupa, tapi kadang-kadang memang aku lupa.

Korang tak paham apa sbnanye maksud aku?

Hurrmm..takpe lah. Saja nak berfalsafah di kala suhu di jakarta mula jatuh kurang drpd 30 darjah celcius. Oh agak heaven jugak ye sbnanye. Dapat lah kipas kecik cap sekai kaler biru depan aku ni cuti sekali sekala. Kalau tidak, mmg haremm lah aku nak switch off melainkan aku keluar rumah. Keh keh keh

*Hujaaannn yg turunnn....bagaikan mutiara....*