Sunday, July 31, 2011

Esok 1 Ramadhan!

Salam..

Esok dah nak puasa dah woiii!! Yahooo!! So aku kena makan cukup2 hari ni pasal semalam aku dilanda food poisoning dan menyebabkan aku tak lalu makan langsung. Boleh kata memang aku tak makan langsung lah semalam. Suruh bibik beli nasi, aku jamah ayam, sayur, dgn nasi setengah suap je. Kesudahannya, satu bungkus tu aku kasi je kat bibik. Daripada aku buang, membazir je kan.. Tu laa.. Pasni kena hati2 sket kalau nak makan. Rupanya perut aku ni xde lah kebal mana, dapat kat makanan yg x bersih, haa baru tau, sampai muntah2.. Huhu


Malaysia pon sama kan puasa esok? Syioknya pergi tarawih dgn famili.. 

Okay.. Aku takde ape sgt pon nak tulis, juz nak ucap selamat berpuasa kepada semua umat Islam terutamanya yg baca entri ni.

P/s:  Doakan aku cepat sehat taw. :)

Thursday, July 28, 2011

Of bantal busuk. Do u have one?? Yeah, anda normal.

Assalamualaikum..

Aku ada masalah utk pilih tajuk. So I'm very sorry for those crappy titles on my entries here. Entah kenapa hari ni aku terfikir pasal bantal busuk. Tapi aku tak ingat dan tak sure adakah aku ada bantal busuk. Sebab aku kan jarang ada kat rumah. Sejak tingkatan 1, aku jadi macam org nomad. Berpindah-randah aje kejenya. Sebagai tambahan, aku ni budak skema masa skolah asrama dulu. Apa yang betul-betul aku rasa perlu je aku angkut ke hostel. Takut warden buat spotcek (hebat kan ejaan aku, welcome to sakai-dictionary.com. heh) nanti bantal ekstra yg aku bawak tu akan kena rampas. Kalau aku bawak bantal ekstra pon, bantal cenonet yg letak kat dlm kereta tu je. selagi boleh sumbat semua dalam loker, aku akan sumbat sampai atas katil aku betul2 ada bantal, tilam n selimut je. Macam paranoid pulak aku rasa waktu skolah dulu. Tapi sekarang pon mcm ya jugak. Tapi whatever lah kan.


Errr.. Kalau ada bantal bentuk mcm dalam gamba atas ni, aku rasa bukan menggalakkan aku nak tido, tapi menggalakkan perasaan nak sedekahkan bantal tu kat org lain je. Sebab apa? Sebab bentuk die mcm tangan pastu cam bile tengah tido n terjaga dgn tangan tu kat sebelah, komfem aku akan terkejut beruk walaupon aku tahu bantal tu kat sebelah. Ye sila panggil saya penakut.

Jadi sebenarnya aku dah tersasar jauh dari topik asal yaitu tentang bantal busuk. Menurut kajian, hampir 70% manusia daripada pelbagai kelompok umur di dunia ini yang mempunyai kebiasaan menyimpan bantal busuk. Ada yg sampai tak boleh tidur langsung kalau takde bantal busuk. Adakah anda salah seorang daripada 70% manusia itu? Oke, ekceli fakta tu tak boleh pakai pon sebab aku tipu je. Heee Soriii!!!

Tapi pada pendapat aku, perihal bantak busuk ni menarik sangat. Sebab aku tertanya-tanya kenapa bantal busuk ni sampai dapat menimbulkan kecanduan pada seseorang. Adakah berkaitan dengan hubungan antara reseptor2 bau di hidung dengan sistem di otak manusia? Macam mana bau2 yg telah melekat pada sebuah bantal tu dapat menimbulkan ketergantungan pada pemiliknya? Adakah ianya hanya suatu ketergantungan yang bersifat habituasi, atau organik yakni melibatkan sistem dalam tubuh manusia? Semua persoalan ni bermain dalam kepala hotak aku. Kalau ada yg tahu, boleh lah share dgn saya.. Hee


Ohh.. Apa-apa saja lah kreativiti dan inovasi manusia ni. Aku rasa bantal mcm dalam gamba atas ni dari Jepun. Tak pon Cina. Amboi lenanya pak cik tu tido ye. Tak dapat yg ori, dapat bantal pon jadi lah ye.. Haha

P/s:  Skang tengah malam. Slamat tidur uol!! *zzzZZZzzz*

Tuesday, July 26, 2011

When u're not really sure about something, may be u shouldn't go for it.

