Friday, July 22, 2011

Exam dan Justin...............Bibir??

Assalamualaikum..

First of all, alhamdulillah.. Nampaknya ada jugak org nak follow blog merapu meraban aku ni, tak pernah aku terfikir pon nak cecah 400 followers.. Terima kasih bebanyak, aku akn jejak balik korang secepat yg mungkin. Hehe Dan kalau boleh, dekat profile tu letak la link ye, senang la nak follow balik. Dan insan istimewa yg ke-400 itu ialah....


Terima kasih daun ceri ye.. Ahaks. Aku ada satu benda la aku nak cite, tapi aku segan aa. Memang kalau boleh nak mintak korang jgn gelakkan aku. Tapi aku tau mesti kena gelak punya. Wuwuwu

Masuk minggu exam ni kan, aku rasa ada certain things yg berubah la dalam diri aku ni. Aishhh. Cmne eh nak cite. Hurrmmmm Aku rasa kan..aku terminat dengan Justin Bieber lah. Arrrrrgggggggggggghhhhhhhh!!! Kenapa aku boleh terminat dgn si Justin nih?? Aku tak pernah pon berminat nak ambik tahu pasal Justin Bieber okeh sebelum nih. Benci ah dengan diri sendiri. Huh.


Tapi jangan la cop aku as a "Belieber" pulak bile aku buat statement mcm ni. Aku bukannya minat apa pon, aku cuma minat lagu2 die.. Aku rasa sebab aku minat kat Najwa Latif la. Sebab Najwa Latif kan minat kat Justin Bieber, die banyak buat cover lagu Justin. Honestly, aku selalu sangkut dgn sesebuah lagu tu bila aku dengar ada org buat cover lagu tu n sedap kat telinga aku. Walaupon lagu sebenar takde lah sesedap cover yg orang buat tu, tapi entah kenapa aku memang akan jadi suka kat lagu yg dibuat cover tu. So mungkin dari Najwa Latif lah bermulanya minat aku kat lagu si Justin ni.. Kah kah kah.

Errr.. Apa eh link blog Najwa ni.. Boleh google sendiri ye.. *gile pemalas aku nih*

Tapi bukan ni je cerita yg boleh mengundang jatuh bersepainya kemachoan aku selama nih. Ada satu lagi. Aku rasa.. Muka Justin ade iras macam muka Paul Wesley. Tak kesah la org nak kata mata aku perau ke senget ke.. Lain mata, mungkin lain pandangannya. Ada problem? *bajet ganas*

Aishh.. Kenapa lah kau ni gojes sangat ah Encik Paul?

Ada tak sama hujung2 muka Justin dengan Paul? Takde langsung ke?? Takkan kowt.. Tengok la betul2.. Eh paksa-paksa pulak kan? Hahah Kalau ada rasa curious, bole la layan video kat bawah ni. Macam sweet2 sket. Pada aku lah. =P


P/s:  Lagi nak exam, lagi takde pekdah keje aku ni. Ituuuu lah die anak-anak muda zaman sekarang. Heihh!

13 comments:

LynN LoLa~~ said...

oh name hero vampire diaries ni paul weasley ke. eii tasame laa ngn muke bieber tuhh!! tamaw samekan plizzz. haha

IMANSHAH said...

justin bibier tu dulu malas sekolah..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

oh..mat bibir..haha..

Si DauN CeRi said...

@lynn lola; alaaa.. ade la sikit.. sikit jeee.. wuwuwu



bahahaha..

Si DauN CeRi said...

@imanshah; yeke?? hurrmmm.. okay.. haha

Si DauN CeRi said...

@fatin; yeah.. mat bibir. hahaha

adan said...

yess... selalu je macam tu.. kadang cover lagu lebih sedap dari original singer..

Si DauN CeRi said...

@adan; aah.. smpi kdg2 rasa mcm dengar lagu original je padahal cover..

h A n Y S said...

akak minat si najwa latif ni! best lagu cinta mukabuku dia tu.. :D

Si DauN CeRi said...

@hanys; sama la dgn sy.. hihi die tu berbakat.. suka dengar suara die.. :D

Faraa Eiman's said...

haha , g study weyh !

Chekgu Azrine said...

akak suka si paul tu.. hero pujaan akak.. hehehe

Si DauN CeRi said...

@fara eiman; hee


@kak azrin; waahh.. nasib baik sy lagi suka ian somerhalder, kalau tak, berebut ngan kak azrin la.. hihi