Friday, April 20, 2012

Expired

Heyyyy... 

Beberapa hari ni aku susah sgt nak tergerak hati utk bukak blog. Log in tu rajin le jugak, cuma nak menaip tu yg tak brape nak rajin. Banyak kali jugak aku klik klik butang "new post", tapi kesudahannya klik butang "x".. Idea takde pon ye jugak..

Minggu pertama jd mbak koas ni rasanya lebih kurang sama je mcm zaman kuliah dulu. Bezanya aku nijam dtg kampus tak pakai baju putih lengan panjang tu tapi pakai kot koas yg putih tu. Tapi feeling die tu mmg sama je mcm dtg kuliah sebelum2 ni..

Minggu depan baru stat round ward kat hospital ketergantungan ubat kat Cibubur tu. Disebabkan hospital tu masih dlm jakarta dan kitorang xde sesi jaga malam sebab ni stase minor, so kitorang decide nak ulang-alik je dari tanjung duren. Walaupon begitu, perjalanan akan memakan masa lebih kurang 2 jam jugak katanya.

Besok pulak aktiviti menjemput ahli keluarga kat airport. Family datang sebab lusa ada majlis konvo aku yg pertama. Hehe Itu la yg speselnya kalau blaja kat Indonesia ni sebab dia ada dua kali konvo. Spesel tak spesel sgt pon sbnanye.. Cuma merasa lah konvo dua kali dlm satu program ijazah.

Oh ye, sbnanye aku ingat nak cite pasal aku selalu termakan makanan yg dah expired. Tapi bila tgn aku stat menaip je tadi tetiba mcm2 plak aku nak cite.

Ada ke orang yg mcm aku agaknya ya? Kadang-kadang memang tak perasan pon makanan tu dah expired. Tapi ada jugak yg aku sengaja makan jugak. Paling biasa roti la.. Haha Selagi takde kulat, sedap je pulak tu tekak aku telan roti tu.. Tapi kalau dah keras sbb masuk angin tu takde lah enak pon kan.

Pernah dulu kat skolah aku makan roti coklat kot kalau x silap. Rupa-rupanya roti tu dah nak seminggu expired. Rasa-rasa mcm sedap je pulak tu.. Hehe

Masa cuti yg aku balik Msia itu hari, aku termakan bnda alah ni..

Sedap taw mnda alah ni ;)

Dan time aku makan wafer ni, sbnanye bnda tu dah expired sebulan kalau tak silap. Aku siap snap gamba expiry date wafer tu tapi malas plak nak cucuk usb phone (dasarrrrr). Nasib baik aku tak sakit perut. Bukan main sedap aku makan kasi perabis wafer tu. Patutla aku rasa mcm aku tengok wafer tu dah lama sgt dah dlm peti ais kat rumah aku tu. Ha3

Pnah makan bnda yg dah expired? >_<

1 comment:

aku HaniAsyira said...

selalulah jugak mkn expired asalkan tak sakit perut.. keh2