Salam..

Hai. Ekceli aku post entri ni dengan tajuk yg aku dah tulis semalam. Bile aku frust hampir tahap tertonggeng, maka ayat2 "kechiwa" macam tajuk di atas akan keluar. Yelah.. Aku ngaku aku kelimemeh.. Jiwa lembut. Tak kental macam orang lain. Hahah. Epic!

Tinggal lagi dua exam sebelum semester 6 ni sodaqallahulazim.. Sabar tiqah, sabar.. Sket je lagi nih.. Jangan cabut wayar dulu.. Aku pon memberi nasihat kaw kaw kat diri sendiri.

Silau tak silau tak??

Pada bulan 5 tahun lepas (kalau tak silap), aku ada beli satu benda ni taw. Ekceli aku cam x caya je dah setahun aku bela benda ni. Jeng jeng jeng...























































Muahaha.. Nama femes die Bucuk. Nama panjang die Yomo Bucuk. Kenapa Yomo? Sebab aku pon xtahu. Baru tadi aku kasi nama. Boleh?


Ni lah motif letak gamba bintang senyum tu tadi kowt. Nampak tak tulisan kat sticker tu? My happy life ye.. Happy lah sangattt.. Ceh. Haha


Nampak tak ade string yg terjuntai-juntai tu? 3rd string tu string pertama yg putus. Gara-gara aku terlalu bersungguh-sungguh masa tuning masa mula-mula beli gitar ni dulu. Pusing punya pusing.. Tonnnngggggggg!!! Hamik kau. Putus terus. Haha Setakat ni, memang string tu je yg aku asyik tukar. Sebab semua tali baru yg aku guna, semua sengau lepas 3/4 minggu. String lain sume original n aku tak pernah tukar. Tapi bunyi oke je. Taktau la ade kaitan ke tak. Tapi aku pernah tau la yg string kena tukar setiap 2/3 minggu. Kowt.

Hurmmm.. Maknanya aku dah main gitar selama setahun lebih la rupanya. Tapi barre chord pon hampagas jugak. Haha *boooo kat diri sendiri* Eh kalau aku ada banyak masa, dah lama aku pergi kelas taw. Ala tapi takpe lah, aku main suka-suki je pon.

Haa.. Ada sapa2 nak ajar aku main gitar free of charge? Hehe Bes jugak tu. =P

Friday, July 22, 2011

Exam dan Justin...............Bibir??

Assalamualaikum..

First of all, alhamdulillah.. Nampaknya ada jugak org nak follow blog merapu meraban aku ni, tak pernah aku terfikir pon nak cecah 400 followers.. Terima kasih bebanyak, aku akn jejak balik korang secepat yg mungkin. Hehe Dan kalau boleh, dekat profile tu letak la link ye, senang la nak follow balik. Dan insan istimewa yg ke-400 itu ialah....


Terima kasih daun ceri ye.. Ahaks. Aku ada satu benda la aku nak cite, tapi aku segan aa. Memang kalau boleh nak mintak korang jgn gelakkan aku. Tapi aku tau mesti kena gelak punya. Wuwuwu

Masuk minggu exam ni kan, aku rasa ada certain things yg berubah la dalam diri aku ni. Aishhh. Cmne eh nak cite. Hurrmmmm Aku rasa kan..aku terminat dengan Justin Bieber lah. Arrrrrgggggggggggghhhhhhhh!!! Kenapa aku boleh terminat dgn si Justin nih?? Aku tak pernah pon berminat nak ambik tahu pasal Justin Bieber okeh sebelum nih. Benci ah dengan diri sendiri. Huh.


Tapi jangan la cop aku as a "Belieber" pulak bile aku buat statement mcm ni. Aku bukannya minat apa pon, aku cuma minat lagu2 die.. Aku rasa sebab aku minat kat Najwa Latif la. Sebab Najwa Latif kan minat kat Justin Bieber, die banyak buat cover lagu Justin. Honestly, aku selalu sangkut dgn sesebuah lagu tu bila aku dengar ada org buat cover lagu tu n sedap kat telinga aku. Walaupon lagu sebenar takde lah sesedap cover yg orang buat tu, tapi entah kenapa aku memang akan jadi suka kat lagu yg dibuat cover tu. So mungkin dari Najwa Latif lah bermulanya minat aku kat lagu si Justin ni.. Kah kah kah.

