Friday, April 27, 2012

Wisuda done!

Hari ni dah nak seminggu pasca wisuda baru nak bukak cerita. Memang tebiat betul budak sorang ni! :P

Aku takdelah nak excited mana utk first graduation ni. Bnda yg buat aku excited sbnanye adalah kedatangan ahli keluarga kat Jakarta ni itu hari. Haa yg tu mmg buat aku teruja benau lah gamaknya. Terakhir parents aku dtg sini masa aku first year dulu.. Waktu tu adik-adik aku dedua dtg tapi kali ni adik pompuan aku tak pat dtg sbb die nak prepare utk final exam.

Kebetulan stase first aku utk koas ni adalah ilmu penyakit jiwa, jadi hospital tempat aku praktikal tu dalam Jakarta je.. So senang lah aku nak amik family kat airport pastu jadi tour guide utk diorang sekali. Hehe


Majlis grad hari tu buat kat hotel Pullman Jakarta. Auditorium kat kampus kitorang takde lah besar camni..huhu. Last year punya wisuda buat kat kampus, tapi tahun ni rekod wisudawan paling ramai dalam masa berapa tahun entah lupa plak. Tu sebab Ukrida buat kat hotel kot. Boleh eh majlis grad sendiri pon tak ingat? Ha3

Takde bunga-bungaan plak waktu grad itu hari. Bukannya ada booth2 bunga segar ke apa ke kat situ.. Siapa yg ada orang bawakkan bunga tu ada la bunga.. Macam aku ni..non hadoo lah kann. :P


Champ ngn azie jadi model. Nak tunjuk suasana dalam ballroom tu sbnanye. Tu campur2 la tu orang2 Indonesia dgn Malaysia. :)


Family aku yg terdiri daripada ibu, ayah, adik bongsu, ngan atuk. Waktu ni ekceli diorang dah turun sampai sogo kat tingkat bawah. Aku yg suh diorang naik balik sbb nak bergambar dulu. Agaknya ayah aku dah rimas la tu ramai sgt orang. Tu tengok muka adik aku pon dah mencuka je. Haha


Alhamdulillah..sekarang dah dapat tittle "Sarjana Kedokteran", dah jadi dokter muda. Ecehh. Dokter muda lah sangatttt.. Banyak sgt lagi benda aku tak tahu. Bak kata specialist paed kat kampus aku, "kamu ini belum ada apa-apanya.". Ye, betul tu dokter.

Perjalanan aku masih panjang lagi. Sekarang ni pon pg hospital rasa tingtong2 je walaupon dah kuliah 3 tahun setengah. Aku kadang-kadang naik heran mana laaa pergi benda2 yg aku blaja dulu.. Huhu

Eh, oke lah ni ye.. Aku pon ada kena buat slide utk next week ni. Thanks ye dekat follower baru yg sudi follow walaupon skang ni aku jarang2 update. Thanks juga kat viewers yg jenguk blog sememeh ni walaupon takde update.

Till then, bubaii semua!

2 comments:

♛ Azie Azra ♛ said...

baru nampak family tqa. hehe. atuk hensem benor. 1st time azie tgk atuk org pakai smart cmtu. hehe

Si DauN CeRi said...

hehe atuk memang... sebelum hari tu dah siap tanya dah bole pakai coat ke tak.. :D