Tuesday, December 27, 2011

Cubaan memakai SK II facial mask

Aku tahu produk SK II memang dah lama femes meletop-letop. Dek kerana kualiti produk, dan juga dari segi harganya yg tak boleh nak mahal lagi *taip dgn perasaan tacing sbb tak mampu nak beli SK II*.

Aku tak tahu la mana datang pe'el suka produk2 kulit ni semua. Padahal aku ni dulu bedak nyonya pon punya la malas nak tepek kat muka. Apatah lagi nak ber'compact' powder bagai.. Lipbalm2 ke lipgloss ke laaaaagi aku tak sentuh. Yg minat benda2 cmni dulu adalah adik perempuan aku. Tapi sekarang ni dah terbalik. Aku pulak yg asal sikit nak usha product, asal sikit nak usha product.. Sampai asek kena bahan je dgn adik perempuan aku tu.

Tadi petang mood nak menggodek aku datang tiba-tiba. Apalagi, dengan lajunya tangan aku bukak tutup bukak tutup laci almari ibu aku. Bukan curi-curi la, ibu ada je lam bilik tu.. Hehe

Sekali aku jumpa banyak pulak stok SK II dalam almari die. Aku sedar diri aku ni siapa, takat nak berangan pakai SK II tu boleh la kan.. Tapi, aku tetap test2 jugak ibu aku kot2 die bagi can nak amik satu untuk try kan.. Ayat punya ayat, ibu aku pon kasi la green light untuk satu pack facial mask. Macam dalam gamba bawah ni:

Mask ni dalam bentuk topeng, bukan yg wash off tu..

Waaahhhhh.... Aku punya excited dapat try SK II toksah cakap la kan, terus terkinja-kinja macam beruk dapat bunga! Kahhh!!!

Pastu dah bukak pack tu, tetiba aku rasa cecair dalam tu mcm lain macam sket. Die mcm berlendir and bau die tak brape nak sedap. Time tu aku terpandang plak MFG date die... Sekali tahun 2009 daaaa.. Ni dah nak masuk 2012. Dah nak 3 tahun dah bnda alah tu. Konfem dah expired! Wuuuuuuu.. Hampa tak terkata!

Ibu aku punya gelak terbahak-bahak memang buat aku rasa terpukul je, tahu? Tapi kemaruk sangat nak merasa guna SK II punya pasal, aku tampal jugak lah mask tu kat muka tapi hanya untuk beberapa saat. Hahaha Pathetic!

Untuk mengubati hati yang lara, aku pon bukak luggage dan capai face shop punya seaweed mask. Tepek laju-laju tanda protes.

Gamba from google je. Entah tahun bila la seaweed pack aku ni nak habis. Banyak kot!

Begitu lah cerita pengalaman aku mencuba SK II facial mask yg dah expired. Engkorang hado??

Wuuuwuwu.. Takpe lah, blom rezeki leteww nak pakai SK II. 

Tapi bila fikir balik betapa gelojohnya dan betapa jakunnya aku sebentar tadi, memang macam sakai jugak sebenarnya. Hahaha

Moral of the story is, jangan jadi jakun macam saya. Sekian.

Sunday, December 25, 2011

Hati sangat girang!

Kalau 3 januari tu takde PBL, dah lama aku panjangkan cuti krismas ni dengan izin diri sendiri. Oh...pandai jugak cekgu-cekgi UKRIDA ni ye. Pandai die buat PBL hari Selasa tu bior bebudak takde can nak memonteng. Takpe..takpe.. Nasib baik aku memang tak brape nak rajin memonteng walaupon kadang2 aku ponteng jugak sbnanye.. Ngahahahah *lagi mahu kantoikan diri sendiri ponteng kuliah..ceyt*

Bes woh balik umah. Nak2 sekarang ni semua ada kat umah. Ibu aku cuti sakit, so memang semua ada kat rumah. Dah lama kitorang tak berkumpul macam ni. Kalau ada special occasion baru la dapat nak berkumpul camni. Cerita nak gebang macamkan adik-beradik aku ada seploh je kan? Padahal 3 orang je..wakakaka

Aku rasa kalau aku boleh record aktiviti sepanjang cuti ni, aku nak record je sebab aku tak tahu la bole balik lagi ke tak lepas ni..wuwuwu Hari tu time balik Msia, kat epot aku balik ngan sorang akak batch 2006 ni. Die baru je angkat sumpah doktor sehari sebelum tu. Kira die balik msia sebagai seorang doktor la. Terjumpa akak tu kebetulan time check in, yg aku ni sbnanye tak perasan akak tu batch 2006 yg dah lulus jadi doktor. Rasa mcm mintak penampar jugak tanya kat die, "akak batch brape ye?". Aishh.. Maap la kak, saya ni jalan pandang bawah je..memang tak kenal orang. Hahaha =P