Errr.. Apa eh link blog Najwa ni.. Boleh google sendiri ye.. *gile pemalas aku nih*

Tapi bukan ni je cerita yg boleh mengundang jatuh bersepainya kemachoan aku selama nih. Ada satu lagi. Aku rasa.. Muka Justin ade iras macam muka Paul Wesley. Tak kesah la org nak kata mata aku perau ke senget ke.. Lain mata, mungkin lain pandangannya. Ada problem? *bajet ganas*

Aishh.. Kenapa lah kau ni gojes sangat ah Encik Paul?

Ada tak sama hujung2 muka Justin dengan Paul? Takde langsung ke?? Takkan kowt.. Tengok la betul2.. Eh paksa-paksa pulak kan? Hahah Kalau ada rasa curious, bole la layan video kat bawah ni. Macam sweet2 sket. Pada aku lah. =P


P/s:  Lagi nak exam, lagi takde pekdah keje aku ni. Ituuuu lah die anak-anak muda zaman sekarang. Heihh!

Monday, July 18, 2011

Pernah rasa tak jawab exam mcm lumba burung unta??

Salam aleik..

Yaw yaw apa di atas apa di atas??? Hari ni ape aktiviti korang eh? Keje ke, pergi kelas ke, duk umah jaga anak ke, kemas umah ke.. Hari ni aku ujian.. Satu soalan, hanya beberapa puluh saat sahaja. Tengok mikroskop dah berapa saat, nak baca n pahamkan soalan, nak tulis jawapan lagi.. Aku rasa kalau die bagi masa satu soalan 1 minit pon memang sesuai sebenarnya.. Wuwuwu Hampir setiap kali aku nak pindah mikroskop, mesti kena tunggu beberapa detik pulak sementara member yg tgh jawab soalan kat mikroskop tu nak pindah mikroskop sebelahnya.. Ramai jugak yg stop kat sebelah kotak kertas jawapan utk isi mana2 tempat kosong yg teringat tu. Aku memang gelabas jugak tadi dibuatnya.. Nasib baik tak terbabas bawak keluar kertas jawapan isi kat rumah pulak ke kan.. Ngahahaha

Gambar hasil cilokan google.

Eh. Ngomong-ngomong, nisfu syaaban pon dah lepas kan? Dah nak masuk Ramadhan ni.. Besnye2.. Tapi aku puasa kat sini laa.. Taktau la berapa kali je aku sempat nak pergi bazar Ramadhan kat msia.. Seronok kan bulan Ramadhan? Feeling die lain dari yg lain..dan aku suka perasaan tu.. hehe

Aku google2.. terjumpa plak gamba papan tanda atas ni.. Cam menarik je. Tafsirkanlah sendiri ye.. Muehehe

Awal sangat ke aku nak ucap selamat menyambut Ramadhan? Tak salah kan kita bersiap-siap awal untuk bulan mulia nii.. Hurrrmmm.. Okay lah, aku kena kembali ke pangkal jalan ni. Kena sedar-sedarkan diri ni sket yg aku ada exam nak kena hadap. Hehs~

Thanks singgah blog ni, feel free to leave ur links, ok?
Till then.. =)

Sunday, July 17, 2011

Aku mimpi mcm cite Pirates of The Caribbean larrrhhh!!

Salam..

Wullamak aihh.. Malam tadi sekali lagi aku mimpi ala2 lanun atas kapal dikelilingi lautan.. Aku tak sure dalam mimpi tu aku seorang lanun ke seorang yg dalam perjalanan nak pergi Hawaii ke.. Tapi yg penting aku tengah berbincang dgn org bisnes henfon. Bole pulak ade kedai jual henfon kat dalam kapal tu eh? Kalau dah mimpi tu mimpi jugak lee...


Ke ini petanda niii.. Petanda aku nak pergi tengok wayang. Hurrmmm.. Aku pon balik msia lambat lagi ni. Nak dekat2 raya sok baru balik.. Ngeeee *muka penuh perancangan*

Wayang kat sini dipanggil bioskop. Dulu masa first year, patut la kitorang tanya orang wayang kat mana, diorang buat muka pelik je. Rupanya kat sini, kalau wayang tu makna die wayang kulit. Ha3 Siapa tak pelik kan kalau orang cari wayang kulit kat mall? Aku pon rasa pelik je kalau fikir balik. Dulu wayang kat sini bole tahan up to date. Tapi sekarang ni hampeh betul. Sebab ape benda entah sistem diorang ade kena tax what so ever pastu cite2 kat bioskop diorang sume cite yg bapak lama dah yg kat negara2 lain dah xmainkan dah kat wayang..  Sadis betul. Bila time tengok wayang, iklan cite baru ada je, tapi tak tayangkan pon kat wayang. Hampas takkk?? Huhuh

Dulu aku pnah jugak mimpi atas kapal laut. Yg tu lagi takley blah. Mimpi cakap org puteh kauuu.. Kemaruk sangat agaknya nak jadi lanun aku nih. Ha3

Gwa harap lu orang ngak ketawain gwa yahh..