Kakak tu macam blur je kat epot sebab die kata dah 2 tahun die x balik Msia. Patutlahhh... Memang tak pelik lah kalau senior pon boleh jadi lupa2 jugak apa nak buat kat epot kalau nak balik Msia. 2 tahun tu bukan kejap oke.. Alangkan aku yg baru balik raya puasa hari tu pon rasa macam nak nangis guling-guling sebab homsik, apatah lagi kalau x dapat balik 2 tahun?

Baru je balik hari Khamis hari tu tetiba dah hari Ahad. Wuwuwu Knape cepat nau ni? Lambat-lambat sket pliss.. =(

No more homesick!

Eeewahhh.. Tagline bukan main. 

Okay kawan2, jangan tacing2 ye. 
Till then, buhbye!!

Tuesday, December 20, 2011

Menghitung hari nak balik umah..say what??!! HOOORAYYY!!!!

Lalalalalaaaaaaalalalalalllaaaaa.......~

Boleh rasa? Perasaan gumbira di hatiku ini? Heh. Pesen2 dah besau panjang tak sedar diri memang macam ni lah gayanya. Macam kan tak pnah balik. Ceyt!

Punya bersusun aktiviti yg aku nak buat sepanjang cuti krismas sok. Tapi itu lah kan..manusia hanya merancang, tuhan yg menentukan segalanya.. Ecehh. Dan dan guna kata-kata teladan, padahal memang kaki membuta kalau dok umah. Heihhhh....tak boleh tak boleh. Aku kena berlibur jugak sebaik mungkin. Ni mungkin peluang terakhir aku nak holiday sakan  Jadi, marilah kita meronggeng sakan, jangan sampai gila dah la ye. Karang tak pasal-pasal bercuti dekat hospital sakit jiwa. Buahahahaahh

Sejak semalam, mood hindustan aku dah datang balik. Dan dan rasa nak tengok cite tu, nak tengok cite ni. Tapi sume cite lama2 la, cite hindustan zaman millenium ni banyak yg dah modernized sangat. Tak hindustan la kalau takde menari satu lagu sampai sepuloh kali tukar sari, pehtu guling-guling atas bukit.. Nijam punya hindustan mcm cite hollywood je, betul tak? Nak main comolot-comolot jugak mcm omputeh..boring betul. Aku lagi suka cite2 hindustan zaman aku sekolah dulu..zaman 90 an sampai awal tahun 2000..

Antara video feveret aku yg aku selalu replay bertubi-tubi adalah kat bawah ni. Ce teka cite apa..


Walaupun tak logik punye lah jauh beribu batu jarak antara dua org insan (insan kawww..) tetibe boleh muncul depan kereta kau, lepas tu tetibe nampak si dia main gitar (aku tak sure nama alat muzik lam video klip tu) atas kereta kuda dalam hujan kan.. Siap boleh bawak menari-nari pulak tu.. Tak logik kan? Tapi at least ada identiti lah bahawa itu lah pesen2 cerita hindustan.. Bukan senang nak jumpa cite oldschool mcm ni skarang. Aku rasa producer bollywood takkan rugi pon kalau diorang buat cite2 pesen oldschool camni, aku yakin ramai org masih suka cite2 pesen camni. Daripada bollywood yg dah di 'modernize' kan, yg identitinya kian pudar..

Tu pendapat peribadi aku je, bukan nak bajet bijak pandai sangat pasal industri perfileman kat India ye.. Aku pon bukannya pandai cakap hindustan. Tapi kalau ko suruh aku nyanyi, oihh bolehhhh... Tapi die punya kadar ketepatan bait kata aku dgn lirik sebenar tu memang jauh tahap kena naik kapal terbang doploh jam jugak sbnanye. Kira kalau Kajol ke SRK dengar aku nyanyi, diorang boleh jatuh ke dalam kondisi sakit kepala hebat tanpa mual muntah aa.. Kaaahhh!!

Eh, ngomong2, aku pon dah rasa malas nak menaip ni.

Rumet aku tu. Besok kelas terakhir, besok jugak die cau balik Msia. Aku balik the next day.

Pesanan terakhir utk hari ni, HAPPY HOLIDAY!!!!! Dan jangan tacing-tacing~
Baibai. 
=)

Thursday, December 15, 2011

Latte, mocha or cappuccino?

Hari ni aku nak membebel pasal kopi lah pulak. Korang layan kopi tak? Suka kopi hitam ke kopi tak hitam? Jom lah share kalau sudi.. hik2

Sekarang ni aku ditemani oleh Nescafe Latte, produk baru Nescafe kat Indonesia ni. Sebelum ni kalau ade pon mochacino. Kat sini takde mcm kat Msia yg tiga warna tu, yg mild, regular, dan high. Diorang ada Nescafe pas atau original, dengan yg nescafe ice tu kalau tak silap aku. Dari segi variety of products, aku rasa Msia lagi oke.. Sebab memang macam2 ada..betul tak? Antara 3 in 1 cap Nescafe yg memang feveret aku ialah................jeng jeng jeng *konon abes suprise dah ni*

Alamak gamba blurr.. maklum lah, copy url from google je kan.. I own nothing~ Yg siri 3 kaler ni, aku suka yg hijau, muehehe.. Pahit tu nikmat y'all!!

Siryes marveles wa cakap lu.. Dalam die ada bijirin, sesuai la ngan nama die kan, Nescafe breakfast. Memang ummmmpphhhhh!!!!

Memula aku pandang remeh jugak time Nescafe baru2 release yg white coffee ni taw. Sebab aku rasa mcm dah byk sgt product white coffee kat pasaran. Macam sama je semua.. Tapi aku beli jugak la nak rasa kan. Sekali.....memang sedap jugak rupanya. So, I dig it instantly. Hehe

Yg canned coffee ni semuaaaa pon aku suka sangat. Sedap!

Kenapa mesti 3 in 1? Jawapannya mestilah sebab aku malas nak bancuh sendiri. Wargggahaha.. *bukan gelak bangga, tapi gelakkan diri sendiri sebenarnya*

Kadang-kadang kalau datang angin aku nak beli yg serbuk tu, aku beli jugak. Tapi selalunya memang aku beli yg sachets je.. Masak air, bila dah mendidih, amik mug, curah serbuk, curah air, rodek2.. Siap dah kopi aku. Kan mudah keja aku tu? Heh2

Misal kata ada kopi bes2, sila lah kongsi ek.. Sebab aku memang gila kopi.

Btw, mari sama2 doakan ibu aku ek.. Moga cepat mencapai kesembuhan dgn baik.. Amin..

Okay y'all, sori kalau entri ni bias sebab cite pasal brand Nescafe sahaja. Tak bias pon, saya panggil ia "pengkhususan". Tujuannya ialah supaya skop entri lebih kecik. Kalau tak, sampai esok pagi pon x abes. Hehe

Okay papai. Jangan tacing-tacing.

Wednesday, December 14, 2011

Nak menyakai pon kena ada modal jugak

Woarghhhh!!!! Hari ni entah berapa ribu kalori entah aku dah ambik. Kat kampus gorengan (like tahu goreng, n benda2 digoreng yang sewaktu dengannya) 3 ketul. Plus kuah kacang yg lemak berkrim tu.. Lepas tu pkol 10 lebih tu makan pulak nasi sepinggan. Balik from kampus, lepak pulak kat 7 eleven. Mengopi buat kali kedua, cup medium pulak tu.. Tak nak ngalah amik yg small je, padahal kat kampus dah amik chocochino secawan. Lepas tu, balik rumah snickers satu bar.. Tadi dinner pecel ayam bakar plus nasi plus tahu tempe.. Ini macam ahli gizi pon bole serender nak consult aku nih. Bahahahaaaaa

Apesal ye hari ni aku makan susah sket nak rasa kenyang. Takde lah selalu sgt aku makan banyak begini. Ohhh sungguh tak meyakinkan statement yg aku buat ni. Kahhh!!!

Memang niat aku nak menyakai dekat blog hari ni sebab rasa syok pulak this week kuliah sampai pkol 11 je tiap hari.. Boleh balik rumah laju-laju dan tido dengan hebat. Bukan ke tido sebelum zohor tu sunat? Ekekeke

Btw, sejak 2 menjak ni kan, aku asek la replay video cover kat bawah ni. Agaknya kalau butang replay tu boleh bercakap, mesti aku dah kena sembur sebab asek tekan die bertubi-tubi. Tak bley tahan woh, bes la alyssa ngan shane ngan diego ni buat cover lagu Pumped Up Kicks ni. Apa lagi, sile la layan..