Assalamualaikum..

Aku malu!!! Huarrggghhhh.. Tetibe rasa geli2 dgn penampilan baru blog aku. Haha Especially header tu. Gila pemalas an buat header instant betul2 letak tulisan aje.. Mungkin sementara je kot.. Sementara aku nak tunggu mood nak buat header lain dgn bersungguh-sungguh.. Entah bilenya tak tau le tuuu..

Nak cite la sket pasal skill lab Family Folder itu hari.. Yg aku cite aku kena pergi Pusat Kesehatan Masyarakat (PUSKESMAS) utk ambil data patients.. Aku dapat PUSKESMAS Tomang.. Tomang tu takde lah jauh sangat drpd Tanjung Duren, tempat aku tinggal kat Jakarta ni.. Alhamdulillah, patient yg aku dapat dgn partner aku pon sangat ramah dan excited dapat kenal dgn kitorang n izinkan kitorang ikut sampai ke rumah..  =)


Ni la die papan tanda PUSKESMAS Tomang yg aku pergi tu.. Tengok org lain beriya-iya tangkap gamba papan tanda ni.. Aku pon snap le jugak. Asal ada kan.. Jadi bukti la aku datang PUSKESMAS.. Hehe


Sebelah aku tu la patient yg kitorang dapat. Tapi bukan mak nya laa.. Yg sakitnya anaknya tu. Dengan diagnosis ISPA (infeksi saluran nafas atas). Haha Habislah esok balik malaysia aku sebut ISPA kena gelak je la dgn dokter2 lain.. Hu3


Tu partner aku, Cynthia.. Baru tadi die sms aku mintak aku send gamba2 rumah patient tu. Sebab nak guna buat report.


Masa aku dgn Cynthia datang umah mak cik tu, umah die black out. Kitorang pon berborak la dalam gelap. Aku sebak la bila tengok kehidupan mak cik tu yg serba sederhana. Cukup makan pakai je. Duit pendapatan keluarga memang tak dan nak simpan la, memang guna untuk isi perut anak-beranak. Kata mak cik tu, itu lagi penting. Ekceli, aku ada simpan gamba keadaan dalam rumah sewa die tapi aku takkan letak kat dalam ni la kan.

Hari tu aku tengok dua kehidupan yg sgt berbeza. Satu, kehidupan mak cik tu dan satu lagi ialah kehidupan aku dan kawan-kawan aku especially local students kat kampus aku yg hidupnya mewah2.. Sampai rumah pon masih terbayang-bayang mak cik tu.. Siap cakap kat kitorang, "kapan kita ketemu lagi nih?".. Tak tau la ape nak jawab sebenarnya.. Memang seronok la berbual dgn mak cik tu. Mak cik tu tinggal dalam satu bilik yg bagi aku memang kecil dan sempit, berkongsi 5 orang (suami dan 3 anak). Tapi aku rasa hati die lagi tenang daripada aku yg duduk bilik lagi besar drpd bilik die sengsorang ni.. Semua tu memang buat aku berfikir..

Siryes kita kena banyak2 bersyukur sebab hakikatnya ramai lagi orang yg jauh lebih susah drpd kita. Cuma kita je tak nampak semua tu..

Wednesday, July 13, 2011

Perasan busy..

Salam hormat.

Ewahhh.. Sekali-sekala aku nak perasan jd pembaca berita memang takde salah kan. Balik umah..campak semua benda yg patut.. Pehtu layan lagu Elyana yg bertajuk "Tak Tercapai Akalmu". Terbayang aku buat persembahan kat kenduri kawen ala2 Elyana masa Juara Lagu tu, berkaki ayam.