Comel tak yg pakai baju kaler salmon yg paling kiri tu? Suara die pon sedap.. Cair pulak mak.. Uhuk huk huk

Hari ni dapat keja sekolah forensik lagi.. Memang kelas kan dokter2 forensik kitorang? Boleh kira dengan jari je lecturer yg kasi keja sekolah kat students kat kampus aku tu.. Ngahaha *maksud tersirat*

Kay korang, bai. Jangan tacing-tacing..

Tuesday, December 13, 2011

Oh mannnn....siryes terlupa!

Sobs..sobs.. Apa pon tak boleh (3x)

Bukan lirik lagu ye.

Wuwuwuu.. Sebenarnya kawan baik aku kat matrik dulu datang Jakarta 10 hb hari tu dan aku dah tahu dan aku terlupa. Oh, sangat tacing dgn diri sendirik skarang ni. Terkilan pon ye. Macam mana aku boleh lupa nihhh???? Dah plan dah nak datang kat die nak jumpa.. Tak pat lama pon kejap jadi aa.. Isk isk isk

Cik Anim dan temannya yg buat2 bongkok sket padahal berdiri atas tangga.. (aku la tuh) Ceyt.

Lawak kan aku dulu time matrik. Selebet ya ampun.. Pakai tudung main tibai je. Asal terletak atas kepala kire dah worait dah tu. Hahahahaha Anim, ingat lagi tak gamba ni? Time tu ada Shipa sekali..

Anim, sori taw kte lupa pasal awak nk dtg sini. Oleh kerana perasaan yg sangat bersalah ni, kite pon upkan satu entri khas untuk awak.. Hehehe

Dah pukul 9:30 lebih ni tapi malasnya nak stat buat keja skolah.. Keje skolah subjek forensik. Cegu kata, tak hantar kaluuuu, lima markah kasi tolak jugaaaa.. Ni mental harassment ni! :B

Oke bai.

Saturday, December 10, 2011

Tiap-tiap kali cuti krismas mmg seronok la sbb cuti panjang, tapi harga tiket pon nak ikut panjang jugak nombolnya.heihh

Setiap kali krismas je, memang rasa seronok la sebab bley balik msia. Pasal dapat cuti dalam nak dekat 2 minggu. Eh, 2 minggu tu bukannya kejap tau? Untuk bebudak yg blaja dekat kampus yg sampai sabtu pon kelas kalau boleh nak full smpi petang mcm aku ni, die punya excited kalau dapat cuti tu memang tak boleh nak control lagi dah..

Tapi ituuuuu lah masaelah die. Tiket nak balik msia semua mahal-mahal. Semua pakat tak buat promo pulak tu. Macam tuttttttt betul! Tak cukup panjang? Macam tuuuuutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!

Motif nak main tut tut? Mintak kena sekeh mungkin.

Semalam aku ikut hosmet aku sorang ni nak g beli tiket kat kaunter. Bukan dekat ye dik, naik angkut punya la nak dekat sejam kalau macet (read: macet = jalan jam). Pernah naik angkut? Haaaa..kalau korang mai jakarta, jangan lupa try naik angkut ye.. Dapat drebar yg tak makan saman, siapla memang macam roller coaster die bawak angkut. Habis semua bonggol die redah je. Ko punya bontot sakit ke kepala terhantuk ke, sikit die x heran wa cakap lu. Ada tu aku pernah naik kan, tahap kokak die tu sampai lantai angkut tu terangkat-angkat kalau ada bonggol. Waahhh...dah macam jamban kereta api dulu-dulu pulak dah aku rasa.. Bley nampak jalan tar dah kat bawah tu.

Aku tak kisah selagi aku selamat sampai destinasi. Kalau dengan semua penumpang tu tercicir atas jalan, drebar sorang je sampai destinasi..haa ape macam? Mana tau kannn...dibuatnya lantai die betul-betul lobos..kan dahhh..

Selingan pulak cite pasal angkut. Padahal aku nak cite pasal kaunter tiket air asia semalam tu tutup. Punya la jauh kitorang pergi, kesian hosmet aku tu.. Hampa pulang ke rumah.. Dah la mostly kalau cek kat website,  tarikh yg kitorang nak balik tu tulis "few seats available". Tak yah lama2, tengok pagi, sekali lagi tengok petang kang tetibe dah sold out. Haaa..dugaan tak kitorang nak balik cuti krismas?