Minggu ni memang aku kategorikan dgn minggu yg sibuk. Dengan esaimen PBL, nak sediakan slide presentation, mana nak xm nya minggu lepas yg membuatkan aku kelam-kabut nak tengok PBL pulak.. Esok pepagi lagi dah nak kena pergi PUSKESMAS, yakni Pusat Kesehatan Masyarakat.. Nak pergi stalk patients kat sana.. Muahaha.. Nak kumpul maklumat sebenarnya.. Sebab kena buat report.. Tu namanya busy ke perasan busy ke...atau pun buat-buat busy eh?

Jadi petang ni aku rasa bersyukur la sebab boleh balik rumah sebelum pukul 4 petang (eleh. bukannya tiap hari balik pukul 4 ponnnnnn..) dan bole rilek2 jap sebelum aku kena fikir mana pergi lampu suluh kecik aku. Sebab aku mungkin akan guna lampu tu esok. Bukan nak masuk gua cari sarang burung layang-layang ye.. No no no.. Nak suluh mana2 bagian yg perlu disuluh sekiranya pemeriksaan fizik diperlukan. Maka aku pon curik la kejap masa ni utk belek2 apa yg patut kat blog ni.. Rindunya nak post entri banyak2.. wuwuwu Eh macam lah banyak benau entri aku kan? Hahaha

Buat masa ni, memang aku akan banyak tulis cerita life aku yg bosan ni sebab aku terlalu bosan sampai takde idea nak post entri yg ohsem. Tapi aku nak tinggalkan anda-anda semua dengan sebuah video yg "anyonyonyooooo tomey tomeynyaaaaaaaaaaa!!!!". Zaaassss~


Kalau boleh bela la sekor anak rimau.. Siryes aku nak. Comel gilaaa.. Tapi bile dah pandai makan ayam tu aku nak pass kat zoo laa.. Haha Mana tau kowt harimau tu teringin nak rasa daging aku pulak instead of ayam kan.. Puas pulak aku nak menjawabnya kang.

Korang plis la cakap tiger cubs adalah suatu kecomelan yg tak terhingga!

Have a nice day, everyone! Terima kasih sebab singgah baca blog saya.. :)

Friday, July 8, 2011

Aku harap aku tak jatuh ke dalam kondisi depresi.

Salam..

Hai korang.. Kepiye kabare? Ataupun melayunya "hey wassup2 apa khabar ah lu lama betul gua tak nampak lu hutang gua bile lu nak bayar?". Oke tipu. Aku bukannya lari rumah ye dah bbrp hari x update ni. Satu hal pulak aku nak bayar balik duit MARA kan.. Haha Aku sebenarnya ada ujian. Kan ade aku cite kan, aku skang tengah blok community medicine kan? Ujian tadi adalah sangat memberansangkan ye.. Aah. Memang cukup memberansangkan rasa nak terjun dari atas kereta api dalam diri aku. Eh. Aku acah je tuuuu.. Aku mana berani terjun2 ni..

Tapi an aku nak cite, die punye tensyen tu.. Fuhhh.. Termenung jauh aku dibuatnya. Sangat terkesan sampai aktiviti otak aku ter'pause' kejap. Entah siapa lah yg tekan button pause pulak kan. Heh.


Haaaa.. Meh sini aku nak cite. Hehe Lately ni kan, kalau kuar beli barang2 top up tekak aku kat supermarket je, mesti aku nak amik Vita Charm ni.. Kat Indonesia ni takde Vitagen mahupun Nutrigen. Yakult ade la. Tapi tu pon ade dua jenis, satu yg produksi tempatan, yg satu lagi tu Yakult import. Kalau nak murah, beli la yg lokal punya je.. Memang aku pon slalu beli Yakult yg murah sket tu laa.. Ha3


Jangan x tahu kat sini x banyak pilihan susu pekat manis macam kat Malaysia.. Rindunya nak buat air dengan susu pekat manis teapot ni.. huhu Kat sini, F&N pon kira import, jadi harga pon harga import lah. Punya berkira nak beli susu setin kan.. Haha Jenama kat sini nama die Frissian Flag. Tu yg paling femes lah. Ada lagi satu tu nama die Indomilk. Indomilk aku tak pernah try, tapi Frissian Flag aku pernah try. Rasa nak menangis je buat air guna susu pekat tu (time tu la sebab time tu baru 1st year.). Tak sama langsung rasa die dgn susu pekat manis kat Malaysia. Rasa die lebih kepada susu lembu/susu tepung tu. Dah la aku ni tak pandai sangat minum susu tepung.