Dah la tiket mahal, takde promo, cuti pulak secoet camtu.. Kadang2 memang rasa tak berbaloi nak balik.. Tapi kitorang ni dah hujung2 tanduk.. Taku lepas ni dah tak boleh balik msia sampai kitorang grad. Sebabnya kitorang dah nak masuk hospital. Kalau kat sini, masuk hospital tu dah sama mcm hosmen kat msia.. Cuti? Jangan lah nak berharap macam-macam.. Hu3

Cmne ni cmne ni cmne ni

Dah la sampai hari ni detik2 OSCE semalam masih bermain-main dalam kepala hotak aku ni.. Buat apa pon asek ingat time OSCE semalam. 

Dah habis xm sepatutnya santai2, tapi aku tak boleh nak santai je rasa..

Untuk membe2 yg OSCE hari ni, gudluck ye kengkawan. Walaupon korang tak baca entri ni, gua nak wish jugak. Semangat2!

Wednesday, December 7, 2011

Tarik nafas dalam-dalam..

Stok nescafe aku dah habis pulak nampaknya. Siang tadi dah rembat hosmet aku punya satu sachet. Kalau mintak lagi sekali, ape pulak hosmet aku kata karang. Ingat die kedai kopi agaknya? Har har har Aku gurau je, Champ.

Aku ada kopi lain, tapi bukan nescafe la. Cap ape entah tak ingat plak.

Sebenarnya minggu ni minggu ujian.

Kalau minggu tak ujian, takde pulak angin nak update blog. Time2 kena fokus mcm skang ni pulak yg bukan main bersusun aktiviti ape aku nak buat. Ni sindrom la niii... Sindrom malas nak baca buku. Heishh.. Bapak gua tak ajar benda2 ni semua.

Kesiann.... Kesiann Nani dapat rumet saiko mcm aku ni. Nasib memasing kan nak buat mcm mana. Kahh!!


Teringinnya nak dengar bunyi air terjun jatuh.. Teringin nak duduk kat tempat yg persekitaran mcm dalam cite Twilight tu.. Cantik kan? Tenang je.. Hurrmmm...

Ni dah lain dah ni.. Nampak tak kesinambungan bunyi air terjun dgn cite Twilight? Takde kan? Ni sah la ni aku rasa nak g tdoq pastu mimpi pergi melancong kat Canada. Kena stop nih.

Kay ah. Sori entri malam ni takde motif.

Papai. Jangan tacing-tacing~

=)

Sunday, December 4, 2011

Ener-G!

Korang kalau nak stay up selalu minum apa ek? Aku rasa ramai orang kalau nak stay up mesti minum kopi atau nescafe kan?

Aku ponnn.. Tapi aku kalau tak nak stay up pon mmg aku amik caffein. Bukan addicted, tapi memang suka minum kopi. Eh rasa macam orang tua pulak suka minum kopi. Heh.

Ada satu hari ni kan, membe aku yg skang ni dah jadi rumet aku, die ajar aku minum satu air ni. Nama air ni KukuBima. Pelik? Tak caya? Meh sini aku tunjuk kat hangpa no..

Siapa tak nampak maksudnya dah tak lama letew..ekekeke

Air ni kat Indo je ada.. Aku tak pnah dengar lagi air ni ada kat Msia. Sekali jeling macam tak sedap je kan? Memang la rasa tak sedap. Jeling je mana tau sedap ke tak.. Waaarrghhhhahahaha. Kay tak lawak.

Memula aku ingatkan air KukuBima ni pesen-pesen air kopi Jantan tu.. Tau kan? Tapi bibik aku kata, dia pon minum air KukuBima ni, sedap katanya.. Pastu aku kata, "emang cewek bisa minum KukuBima juga ya mbak?". Pastu bibik aku jawab, "lho, bisa lah non, itu kan air untuk energi sehari-hari..". Lebih kurang gitu la ayat die.

Baaaaaru aku tahu rupanya air KukuBima tu untuk energi.. Plus, siap ada perisa2 lagi.. Dah brape kali aku minum ni, aku minum yg perisa anggur. Yg lain aku lom try lagi tapi rumet aku kata perisa mangga pon sedap. Cuba sekali, rasa nak lagi.. Ewah..beriya tagline aku, kan?

Efek die bley la tahan.. Kalau jam2 skang ni biasanya aku dah loqlaq2 nak tido, tp td aku minum KukuBima ni la ni lom ngantuk lagi.. Hurrmmm.. Tapi lain kali aku nak test lagi betul ke tak air ni ada efek mcm kopi. Rumet aku kata die ada kafein jugak.

Kay, y'all.. Aku nak sambung siapkan slide ni.. Paipai, jgn tacing tacing..