Lepas tu.. Kat sini takde cili kering.. Diorang pakai cili merah die blender, campur dengan cuka supaya tahan lama kalau aku tak silap. Jadi, kalau nak masak tu.. kena pastikan betul2 cili tu garing/masak.. Kalau tak, rasa macam makan cili mentah la jawabnya.. Lepas tu.. Kena oter lebih2 sket sebab nak hilangkan masam cuka die tu.. Haa rumit tak rumit tak??

Simpulkanlah sendiri apa2 yg dapat disimpulkan drpd entri caca marba aku nih ye.. Thanks ye singgah baca.. ^__^

Sunday, July 3, 2011

Kalau nak cite pasal buku..memang sampai bila pon x abes.

Salam..

Tajuk entri ini adalah FAIL!! Hahaha Ape la yg jadi masalah besar sgt nak bikin tajuk ni agaknya.. Heihh. Otak aku ting tong ni tapi entah kenapa aku nak bercerita tentang buku lah malam ni. Tapi aku mintak maaf sekiranya anda yg membaca entri ini mengharapkan sebuah entri yg berilmiah ye sebabnya aku bukan nak cerita pasal buku pelajaran tetapi pasal buku2 yg takde kat perpustakaan mana2 skolah pun. Aku tak sure lah kalau ada perpustakaan yg letak buku2 yg aku nak cerita kejap lagi ni. Buku2 yg aku nak cerita ni bukanlah buku2 yg menjadi pilihan ayah aku utk beliau belikan n bagi kitorang adik-beradik baca. Tapi kalau pergi kedai runcit tanpa dimonitor oleh ayah, maka kitorang selalunya akan capai buku2 tersebut. Hehe


Zaman skola rendah dulu, memang femes lah kan Mastika ni. Rasanya ramai orang memang familiar dgn Mastika ni.. Dia banyak cite pasal kisah-kisah benar yg berkaitan dgn perkara-perkara mistik, kadang-kadang tu ada musim2 yg die fokus dekat masalah akhlak, akidah masyarakat.. Ade la die selitkan kisah-kisah lucu jugak. Ekceli aku dah lama sangat dah tinggal Mastika ni. Dulu, kat umah aku berlonggok jugak lah Mastika ni. Aku pon tak tahu la mana datangnya kecekalan hati aku nak baca buku Mastika ni. Sebab setahu aku, aku ni penakut. Ayah selalu membebel kat aku dulu sebab aku ni penakut. Berani pulak aku baca Mastika. Entah2 aku baca sebab kawan2 aku pon baca.. Konon-kononnya nak up to date lah tu. Eceh.


Hahaha.. Gua tak sangka aa gua layan majalah artis pada zaman dolu kan.. Gamba2 sume aku cilok dari google secara random. Seingat aku la kan, zaman di mana aku paling suka sangat baca majalah hiburan ni adalah waktu lower form rasanya. Sebab time tu aku minat gile dekat Ruffedge ngan VE. Memang minat gila ah habaq hang. Siap letak gamba dalam purse tuuu.. Wakakaa.. Geli hati bile ingat balik. Aku rasa semua album diorang aku beli, buat koleksi. Bukan CD la tapi, zaman tu kan zaman walkman, aku beli kaset je la.. Yang compilation pon aku tibai jugak. Memang la membazirkan duit mak bapak eh.. Minat punya pasal kan.. Adeyh~


Mangga. Haaha Ni lagi satu. Heih..maleh aku nak komen.  :P Kalau tak silap, dalam Mangga lah kan yg ade sesi bergambar topless dalam swimming pool tu. Tapi laki la. Gile ape kalau pompuan? Ada yg kena bako nanti. Heh. Itu pon naik meremang bulu roma aku menengokkan gambo sorang2.. Haha Tapi baca jugak. Tu duluuu.. Sekarang tak kuasa ai.


Ha ni sume suku-sakat la ni kan. Semua majalah hiburan. Patut le ayah aku cukup tak gemau kitorang baca semua nih. Eh apesal banyak pulak gamba Dafi ye? Teringat pulak dekat kumpulan Sepah yg menang Maharaja Lawak tu.. *tanjat boboiii*


Dengan buku yg last ni jangan cari pasal.. Buku ape? Buku lima lahh.. Kalau tak tahu, ada orang kata tu maknanya lagi dua kali jumaat. Kah kah kah..

P/s: Sori kalau aku buang masa korang. Pape pon, thanks taw singgah sini. Jemputlah tinggalkan link ye.. hee